Saturday, October 27, 2012

Hari Kedua Raya Aidiladha


Kami berdua on da way nak ke kenduri korban. Yang lain tak nak ikut. Tak nak ikut sudah. Jom aisya sayang....


Jalan Kent 2 yang terletak di Keramat. 



Selamat Datang. Time sampai ni nampak ada lori SYABAS dan BOMBA. Rupa-rupanya mereka datang nak cuci darah lembu yang kena korban. NeNoNeNoNeNo....okay sangat busuknya okay. Tapi kutahan Jebat.

Lori SYABAS & BOMBA juga datang menolong kot..menolong mencuci darah



Pening kepala sebab bau darah lembu. Meh kita duduk sat.



Suasana di belakang yang sibuk. Memandangkan saya pakai Baju Kurung yang canteekkkk. Jadi tak payahla nak merajinkan untuk menolong yer. Cukup sekadar mengangkat pinggan dan cawan terpakai.


Tuan Haji Abd Rahman salah seorang sukarelawan di An-Najjah. Siapa lagi kalau bukan ayahanda saya..
Hurmm..Hurmm...


Puan Hajjah Bariah yang kepenatan memotong daging korban untuk diagih-agihkan kepada tetamu. Siapa lagi kalau bukan mak saya...Hurmm..Hurmm...


Perut dah kenyang. Dapat sebekas lembu korban, Bergambar pula bersama kereta besar BOMBA. Requested by Aisya. Time to go back!

Sup daging dan Daging Masak Asam pedas adalah marvellous dan mantap. Tapi malas nak bungkus bawak balik rumah.

Alhamdulillah diatas segala nikmat yang tidak terhingga. Amin...


Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam diseluruh dunia terutama yang membaca blog saya versi bahasa melayu ini. Hehehe...Syukran.

Hari Raya Aidiladaha atau Hari Raya Haji ialah perayaan terbesar umat Islam selain Hari Raya Aidilfitri. Disambut setiap 10, 11,12 dan 13 Zulhijjah mengikut kalendar Islam. Masa ni banyak lembu yang akan disembelih dan dagingnya akan diagih-agihkan kepada orang ramai terutama kepada fakir miskin.

Untuk tahun 2012, Hari Raya Haji jatuh pada 26 Oktober hari Jumaat. Alhamdulillah kami dapat cuti awal sehari. Ermm...baguskan? Inilah yang dikatakan semangat Raya. Ecewahh....

Macam biasa dapur akan sibuk dengan masakan rendang ayam, kuah kacang dan nasi impit. Saya tolong belikan barang-barang sahaja. Tak tolong masak pun sebab jiwa tengah kacau masa tu.

Raya pertama saya tak dapat pergi sembahyang raya sebab Aisya bangun awal pulak.Kalau dia masih tidur, then senanglah nak pergi sembahyang raya. Tapi saya mengemas umah dan mengemop. Sempat lagi okay.

Kemudian lepas makan-makan, hidung terasa gatal yang amat dan asyik bersin. Tak tahan sangat saya minta ubat allergic En Saiful. Sudahnya saya rasa lalok jer sepanjang hari. En Saiful buat lawak pun saya buat tak tahu jer. "Eh, kau tak tahu ke aku tengah lalok ni bro...". Pagi raya kedua, baru rasa segar sangat. Kesan ubat dah hilang.

Kenyangnya perut rasa macam 2 hari tak makan pun takper. Alahai, kununnya la kan. Malam tu melantak makan KFC pulak...

Adoiyaiii...

Okay-okay, Selamat Hari Raya aidiladha semua.

Friday, October 26, 2012

Selamat Datang Dato' Raja Nong Chik



Selepas satu jam setengah menunggu, akhirnya sampai juga tetamu yang dimaksudkan ialah Dato' Raja Nong Chik Bin Datuk Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Please dont ask me, saya memang tak kenal.

Our Big Boss, Datuk Shaheen with Dato' RNC

Our Big Boss a.k.a Iron Lady, Datuk Maznah Hamid yang peramah dan murah dengan senyuman

Talking about Bandar Tun Razak development

Lepas sesi tengok model-model pembangunan, mereka terus masuk bilik meeting besar untuk makan-makan. Seriusly, RNC nampak sangat lapar sebab dia duduk terus makan OR dia nak cepat sebab hari dah nak malam dan kami pun nak balik pukul 6petang seperti hari biasa.

