Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday : Our Family in RED







100% made by Syida a.k.a Ibu LuqSya

Sediakan Duit Raya

Setiap tahun, semenjak dah kahwin ni, saya mesti akan sediakan duit raya untuk mak, abah, nenek dan adik beradik juga tetamu-tetamu kecil. Tak lupa juga untuk sepupu, sebab nanti mereka bising mulut minta duit raya. "Kak Syida, nak duit raya", "Kak Syida, nak duit raya". Ewah2, yang dah bekerja pun nak duit raya juga. Takperlah, sedekah eh.

Tahun ini juga saya cuma beraya di Kuala Lumpur. Owh, memang bosan dan cemburu sebab keluarga saya semua balik Johor. Best kalau raya jalan jauh-jauh, pastu singgah R&R, tengok semua cantik-cantik dan hensem-hensem pakai baju raya. Aku juga yang memerap kat Kuala Lumpur. Sedih sangat-sangat.....Nobody care.

Berbalik pada Duit Raya. Alhamdulillah, tahun ni saya tak mengalami kesulitan mencari sampul duit raya sebab tempat saya bekerja dah pulun sampul raya dari bank-bank. So, saya sebatlah beberapa sampul yang boleh dikatakan cun juga lah.


Ada Bank Islam, CIMB Bank, Alliance Bank, Maybank dan bank lain-lain. Tapi HSBC punya jugak yang cun. Yang tu confirmlah bos saya dah rembat awal-awal noks. Separuh dari sampul raya dah sedekah kat mak.


Tukar duit raya pun senang. Cuma telefon bank dan nyatakan berapa jumlah. Owh Em Gee..apasal saya tak tahu semua ini boleh dibuat dengan menggunakan telefon. Ketinggalan betul. Selama ini saya hanya suruh orang pergi Bank tolong tukarkan, padahal telefon je pun boleh.

Takper, semua ini adalah pengalaman dan ilmu. Tahun depan telefon jer atau isi form Contact Us dalam bank punya website. Hahaha..ada boleh?

Alhamdulillah, walaupun saya dah tua bangka ni pun masih dapat duit raya. Tahun-tahun sebelumnya dapat bonus gaji sebulan, memandangkan baru bekerja sebulan jadi jangan bermimpi dapat bonus. Sila tengok orang lain tersenyum puas dapat bonus. Ok takper, janji dapat duit raya.

Pesanan ringkas :
"Ermm...ada sesiapa nak bagi saya duit raya lagi?"


Wednesday, August 24, 2011

Blackberry Torch





Wallaaa...saya ada handphone baru. Ok, beli kat Low Yat jer dan AP set. Sebelum ni saya ingat nak beli Samsung Galaxy Tab la, Iphone la, tapi lepas fikir masak-masak sampai hangus, saya decided untuk beli Blackberry diatas suggestion bos saya. Ok, honestly memang sangat senang nak communicate dan update status. Terbaikkkk!

Masa nak beli hanphone ni sangatlah azab kerana menempuh jalan yang jem dan sesak dengan orang yang ramai kat Low Yat Plaza. Tambah pulak dalam bulan puasa. Dugaan sungguh.

Perasaan saya masa memula beli ialah TAK BEST. Sebab saya tak reti guna dan rasa macam TAK BEST la kan. After few hours guna handphone, saya dapati ianya sangat menarik dan berbaloi-baloi. Tambahan pula saya boleh check email on the spot. OK, sangat best bab ini dan internet sangat laju. Tak sia-sia En Sepol cadangkan untuk beli ini Blackberry Torch.

Sebenarnya handphone ini adalah handphone personal saya. Tujuan beli untuk kegunaan kerja. Sebagai PA to GM, saya kena rekodkan segala meeting-meeting dan agenda dia. Kalau nak tulis dalam kertas atau notebook, memang tak muatla nak masuk handbag saya yang dah season dan kecik ni. Nasib baik Blackberry ini ada Organizer.





Oh yer, sesapa nak add Blackberry Messenger saya, dipersilakan. BBM code saya ialah 22C6187D atau scan image bawah ini.




Kesimpulannya saya masih tak reti lagi guna Blackberry ini, tapi nasib baik bos saya dah ajar saya sikit-sikit. Thank you Bos!

Janji saya pada En Sepol, saya akan menjaga handphone ini dengan baik tanpa calar-balar dan campak-campak. Ok, ayat manis.



Ini handphone company bagi. Leceh lor ada 2 handphone. HoHoHo..


Overall, saya enjoy dan suka sangat Blackberry baru ini especially bole update Twitter. Wallaweh!!

Wordless Wednesday : Selamat Hari Jadi Mak!




Wednesday, August 10, 2011

Fadhilat Terawih

Malam dan Kelebihannya

1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya


2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin


3 Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.


5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin

6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya


7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman


8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam


9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W


10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa


12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama


13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan


14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.


15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.


16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga


17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi


18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.


19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.


20 Di beri pahala para syuhada dan salihen


21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.


22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan


23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga


24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan


25 Di hapuskan dari seksaan kubur.


26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun

27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.


