Thursday, December 24, 2009

New Updates on Nurra Collections!!!

Friday, November 6, 2009

Tarikh Lahir Anda dan Perangai Anda Mengikut Prof Datok Dr Fadzilah Kamsah

JANUARI
· Suka mendidik dan dididik
· Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
· Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
· Suka smart, kemas dan teratur
· Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
· Pandai mengambil hati orang lain
· Agak pemalu dan pendiam kecuali telah dirangsang
· Punya daya tumpuan yang sangat tinggi
· Mudah mendisiplinkan diri sendiri
· Badanya sihat tetapi mudah diserang selsema
· Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
· Cukup sayang pada kanak-kanak
· Suka duduk di rumah
· Setia pada segala-galanya
· Perlu belajar kemahiran sosial
· Cukup cemburu yang sangat tinggi

Februari
· Berfikiran abstrak
· Suka benda yang reality dan abstrak
· Inteligent, bijak dan genius
· Berpersonality yang mudah berubah
· Mudah menawan orang lain
· Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
· Jujur dan setia pada segalanya
· Keras hati untuk mencapai matlamat
· Tidak suka dikongkong
· Mudah memberontak apabila dikongkong
· Suka kegiatan lasak
· Emosi yang mudah terluka dan sangat sensitif
· Mudah mempamirkan marahnya
· Tidak suka benda yang remeh-remeh
· Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya
· Sangat berani dan suka memberontak
· Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan
· Ada harapan untuk merialisasikan impiannya
· Daya pemerhatian yang tajam
· Suka hiburan dan sukan
· Suka benda yang bersifat seni
· Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
· Berkecenderungan pada benda yang tahyul
· Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
· Belajar untuk mempamirkan emosi

Mac
· Berpersonality yang menarik dan menawan
· Mudah didampingi
· Sangat pemalu dan pemendam rasa
· Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
· Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
· Suka kepada kedamaian
· Sangat peka pada orang lain
· Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
· Tidak cepat marah dan sangat amanah
· Tahu balas budi dan mengenang budi
· Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
· Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
· Suka berangan-angan dan suka melancong
· Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
· Kelam kabut dalam memilih pasangan
· Suka dengan hiasan rumah tangga
· Punya bakat seni dalam bidang muzik
· Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan yang terlalu moody

April
· Sangat aktif dan dinamik
· Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
· Sangat menarik dan pandai manjakan diri
· Punya daya mental yang sangat kuat
· Suka diberi perhatian
· Sangat diplomatik (pandai memujuk)
· Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
· Sangat berani dan tiada perasaan takut
· Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
· Emosi cepat terusik
· Sentiasa cuba kawal emosi
· Kecenderungan bersifat dendam, agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan
· Kuat daya ingatan
· Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
· Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
· Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Mei
· Keras hati dan degil
· Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
· Pemikiran yang tajam
· Mudah marah apabila tidak dikawal
· Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
· Perasaan yang amat mendalam
· Cantik dari segi mental dan fizikal
· Tidak perlu dimotivasikan
· Tetap pendirian tetapi mudah dipengarohi oleh orang lain
· Mudah dipujuk
· Bersikap sistematik (otak kiri)
· Suka berangan
· Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberi tahu
· Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
· Daya khayalan yang tinggi
· Pemikiran yang tajam
· Pandai berdebat
· Fizikal yang baik
· Kelemahan sistem pernafasan
· Suka sastera, seni, muzik dan melancong
· Tidak berapa suka duduk di rumah
· Tidak boleh duduk diam
· Tidak punya ramai anak
· Rajin dan bersemangat tinggi
· Agak boros

Jun
· Berfikiran jauh dan berwawasan
· Mudah ditawan kerana sikap baik
· Berperangai yang lemah lembut
· Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood
· Idea yang terlalu banyak di kepala
· Bersikap sensitif
· Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
· Sukar melakukan sesuatu dengan segera
· Bersikap suka menangguh-nanguh
· Bersikap terlalu memilih dan sukakan yang terbaik
· Cepat marah dan cepat sejuk
· Suka bercakap dan berdebat
· Suka buat lawak dan bergurau
· Otaknya cerdas berangan-angan
· Mudah berkawan dan pandai berkawan
· Orang yang sangat tertib
· Pandai mempamirkan sikap
· Mudah kecil hati
· Mudah kena selsema
· Suka berkemas
· Cepat rasa bosan
· Sikap terlalu memilih dan cerewet
· Kurang mempamirkan perasaan
· Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
· Suka kepada barang yang berjenama
· Mudah menjadi eksekutif
· Kedegilan yang tidak terkawal
· Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa menegur saya adalah kawan saya

