Friday, October 29, 2010

Back to Work

It's Friday
and i'm back to work
Again, banyal giler pending job smpai nk terberak pun kene tahan
hu3...
.
.
.
.
.
.
Need to settle job as soon as possible

Thursday, October 28, 2010

Tomyam Ayam

Resepi Tomyam style Syida

Bahan-bahan
*************
Ayam
Daging
Udang
Serai
Lengkuas
Bawang Merah & Putih
Daun Limau
Cili Padi
Limau
Pes Tomyam Knorr
Air

Caranya:
*********
1- Masukkan Bawang Merah & Putih yg telah dihiris,
serai and lengkuas and cili padi yg telah ditumbuk
daun limau
kedalam air yg mendidih

2. Lepas dah kuar bau wangi,masukkan ayam dan daging, rebus smpai empuk

3.Lepas tu masukkan pes tomyam, air limau dan rebus lg

4-Pastu korg agak2 nk masuk udang ke sayur ker,masuk la semua, rebus smpai agak2 lembut sayur tu
cth sayur cam Carrot, lada benggala, cauliflower,daun saderi etc...

5-Korg cuba rasa, agak2 kurang garam ker, air limau ker, so agak2 la nk tambah banyak mana eh..

See..See...banyak gler isi tomyam aku..
tu pun ingat nk letak jagung la, haper lg la..hu3...
Yang penting SODAPPP!!

Fulltime Housewife-Wednesday

Hari ni aku xmasak...hi3...
sebab aku nk setelkan baju yg kene jahit

baju je dah siap
tapi sembat2 blom lg
Mlm tadi aku tunjuk kat husband aku
he3...he smile from ear to ear..
jgn ingat gue ngak pandai menjahit
kain blom siap lg..penat siut..byk keje nk kene buat

Malam nyer aku order pizza je la..
Super Supreme & Royal Masal, Ginger Bread and Mushroom Soup

Alhamdulillah atas segala nikmat yg telah Kau berikan

Wednesday, October 27, 2010

Resepi Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap style Syida

Bahan2:
Daging yg telah dpotong and cuci
Bawang Kecik
BAwang Putih
Halia
Kicap
Air Asam

Caranya:

Masukkan minyak, air bersama daging untuk tujuan merebus bg daging lembut utk dikunyah
kenapa letak minyak?
sbb bila air tu dah kering,minyak yg tinggal tu kita bole gunakan untuk menumis bawang2
minyak tu xkan kering

Nampak kan air dah kering and tinggal minyak?
time ni la ko tumis bawang2 and halia smpai naik bau

Lepas dah kekuning2an dan naik harumbau bawang
masukkan lah kentang ker, peas ker, cam aku, aku masukkan batang saderi

Last,masukkan kicap and air asam
Masak seminit dua and ready to serve

Anggaran bahan2 tu korg agak2la eh
ala2 ko rg agak2 bawak keta nak laju ke slow cam siput ker
sesedap rasa ler..

Sekian,Selamat Mencuba!!

Fulltime Housewife-Tuesday

2nd Day as Fulltime Housewife
*****************************


Breakfast
-----------
Nasi Lemak
Teh O

Lunch
-------
Nasi Lemak (masih ada byk lg)
Milo

Hi Tea
--------
Donut Coklat Urai (beli kat Tesco Xtra Cheras)
Air Nutrigen (utk membesar dgn sihat)

Dinner
--------
Ayam Masak Kicap
Air Soya

Menjahit
-------------
Proses mencantumkan pesak dan kekek..
dah naik terkoyak jahit tepi aku
asyik silap jek..maklumla 1st time menjahit

LEARN FROM THE MISTAKE
&
PRACTISE MAKE PERFECT


Tuesday, October 26, 2010

Resepi Ayam Masak Lemak

Ayam Masak Lemak style Syida

Bahan2
Ayam

Cili Padi (a)
Kunyit Hidup (a)
Bawang Merah (a)
Bawang Putih (a)

Serai
Santan
Garam

Caranya
1- Blend bahan2 (a)
2-Masukkan Santan, Bahan2 (a), Ayam, Serai and Garam
3-Masak dgn api yg slow sikit
4-Agak2 dah masak tu, padam api

