Tuesday, February 2, 2010

Our Special Day!

Happy Anniversary to Syida & Saiful

Hehehe...buat ucapan kat diri sendiri..

Yang ke-2

Celebration???
erm..ada plan, tapi malas nak kuar2 plak, tak larat ler nk jalan2 kan..

so, apa patut kitaorg buat untuk celebrate??

Any ideA???

.
.
.
.
.

Apa pun, doakan kitaorg bahagia hingga ke akhir hayat yer..

Amin


Sunday, January 31, 2010

Hari ini 31 Jan 2010

Umphh..lama sungguh tak menulis kat blog ni.Disebabkan ketiadaan mood untuk duduk depan pc nih.Coz bila dok depan pc jek, sakit kepala, pembawakan baby kot..Hi3...alasan je kot.

Update for My Pregnancy

Waaa...dah lebih hari, First, suppose due on 14hb Jan, Pastu REDD, 30hb Jan. See, see...smpai sekarang pun tak bersalin lagi. Manja sungguh anak ibu sorang nih..Macam Luqman dulu pun, overdue 8hari.Kemungkinan adik dia pun sama gak kot.Tapi bab sakit, ko toksah cakapla kan.Merengat2 macam nk terkeluar jek.

This time, my weight naik about 10kg jek compare with last, 16kg.But baby still berat sama cam Luqman, almost 3kg.Of cosla jaga makan kan. Bukan main belasah je makan suker suki. Biar ada 1 baby je kat perut, bukan ada 2 or 3 baby kat lengan la, peha la, bahu la. Bukan bagus okay, kalau pregnant naik bonjol-bonjol sana sini.Nanti dah bersalin, kene susah payah lak nk kuruskan badan la, beli tu la beli ni la semata2 nk dapatkan figure lama balik.Hu3...Luckily, tak termasuk dalam golongan itu.

Quite boring dok umah, umah bukan ada aircond cam opis.So panas rasa cam dok dalam sauna jek.Tapi okayla sebab dpt spend time ngan Luqman. Seriusly, tersangat-sangat penat menjaga budak lelaki yg baru nk membesar a.k.a Toddler, sgt lasak smbil memb

awa perut yg besar and berat ini.Hanya Allah yang tau. Bukan semua org boleh okay, sebab tu Allah bg rezeki anak ni lagi skali sbb hanya Dia yg tau aku kemampuan aku.Alhamdulillah...rezeki1000x..

Ermm...skrg tunggu masa jek..

Thursday, December 24, 2009

New Updates on Nurra Collections!!!

Friday, November 6, 2009

Tarikh Lahir Anda dan Perangai Anda Mengikut Prof Datok Dr Fadzilah Kamsah

JANUARI
· Suka mendidik dan dididik
· Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
· Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
· Suka smart, kemas dan teratur
· Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
· Pandai mengambil hati orang lain
· Agak pemalu dan pendiam kecuali telah dirangsang
· Punya daya tumpuan yang sangat tinggi
· Mudah mendisiplinkan diri sendiri
· Badanya sihat tetapi mudah diserang selsema
· Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
· Cukup sayang pada kanak-kanak
· Suka duduk di rumah
· Setia pada segala-galanya
· Perlu belajar kemahiran sosial
· Cukup cemburu yang sangat tinggi

Februari
· Berfikiran abstrak
· Suka benda yang reality dan abstrak
· Inteligent, bijak dan genius
· Berpersonality yang mudah berubah
· Mudah menawan orang lain
· Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
· Jujur dan setia pada segalanya
· Keras hati untuk mencapai matlamat
· Tidak suka dikongkong
· Mudah memberontak apabila dikongkong
· Suka kegiatan lasak
· Emosi yang mudah terluka dan sangat sensitif
· Mudah mempamirkan marahnya
· Tidak suka benda yang remeh-remeh
· Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya
· Sangat berani dan suka memberontak
· Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan
· Ada harapan untuk merialisasikan impiannya
· Daya pemerhatian yang tajam
· Suka hiburan dan sukan
· Suka benda yang bersifat seni
· Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
· Berkecenderungan pada benda yang tahyul
· Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
· Belajar untuk mempamirkan emosi

