Wednesday, August 31, 2011

Sediakan Duit Raya

Setiap tahun, semenjak dah kahwin ni, saya mesti akan sediakan duit raya untuk mak, abah, nenek dan adik beradik juga tetamu-tetamu kecil. Tak lupa juga untuk sepupu, sebab nanti mereka bising mulut minta duit raya. "Kak Syida, nak duit raya", "Kak Syida, nak duit raya". Ewah2, yang dah bekerja pun nak duit raya juga. Takperlah, sedekah eh.

Tahun ini juga saya cuma beraya di Kuala Lumpur. Owh, memang bosan dan cemburu sebab keluarga saya semua balik Johor. Best kalau raya jalan jauh-jauh, pastu singgah R&R, tengok semua cantik-cantik dan hensem-hensem pakai baju raya. Aku juga yang memerap kat Kuala Lumpur. Sedih sangat-sangat.....Nobody care.

Berbalik pada Duit Raya. Alhamdulillah, tahun ni saya tak mengalami kesulitan mencari sampul duit raya sebab tempat saya bekerja dah pulun sampul raya dari bank-bank. So, saya sebatlah beberapa sampul yang boleh dikatakan cun juga lah.


Ada Bank Islam, CIMB Bank, Alliance Bank, Maybank dan bank lain-lain. Tapi HSBC punya jugak yang cun. Yang tu confirmlah bos saya dah rembat awal-awal noks. Separuh dari sampul raya dah sedekah kat mak.


Tukar duit raya pun senang. Cuma telefon bank dan nyatakan berapa jumlah. Owh Em Gee..apasal saya tak tahu semua ini boleh dibuat dengan menggunakan telefon. Ketinggalan betul. Selama ini saya hanya suruh orang pergi Bank tolong tukarkan, padahal telefon je pun boleh.

Takper, semua ini adalah pengalaman dan ilmu. Tahun depan telefon jer atau isi form Contact Us dalam bank punya website. Hahaha..ada boleh?

Alhamdulillah, walaupun saya dah tua bangka ni pun masih dapat duit raya. Tahun-tahun sebelumnya dapat bonus gaji sebulan, memandangkan baru bekerja sebulan jadi jangan bermimpi dapat bonus. Sila tengok orang lain tersenyum puas dapat bonus. Ok takper, janji dapat duit raya.

Pesanan ringkas :
"Ermm...ada sesiapa nak bagi saya duit raya lagi?"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...