Senangkan cara aku...Dah siap dah

Fulltime Housewife-Monday

Pepagi lg dah bz buat breakfast
basuh baju mesin yg basuh
sidai baju
cuci pinggan mangkuk cawan periuk semlm
perghh...obviously stamina tak kuat
penat

Walaupun aku cuti
aku still akan hantar Aisya ke umah bbsitter
xlaratla nk jg 2org skaligus kan sbb banyak keje lak aku nk buat
al-maklumla dah susun agenda2 utk dibuat on cuti nih

Memasak & Menjahit

Menjahit
kan dah potong and masih dkedai utk jahit tepi

Memasak
Breakfast
Roti Telur and Hotdog Special and Air Tehal

Lunch
Beli nasi ayam kat kedai

Hi Tea
Roti bakar

Dinner
Ayam Masak Lemak Cili Padi
Sayur Campur (Carrot, Peria, Cendawan)
Sambal Kerang

*Semua yg diatas adalah MASAK SENDIRI kecuali LUNCH..hihihi

Luqman is working on Friday

rentetan ibu dan bapa mertua ku berholiday ke China
on Friday 22nd Oct 2010 for a week
i had to take leave 4 days to look after him
And for the Jumaat lepas, terpaksala aku mengusung Luqman ke opis


Budak yg Jakun xpenah tgk photostat mesin

Entah apala yg budak digodek, Kang jahanam jugak bende alah nih

Time to go back smbil minum Ribena

Masuk keta je, trus Luqman tido
Hu3, kesian kat dia sbb asyik ikut aku ke hulu ke hilir

Oh, Anakku!

Friday, October 22, 2010

Susu Ibu

Hari ni aku nak share serba sikit perjalanan aku sebagai seorg ibu yg menyusukan 2 org cahaya mata
Seorg Boy & Seorg Gurl

for 1st child,
aku mmg zero knowledge pasal penyusuan susu badan nih..
so, anak yg first campur susu badan and susu formula
but still pumping at opis, dptla 5oz
malam direct smpai pagi
smpaila aku pregnant 4bulan still brestfeed dia even susu sikit sgt2 time tuh and asyik marah2...
dan bykla mulut yg kata xbole breastfeed time preggy, tp aku teruskan jugak
sbb dorg ckp ikut sedap mulut bukan ckp berdasarkan fakta and xperience and ikut suka aku la kan nk susukan smpai bila....Hu3, ada aku kisah???
Kesian dia kan sbb susu smpai 7bulan jek
itu menjadikan aku memasang azam untuk menyusukan anak kedua dgn lebih profesional, Ciiiwaaahhh
Utk Milk Booster, aku amik Milkmaid Tea, Pil ASI and Oat and Milo jek
yg lain2 minum air bergelen2, makan nasik smpai kenyang
nak kasi body maintain, pakai baju infrared tuh
perghh..berpeluh2 even dok dlm aircond

for 2nd child
until 6months, fully breastmilk
until 4months je dia nk direct bf sbb mengalami nipple confusion sbb bbsitter dia bg puting tipu tuh.
pergh..anak aku jd confius sudah.
so, bermula lah episod aku sebagai apa eh?
yg keje nyer asyik pump siang malam, kdg2 terkejar2 sbb stok xcukup
kdg2 tghari time lunch balik umah utk hantar susu and tapau mekdi drive thru
and makan gopoh gapah tp tetap baca Bismillah..
start 6bulan lebih, aku megalami kekurangan susu setiap hujung bulan, so, aku telah mengambil supplemet tambahan iaitu Fenugreek yg beli kat GNC tuh...berurut every 2weeks
perghh..korg bole kire la kan expenses utk semua itu termasuk maintenance utk pam and makanan aku
so sapa yg kata menyusukan anak menjimatkan dan menyenangkan?
tapi aku xdela kata semua itu menyusahkan hidup aku
bg aku yg menyusahkan hidup aku bila ada org kata -ve and melemahkan aku pasal brestfeeding