Mac
· Berpersonality yang menarik dan menawan
· Mudah didampingi
· Sangat pemalu dan pemendam rasa
· Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
· Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
· Suka kepada kedamaian
· Sangat peka pada orang lain
· Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
· Tidak cepat marah dan sangat amanah
· Tahu balas budi dan mengenang budi
· Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
· Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
· Suka berangan-angan dan suka melancong
· Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
· Kelam kabut dalam memilih pasangan
· Suka dengan hiasan rumah tangga
· Punya bakat seni dalam bidang muzik
· Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan yang terlalu moody

April
· Sangat aktif dan dinamik
· Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
· Sangat menarik dan pandai manjakan diri
· Punya daya mental yang sangat kuat
· Suka diberi perhatian
· Sangat diplomatik (pandai memujuk)
· Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
· Sangat berani dan tiada perasaan takut
· Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
· Emosi cepat terusik
· Sentiasa cuba kawal emosi
· Kecenderungan bersifat dendam, agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan
· Kuat daya ingatan
· Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
· Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
· Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Mei
· Keras hati dan degil
· Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
· Pemikiran yang tajam
· Mudah marah apabila tidak dikawal
· Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
· Perasaan yang amat mendalam
· Cantik dari segi mental dan fizikal
· Tidak perlu dimotivasikan
· Tetap pendirian tetapi mudah dipengarohi oleh orang lain
· Mudah dipujuk
· Bersikap sistematik (otak kiri)
· Suka berangan
· Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberi tahu
· Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
· Daya khayalan yang tinggi
· Pemikiran yang tajam
· Pandai berdebat
· Fizikal yang baik
· Kelemahan sistem pernafasan
· Suka sastera, seni, muzik dan melancong
· Tidak berapa suka duduk di rumah
· Tidak boleh duduk diam
· Tidak punya ramai anak
· Rajin dan bersemangat tinggi
· Agak boros

Jun
· Berfikiran jauh dan berwawasan
· Mudah ditawan kerana sikap baik
· Berperangai yang lemah lembut
· Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood
· Idea yang terlalu banyak di kepala
· Bersikap sensitif
· Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
· Sukar melakukan sesuatu dengan segera
· Bersikap suka menangguh-nanguh
· Bersikap terlalu memilih dan sukakan yang terbaik
· Cepat marah dan cepat sejuk
· Suka bercakap dan berdebat
· Suka buat lawak dan bergurau
· Otaknya cerdas berangan-angan
· Mudah berkawan dan pandai berkawan
· Orang yang sangat tertib
· Pandai mempamirkan sikap
· Mudah kecil hati
· Mudah kena selsema
· Suka berkemas
· Cepat rasa bosan
· Sikap terlalu memilih dan cerewet
· Kurang mempamirkan perasaan
· Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
· Suka kepada barang yang berjenama
· Mudah menjadi eksekutif
· Kedegilan yang tidak terkawal
· Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa menegur saya adalah kawan saya

Julai
· Sangat seronok didampingi
· Banyak berahsia dan sukar dimegerti terutamanya lelaki
· Agak pendiam kecuali diransang
· Ada harga dan maruah diri
· Tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan
· Mudah dipujuk dan bercakap lurus
· Sangat menjaga hati orang lain dan sangat peramah
· Emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
· Berjiwa sentimental, jarang berdendam
· Mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
· Tidak suka benda remeh-remeh
· Membimbing secara fizikal dan mental
· Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
· Layanan yang serupa dengan semua orang
· Tinggi daya simpati
· Pemerhatian yang tajam
· Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
· Mudah dan rajin belajar
· Suka mengenang peristiwa atau kawan lama
· Suka mendiamkan diri dan suka muhasabah diri
· Suka duduk di rumah, rajin membuat kerja
· Suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan
· Tak agresif kecuali terpaksa
· Lemah dari segi kesihatan perut
· Mudah gemuk samada kawal atau tidak kawal diet
· Minta disayangi
· Mudah terluka hati tetapi lambat pulih
· Terlalu mengambil berat

Ogos
· Suka berlawak
· Orang mudah tertawan kepadanya
· Sopan santun dan caring kepada orang lain
· Berani dan tidak tahu takut
· Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
· Pandai pujuk orang lain
· Terlalu pemurah dan bersikap ego
· Nilai harga diri yang sangat tinggi
· Dahagakan pujian
· Semangat juang yang luar biasa
· Cepat marah dan mudah mengamuk
· Mudah marah apabila cakapnya dilawan
· Sangat cemburu
· Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
· Cepat berfikir dan fikiran yang berdikari
· Suka memimpin dan dipimpin
· Sifat suka berangan
· Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
· Sangat sensitif tetapi tidak mudah merajuk
· Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
· Belajar untuk relax
· Sikap kelam kabut
· Romantik, pengasih dan penyayang
· Suka mencari kawan

