Thursday, April 30, 2009

Me & Dr LUV

Assalamualaikum...

Haaa..mesti korang terkezut ngn my title kan..HeHeHe..sila lihat pic dibawah



Atas ni pic masa meeting utk TeamBuilding. Yang hadir skali ialah Dr Azahari Othman a.k.a Dr Luv yang jd motivater Akademi Fantasia tu. Actually aku pun tak tau pasal dia and langsung tak kenal,sebabnya aku tak minat tgk AF, aku cuma minat Raja Lawak je. Dan rumah skrg ni takde Astro, so aku tak tau la apa2 yang berlaku dalam ASTRo. Walaupun rumah mak aku ada ASTRO, tapi aku jarang tengok TV, so tak amik port langsungla bab hiburan dalam media nih. Budak2 opis ni dok keneng2 cerita pasal Dr.Luv ni..then baru aku tau sapa kah dia..

Selasa lepas, kita jumpa untuk diskus pasal Teambuilding kat Pulau Perhentian.Dia kata nak buat acara "Akedemi Funtasia" la plak..Adoiuhhh..nanti pitching kene jaga, suara dr dalam perut.Ahaks..cam kelaka, tapi best k.

As usual, naluri keibuaan aku yg kuat ni, aku still rasa keberatan untuk pergi.

Tuesday, April 28, 2009

Your Flip Flops Say You're Hilarious




Your Flip Flops Say You're Hilarious



You live to have fun, and your sense of humor is downright goofy.

You are a big kid on the inside, and you have a very open heart.



You try to make every day feel like a vacation, even if you have other responsibilities.

Each day, you make a little bit of time to play and let loose.



Your ideal warm weather place: Disney World

Monday, April 27, 2009

Me & Casting Colgate

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni aku awal giler, kol 8.22am.Huh..siap bukak kan pintu opis lagi..Maklumla mu husband dah dapat kerja, so this time dia lebih berdisiplin la...Moga2 kekal, InsyaAllah.Korang2 yang baca2 ni, Aminkan Eh!..

Nak cerita ni pasal semalam,tapi malu la plak..HIhihihi...cerita jerla..Sharing is Caring, kan kan kan? Semalam, me and my sister, Ain, gi casting for TVC COlgate Cavity.Aku mmg berdebar2 giler, maklumla, 1st time kan..Punyalah dah lama buat profile, tapi baru tahun ni pergi casting, kalau profile tu dalam bentuk file, mesti dah berabuk giler.Dengan baju kurung nya, he3..klaka.Campur laks dengan kaki terketar2, Huhu..Aku mengagahkan jugak diri untuk melawan kegugupan untuk beraksi depan lensa kamera.Finally aku berjaya jugak.

Jap sambung, gi breakfast

Ok..

Dialog utk casting tu pendek je, tapi asyik lupa.He3..aku cam nasib baik sketla, sebab 3kali repeat.He3...Kalau ada rezeki, dapat, kalau takde, its okay, at least try.Paling tak tahan, dia amik pic gigi dekat gilos...HuHuHuhu...cam ler cantik sgt gigi aku nih..Takperla, aku dah buat yg terbaik..Just try my luck..

Saturday, April 25, 2009

Luqman & Legging

Semalam legging yang ku order dari amyatie dah sampai.
Hasilnya adalah seperti di bawah.Taraaaa!!!!!~




Friday, April 24, 2009

Teambuilding, Rela dalam Terpaksa

My company akan mengadakan Team Building on 15th May 09 ni.HU3..berat rasa nak pergi sebab takle terpikir camne nak tinggalkan Luqman dengan ayah dia. Dalam kepala otak ni siap terpikir mcm2 la, camne kalau Luqman nangisla mlm2, mesti kesian mak mertua aku nk jaga nanti..HU3...Takper2, cuba bawak bertenang. Biasala kan, naluri keibuaan aku ni terserlah. So, nak tak nak, pergi jer la...Yang penting kita Enjoy!!

Tapi bengang je aku sbb ada suara2 sumbang yang dok kata "i pun ada anak gak", "ala, bukan pergi nk buat anak", ala, mcm2la, org yang berfikiran sempit and negatif. Orang camni, mmg takkan paham masalah org.Sesuka hati je tuduh2 and suka sakitkan hati org macamtu.Macam la keje laki bini ni asyik buat anak jek. BODOWWW!!!Padahal aku nk bawak mak mertua aku, bukan laki aku..BODOW tahap dewa!!!Sesapa yang terasa tu, Lu Pikirla sendiri. Lebih baik senyap daripada suka mengkomen orang.Buat sakit hati orang jek.Kalau wajib, just cakap wajib and warning kalau tak pergi jer la..tak payahla nak tambah2..Malas aku layan cakap org BODOW camni...