Finally, we end up at 6.30pm terus kemas-kemas sampai 7.30pm saya terus balik dan meninggalkan opis yang masih terang-benderang kerana rindukan buah hati saya kat rumah tu.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma bak kata orang ramai "Janji Melayu, Kata Sekian, Buatnya Lain". Peribahasa baru. Korang layankan aje.


that's me with Suasana Lumayan model. Please dont asking me about Suasana Lumayan.
Kindly contact 03-91737755 because" here i am a BLOGGER ", not selling Suasana Lumayan.

Owh yer, untuk mengenali tetamu tadi tu bolehlah masuk website dia Raja Nong Chik dot com. Saya dah kenal dia sikit-sikit. HueHueHue....






Thursday, October 25, 2012

Persediaan Kedatangan VVIP

Tempat saya kerja ni memang selalu menerima kedatangan pelawat-pelawat dari antaranya VIP dan VVIP.
Sampaikan bos saya kata kami dah boleh buka bisnes perkhidmatan katering okay. Penat tu tak payah cakap la. Untuk event pada 16 Oktober ni saya memang tak berapa tahu sangat sebab saya tak masuk port nak handle-handle this event. Tapi at the end, kena turun padang juga.


 Bilik meeting besar yang dihias cantik. Untuk Pak Menteri katanya....opss...VVIP. Teraju utama yang menjayakan majlis ini ialah Mama dan Kak Ina.

Laluan utama pejabat yang telah diluaskan.

Bilik makan untuk pemandu dan pembantu Pak Menteri. Okay, kelasss ko driver pun makan ada bunga-bunga dah macam menteri saya tengok.

Bilik spare untuk VIP jugak. Ini ketua untuk event. Kalau takde dia, konfirm menteri datang kelaparan dan minum air mineral saja. Tapi kan kak, ko ni action depan kamera je ker atau betul-betul buat keje? Wakakakka.....




Sesi bergambar sementara menungggu tetamu yang katanya datang pukul 4pm, tapi 5pm masih tak nampak kepala lutut.


Memasing tangkap gambar macam baru first time datang Marketing Department walaupun tiap-tiap hari lalu kat sini. Mengapa ya?

Okay, pukul berapa nak sampai daaaaaaaaaaaaaa......??????

Tuesday, October 23, 2012

Spaghetti Carbonara Terlupa

Ting Tang Ting Tang.....

Ecewah, bila menulis tentang resepi saya mesti bermula dengan ayat seperti diatas. Ermmm, mungkin boleh dijadikan trademark. Mungkin....

Okay, sebenarnya saya memang selalu masak Spaghetti Goreng sebab ianya sangat senang. Sampaikan bila saya nak masak Carbonara pun saya sediakan bahan-bahan sama seperti nak masak Spaghetti Goreng. Oh My Kuali....

Bahan-Bahan :
Spaghetti
Minyak Zaitun
Garam
Hotdog dipotong halus
Carrot
Sos Carbonara
Susu Segar



Spaghetti yang telah direbus hingga lembut ditoskan dan disejukkan dengan beberapa ketul air batu supaya spaghetti lebih kenyal dan berkilat. Jangan lupa letakkan sedikit Minyak Zaitun untuk mengelakkan spaghetti melekat sesama sendiri.



Sebenarnya tak payah letak bawang pun. Tapi terlupa masa tu nak masak Carbonara, itu yang terpotong jugak tu. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, saya masukkan saja. Jangan risau, tiada apa-apa kesan pun dengan rasa Spaghetti Carbonara itu yer. 


Potong kasi nipis dan kecil-kecil. Tak letak pun takper yer. Tiada apa-apa kesan.


Ini saja sayur yang saya masukkan. Ikut selera tekak yer. Tak letak pun takper yer. Tiada apa-apa kesan.