September
· Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
· Sangat cermat, teliti dan teratur
· Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
· Pendiam tetapi pandai bercakap
· Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
· Sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia serta jujur
· Kerja yang dilakukan sangat sempurna
· Sangat sensitif kepada apa yang tidak diketahui
· Orang yang banyak berfikir
· Daya penakulan yang baik
· Otak bijak dan mudah belajar
· Suka mencari maklumat
· Kawal diri dari terlalu mengkritik
· Pandai mendorong diri sendiri
· Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
· Banyak simpan rahsia
· Suka sukan, hiburan dan melancong
· Kurang menunjukan perasaannya
· Terluka hatinya sangat lama disimpan
· Terlalu memilih pasangan
· Sukakan benda yang luas
· Bersistematik

Oktober
· Suka sembang
· Suka orang yang sayang padanya
· Suka ambil jalan tengah
· Sangat menawan dan sopan santun
· Kecantikan luar dan dalam
· Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
· Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
· Sentiasa berkawan
· Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
· Cepat marah
· Macam pentingkan diri sendiri
· Tidak menolong orang kecuali diminta
· Suka melihat dari perspektifnya sendiri
· Tidak suka terima pandangan orang lain
· Emosi yang mudah terusik dan kelam kabut
· Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
· Suka melancong, bidang satera dan seni
· Pengasih, penyayang dan lemah lembut
· Romantis dalam percintaan
· Mudah terusik hati dan cemburu
· Ambil berat tentang orang lain
· Suka kegiatan luar
· Orang yang adil
· Boros dan mudah dipengarohi persekitaran
· Mudah patah semangat

November
· Banyak idea dalam banyak perkara
· Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
· Berfikiran kehadapan, unik dan bijak
· Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
· Pemikiran yang tajam
· Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
· Bagus untuk jadi Doktor
· Cermat dan teliti
· Personalitynya dinamik
· Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
· Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
· Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
· Terlalu degil dan keras hati
· Apabila hendak, diusahakannya hingga berjaya
· Tidak suka marah kecuali bila digugat
· Mudah ambil berat terhadap orang lain
· Pandai muhasabah diri
· Cara berfikir lain dari orang lain
· Otak yang sangat tajam
· Pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian
· Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
· Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
· Romantik walaupun tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
· Suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi
· Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
· Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
· Bercita-cita tinggi
· Perangai tidak boleh diramal dan mudah berubah-ubah

Disember
· Sangat setia dan pemurah
· Bersifat patriotik
· Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
· Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
· Bercita-cita tinggi
· Suka menjadi orang yang berpengaroh dalam organisasi
· Seronok didampingi
· Suka bercampur dengan orang
· Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai
· Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
· Tidak pandai berpura-pura
· Cepat marah
· Perangai yang berubah-ubah
· Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
· Benci pada kongkongan
· Suka berlawak
· Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

Aku nyer tu betul la jugekk....
Korang???

Friday, September 18, 2009

Bersendirian

Waaaa....semua dah balik, aku sorang je kat opis.So, nak balik ker stay jer..HuHuHu..
Bos aku siap pesan suh aku balik jer, tutup suis semua, jimat eletrik.Ermm....kalau aku balik, opis kat Kuching still bukak.Arghh..better stay jer..kalau dok umah pun bosan.Bukan bole buat apa sgt..

Aku terpikir nak buat sambal kacang special untuk suami aku la.Ermm...resepi dah ada dalam kepala otak.Tinggal gather barang then implementation jek.Nak masak kat mana pulak kan, kalau aku masak kat umah mertua aku, dah tentu dia yg akan masak and 100% resepi dia.Means bukan aku yg masak, setakat ASSIST jek.Takmauuuu!!!aku nak 100% air tangan aku sendiri.Jawapannya ialah balik umah mak aku la kan.Kalau mak aku, bole aku sound "Mak, tolong jgn nak tolong org masak, ok.Tengok jek".Ceh..Hampeh jek..Kalau aku cakap camtu kat Mertua aku camne tu????Haa...kan ada yg kata kuang ajar lak kan..Ni la nasib org menumpang..Huhuhu...Tapi yang pasti aku nak masak jugak kuah kacang untuk suami aku dengan resepi aku sendiri.aku pun teringin gak kan nak merasa persediaan hari raya.Takpela, buat masa ni, buat mana yg bole jek.