Julai
· Sangat seronok didampingi
· Banyak berahsia dan sukar dimegerti terutamanya lelaki
· Agak pendiam kecuali diransang
· Ada harga dan maruah diri
· Tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan
· Mudah dipujuk dan bercakap lurus
· Sangat menjaga hati orang lain dan sangat peramah
· Emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
· Berjiwa sentimental, jarang berdendam
· Mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
· Tidak suka benda remeh-remeh
· Membimbing secara fizikal dan mental
· Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
· Layanan yang serupa dengan semua orang
· Tinggi daya simpati
· Pemerhatian yang tajam
· Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
· Mudah dan rajin belajar
· Suka mengenang peristiwa atau kawan lama
· Suka mendiamkan diri dan suka muhasabah diri
· Suka duduk di rumah, rajin membuat kerja
· Suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan
· Tak agresif kecuali terpaksa
· Lemah dari segi kesihatan perut
· Mudah gemuk samada kawal atau tidak kawal diet
· Minta disayangi
· Mudah terluka hati tetapi lambat pulih
· Terlalu mengambil berat

Ogos
· Suka berlawak
· Orang mudah tertawan kepadanya
· Sopan santun dan caring kepada orang lain
· Berani dan tidak tahu takut
· Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
· Pandai pujuk orang lain
· Terlalu pemurah dan bersikap ego
· Nilai harga diri yang sangat tinggi
· Dahagakan pujian
· Semangat juang yang luar biasa
· Cepat marah dan mudah mengamuk
· Mudah marah apabila cakapnya dilawan
· Sangat cemburu
· Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
· Cepat berfikir dan fikiran yang berdikari
· Suka memimpin dan dipimpin
· Sifat suka berangan
· Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
· Sangat sensitif tetapi tidak mudah merajuk
· Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
· Belajar untuk relax
· Sikap kelam kabut
· Romantik, pengasih dan penyayang
· Suka mencari kawan

September
· Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
· Sangat cermat, teliti dan teratur
· Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
· Pendiam tetapi pandai bercakap
· Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
· Sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia serta jujur
· Kerja yang dilakukan sangat sempurna
· Sangat sensitif kepada apa yang tidak diketahui
· Orang yang banyak berfikir
· Daya penakulan yang baik
· Otak bijak dan mudah belajar
· Suka mencari maklumat
· Kawal diri dari terlalu mengkritik
· Pandai mendorong diri sendiri
· Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
· Banyak simpan rahsia
· Suka sukan, hiburan dan melancong
· Kurang menunjukan perasaannya
· Terluka hatinya sangat lama disimpan
· Terlalu memilih pasangan
· Sukakan benda yang luas
· Bersistematik

Oktober
· Suka sembang
· Suka orang yang sayang padanya
· Suka ambil jalan tengah
· Sangat menawan dan sopan santun
· Kecantikan luar dan dalam
· Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
· Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
· Sentiasa berkawan
· Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
· Cepat marah
· Macam pentingkan diri sendiri
· Tidak menolong orang kecuali diminta
· Suka melihat dari perspektifnya sendiri
· Tidak suka terima pandangan orang lain
· Emosi yang mudah terusik dan kelam kabut
· Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
· Suka melancong, bidang satera dan seni
· Pengasih, penyayang dan lemah lembut
· Romantis dalam percintaan
· Mudah terusik hati dan cemburu
· Ambil berat tentang orang lain
· Suka kegiatan luar
· Orang yang adil
· Boros dan mudah dipengarohi persekitaran
· Mudah patah semangat

November
· Banyak idea dalam banyak perkara
· Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
· Berfikiran kehadapan, unik dan bijak
· Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
· Pemikiran yang tajam
· Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
· Bagus untuk jadi Doktor
· Cermat dan teliti
· Personalitynya dinamik
· Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
· Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
· Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
· Terlalu degil dan keras hati
· Apabila hendak, diusahakannya hingga berjaya
· Tidak suka marah kecuali bila digugat
· Mudah ambil berat terhadap orang lain
· Pandai muhasabah diri
· Cara berfikir lain dari orang lain
· Otak yang sangat tajam
· Pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian
· Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
· Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
· Romantik walaupun tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
· Suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi
· Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
· Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
· Bercita-cita tinggi
· Perangai tidak boleh diramal dan mudah berubah-ubah

Disember
· Sangat setia dan pemurah
· Bersifat patriotik
· Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
· Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
· Bercita-cita tinggi
· Suka menjadi orang yang berpengaroh dalam organisasi
· Seronok didampingi
· Suka bercampur dengan orang
· Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai
· Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
· Tidak pandai berpura-pura
· Cepat marah
· Perangai yang berubah-ubah
· Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
· Benci pada kongkongan
· Suka berlawak
· Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

Aku nyer tu betul la jugekk....
Korang???

