Wednesday, September 26, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Beli Baju Online
Memang dah jadi trend orang zaman sekarang lebih suka membeli-belah secara online. Juga memang trend zaman sekarang berniaga secara online. Juga dah memang trend orang zaman sekarang mendapatkan dan membuang duit secara online. Wahhh, nampaknya semua boleh duduk depan internet je kalau nak dapat semua tu. Tapi kalau rerasa nak membuang tu, cepat-cepatlah korang berambus dari internet menuju ke toilet okay.
Just would like to introduce another blogshop for online shopping especially for women, girls and perempuan.
Please click 'de Nourra Collections' to blogshop
Untuk discount, please comment below and request for "Discounts Please!!!" , and will think about it then...HeHeHe!
Monday, September 24, 2012
Berblogging & Terapi Minda
Assalamualaikum & Hallu everybody...
Bila dah blogging balik rasa macam satu perasaan apa yang tak terluah dapat dilepaskan di blog. Samada korang nak baca atau tidak, semua terpulang pada selera masing-masing. Tepuk dada, tanyalah selera..Kalau tiada selera, tak payah baca.
Saya bermula blogging pada tahun 2006 tetapi tidak secara serius. Ianya secara serius selepas melahirkan Saiful Luqman, hero pertama yang kini dah berusia 4 tahun. Tambahan lagi dulu saya kerja ditempat yang tiada tekanan dari orang atasan. Honestly, kerja disana sangat-sangat BEST dan sampai sekarang saya tak dapat lupakan pengalaman bekerja disana. Waktu kerja yang flexible, Pakaian yang Casual, Bos yang sporting dan rajin bawa pekerja melancong ke kampung mereka. What a beautiful moment.....Dulu laaaa, diulangi itu ialah waktu DULU...
Kembali pada tajuk utama, salah satu faktor yang membuatkan saya nak blogging ialah mencari sumber pendapatan tambahan. Percaya atau tidak ramai yang hanya berblogging dan boleh dapat pendapatan.
Ini ialah pendapatan yang saya kumpul sejak letak iklan Nuffnang pada tahun 2008 (agaknya kot..tak ingat)
Terapi minda ni weyhh....$$$$$
Rasanya kalau rajin, mesti lagi masyukk kot. Sejak dah kerja kat tempat baru ni, memang tiada masa nak fikir untuk blogging. Sedangkan kerja kat pejabat pun dah berlambak dan serabut nak fikir sampai kat rumah.
Maka, untuk mengurangkan serabut kepala tu, saya mula blogging balik dengan harapan dapat releasekan kepala yang serabut disamping menambah sikit duit berjoli. Siapa nak bagi RM100 dengan hanya menaip cerita tentang diri sendiri, betul tak? Lainlah kalau diri ini seorang artis atau 'somebody', yer nok?
Kesimpulannya, saya patut mula berblogging semula dan patut berblogging. Patut,Patut, Patut ......
*wahai puan syida, jangan pandai cakap jer, buat tengokkkk......HeHeHe.....
Sunday, September 23, 2012
Spectra 3 Untuk Dijual
Assalamuailaikum,
Pum ini dibeli pada tahun 2010. Kali terakhir saya hantar servis pada Jun 2012. Masih dalam keadaan yang elok dan masih berfungsi.
Pum ini ialah double pump. Cuma dalam gambar ini ialah gambar lama. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di 014 2222 421 dan berjumpa di sekitar Bandar Tun Razak. Kalau on weekend, boleh jumpa di skeitar Wangsa Maju atau Gombak.
Harga ialah RM100 dan tidak boleh negotiate dan jaminan selama 2hari sahaja dari saya.
Selamat Menbeli dan Mengepam!
Saturday, September 22, 2012
Kerana MALAS
Assalamuailaikum kawan-kawan,
Saya tahu saya dah lama tak update blog dan macam biasa ayat nak tulis
"Lamanya tak hapdet blog dan blog dah bersawang
Miss u!
Miss u!
Miss u!"
Lebih kurang macam tu la saya nak tulis. Perangai Malas nak menghadap laptop dah sebati dalam diri okay. Sekarang ni tengah sikit-sikit nak cuba buang dalam diri.
I WANT TO START BLOGGING BACK!
AND
I'M BACK
Jadi banyak perkara-perkara yang tak dapat dicatat. tak catat pun tak mengapa kerana tak banyak perkara indah yang berlaku for this year. Contoh perkara itu ialah:
1. Kena maki gara-gara sijil "PAKAK" terbatal kerana bajet nak kemaskini maklumat. Saya hanya mengikut arahan. Sudahnya hati saya sudah tertutup separuh.
2. Jualan masa bulan puasa tidak memuaskan hati dan nafsu saya yang materialistik. Sudahnya saya jadi insaf dengan rezeki yang Allah swt nak bagi. Alhamdulillah, dan sekarang saya sedang fobia nak join mana-mana booth kecuali FREE!
Mari jemput ke Butik saya yer -----------> De Nourra Collections
Okay, nanti saya tulis perkara yang indah pulak. Bukan tiada perkara indah berlaku, tapi tak seindah tahun lepas dan saya tetap bersyukur kerana masih bernafas dan dapat makan kambing golek. Alhamdulillah....
Subscribe to:
Posts (Atom)