Ermm..nak pergi check up lagi.Better aku shoping kacang sikit2 dulu, pastu singgah umah mak aku, simpan barang2 nak masak.Kalau letak umah mak mertua aku, confirmla takde tempat untuk aku dalam peti sejuk tu kan..Seb baik peti sejuk mak aku besar.
Esok baru masak.Beli baju Luqman.Aku nk beli apa eh?ermm..takyahla merah mak ngah oiii...sederhana..yg penting, Masyukkkk!!!

td bru je dpt duit raya dr Bos aku, aku ni byk bos tau.Alhamdulillah, rejeki maa..

Time to Chioww.....Woii..org KL kene balik awal la, sini kalau petang jumaat, pastu time nk raya, konfirm jem tak hengat.siap bole bukak pose kat tepi jalan, keta tak jalan2 rasa cam nak nangis.Rumah jarak 10 minit, bole jadi 2jam.Based on my experience.Alaa...semua org KL tau..rasanya tghari ni pun dah jem tak hengat punyer..

Time To GO!!!

Selamat Hari Raya

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Muslim dan Maaf Zahir Batin.Bagi yang balik kampung, berhati-hati dijalanraya dan ingatlah org yang tersayang.

Raya tahun ni, seperti yang dirancang, 1st raya kat umah mentua, pastu petang balik Negeri Sembilan.2nd raya balik Johor.Waaa..macam syiok jer raya tahun ni sebab dpt jalan banyak tempat compare ngn last year sbb time tu perut tgh besar, so nk jalan mana2 cam malas jer.Pastu manala ada baju raya kan. Tahun ni aku dah siapkan 2pasang baju untuk aku sorg sahja..He3..Selfishkan..Budget tak muatla nk pakai baju kurung tahun ni, tapi since my perut pun masih kecik lg and still tak nmpak mcm org pregnen 5bulan, so aku still bole pakai baju biasa2.Luqman punya baju pun dah siap, except baju ayah dia.He3..bz tahun ni smpai tak sempat nk beli baju la katakan.Dengan virus yang melanda menakutkan kitaorg untuk kuar shopink.Kalau pakai mask, tak cun arr...hehehe..

Tahun ni raya rasa best sebab dah ada anak, and tak sabar nak collect duit raya.haku yg dah beranak ni pun still dpt duit raya okeh..Hahahaha...best giler..Rezeki jgn ditolak.

Alhamdulillah, selera makan pun dah semakin okay and berselera,ermm tak sabar nak makan ketupat ngn rendang.Sabor2..

Yeay!arini gi checkup, cucuk tangan amik darah daaaa..

Saturday, September 12, 2009

Happy Birthday to u, Syida!

Today is my birthday.Orang yang pertama wish, of kos la husband aku kan. Siap kantoi tgh belek2 hadiah utk aku lg. Keh3..kunun2 nk suprise la tu..Btw, tengs sayang..I LOVE U so much..


Taraaa!!!!


o0o0o0...Perfume ngupenyer...aku mmg pakai perfume ni.kebetulan botol lg 1 tu dah abis, bagusla dia beli botol baru, lagi besar laks tu.He3..tengs again sayang


Sempat lagi tu beli barang sendiri..Siap ada gift lg kan..


Siap dpt beg lagi..tiap kali beli parfum, mesti dpt beg balik kg.


botol ni bole masuk tong sampah.

Tengs pada semua yg wish...especially my lovely sister, Ain, Canoi & Aziha..Love u bebeh!

Tambahan, tahun lepas besday aku jatuh on fasting month tau, so Saiful belanja bukak pose kat Kunang-Kunang.Bestla time tu, sebab BERDUA...kan lebih baik...He3

Tuesday, September 8, 2009

Puasa Oh Puasa

Selamat Berpuasa!!

Lambat giler aku wish kat blog aku ni.Bukan apa, sebabnya aku dah malas nak post dlm blog ni.No idea.Lagi2 aku skrg ni beremosi, so, better aku diam dr aku membebel yg bukan2 kan.