Semua tu adalah pengorbanan yg tak ternilai bg seorg ibu cam aku ni
Walaupun ada yg suruh bg susu formula sbb kesian tgk aku terkejar2 nk hantar susu and minyak kereta lg
ko hingat umah aku ngn opis aku dekat??
luper lak baper kilo...nanti aku kire
tp HASIL yg aku dpt kat Akhirat nnti, Allah saje yg tau..

lgpun korg yg lepas bersalin sibuk dok kata perut buncit la, spare tyre byk la,
xpayah gi slimming2 centre bagai tu semua, cukopla dgn bg susu badan and exercise
exercise tu penting beb, dr mula baby lg doktor dah kata, exercise, exercise,exercise
kalau kata exercise kat luar merbahaya, so exercisela dlm umah
buatla lompat bintang ker, lompat kijang, lompat galah ker, apa2 la yg mengeluarkan peluh kalau korg malas nk buat kerja umah kan..
Opsss..lari tajuk..

Kebaikan susu ibu mmg tak tercakapla kan
korg Google je dlm internet, konfirm beratus ribu riban entri pasal kebaikan susu badan

and
PLEASE la jgn salahkan ibu menyusu makan banyak
kalau dorg xmakan, camne nk produce susu yg berkualiti utk anak dorgkan
Bukan menyalahkan anak sbb ibu kene makan banyak
ibu mana yg nk anak dia makan bende tak sihat
of course ibu2 menyusu kene makan makanan berkhasiat
sometimes, kene la jd cerewet kan..
kdg2 korg yg tak nyusukan anak pun cerewet nk makan tu, oily la, kolestrol la, kan?

kenapa aku tulis camni??
sbb ada org kata aku ni giler melantak (suka hati aku la kan, aku melantak pakai duit ko ker??)
and dia kata aku salahkan anak aku sbb aku kene makan byk.
eh, ko ni,xtaula nk kata apa kan sbb xde experience lg ko nih
aku kan kurus, so kene la makan byk,
ko yg dah gemok gedempol cam gajah pun makan byk
inikan pulak aku yg slim melim cam anak dara (cewahh..perasan jap)

ADA AKU KISAH KER???

eh, itula serba sedikit pasal perjalanan aku sebagai ibu yg mengepam utk anak aku
byk liku2 especially berhadapan ngn org yg seperti diatas

Paling best bila ada org kata
BAGUS!Teruskan smpai anak ko 2tahun kalau boleh
InsyaAllah, doa2kan lah yer

Thursday, October 21, 2010


Saya menyediakan Perkhidmatan Teksi

Sekitar kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Damansara dan kawasan-kawsan yang berikut:

1. LCC Terminal – RM75

2. KLIA – RM70

3. Genting Highland – RM80 (Skyway), RM90 (First World)

4. Melaka, Penang, JB, etc…

- Untuk Tengah Malam (12am-6am), Cuma tambah RM25

- Termasuk caj Tol

- Sila booking sekurang-kurangnya 1 jam awal

- Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila sms (preferred) atau hubungi 012 2222 421

- Sekiranya saya tak bole, saya akan pass booking kepada kawan saya

- Sekiranya anda hendak menggunakan caj meter, dibawah saya sertakan kadar meter (airport only)

- Sila maklum, harga yg dinyatakan hanya untuk KL(bandar), PJ & Damansara

- Lain tempat mungkin lebih / kurang

Budget Taxi Fare By Meter :

First 1km - RM3
First 3Minutes - RM3

Every 115Meter - RM0.10
Every 21Seconds - RM0.10

p/s - if the taxi moving, the meter will calculate by distance and if the taxi stop, the meter will calculate by time and it will auto accumulate.

RM12 extras will be charge for go to airport

RM2 will be charge for all call by phone / radio.

50% extra will be charge on midnight (12midnight to 6am) and it will auto calculate by the meter.

Toll paid by passenger

Wednesday, October 20, 2010

Azam untuk Perubahan

Most people will set their target, normally awal tahun
tp, nak xnak bulan ni aku kene pasang azam aku jugak
Untuk
1. Improvement
2.Discipline
3.Pride
etc yg bersngkut paut ngn kerja..