Cara Masak:
1. Rebus spaghetti bersama secubit garam sehingga lembut dan toskan.
2. Memandangkan saya dah potong bawang semua. Masukkan Minyak Zaitun dan tumis dengan bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan hotdog yang telah dipotong dan goreng lagi.
4. Masukkan carrot.
5. Masukkan Sos Carbonara dan letak sedikit susu segar atau letak air sahaja pun takper. Sebab sos tu kan pekat sangat.
6. Agak-agak dah masak padamkan api.

Seperti apa yang telah saya tulis. Segala-galanya tidak memberi kesan pada rasa kerana saya menggunakan Sos Carbonara jenama Prego yang sememangnya mudah dimasak. Tak perlu tambah apa-apa pun takpe.

Inilah hasilnya....Sedap jugak per...

Friday, October 19, 2012

Jangan Pasang Penghawa Dingin Bila Masuk Kereta

Sebaik remote kereta ditekan untuk membuka kunci kereta, mesti kita akan terus masuk dan tutup pintu secepat yang mungkin dan terus menghidupkan penghawa dingin bagi menyejukkan badan. Lagi-lagi bila meredah sinaran matahari yang panas dan ketiak berpeluh-peluh.Betul tak?

Tanpa kita sedari, perbuatan begitu boleh membahayakan diri kita sendiri. Sebaik-baiknya bukalah tingkap terus bila masuk dalam kereta dan JANGAN sesekali menghidupkan penghawa dingin kereta. Mengikut pada kajian yang telah dijalankan, dashboard, sofa, pewangi kereta menghasilkan Benzene iaitu sejenis toksin yang menyebabkan kanser. Unsur carcinogen dapat dikenalpasti melalui bau yang tehasil dari haba bahan plastik didalam kereta. Disamping menyebabkan kanser, ianya bertindak sebagai racun bagi tulang yang boleh menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Kalau dibiarkan berterusan, boleh menyebabkan Leukimia dan miningkat risiko kena kanser dan keguguran bagi wanita yang mengandung.

Cara terbaik ialah, sebaik masuk dalam kereta, bagi udara yang bertoksin keluar terlebih dahulu dengan cara membuka tingkap atau pintu.

Honestly, saya selalu akan masuk kereta dan kunci secepat mungkin. Kemudian baru buka tingkap belakang dan terus bukak penghawa dingin. Dulu ada seorang kawan saya pun cakap bahaya masuk terus dalam kereta. Tapi saya buat dek jer terus masuk dalam kereta dia walaupun dia menghalang saya masuk dalam kereta dia. Ape der hal....

Tapi sekarang dah tahu.HeHeHe...baru tau der....


Menjemput Tuan Muda balik dari sekolah dan berborak mengenai beg dia yang ada gambar Ultraman.
Tingkap tempat duduk sebelah pemandu ni memang dah lama rosak dan tak bole buka.
Eermm...bila la nak repair ye...




Thursday, October 18, 2012

Nak masuk Legoland Percuma tak?

Minggu lepas, bos saya bagi Voucher untuk ke Legoland kat Johor tu. So dah memang rancang nak bercuti la kunun-kunun nyer. Ingat nak pergi Legoland lah kunun-kunun nyer. Tapi baucer ini hanya for Kids Go Free. Kan best kalau ada ADULTS & KIDS GO FREE. So memang takdelah untuk dewasa punya. Kunun-kunun nak beli yang dewasa punya. Sekali amik kau, bapak mahal. Perbelanjaan selama sebulan untuk lunch saya yer. Tapi masih terfikir-fikir untuk pergi atau tak.

Masih lagi berfikir ni. Bukan senang nak bercuti senangkan hati sekali-sekala. Sebab bos saya pergi mengerjakan Haji. Masih lagi berfikir nih.....


Anak saya ada 2 jer. Sesapa yang nak, boleh, boleh. Buat posting tentang blog Imnurra, dan saya akan bagi 2tiket yang selebihnya. Wakakakaka, boleh camtu kan....

Ermm....masih berfikir nak pergi atau tak...