Emo eh....HIhihihi...

Suami Boroi Tanda Bahagia...Ye ker???

Artikel ni aku copy dr salah sorg blogger yang aku mmg minat baca blog dia..hehe..Mummy Harith & HannahMemandangkan artikel ni panjang lebar and aku malas nk merumuskannya, so aku copy jer la.

Ada terbaca dalam satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Betul atau tidak terserah pada pandangan masing-masing.

JAWAPAN Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya.. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku.Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram.Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk “makan di rumah”. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti s*ks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain “boroi”.

Terdapat 2 jenis lelaki boroi.Pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua dimana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit. Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang.. namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi.Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga. Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula “jemu” atau mengelak untuk mengadakan aktiviti s*ks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin “bulat” atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup..Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan s*ks. Air “zat” isteri yang mengalir masuk melalui z*kar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan z*kar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.Namun jika aktiviti s*ks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala z*kar pula akan mula mengecut malah kulit z*kar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan s*ks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Bagaimana pulak wanita yg boroi?Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sp*rma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air m*ni yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air m*ni suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sp*rma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air m*ni bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air m*ni jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan s*ks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.Ada juga pendapat bahawa kebaikan air m*ni itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sp*rma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang yang kelihatan boroi atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan adakalannya mempunyai perasaan cemburu dan sebagainya.

Kembali kepada persoalan anda, kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Betul ker?? Tepukla dada, Tanya selera..

Panjang Lebar kau....

Friday, April 17, 2009

Pic Luqman


Assalamuailaikum

Nama saya Saiful Luqman Bin Saiful Nizam. Dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 7 November 2008. Muda lagi kan...He3..


Camne la nak capai toys ni..Hu33...Pocah palo den....

Pikir smbil pegang kaki

(org kata nak adik lagi...Hu3...Tipuuuuuuuuuuuuuuu)



Ala, penat dah capai, tapi tak dapt2 pun, Eh, ibu amik gambar la...Posing meniarap laks..


Yeayyy!!! Finally, ibu amik kan untuk Luqman.....Cayang Ibu..Mmmmmuahhh!!!


Luqman Check Up 5Bulan

Semalam, ibu and Ayah bawak Luqman pergi Klinik Alam Damai tu untuk check up dia. Suppose 7th April, tapi ntah camne bole terlepas pandang, baru perasan pagi tu yg check up dah terlepas, so we decided trus bawak dia semlm. Kebetulan, ibu tgh cuti sebab demam. As usual, doktor feberet kami, Dr Mazlah, and Luqman asal kene dukung je ngn Dr Mazlah ni mesti dia tersipu2 malu..First, timbang dia, 8.1kg, ermm...debabnyer anak ibu nih, last 2months berat dia 6.9kg, kire banyak jugakla naik, maybe sbb dia dah start makan Nestum kot...Pastu amik injection apa ntah, bunyinya ala, 3serangkai-Polio, aaa...camtu la bunyinyer..Then, next month ada last check up lagi. Tolongla ingatttt...

For today, im dah okayla skit, walaupun masa g keje tadi mcm rasa nk pengsan jek, Ye la kan, dah lama tak demam camni. 3 hari cuti and terlantar sbb tak sihat.

Juz read my sms from old frenz, Hairul, dia dah jadi Daddy..Tahniahla beb! Wife dia, Fatihah, pun my frenz gak..Congratulation to both of you!!

Monday, April 13, 2009

Im a Pink Lady & Bengang yang semalam

Jgn marah, hari ni aku pakai Pink karer..Hehe..Ku mmg giler pink. Sampaikan my son, Luqman pun belikan dia nyer pacifier, kaler pink jugak..Terbeli daa...takkan nk pulangkan balik.