Ini semua gara2 aku asyik dtg lewat kat opis.
actually dah lama bende ni terjadi
sbb dah xde disiplin..he3..
sbb keje sini tak berapa strict cam tempat2 keje lama dulu

So, aku kene berubah
Doakan supaya aku dtg awal setiap hari ke tempat keje

Start on Monday, 18 Oct 2010
kuar umah mmg awal la kan
smpai kat bulatan cheras tu
adohai, ni yg buat aku malas kuar awal nih
jem
jem
jem
sekali tu
bunggggg!!!
OMG...somebody hit my car
Cehh..konon2 kuar keta ngn muka selamba..and dgn gangsternya aku sound cina tu
"camne u bawak keta ha??!!" <---gangsterla kunun
ermm..malas nk panjang2
calar skit je pun kan...
saje nk gempak2
then setel
and the end smpai opis kol 8.40am..
consider awal la tuh, sbb campur waktu membebel ngn cina tuh lg

* pic xle upload sbb ada msg
Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.



Ofis hour is 8.30am to 5.30pm
REMEMBER

Monday, October 18, 2010

Cuti Bersalin 90 hari

Cam best jer dgr camtu kan
Mungkin je ada yg akan berkata
"wah, lepas ni bole la ko cuti 90hari kan?"

Jawapan paling baik bg aku la kan..
"ermm..lambat lagi la kot..mngkin 2 or 3 years lg untuk mengandung lagi..
hape ko ingat mengandung dan sakit bersalin sama dengan cuti 90 hari"

KEPALA HOTAK BAPAK KO LA KAN!!!
cuba ko yg bersalin and jaga and bagi susu, and berjaga malam
ada ke sanggup buat???
Cakap senangla, buat tengokkkkk

Gitu ler jawapan aku...jawapan kene agak ganas la kan tp still dalam mode kelembutan seorg ibu dan wanita

dah kerajaan bg, amik jer la kan..
mutu kerja bukan bergantung pada cuti semata2..
kadang2 org yg tak pernah cuti pun, kerja haprak jugak kan

Kemungkinan org yg meng 'deny' kan cuti 90hr tu ialah :
1. dengki kot sbb xbole preknen (maklumla terlampau rajin bekerja smpai xde mutu dlm production and mutu byk dlm kerja...ekekek..)
2. xmenyusu kan anak sbb takut breast jatuh(sbb nak maintain breast cantik smpai dah bergelar nenek)
*sgt2 pelik bila ada org perempuan yg bergelar cikgu and ibu pun xsuka dgn cuti 90hari...ermm..wat happen to u?

Antara kebaikan cuti 90hari ini ialah :
1. bagi wanita betul2 sembuh and sihat sebelum kembali bekerja
2. Bonding antara ibu dan anak (mengikut kajian, anak2 akan lebih pandai berdikari bila ditinggalkan dlm tempoh yg matang aka 3bulan)
3. Ibu2 dpt menyusukan anak dgn lebih effective dan kerap
4.ibu2 xakan ada masalah spare tyre keliling badan gara2 xdpt melaksanakn no 3.

antara komen yg xle blah bg aku :
pada saya,kaum hawa tidak seharusnya memasuki sektor kerajaan kerana membazir wang kerajaan,pernah terjadi di tempat saya ramai guru wanita yang cuti bersalin,serentak plak tu,sampai ada pelajar yang tertinggal mata pelajaran.Saya sarankan agar semua sektor melebihkan kakitangan lelaki dan kakitangan wanita hendaklah meletakkan jawatan sekiranya hendak berkahwin.apabila seseorang itu hendak berkahwin,sdah tentu pihak lelaki sudah bersedia untuk menyara wanita,maka tidak perlulah wanita2 bekerja.lihat saja di jepun,kebanyakan wanita mereka yang mempunyai kelulusan hanya menjadi suri rumah sahaja dan mereka membangunkan institusi rumah tangga,sekiranya mereka bercuti pun,mereka tidak akan bagi effect kepada negara.dapat bayangkan tak bile menjelang peperiksaan besar seperti spm,ramai guru2 ambil cuti bersalin?ape akan terjadi kepada anak bangsa kita...kaum hawa negara kita ni manja sangat2,nak cuti lebih,sikit2 adu kat kementerian pembangunan keluarga