Semalam, 7 Sept, Luqman cukop 10bulan, Alhamdulilah, dia sihat dan kuat bagai johan.Kalau bab aktif tu jgn cakap, penat giler aku nak melayan dia, asal kemas je mesti dia kemas balik.Time dia kemas tu, semak kepala aku.ooo..cenggini ngupenyer budak2 mengemas.No wonderla mertua aku asyik emo jek bile aku balik keje.Haha...Luqman kemas rumah dorg smapi licin.Hu3..tunggu 2nd baby ni camne la plak.Aku plak sekrang ni cepat semput la kan kalau buat keje lebih2, kandungan pun dah nak masuk 5bulan, tapi perut ai still lg cam anak dara..Ekekek...prasan sikit kan..suker ati ai laa...

Husband aku lak lately dah semakin excited dgn job baru dia, smpai dia pun dah ada blog sendiri.Kalau rajin, korg singgah ler menjamu mata kat blog dia, kot2 korg memerlukan perkhidmatan itu.Alamak, luper lak coding letak link tu.nanti2 la aku letak.


Ni pic bukak pose kat Hotel Istana organized by Citra Group. aku bawak husband and mother in law. Luqman pun ikut skali.

Rasa cam tak puas je makan sbb makanan byk giler, pastu aku lak still susah nk makan, so makan mana yg bole je la.Alhamdulillah.Capek ko, sbb aku person in charge, seb baik, klik2 aku yg cun2 tolong skali. Sayang la kat korg..

Tuesday, August 18, 2009

Kejadian di 7-Eleven bulan lepas

jgn suspen kay baca tajuk atas ni..aku tgh boring tahap cipan nih. Luqman plak takmo tido, padahal aku dah nagntuk sgt nih.Sabar jer la.Sambil tu aku nak cerita la sikit kejadian bulan lepas.
Lepas balik keje, aku singgah 7E kat sebelah opis aku kat sebelah Standard Chartered Jalan Sultan Ismail tu..ciwahh..bg alamat penuh lg tuh.Lepas aku dah hamik segala barang2 yg aku nak beli, tibalah masa untuk bayar kat kaunter.Pastu budak kaunter tu scan la barang2 aku..Tet...Tet..Tet...tet...tet..makna "Tet" tu berbunyi, bermakna aku beli 5barang , aku pun dah tak hingatla kan..Ceeewah. Aku bukakla wallet untuk membayar, memandangkan duit bahagian dalam, so terbukakla wallet aku and terserlah cara aku susun kad2 hutang ngn kad tumpang bank aku yg sistematik tu plus pic2 and kad nikah.Pastu budak tu tanya

Minah : Erm..nak panggil adik ke akak eh?
Me : Haaa???!!! Akak ler adik oii...
Minah : Akak dah kawin eh? Sorila sbb saya tgk wallet akak tadi ada kad nikah.Maksudnya akak dah kawin la kan? Kecik2 dah kawin eh? umur akak baper?
Me: Eh, kecik???Manader la..Akak dah kawin.Agak2 baper?
Minah : Ntah...20? atau 21?
Me : Waaaa!!!muda nyer dik...Akak ni tua dah..tapi skit jek...25. dah ada anak satu, ni tgk pregnen 3bulan lg dik oii...(sambil tersenyum)
Minah : Iyer?nampak muda nyer...


mesti budak tu dah tak perasan bontot aku dah kembang kempis control...keh3...

Korang yg baca ni jgn tension2 okay..

aku tgh bosan ni..dahla aku tak suker layan facebook sebab bosan layan mende tuh..
ntah naper jiwa aku takle masuk ngn fb tuh...

Check up 4 months

went to clinic Alam Damai, as usual, cek2 tu ini.Jeng3x, berat gue turun 1kg daaa..
Aiyak!!apa sudah jadi, kandungan dah 4bulan pun, berat sudah turun.Last month, 41.45kg, this time, 40.25kg.Aiyak!!!kene makan banyak2.Pose sabtu.Time berbuka kene belasah abis-abis la..Suppose kene amik darah.Hehehe...cuak punya pasal, postpone la bulan depan, takut beb bab cucuk2 nih. Seb baik doktor kata "Lepas ni kene makan banyak2 eh, ni nak amik darah pun tak bole.Berat turun laks".

Arghh...Selamat2...(bulan depan kene jugek!!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...