Friday, September 18, 2009

Bersendirian

Waaaa....semua dah balik, aku sorang je kat opis.So, nak balik ker stay jer..HuHuHu..
Bos aku siap pesan suh aku balik jer, tutup suis semua, jimat eletrik.Ermm....kalau aku balik, opis kat Kuching still bukak.Arghh..better stay jer..kalau dok umah pun bosan.Bukan bole buat apa sgt..

Aku terpikir nak buat sambal kacang special untuk suami aku la.Ermm...resepi dah ada dalam kepala otak.Tinggal gather barang then implementation jek.Nak masak kat mana pulak kan, kalau aku masak kat umah mertua aku, dah tentu dia yg akan masak and 100% resepi dia.Means bukan aku yg masak, setakat ASSIST jek.Takmauuuu!!!aku nak 100% air tangan aku sendiri.Jawapannya ialah balik umah mak aku la kan.Kalau mak aku, bole aku sound "Mak, tolong jgn nak tolong org masak, ok.Tengok jek".Ceh..Hampeh jek..Kalau aku cakap camtu kat Mertua aku camne tu????Haa...kan ada yg kata kuang ajar lak kan..Ni la nasib org menumpang..Huhuhu...Tapi yang pasti aku nak masak jugak kuah kacang untuk suami aku dengan resepi aku sendiri.aku pun teringin gak kan nak merasa persediaan hari raya.Takpela, buat masa ni, buat mana yg bole jek.

Ermm..nak pergi check up lagi.Better aku shoping kacang sikit2 dulu, pastu singgah umah mak aku, simpan barang2 nak masak.Kalau letak umah mak mertua aku, confirmla takde tempat untuk aku dalam peti sejuk tu kan..Seb baik peti sejuk mak aku besar.
Esok baru masak.Beli baju Luqman.Aku nk beli apa eh?ermm..takyahla merah mak ngah oiii...sederhana..yg penting, Masyukkkk!!!

td bru je dpt duit raya dr Bos aku, aku ni byk bos tau.Alhamdulillah, rejeki maa..

Time to Chioww.....Woii..org KL kene balik awal la, sini kalau petang jumaat, pastu time nk raya, konfirm jem tak hengat.siap bole bukak pose kat tepi jalan, keta tak jalan2 rasa cam nak nangis.Rumah jarak 10 minit, bole jadi 2jam.Based on my experience.Alaa...semua org KL tau..rasanya tghari ni pun dah jem tak hengat punyer..

Time To GO!!!

Selamat Hari Raya

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Muslim dan Maaf Zahir Batin.Bagi yang balik kampung, berhati-hati dijalanraya dan ingatlah org yang tersayang.

Raya tahun ni, seperti yang dirancang, 1st raya kat umah mentua, pastu petang balik Negeri Sembilan.2nd raya balik Johor.Waaa..macam syiok jer raya tahun ni sebab dpt jalan banyak tempat compare ngn last year sbb time tu perut tgh besar, so nk jalan mana2 cam malas jer.Pastu manala ada baju raya kan. Tahun ni aku dah siapkan 2pasang baju untuk aku sorg sahja..He3..Selfishkan..Budget tak muatla nk pakai baju kurung tahun ni, tapi since my perut pun masih kecik lg and still tak nmpak mcm org pregnen 5bulan, so aku still bole pakai baju biasa2.Luqman punya baju pun dah siap, except baju ayah dia.He3..bz tahun ni smpai tak sempat nk beli baju la katakan.Dengan virus yang melanda menakutkan kitaorg untuk kuar shopink.Kalau pakai mask, tak cun arr...hehehe..

Tahun ni raya rasa best sebab dah ada anak, and tak sabar nak collect duit raya.haku yg dah beranak ni pun still dpt duit raya okeh..Hahahaha...best giler..Rezeki jgn ditolak.