nampak x?
seolah dia xle keje kalau wanita2 cuti bersalin and jadi masalah besar kat dia
Ingat skit, kaum kami ni multitasking
kalau tgk kat mana2 IPT pun, kaum kami la yg paling ramai
so, kaum kome sikit, camne nk back up kaum kami
ber Terima Kasihla anda kepada kami kerana telah mem back up kaum kome tu yer..

Kalau diterbalikkan lelaki dpt cuti 90hr, kami kaum2 wanita akan berkata

EH, TAKDE HALLL LAAHHH
KALAU NAK CUTI 900HR PUN XPER,
KAMI BOLE BUAT SEMUA NYA..
Well, you know me..

Pada sesiapa yg tak suke komen diatas, sila lah berambus dgn segera dr blog saya ini

Terima Kasih kerajaan diatas keprihatinan anda terhadap kami kaum wanita




Friday, October 8, 2010

bagi aku kelakar la kan..

tgh dok survey2 pasal resepi, terjumpa resepi Lontong
and sudddenly teringat kejadian yg berlaku last week kat Open House di Bukit Jalil
between Me and My Lovely Husband ayat sayang giler..kih3..

Me : eh, ada lontong la plak, rugi je amik nasik (lontong mmg feberet aku, kalau umah korg wat open house, ada lontong, meh la ajak akak nih)

Kawan dia : Makanlah ni, sedap Kuah Lodeh ni (sambil tunjuk kat Kuah Lodeh)

Husband : :D

Bila dah duduk tu

HUsband : ayg kata nak amik lontong. Tapi abg tu kata kuah lodeh, bukan lontong

Kah..Kah..Kah...Kah...

Adohai suami tercinta ku..namanya Kuah Lodeh, kalau udah dicampurkan Nasi Impit
maka
jadi la dia Lontong sayang...

Nota Kaki:
Jgn marah yer sayang...Pengalaman


Last Day Syawal

Salam Semua

Hari ni 8 Oct 2010 bersamaan 29 Syawal 1431 Hijrah
Raya dah abis oiii..so xde open house lg

Terasa cepatnyer masa berlalu

Pengajaran :
Siapkanlah baju raya awal2 lenkali
tapi Alhamdulillah, aku dah belajo menjahit
InsyaAllah raya tahun depan, aku akan jahit baju sendiri untuk Kami Sekeluarga

InsyaAllah...

*Tahun depan sesapa yg nak aku jahitkan baju, sila lah hantar kat aku yer..tapi baju kurung jek

Thursday, October 7, 2010

as they grow up

Luqman
1 years 11 months old
dia dok dlm almari yg dia kopakkan..ganaz tol kan anak bujang aku nih
asyik minum susu jek
makan nasi dlm 3 to 4 biji jek--->xreti makan lg
lasak...uishhh...toksah habaqla..kalau almari bole pecah, apalagi kalau tak kata brutal
gigi dah banyak, skrg gigi taring nak naik
still xle bercakap kecuali "puyut2","ngan","a","ba" dan ntah2 apa2 wording dia..
layannnnn..


Aisya
8months old
ada 2btg gigi
kuat minum susu
tido mesti bawah ketiak ibu
skrg ni tgh mengajar dia supaya xbergayut ngn puting dia
i hate it!!

Badan separuh masuk tanah

cam suspen je tajuk kan??

Bukan apa, masa aku servis keta
ada sorg unkel cina nih, dok lepak situ skali dok tunggu owner bengkel tuh mari
owner bengkel tu gi kuar tukau ekzos keta aku..
so, borak2la skit..

