Tuesday, December 14, 2010

Kahwin Muda

hari tu aku ada terbaca dalam satu newspaper apa ntah pasal kahwin muda
memang tak dinafikan, kahwin ialah satu perkara yang melengkapkan agama dan sunnah nabi.

Kahwin muda means berkahwin dalam usia lingkungan waktu korang sepatutnya belajar tapi korang dah kawin. Ala-ala dalam umur 10 tahun ke 20 tahun camtu la. Bagi aku sebab time tu adalah time mencari pengalaman belajar.Bukanla maksudnya bila dah kahwin muda-muda, xbole sambung belajar kan. Tapi once dah ada anak, masa untuk belajar tu adalah limit. Mana nak layan anak lagi, nak belajar lagi. Cuba korang imagine kan mak korang bekerja, agak2 ada banyak masa ker nak layan korang? same goes to this case jugak. pada aku, mana2 anak yg emak/ibu/mama dia bekerja, dia akan tau camne rasa menjadi anak yg macam kurang masa bersama emak/ibu/mama.

Let talk about kebaikan berkahwin muda.
1-Mengelakkan maksiat berleluasa. Yeah, of course la kan, sebab zaman skrg ni banyak budak skolah kene tangkap basah weih.Aritu aku tgk KES kat TV3, budak umur 14tahun, kat leher dia banyak giler Gigitan Cinta, dan dia ditangkap kat mana? kat umah sendiri.Weh, apa mak bapak budak tu xkesah ker? Mesti depa jawab "ada aku kisah?". Budak zaman skrg, nafsu len macam okay...Be careful

2-Meramaikan umat Rasullulah.Sekiranya berjaya mendidik anak dengan baik, insyaAllah mereka akan menjadi pemimpin-pemimpin yang berkaliber utk agama, bangsa dan negara.

3-Dapat mengumpulkan pahala dengan banyak. kalau korang tau la nikmat kahwin ni, bab paling sennag nak dpt ialah PAHALA. Diulangi PAHALA. Kalau kita bersama suami, kita dapat PAHALA, tapi kalau kita bersama Boyfren, kita dapat dosa dowh.Senang cerita, banyak perkara yg haram bole jadi halal. Alhamdulillah, aku salah seorang yg menikmati perkara yg Halal.

Tapi setiap yg perkara mesti ada PRO and CONTRA.

Keburukan kahwin awal lak :
1-Eh, sekarang ni zaman DUIT, diulangi DUIT.ko nak kencing skalipun, ko kene bayar 20sen ok.kalau ko xde 20sen, ko kencing la tepi jalan cam ^&*%&*%&^...

2-Gejala Sosial.apa yg aku pernah tengokla kan. Mak dia kawin muda, dalam umur 15tahun. pastuh xkan nak harap laki je keje kan.dahla tak berpelajaran tinggi.So apply la keje kat kedai2 kat pasaraya.Gaji dalam RM700 ~ 800.Pastuh dahla keje 10am smpai 10pm. Weekend pun kerja.Cuti sehari seminggu. Anak-anak plak sape tgk and jaga? Waduh3, Lu pikir la sendiri!!

3-Dah puas Enjoy ker?kata orang hidup ni cuma sekali, sooooo kita enjoyyyy!..Janganla nak menipu kata korang nak enjoy bila dah kawin.Zaman sekarang nih, huh...kot2 geng kawan2 korang nak buat rombongan ke tempat2 yg best ker, tak pasal2 kene mintak permission suami, pastu suami bising2,
"Eh, kalau ko pergi, sapa nak jaga anak, sibuk nak enjoy2 plak"...haaa, cam rugi jek tak dapat nak enjoy2 ngn kawan2 sesama muhrim.Eeeee....xkuasa i...

4-Murid2, kamu kene mencotohi ibu bapa kamu.Mereka belajar tinggi2 nak dpt pekerjaan yg baik2, mencari rezeki yg halal utk menyara kamu.Oh, mak saya org kaya, xperlu belajar tinggi2, xperlu cari duit, Yang penting mak saya kahwin awal umur 14tahun.Tererkan mak saya...kawan2 anak dia tu, semua terkejut sbb mak dia kawin masa skolah.Mesti Best student dapat Straight A..

Kesimpulannya, setiap perkara ada baik dan buruk, begitu juga kahwin muda.As for me, aku xberapa setuju kalau adik-adik aku kahwin awal even dah pergi kursus kahwin pun.Silalah belajar soal kehidupan dizaman yang mencabar ini. Berapa banyak lagi kes penceraian berpunca dr soal tanggungjawab yg kita nak tgk peningkatan.
Aku lebih prefer, belajar, simpan duit, melabur, then kahwin, then dah ada anak 3 atau 4, then berenti kerja jaga anak. Dat the best for me..Anak sorang dua, mgkin bole lagi mendabik dada dengan gaji RM1500.Tapi bila anak dah 3 ke 4, camner???

Silalah jgn dok mengkondem post aku nih...ni blog aku, so suker hati aku la nak ckp apa yg aku rasa dalam hati aku.Ingat muda mudi sekarang, hidup kita mestilah ada matlamat, Misi & Visi.Bukan sekadar omongan kosong berangan2 nak menjadi isteri mithali tapi otak is zero knowledge about hidup berumah tangga.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...