Alhamdulillah, selera makan pun dah semakin okay and berselera,ermm tak sabar nak makan ketupat ngn rendang.Sabor2..

Yeay!arini gi checkup, cucuk tangan amik darah daaaa..

Saturday, September 12, 2009

Happy Birthday to u, Syida!

Today is my birthday.Orang yang pertama wish, of kos la husband aku kan. Siap kantoi tgh belek2 hadiah utk aku lg. Keh3..kunun2 nk suprise la tu..Btw, tengs sayang..I LOVE U so much..


Taraaa!!!!


o0o0o0...Perfume ngupenyer...aku mmg pakai perfume ni.kebetulan botol lg 1 tu dah abis, bagusla dia beli botol baru, lagi besar laks tu.He3..tengs again sayang


Sempat lagi tu beli barang sendiri..Siap ada gift lg kan..


Siap dpt beg lagi..tiap kali beli parfum, mesti dpt beg balik kg.


botol ni bole masuk tong sampah.

Tengs pada semua yg wish...especially my lovely sister, Ain, Canoi & Aziha..Love u bebeh!

Tambahan, tahun lepas besday aku jatuh on fasting month tau, so Saiful belanja bukak pose kat Kunang-Kunang.Bestla time tu, sebab BERDUA...kan lebih baik...He3

Tuesday, September 8, 2009

Puasa Oh Puasa

Selamat Berpuasa!!

Lambat giler aku wish kat blog aku ni.Bukan apa, sebabnya aku dah malas nak post dlm blog ni.No idea.Lagi2 aku skrg ni beremosi, so, better aku diam dr aku membebel yg bukan2 kan.

Semalam, 7 Sept, Luqman cukop 10bulan, Alhamdulilah, dia sihat dan kuat bagai johan.Kalau bab aktif tu jgn cakap, penat giler aku nak melayan dia, asal kemas je mesti dia kemas balik.Time dia kemas tu, semak kepala aku.ooo..cenggini ngupenyer budak2 mengemas.No wonderla mertua aku asyik emo jek bile aku balik keje.Haha...Luqman kemas rumah dorg smapi licin.Hu3..tunggu 2nd baby ni camne la plak.Aku plak sekrang ni cepat semput la kan kalau buat keje lebih2, kandungan pun dah nak masuk 5bulan, tapi perut ai still lg cam anak dara..Ekekek...prasan sikit kan..suker ati ai laa...

Husband aku lak lately dah semakin excited dgn job baru dia, smpai dia pun dah ada blog sendiri.Kalau rajin, korg singgah ler menjamu mata kat blog dia, kot2 korg memerlukan perkhidmatan itu.Alamak, luper lak coding letak link tu.nanti2 la aku letak.


Ni pic bukak pose kat Hotel Istana organized by Citra Group. aku bawak husband and mother in law. Luqman pun ikut skali.

Rasa cam tak puas je makan sbb makanan byk giler, pastu aku lak still susah nk makan, so makan mana yg bole je la.Alhamdulillah.Capek ko, sbb aku person in charge, seb baik, klik2 aku yg cun2 tolong skali. Sayang la kat korg..

Tuesday, August 18, 2009

Kejadian di 7-Eleven bulan lepas

jgn suspen kay baca tajuk atas ni..aku tgh boring tahap cipan nih. Luqman plak takmo tido, padahal aku dah nagntuk sgt nih.Sabar jer la.Sambil tu aku nak cerita la sikit kejadian bulan lepas.
Lepas balik keje, aku singgah 7E kat sebelah opis aku kat sebelah Standard Chartered Jalan Sultan Ismail tu..ciwahh..bg alamat penuh lg tuh.Lepas aku dah hamik segala barang2 yg aku nak beli, tibalah masa untuk bayar kat kaunter.Pastu budak kaunter tu scan la barang2 aku..Tet...Tet..Tet...tet...tet..makna "Tet" tu berbunyi, bermakna aku beli 5barang , aku pun dah tak hingatla kan..Ceeewah. Aku bukakla wallet untuk membayar, memandangkan duit bahagian dalam, so terbukakla wallet aku and terserlah cara aku susun kad2 hutang ngn kad tumpang bank aku yg sistematik tu plus pic2 and kad nikah.Pastu budak tu tanya