Memula dia dok tanya aku
dak kawin ke belum, dah anak ker, baper org, keje lg ker, arini cuti ker, dan macam2 lagi la
siap nasihat aku lg

susu sikalang manyak mahal ooo
u jgn beranak banyak2
itu S26 sudah berapa harga?

dalam rm75++

Haiya, manyak mahal kan..sudahla, jgn buat anak lg
sy anak sorg je ooo..

malehnyer nk layan org tua berpikiran sempit nih..

bgla susu badan maaaa..
itu pun mnyak susah ka mau pikir..

Magika



Magika mengisahkan tentang Ayu dan Malik, adik beradik yang baru kehilangan Mama tersayang mereka.yang si Malik ni asyik emo jek lepas kematian mak dia.Jenuh jugak ler si Ayu ni melyan kerenah adik dia, and penuh kesabaran (org perempuan mmg penuh dgn sifat kesabaran yer)
Malik ni merajuk2 smpai lari masuk hutan, smpai la dia terjatuh dlm perigi and tertimbul kat dunia lain.Kakak dia pun sama, menjatuhkan diri dlm perigi tu, actually tali terputus masa nk turun perigi.Keh3..pun tertimbul kat dunia yang dipanggil "MAGIKA"
Malik kene culik ngn nenek kebayan ko, sbb nenek kebayan nak buat satu Pati utk Awet Muda..
Owh..bestnyer kalau pati awet Muda tu mmg ada...laku biznes acik oiii..
dan macam2la yg Ayu jumpa cam, geng2 Laksamana Melaka yg nama dorg Hang Tuah, and adik beradik tu, BAwang Merah Bawang Putih..

ishh...kalau nak cerita mmg xbaper clear la kan..
Tapi serius aku kata, cerita ni mmg tak rugi kalau ko tgk.
Best Tahap Cipanzi
Ketawa mengaruk2 (tapi aku xbuat camtu yer..org depan aku)

yg buat cerita ni lg best sebabnya ada lagu2
aku kalau bab muzikal cerita, mmg aku layanla
cam, Mama Mia, Hotel Mania as long as ada lagu2..mmg zaaaaaassss...akak layann.
tp Hindutan hee, Nehi hee sbb tak paham hee

So, aku sangat2 mengalakkan la korg tgk cerita nih

*Those yg tak suker, tutup telinga and mata, jgn nk byk songeh..uwekkk

Wednesday, October 6, 2010

Magik Kah?

MAgik
MAgik
MAgik
Magik Ka??


Semalam aku hantar keta untuk tukar Breakpad and servis skit2
paling penting tukar ekzos
ekzos yg aku pakai sbelum ni bole masuk seketul kayu balak tau
aku nak tukar yg standard size je sudahla kan..
bukan nak race2 pun
ni keta En sai la masa dia muda2 dulu
last2 aku lak yg pakai setelah dia menjual kreta aku yg comel itu..
comel kah itu kreta

Time menunggu tu la yg paling malas
Disebabkan aku rajin, aku telah menahan teksi diluar bengkel lalu bedesup pergi ke Wangsa Walk
Blurrr nyer xtau nk buat apa, aku trus gi TGV and membeli tiket for Single to watching
MAGIKA!!



and aku pun melayan cerita itu bersama2 org len dan ketawa mengekeh2 sosorang
sebab cerita tu Best sgt100x
aku bg 10 thumbs up

tu la yg Magic je pasal semalam
dr nk servis keta trus tgk wayang
after setahun xmasuk cinema
tapi idok ler aku jd batak and jakun tgk cinema besor cenggitu yer readers

dannnn paling magic..
balik je umah, aku trus kene Migrain..
perghh...dgn aktif nyer aku trus menelan 2biji aktifast
magic nyer after 1hour
Migrain itu hilang lagi2 lepas makan ayam Uncle Bob

Tengs Mr Sai sayang kerana membelikan Panadol aktifast walaupun lambat...huh!!

Meh sini nak habaq sat, lari topik skit..
aku nih planning guna Implan
kalau korg xtau apa tu Implan, google la eh
asyik2 kene Migrain jek..
to all kaum husband, sila bersabar dgn isteri-isterianda punya peranagi kalau hormon terlebih or terkurang yer..

Sabar itu separuh dr Iman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...