Tuesday, October 16, 2012

Resepi Lamb Chop

Ting Tang Ting Tang....Kali ini saya nak kongsi resepi Lamb Chop yang saya  buat sebulan sekali. Dalam masa sebulan saya mewajibkan diri untuk makan kambing. Kalau boleh nak makan tiap-tiap hari. Tapi nak masak tidaklah tiap-tiap hari. Penatlah kalau tiap-tiap hari nak masak. Siang kerja, Malam kerja, sekali-sekala masak boleh la. Tapi jangan langsung tak masak pulak.

Okay-okay, jangan banyak membebel. Kita teruskan dengan resepi kita yer...


Bahan-bahan :
Daging Kambing 
Kicap Manis
Lada hitam
Bawang Merah
Sos Tiram


Cara Penyediaan:
1. Daging kambing dibasuh bersih dan tos air.
2. 2 sudu makan Kicap Manis, 2 susu makan Lada Hitam, sebiji Bawang Merah ditumbuk atau dipotong halus, 1 sudu kecil sos tiram digaulkan dengan daging kambing dan diperap sekurang-kurangnya 30minit. Tapi saya perap 2 ke 3 hari sebab xsempat nak masak. 

Kalau tak sempat nak masak, boleh perap dan simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku. Rasa-rasa nak masak baru keluarkan dan nyahbeku.


Cara Masak :
Paling senang gunakan non-stick grill. Saya gunakan Double Grill non-stick daripada Avon. Masa tu ada promosi dengan harga RM100 sahaja. Murah bebenor beb.

Masukkan dagig kambing yang telah dinyahbeku. Jangan tutup grill pan tu kalau ianya Double. Tunggu sehingga air daging itu kering terlebiih dahulu. Selepas kering barulah tutup grill pan tu untuk pastikan daging masak rata dan lebih lembut. Hasilnya memang membuat perut bikin konsert.

Gambar ini senget tak tahu sebab apa. Masa ni tengah keringkan daging kambing tu.

Sos Lada Hitam a.k.a Blackpepper

Bahan-bahan:
Butter / Marjerin
Sedikit Minyak Masak
2 biji Bawang Merah -dicincang halus
1 biji bawang putih -dicincang halus
2 sudu makan Lada Hitam
Setengah kiub pati ayam
Air bancuhan tepung jagung - sendiri agak nak banyak mana yer...
Garam

Cara Penyediaan :
1. Panaskan Butter dengan sedikit minyak masak.
2. Teruskan masukkan Garam, Bawang Merah dan Bawang Putih yang telah dicincang halus.Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan Lada Hitam dan kacau lagi.
4. Masukkan Air Bancuhan Tepung Jagung.
5. Masukkan kiub pati ayam dan kacau hingga rata.
6. Agak-agak dah masak dan pekat, padamkan api.
7. Kalau pekat sangat bole tambah air lagi.
8. Sedia untuk dihidang dan tuang atas Daging Kambing.

Kuah Lamb Chop dalam pan ibu muertuaku

Cadangan Hidangan. Disebabkan kebulur sangat, saya makan Lamb Chop dengan Nasi dan Sayur Campur yang digoreng. Nyumm...Nyummm....

Korang yang dah baca ni wajib buat seperti resepi diatas. Juga wajib komen sekiranya ada komen. Of course ada komenkan. Tak kisah nak mengkritik atau mebina, janji komenn...

Silakan...
Silakan...
Silakan...

Sunday, October 14, 2012

Yuran di Little Caliph 2012

Assalamuailaikum...

Jadi belanjawan 2012 pertengahan tahun untuk keluarga saya pun mula bertambah. HuHuHu....demi anak, relakan ajer yer. Nasib baik memang dah ada budget untuk Luqman masuk sekolah awal. Saya budget dalam RM1000 untuk pendaftaran. Patut sedia maklum kalau sekolah swasta memang macam tu yuran pendaftaran.

Pendaftaran sahaja RM200. Bulanan RM240 untuk separuh hari. Luqman pergi sekolah separuh hari sahaja. Sebab takut Tok dan Tok Wan dia rindu kalau pergi sekolah satu hari.