Minah : Erm..nak panggil adik ke akak eh?
Me : Haaa???!!! Akak ler adik oii...
Minah : Akak dah kawin eh? Sorila sbb saya tgk wallet akak tadi ada kad nikah.Maksudnya akak dah kawin la kan? Kecik2 dah kawin eh? umur akak baper?
Me: Eh, kecik???Manader la..Akak dah kawin.Agak2 baper?
Minah : Ntah...20? atau 21?
Me : Waaaa!!!muda nyer dik...Akak ni tua dah..tapi skit jek...25. dah ada anak satu, ni tgk pregnen 3bulan lg dik oii...(sambil tersenyum)
Minah : Iyer?nampak muda nyer...


mesti budak tu dah tak perasan bontot aku dah kembang kempis control...keh3...

Korang yg baca ni jgn tension2 okay..

aku tgh bosan ni..dahla aku tak suker layan facebook sebab bosan layan mende tuh..
ntah naper jiwa aku takle masuk ngn fb tuh...

Check up 4 months

went to clinic Alam Damai, as usual, cek2 tu ini.Jeng3x, berat gue turun 1kg daaa..
Aiyak!!apa sudah jadi, kandungan dah 4bulan pun, berat sudah turun.Last month, 41.45kg, this time, 40.25kg.Aiyak!!!kene makan banyak2.Pose sabtu.Time berbuka kene belasah abis-abis la..Suppose kene amik darah.Hehehe...cuak punya pasal, postpone la bulan depan, takut beb bab cucuk2 nih. Seb baik doktor kata "Lepas ni kene makan banyak2 eh, ni nak amik darah pun tak bole.Berat turun laks".

Arghh...Selamat2...(bulan depan kene jugek!!!)

aiiii...Byknyer nak cerita

Memang banyak nk taip dalam entri ni. Tapi tgkla baper panjang my story..Ntah2 cenenot jek.

Luqman 9 Bulan on 7 August 2009
dah lama stori ni, tapi still nak stori gaks, dia baru elok demam, tiroid dia bengkak,Ni kes berjangkit ngn aku la ni.Memula ibu dia demam dulu, kene amik MC 2days, pastu dia pulak berjangkit demam.Ibu MC lagi.Syian anak ibu..Huhuhu..Alhamdulillah, dia dah sihat.Risau jugakla kan sebab skrgkan kes H1N1 merata2 tiap2 ari org mati.Mintak2 dijauhkan segala penyakit merbahaya semua tu dari kami sekeluarga.Moga2 Allah melindungi kami semua.Time tu la aku tau camne perasaan seorang ibu bila anak dia jatuh sakit.Teringat balik kat mak aku time dia jaga aku kecik2 masa sakit.Kesian mak..Sedih beb.Besar pengorbanan seorang ibu terhadap anak dia tau.Bila dah jadi ibu ni, baru aku tau camne susahnya mak aku jaga smpai besar ni dah keras kepala.Aku akan sentiasa doakan mak aku yang terbaik.


Erk???somebody snap my pic..im already 9months old


Mak Lang, Me and Ibu kat workshop keta..servis ekon asyik takde jek..gi Penang punya pasal la nih


i dah pandai baca buku tau....Ibu ajar..

Sekian

Tuesday, July 14, 2009

What a suprise!!

Semalam aku gi checkup kat tempat biasa, Klinik Alam Damai. Lucky, Dr Mazlah yang in charge, mmg suker dgn dia sbb dia very nice person and cakap pun lembut la sgt2. Tak best masa check up tu, sirman takde, bengang je kan. Seb baik nurse kat situ tolong dukung Luqman yang debab sihat walafiat.

As usual, check urine, blood pressure test, berat and scan. Berat aku menurun lak kali ni, 41.45kg.Scan, kandungan dah 11weeks, 5days, dah masuk 3bulan la tu. Then , masa scan, Dr nampak ada 2 kantung, means kembar la kan.Erk???!!!! takutnyer...Hihihi...tapi dlam hati Hepi gaks. Unfortunately, satu lagi tak menjadi, so kantung tu kosong. Dr kata, dun wori kay, ia akan kecut slow2.Hu3...kalau tak merasa gakla anak kembar kan..Rugi jer En Sepol tak dapat tengok Ok...Padan muka dia, sapa suruh keluar. So far, pergerakan baby aktif. memang aktif pun, aku tgk dia takle duduk diam, bergerak2 jek.

Dalam hati Alhamdulillah

Monday, July 13, 2009

Last weekend yang Best!