28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga

29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur


30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.


credit to Jablaii

Pok Pek Pok Pek

Baru 10 hari berpuasa bermakna baru 10 hari saya bekerja di tempat baru. Itu pun dah buat hal. Kesalahan pertama, hari ke-2 masuk half day sebab kepala saya betul punya ting tong tak boleh nak buka mata dan bangun tidur. Kesalahan kedua, ambil cuti on hari ke-9 bekerja sebab tak sihat. Nak buat camne, dah memang tak sihat. Jadi kalau bos marah sila masuk telinga kanan, singgah kat hati jap, pastu kuar telinga kiri. Jadikan iktibar.

Dalam tak sihat saya semalam, sempat juga saya meronda Times Square. Sebenarnya tujuan ke Times Square ialah untuk ke Nokia Service Centre. Handphone pun tak sihat jugak. Saya rasa menyampah pergi Times Square kerana boleh dikatakan hamper 80% pekerja kat kedai-kedai lot itu semua adalah foreigner. Paling ketara orang Filipina. Perghh..ramai betul lambakan orang asing kat Kuala Lumpur. Macam mana lah saya boleh jumpa banyak budak melayu yang menggangur sedangkan sektor pekerjaan di Kuala Lumpur dikuasai pendatang asing.


Dalam hati nak shopping, tapi ku tahan Jebat nafsu serakah ni. Kang memang saya rembat kasut 1, belt 1, baju 1. Dugaan bulan puasa. Sabar nyahh…


Hari ni saya dah sihat. Semalam saya melantak tidur dari pukul 2pm sampai 6pm. Giler hapa tak tolong mak mertua sediakan juadah berbuka. Sudahnya saya ke bazaar ramadhan jer beli Kuih Bakar, Mihun Singapore yang tak sedap.


Sebenarnya semalam juga ada buka puasa kelolaan tempat saya bekerja di Hotel Istana. Dalam hati saya “Erk, Hotel istana? Tak best siut. Takde tempat lain ker?” . Itu hati saya, hati awak saya tak tahu.


Sebenarnya saya nak cerita betapa malasnya saya dalam bulan puasa ni. Nantilah entri lain pulak.


*Ada sesapa nak ajak saya pergi buffet buka puasa lagi?


Friday, August 5, 2011

Samsung Galaxy Tab atau Iphone

Saya masih ada, cuma sudah lama tidak mengemaskinikan blog ini kerana :

1. Tetiba mood nak berblogging dah takde. Inilah segala punca saya tak online walaupun dekat rumah.
2. Saya budak baru kat tempat kerja. Takkan nak jenguk2 internet kan. So, kena tunjuk baik dulu. ecewahh..Kalau kat rumah, mmg bukan saya menghadap internet, Luqman dan Syasya.
3.Takde apa yang menarik sudah bagi saya.

Itu jer la alasan yang terlintas dalam kepala saya sekarang ni. Walaupun sila rajin menjenguk baca entri lama saya yer. Terima kasih banyak-banyak.




Okay, okay, back to the topic. Saya punya handphone Nokia X6 sekarang ni adalah tersangat problem. Iyalah kan, sapa suruh bagi anak2 buat toys. So, amik ko tepon yang rosak.




Jadi saya sedang survey handphone yang best untuk dipakai. Blackberry atau Iphone? Sekarang dah tak minat Blackberry. Dulu dah pakai Iphone 3GS. En Sepol pun ada offer nak belikan Iphone4. Tapi, entah, tak minat pulak. Jadi kedua-duanya saya dah tak minat. Saya rasa sekarang saya nak minat yang gambar kat bawah ini.




Samsung Galaxy Tab


Haritu saya ada nampak seorang amoi pakai ini Tab. Ianya bole jugak dijadikan telefon. Tapi cer korang bayangkan kalau aku gi tesco ker, pasar ker, takkan nak usung kesana kesini Galaxy tab ni kan?



Ni yang serabut ni. Nak beli Ipad, tapi Ipad tak bole buat macam telepon. Erm...camne eh?



Lagi satu, company saya kerja ni provide handphone tau. So, kebarangkalian untuk tidak membeli handphone baru itu adalah besar.



Apa pendapat korang?


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi saya dapat menyambut ramadan dan berpuasa. Semoga tahun ini saya puasa penuh. InsyaAllah...

Sempena bulan puasa ini, saya ingin meminta maaf kepada kawan-kawan saya yang mengenali saya. Semoga puasa tahun ini akan lebih berkat dan dapat meningkatkan keimanan saya pada tahun ini.

Hari ini juga saya akan memulakan tugas baru ditempat baru. Yer lah yeob, teman baru resign tompat koje lama. Baru korje sebulan je yeob, udah resign pulak. Dah rezeki ditempat lain. Jawatan sama juga Personal Assistant to GM. GM teman anak Dato Dr Maznah Hamid. Syukur alhamdulillah teman dapat keje situ. Terima kasih atas doa kome semua yer. Apalagi keje pun sudah dekat dengan rumah. Takkan ada jem punya. Walaupun working hours adalah flexible, teman ingat nak datang setiap hari sebelum 9am. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

Selamat Berpuasa kepada anda semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...