Saturday, April 14, 2012

Battleship

Hari ini saya bercuti dan sempat jugakla En Saiful meluangkan masa bersama saya untuk menonton wayang. Sebenarnya saya dah agak ketinggalan juga tentang cerita-cerita di pawagam yang terkini. Maklumlah, memasing sibuk memanjang dengan kerja dan susah nak bercuti. So, sempena bos saya bercuti lama, saya ambil kesempatan ini untuk melampiaskan nafsu untuk perkara yang dah lama saya tak buat. Apa lagi, tengok wayang dengan abe sayeng laaa...

We missed for first 10minutes sebab saya pergi solat. Oh yer nak bagitau. Viva Mall punya surau kat Level 2 yer muslimin dan muslimat sekalian.

Cerita ini sangat best dan memang boleh layan. Secara ringkasnya ialah seorang mamat nama Alex Hopper jadi wira selamatkan negara sebab nak kahwin dengan anak bos dia. Dah agak dah mesti askar laut ni akan berlawan dengan makhluk asing.

Kesimpulannya memang best tengok cerita ni. Lagi-lagi bila time tengok wayang tiada manusia durjana nak menelefon saya. Huahuahua....


Rihanna pun ada berlakon jugak, tapi dalam cerita ni dia tak menyanyi la. Dia berperang dengan alien ngkooo...Agak hitam juga minah ni.

Tuesday, April 3, 2012

Saya Nak Mencuba guna BB saya

Menhapdet blog dari BB power saya yang xde masalah seperti BB baru. Ok, jadi tak? Hehehe..

Kepada pengguna BB yang baru, jangan terasa sudah yer. Eh,ada aku kisah??...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 27, 2012

Wordless Wednesday : LOVE u forever En Saiful Nizam



Inai masih di JARI hokay!!

Mengemaskini

Assalamuailaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Kali ni pepagi saya dah update blog, padahal dah lama gile sesangat tak update blog okay. Lama sangat. Bukan malas cuma idea tak berapa nak ada semenjak dapat pekerjaan baru. Biasalah bila dah berada dalam environment yang baru (opss, baru lagi ker noks??), idea dengan environment baru pun lain sikit.

Ok, apa saya nak tulis ni. Its tuesday, so i need to wear Uniform. Arghhh...sangat banyak kerja. Tetiba idea sudah tiada. Ok baiii..

He3...mata sudah mengantuk nak layan kopi sat...

Good Morning allz and Happy Tuesday!

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday : I am Driving!






Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday : Saya & Emak Saya

Saturday, February 18, 2012

4 Years Together

2th February 2012, we are celebrating our 4th Anniversary. What?!! 4th? Sekejap je rasa dan anak dah 2. Itulah namanya rezeki dari Allah swt. So, what a suprise present delivered to my office.

I Got This!

Got This!

with this!


And we go for dinner, not candle light dinner. Sebab kalau really ada candle, saya rasa dah terbakar satu restaurant tu kerana Aisya dan Luqman mesti nak main tiup-tiup lilin okay. So, tak sesuai. So, we just having makan-makan sambil bermadah pujangga. Ecewah, takde maknanya ok. Kejap-kejap "Luqman, turun, jangan main tangga", kemudian "Adikkk....jangan lompat-lompat atas tangga". Berbuih mulut okay.

Apasal senget eh? Pepandaila korang pusing kepala ok...

Lepas dah kenyang, bolehla berposing-posing sambil senyum. Cheeeseeee!



Sunday, January 29, 2012

Awan Nano Juara Anugerah Juara Lagu 2011



Tahniah kepada Hafiz di atas kemenangan juara lagu Awan Nano. Walaupun dia hanya pakai T-shirt dan juga seluar track suit, saya percaya ianya akan menjadi trend fesyen. Hahaha...cayalah Hafiz. Loike ur style. Sempoii...


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Saturday, January 28, 2012

Its a new start for 2012

Assalamuailaikum wahai pembaca yang budiman,

Sangat lama tak mengemaskinikan blog ini, kalau korang boleh nampak sawang tu sila abaikan yer. Nanti saya kasi sapu bersih.

Permulaan yang baru untuk tahun ini sebagai blogger. Eceh, blogger sangat ker sekarang? Ingatkan dah resign dari jadi blogger. Honestly, saya sangat rindu untuk menaip di blog. Sudah tentu banyak cerita yang best-best untuk di kongsi dah banyak melepas dan rasa seperti tak mau update dalam blog. Sebabnya kena perah otak untuk mengingat kembali perkara-perkara yang dah lepas. Owh, tak kuasa makkk...

Untuk topik yang sebelum ni, diumumkan memang takde sambungan. So, lupakan!

Sebagai permulaan untuk tahun 2012, saya buat tajuk gempak konon-konon baru insaf. Ahaks!

Walaupun Tahun Baru Cina baru berlalu seminggu lepas, saya tetap ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai, haiyaaa...Angpau Lai Lai....


Masih tak terlambatkan? Chap Goh Meh pun blom lagi ok.

Wassalam.

Tuesday, November 29, 2011

KL Bird Park-Part 2

Let the picture tell the story....

Welcome to The World of Parrots

I'm tired ayah...

Im scared Ayah! Noooo!

Hallu...Hallu!

Waterfall inside the Bird's Park

Time to go back and Enjoyy!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...