Ermm..Lama sudeh tak hapdetkan, sebab lately aku asyik dok baca buku sebab nk exam jadi Insuran agen kan..Last week, ada 3 exam, 2 passed and 1 failed, so this week aku kene repeat balikla kan mana yang fail.Sebab tu keje aku asyik baca buku jek, especially time malam la..Masak??He3...sorila, at dis moment, aku takde deria rasa.aku cuma selera makan bubur and sayur rebus jek..Lazat tak terkata Ok!..

Last Saturday, aku der exam kat SMK St John, even dah lama dok kat KL, tp tak tau kat mana sekolah tu. So, as usual, carik pakai GPS jek.Bila dah smapi tu, dr luar sekolah tu mmg serius nmpak cam shantekk sikitla..Tapi bila masuk dalam, aku rasa macam berada dalam Muzium..Memangla kan, sekolah lama pun, bila dah masuk kelas, waaaa...dlm hati aku, Camni ker sekolah budak lelaki..HU3...sabor jer la...Tapi seriusla, skolah tu tetap jugak cantik and bersejarah.Apa yang penting, exam aku dah lepas and hopefully lulus dgn jayanya walaupun cukop makan...Hi3..Ramai laks yg amik exam Takaful ni ngupenyer..

Esoknyer, Sunday...Kitaorg pergi The Mines..Yeay!!1st time husband aku bawak jalan2 camni lepas ada anak. Ermm..dulu adala..tapi time pantang..pastu balik sakit2 badan. So, pesanan kepada semua. Sekiranya ada sedang berpantang, duduk jer la kat umah OK..Badan nk pakai lama, tapi kalau badan mmg dah tak cantik tu, tak pantang pun takper..Ngeh3..

Dah lama aku tak masak untuk husband aku. Bukan malas sebenarnya, cuma lately badan mmg serius letih, tapi ada jugak waktu aku gagahkan utk masak. Tapi aku paling tak suka masak, pastu ada org komen cara masakan aku, samada "eee..camtu ker?" atau "kenapa tak guna ... ni" atau "camni.." atau "camtu..". Adeh, sukati gua la nak masak cara camne pun. Sekali org dah tegur aku camtu, serius shit aku malas nk masak.

Arghhhh!!!!!!!!!

Thursday, June 25, 2009

Emonyer Aku

Semalam semua opismate kata muka aku nmpak gelap.So, aku explain"biasala, pembawakan budak". Cewah...seriusly aku pun tak tau knape muka aku gelap gituh. Sebab aku rasa aku pakai bedak cam biasa jek.Sudah nyer bila balik, terus aku dok tercongok depan cermin untuk pastikan kelainan ku hari semalam.



Huh!..Lihat diatas.Takde perbezaan apa2 pun...Mngkin mata dorg kot<--ayat pujuk hati ler kunun

For all my frenz, plz be remind (ceh, cam amaran laks), yg emo aku skrg ni tak tetap, so mcm2 rasa ada. Tak tentu especially marah. So, korang semua be alert la eh, kalau aku takde mood. Ala, sekejap je pun semua ni.Kalau ada terkasar bahasa atau terlepas cakap tu, aku minta maaf la yer.PEacE!!

Tuesday, June 23, 2009

My fren wedding

Last week, 20hb June 2009, my fren masa study kat IIC dulu kahwin kat Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak. Congratulations to Zalifah Mustafa and Fadzly. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.Pergi ngn my sis, Aziha.


Bergambar bersama pengantin


Lepak-lepak ngn member lama...rindu time dulu2..


Luqman wit Auntie Liz


Luqman wif Uncle Aqim & Auntie Sya



Aksi gedix Luqman


Time nak balik, Posing japs

Walaupun suami tak follow sebab keje, tapi ku seronok jugak.Layannn!!

Wednesday, June 17, 2009

Zoo Melaka

Let the picture tell the story la kan...



























Wednesday, June 10, 2009

Spectra 3 to let go


Spectra 3
~ Single pump
~ Free balance Pil ASI yang tak habis
~ Avent Breastmilk Collector 1 pair (yg ada lubang atas)
~ Warranty masih ada smpai 7 July 2009


Price : RM250 (negotiable) and self collect

Since dah tau diri ini sedang pregnant, ku ingin melepaskan salah satu barang kesayangan ku ini. Hahaha...suka plak. tapi ini bukan bermaksud aku bukan pumping mommy, tapi aku akan fully utilize Avent Manual plaks.

