Monday, September 24, 2012

Berblogging & Terapi Minda

Assalamualaikum & Hallu everybody...

Bila dah blogging balik rasa macam satu perasaan apa yang tak terluah dapat dilepaskan di blog. Samada korang nak baca atau tidak, semua terpulang pada selera masing-masing. Tepuk dada, tanyalah selera..Kalau tiada selera, tak payah baca.

Saya bermula blogging pada tahun 2006 tetapi tidak secara serius. Ianya secara serius selepas melahirkan Saiful Luqman, hero pertama yang kini dah berusia 4 tahun. Tambahan lagi dulu saya kerja ditempat yang tiada tekanan dari orang atasan. Honestly, kerja disana sangat-sangat BEST dan sampai sekarang saya tak dapat lupakan pengalaman bekerja disana. Waktu kerja yang flexible, Pakaian yang Casual, Bos yang sporting dan rajin bawa pekerja melancong ke kampung mereka. What a beautiful moment.....Dulu laaaa, diulangi itu ialah waktu DULU...

Kembali pada tajuk utama, salah satu faktor yang membuatkan saya nak blogging ialah mencari sumber pendapatan tambahan. Percaya atau tidak ramai yang hanya berblogging dan boleh dapat pendapatan. 


Ini ialah pendapatan yang saya kumpul sejak letak iklan Nuffnang pada tahun 2008 (agaknya kot..tak ingat)
Terapi minda ni weyhh....$$$$$

Rasanya kalau rajin, mesti lagi masyukk kot. Sejak dah kerja kat tempat baru ni, memang tiada masa nak fikir untuk blogging. Sedangkan kerja kat pejabat pun dah berlambak dan serabut nak fikir sampai kat rumah.

Maka, untuk mengurangkan serabut kepala tu, saya mula blogging balik dengan harapan dapat releasekan kepala yang serabut disamping menambah sikit duit berjoli. Siapa nak bagi RM100 dengan hanya menaip cerita tentang diri sendiri, betul tak? Lainlah kalau diri ini seorang artis atau 'somebody', yer nok?

Kesimpulannya, saya patut mula berblogging semula dan patut berblogging. Patut,Patut, Patut ......

*wahai puan syida, jangan pandai cakap jer, buat tengokkkk......HeHeHe.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...