Uniform RM49 + Kopiah RM6 sudah + Baju Sukan RM29. Buku sahaja RM107.50. Korang boleh tengok macam schedule kat bawah ni. Apa yang saya tahu jumlah semua semasa pendaftaran ialah RM626.50 campur dengan bayaran bulanan RM240. Memandangkan Luqman masuk tengah bulan, jadi saya dah minta diskaun bayar separuh. RM120. Wakakakakaka......So total semua RM746.50 bagi bulan Jun2012. Bulan-bulan seterusnya hanya RM240.




Bawah ni Full Payment Summary.

Waktu persekolahan pula:

Separuh Hari : 9pagi sampai 12tghari
Pagi sampai Petang : 9pagi (9or maybe ada yang lagi awal) hingga 6petang.

Makluman ada caj tambahan sekiranya lambat sangat ambil anak-anak yer. Setahu saya 1 jam kena RM5.

Untuk lebih detail boleh terus pergi hubungi Principal tadika iaitu Cik Suhaila. Diulangi "Cik" okay. Muda-muda dah ada bisnes kindergarten kan....Jeles i....HuHiHa..

Cik Suhaila Bt Abd Ghani
Principal & Manager, Little Caliphs Kindergarten
Bandar Sri Permaisuri
Tel : 012 288 3444
Email : littlecaliphsripermaisuri@yahoo.com

So, dah register anak untuk tahun 2013? Cepat-cepat...!

*Saya baru tahu, kalau masuk tadika KEMAS hanya RM20 plaing mahal sebulan. Ye ker?

Saturday, October 13, 2012

2 beradik yang Kreatif

 Hasil kreativiti Luqman dari Lego yang dibeli di 7-Eleven

Sementara itu adik Aisya sedang menelaah buku sambil mulut pokpekpokpek...Arghhh!!!!

 Dua beradik sedang belajar bersama...Kononlah, padahal bertekak. Adik, bukan macam tu!

 Adik pulak "Bukan macam tu la Luqman"

Her Abang left her finally selepas ibu jadi Tarzan.

Ayah mana?

Friday, October 12, 2012

The Little Caliph & Luqman

Luqman mula masuk sekolah pada bulan Jun 2012 yang lepas. Cuma entri lambat update sebab tiada inisiatif nak blogging kan. Memang dari awal tahun dah berhajat nak masukkan dia sekolah walaupun dia baru berumur 4 tahun. Tapi banyak sangat halangan dan campur tangan orang lain. Jadi terpaksalah kami menangguhkan sekolah Luqman demi menjaga hati sesetengah pihak yang tak maku Luqman mula sekolah awal. Tujuan saya nak masukkan Luqman sekolah awal sebab nak bagi dia biasakan berampur dengan rakan sebaya memandangkan dia masih tidak pandai bertutur dengan baik. Memang tak faham apa yang dia cakap okay. Apasal macam skema jer penulisan saya sejak kebelakangan ni....Abaikan.

Selepas dinasihati oleh seseorang dari keluarga En Saiful, saya tanpa teragak-agak terus buat survey taska atau tadika yang terdekat nak masukkan Luqman. Terjumpa pula The Little Caliph kawasan Bandar Sri Permaisuri. Jadi memang tak jauh lokasi tadika tu dari tempat kerja. Tanpa fikir lama dan berbincang lebih lanjut, saya terus mendaftarkan Luqman kat tadika tu pada 11 Jun 2012. Selamat Bersekolah Abang Luqman.

Hari pertama bangun pagi memang tak susah sebab dia pun tak tahu yang dia akan dihantar ke sekolah. Tapi biasalah masa memula sampai. 


Hari pertama Luqman. Memang malu-malu kucing gitu...Duduk tepi pintu je la yer.


Hari pertama habis sekolah terus dapat makan KFC. Syabas betteh...

Hari ke-2 Luqman menangis pulak. Hampir seminggu dia macam reluctant taknak ke sekolah. Tapi selepas minggu ke-2, dia semakin okay dan seronok pergi sekolah. Dah pandai berkawan kot.

 Masa ni saya tangkap gambar dia tengah menyanyi-nyanyi. Tapi masih tak faham apa butir percakapan dia. So layankan ajer ler..

Lepas tu terperasan pulak ibu tangkap gambar dia. Terus dia telangkupkan muka dia nak cover malu. Sedap apa suara abang Luqman. Nyanyi lagi cepat...