Sesiapa yang interested, please PM or contact me thru YM at n.syida@yahoo.com

THIS ITEM ALREADY SOLD!!!

Monday, June 8, 2009

Luqman 7 Bulan & Balik Kampung

Yeay!!! Anak ibu dh 7 bulan on 7hb June 2009.

Hadiah ibu ialah ibu and ayah bawak balik kampong..ekekek..

Friday, June 5, 2009

News!!!

Saat ni tak terkata or tergambar perasaaan aku. Entah gembira atau takut atau hapa2 ntah.

Tadi aku makan kat Old Town Cafe. Lepas tu siggah ke Watson, korang tau aku beli apa?
"Disclosure" a.k.a Pregnancy Test.


after that, lepak2 dulu kat opis, pastu aku ke toilet nk cek la betui ke tak ketidakselesaan yang ku alami sejak kebelakangan ini adalah punca dr perubahan hormon disebabkan ehem2...

and resultnya ......


Haa...korang pikir la sendiri k..

NotaKaki : Sorila eisha, mak bz nyah, lambat hapdet

Monday, June 1, 2009

Tambah Skill

Alahai, lupa nk update dlm blog last week. Luqman skrg dah pandai mengensot. wahhh!!!dia dah pusing2 satu rumah ni.So, kene sentiasa alert jer la dgn pergerakan dia.Macam2 dia dah rasa, kerusi, suratkhabar, plastik, semua dia Ngap!! paling kelakar, dia gi ngap hujung kerusi malas Tok dia, pastu mulut dia trus tersangkut kat situ.Trus nangis..HehEhe..klaka anak ibu ni.

30hb May lepas, Balik kampung jumpa moyang..Yahooo!!!best giler sbb kali ni ayah yg nak balik kampong, budget rambutan dah masak la..Tapi buah kuini jer yg masak, Pokok rambutan baru keluar buah yang hijau jek..KahKahKah...yang penting dapat balik kampung and tido semalam kat sana.

Tadi ibu telah ke Tesco,beli walker + rocker. hadiah dr ayah and Ibu untuk anak ibu yang Shomel..


This is mine...I Luv it..Thanks Ayah & Ibu


Love it..love it..mmmuah!..mmmuahh!


Pantas & Tuntas movement

Saturday, May 30, 2009

Siapa laie Hencem??





Nak tahu jawapannyer???



HiHi...Ayah pun hensem gaks!!

6 months old

 
 

Amacam??Makin hensem tak?...HiHihi
Posted by Picasa

Tuesday, May 26, 2009

Lunch wit Bes fRen



Haaa!!arini member aku banje minum kat KFC.Minum je kay. Diulangi "Minum" sahaja.
Snack plate pakai kupon, so dapat free...Wakakaka!!!
Nama dia Ekin. single lagi wehh...hEhEhE

Korang tAu tAk??

aku sebenanya dah "M" nak menghapdet blog ni...HaHaHa..

Ermm..berat aku dah naik 42kg berkat makan malam2 kol 12am, pastu terus tido.so, naik dr 38kg to 42kg. Skunk kene maintain jer la kan..

Last week pi Teambuilding, ermm..best tak best la..Penat jer lebih. So, bila dah penat, apa pun tak exciting sgt la kan..Watever pun, im enjoy!!.

Sadia jer bila balik umah, Luqman demam+batuk+flu+muntah, sedih kan..geram gak dlm hati, so, aku amik cuti Selasa and Rabu to look after him. Syiannn anak Ibu...Hu3..


Ni la Group AGANET <--my team dapat 2nd Place..Caya la wehh!!




Antara aksi2 kat tepi pantai..Innocent post


Nanti aku haplod lagi pic

Tuesday, May 12, 2009

My Weight

Dulu, masa before kahwin, my weight is 37kg <---ringan kan..
Pastu dah preknen, 56kg laks
Pastu after delivered, 44kg
Semalam timbang, 12 May 2009, my weight is 38kg.
Hah!!wat happen la to me kan...Padahal aku makan lg banyak dr suami.Habis seluar aku semua longgar balik cam dulu.