Semalam, pergilah berurut ngn sorang kakak indon ni. Aduhai, lamanya tak urut badan, smpai sakit2 dia urut, tapi dia urut memang power la wa cakap beb..Pergi ngn my fren, Syahda. Lama tol org tu dok bebel, smpai amik masa 3jam. Dia ni bukan jek urut org tua jek, baby pun dia urut, konon2 bole buang sawan gitu la, tapi aku tak percayala semua ni, apa yg penting, kita kene byk2 baca doa and tawakal pada Allah s.w.t. Tapi, akak ni urut, perghh...mmg ringan la badan lepas, sesapa yg nk kurus pun bole gi urut ngn dia. Dia tu dok area ampang, dekat ngn Kampung Pinggiran Ampang.

Apa yang bengang???Arghhh...Bengang giler, sebab masa dok tunggu husband aku sampai utk jemput, pulak lak kakak tu bagi anak aku makan pisang. Dia cubit pisang tu sikit, pastu sembat dlm mulut anak aku. Memula aku senyapla, lepas beberapa suapan, aku kata "Dahla tu kak, dia dah kenyang tu, lagipun manala elok budak kecik makan pisang2 ni"--Padahal dalam hati aku rasa bengang nak tampar jek muka dia. Hingat anak ko ker??!! BODOWW!!BABISSS!!!!
Haaa...hamik ko..Pastu tau lak dia takut aku marah, terus cepat2 dia tak suap dah..Tapi bengang tetap bengangla kan. Lepas ni aku dah tak mau bawak anak aku datang umah dia lg dah. Sapa suh ko suap anak aku makan pisang, he's still 5months old okay. Lepas ni aku dtg bawak diri aku jek.GERAMnyerrrrrrrrrr!!!!!!!!!~

Thursday, April 9, 2009

Luqman 5 bulan


Ni la pic Luqman yang ditangkap sebelum beberapa hari sebelum ulangtahun dia yg ke 5bulan.
gambar dia masa tu nak balik dari umah nenek dia kat Gombak. Comelnyer anak ku........

Hari Khamis??Kejapnyer..

Halluuu!...Dah hari khamis pun..kejap je kan? Rasa cam tak puas lak keje sekarang ni..

because I Love my job very much..:D <-----Seriusnyer



Since today pun tak banyak keje, sempatla memperasankan diri depan camera sekejap...Hehehe


Amacam, maintain laie tak?...HUhuhu....jgn jelez arrr...Pink karer lagi k..Macam model tudung pun ada gak..Heh..

And the best thing today, ada orang beli my barang...Alhamdulillah...ingatkan takde org nk beli..huhuhu..

Well, sesapa yang minat shopping online, meh la singgah to my online butik at Nurra Collection . Enjoy Shopping kat saner eh.

My mood?? dah OKAY

Tuesday, April 7, 2009

Masuk lewat sebab selsema

Terpaksa masuk lewat sbb selsema tak elok2 lagi..Campur ngn pening kepala campur gak ngn senggugut. Aduhai, dah lama tak sakit camni..Biasala, orang pompuan..hi3...Tapi ku gagahkan jugak untuk pergi kerja. Tu la degil, takmo makan ubat...hamik ko!!!.. <---ayat utk diri sendiri..Tak suka la makan ubat ni, nanti badan jadi lemah jek. So, tahan je la.

Luqman plak dah semakin sihat. Alhamdulilah, semlm dia tido nyenyak giler..So, senangla aku nk menghapdet blog bisnes aku tuh..Logo hati. Even, banyak lagi barang yg tak masuk.hu3..slow2 la.

Monday, April 6, 2009

Hari Ini Saya Tidak Sihat + Geram

Hari ni saya tidak sihat sebab selesema. Tapi pergi keje jugak sebab suka pergi keje. Huhuhu...seb sob seb sob jek kat opis ni..Nak pikir buat keje apa pun tak bole. Campur tension sbb orang lain pulak yang tak sabor2 nk bg anak aku makan. Doktor cakap paling kurang pun tunggu dia 5 bulan setengah baru bg makan, tapi disebabkan kegelojohan sesetengah yang menganggap dirinya "Profesional" dan "Expert" (<---konon2nyer la) aku dengan rasa berat hati akan belikan dia Nestum. Biasalah kalau budak-budak tak sihat, aku yang dah besor gajah ni pun tak sihat jugak. Eeee..goram botui din!

To Me ---> SABAR JER LAH!!!

First Entri

Assalamualaikum..

Selamat jugak buat blog ni..Baru tau yang kita boleh register guna id lain instead of gmail. Ahaks...selama ni tak tau. Ha Ha Ha Ha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...