Luqman, Luqman, Yes Ibu, Eating Sugar? No Ibu...Telling Lie? No Ibu. Open your mouth....Hahahahaha....


Ibu, You Are Fired! Please dont disturb me...
Ecewah ngko....Cium laju-laju yer..

As for now, Luqman dah pandai bercakap 70%. Tapi memang tak boleh lawan adik Aisya cakap. Aisya memang petah bercakap. Ayat pun boleh tahan power juga. 

Luqman juga memang sayang kat teacher-teacher dia. Antara teacher yang dia selalu mentioned, "Teacher Su, Teaher Zura and Teacher Wani". 

Kesimpulannya, saya pun puas hati dengan The Little Caliph....


Saturday, October 6, 2012

Implan

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman mengenai implan yang digunakan untuk mencegah kehamilan dan dipasang pada lengan kiri saya tanpa meninggalkan sebarang parut yang tidak cantik.

Implan ialah sejenis tiub yang mengandungi etonogestrel. Jangan ditanya pada saya apakah benda itu, saya pun tidak tahu.

Pengalaman saya masa memula nak pasang implan memang takut sebab kena cucuk dengan jarum besar. Sebab implan tu kan besar, so terfikirlah macam mana nak masuk dalam lengan benda besar cenggitu. Pasang bawak lapisan kulit pulak tuh.

Akhirnya, memang tak sakit. Sebelum implan dipasang, doktor akan bius terlebih dahulu. Jadi selepas beberapa minit memang tak terasa doktor masukkan implan dan dah siap. Sampai saya pula boleh tanya Doktor "Eh, dah siap ker?".

Implan ini akan berada dibawah lapisan kulit saya selam 3 tahun. Jadi tahun hadapan saya akan tanggalkan implan. Doktor akan bagi satu kad yang mengandungi maklumat mengenai implanon yang telah dipasang. Jadi, please alert dengan tarikh tersebut.


Sekarang tengah bersedia je macammana lah pulak proses nak keluarkan implan. Ramai yang kata kena operate lah. Mungkin minor surgery jer la kan. Sambil mata terkebil-kebil, doktor akan belah tangan yang ada implan yang dah melekat-lekat dengan daging. Walawehh.....seram juga kan  membayangkan. Tapi teringat sakit beranak lagi sakit ngkoo.

Harga semasa saya pasang implan ialah RM450 di Klinik Alam Damai oleh Dr. Mazlah. Mungkin sesetengah tempat berbeza dan harga juga berbeza. Jadi, kena pandai survey harga la yer.

Sesetengah orang juga mengalami perubahan diri seperti saya susah nak ada jerawat, rambut pun takde masalah sangat, period tiada. Tapi selepas saya mengamalkan minum air yang ada kacip fatimah atau apa-apa minuman seperti Cocoa Collagen, saya datang period. Terasa saya sebenarnya ialah seorang wanita. I ni perempuan tau youuuu...Seperti yang saya katakan tadi, lain orang lain kesan yang akan dialami sekiranya pakai implan.

Tujuan saya pakai implan sudah tentulah nak mengelakkan kehamilan sebab jarak Luqman dan Aisya pun setahun sahaja. Memang penat dengar pemberita tak bertauliah memperdengarkan berita mereka mengenai kelahiran anak kami yang berturut. Tapi selang setahun okay. 2008 dan 2010 maknanya ada juga jarak.

Okay, ada apa-apa yang tertinggal? Just sharing with all of you okay.

Terima kasih kerana sudi membaca.




Thursday, October 4, 2012

My New HTC

Selamat tinggal kepada Blackberry Torch 9800! Its time to move on for Android pula....

Gambar lepas diformat dan harga terjual ialah RM550 complete set.  Murah sangat kan....

Not bad la, ambil dengan plan Maxis so harga pun memang murah. Tak sampai RM1000 pun.


Using Rear Camera


Using Back Camera

Kesimpulannya, phone ni memang best cuma nak menggunakan touch screen uuntuk keypad tu susah sikit. Takpe, lama-lama nanti akan biasa juga kan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...