Breakfast - Nasi Lemak (Compulsory) + Roti telur + Milo tarik/Teh tarik

While waiting for Lunch - Kuih-muih bawak dari rumah

Lunch - Nasi Penuh + Nasi Half + Lauk Ayam / Ikan

Petang - Apa eh?Hi-Tea ker..kdg2 makan Soto or Char Kuey Teow. Semuanya berat2 belaka

Dinner - Nasi Penuh + Lauk yang My Lovely Mother In Law masak...Perghh!!time ni kene makan banyak, sbb mak aku masak sedap gilos..

The Result - My body still slim ok..

Possibility
1. Breastfeeding - dapat mengembalikan badan ke bentuk asal. Memang TEPAT skali!
2. Makan oat - My feveret.My opinion la kan, elok utk tarik kolestrol.
3. Makan buah Prune - Ni tak sedap, tapi terpaksa makan, sebab ada masalah nak digest

Tu je la kot..

Any comment kenapa my weight turun tanpa naik lagi walaupun makan banyak giloss???

Luqman 6 Bulan

7th May lepas, Luqman cukup 6 bulan.Dia pun semakin aktif walaupun muka dia serius cam ayah dia.Next time baru upload pic dia.

Thursday, April 30, 2009

Me & Dr LUV

Assalamualaikum...

Haaa..mesti korang terkezut ngn my title kan..HeHeHe..sila lihat pic dibawah



Atas ni pic masa meeting utk TeamBuilding. Yang hadir skali ialah Dr Azahari Othman a.k.a Dr Luv yang jd motivater Akademi Fantasia tu. Actually aku pun tak tau pasal dia and langsung tak kenal,sebabnya aku tak minat tgk AF, aku cuma minat Raja Lawak je. Dan rumah skrg ni takde Astro, so aku tak tau la apa2 yang berlaku dalam ASTRo. Walaupun rumah mak aku ada ASTRO, tapi aku jarang tengok TV, so tak amik port langsungla bab hiburan dalam media nih. Budak2 opis ni dok keneng2 cerita pasal Dr.Luv ni..then baru aku tau sapa kah dia..

Selasa lepas, kita jumpa untuk diskus pasal Teambuilding kat Pulau Perhentian.Dia kata nak buat acara "Akedemi Funtasia" la plak..Adoiuhhh..nanti pitching kene jaga, suara dr dalam perut.Ahaks..cam kelaka, tapi best k.

As usual, naluri keibuaan aku yg kuat ni, aku still rasa keberatan untuk pergi.

Tuesday, April 28, 2009

Your Flip Flops Say You're Hilarious




Your Flip Flops Say You're Hilarious



You live to have fun, and your sense of humor is downright goofy.

You are a big kid on the inside, and you have a very open heart.



You try to make every day feel like a vacation, even if you have other responsibilities.

Each day, you make a little bit of time to play and let loose.



Your ideal warm weather place: Disney World

Monday, April 27, 2009

Me & Casting Colgate

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni aku awal giler, kol 8.22am.Huh..siap bukak kan pintu opis lagi..Maklumla mu husband dah dapat kerja, so this time dia lebih berdisiplin la...Moga2 kekal, InsyaAllah.Korang2 yang baca2 ni, Aminkan Eh!..

Nak cerita ni pasal semalam,tapi malu la plak..HIhihihi...cerita jerla..Sharing is Caring, kan kan kan? Semalam, me and my sister, Ain, gi casting for TVC COlgate Cavity.Aku mmg berdebar2 giler, maklumla, 1st time kan..Punyalah dah lama buat profile, tapi baru tahun ni pergi casting, kalau profile tu dalam bentuk file, mesti dah berabuk giler.Dengan baju kurung nya, he3..klaka.Campur laks dengan kaki terketar2, Huhu..Aku mengagahkan jugak diri untuk melawan kegugupan untuk beraksi depan lensa kamera.Finally aku berjaya jugak.

Jap sambung, gi breakfast

Ok..

Dialog utk casting tu pendek je, tapi asyik lupa.He3..aku cam nasib baik sketla, sebab 3kali repeat.He3...Kalau ada rezeki, dapat, kalau takde, its okay, at least try.Paling tak tahan, dia amik pic gigi dekat gilos...HuHuHuhu...cam ler cantik sgt gigi aku nih..Takperla, aku dah buat yg terbaik..Just try my luck..

Saturday, April 25, 2009

Luqman & Legging

Semalam legging yang ku order dari amyatie dah sampai.
Hasilnya adalah seperti di bawah.Taraaaa!!!!!~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...