Tuesday, March 15, 2011

Kenapa BPA diharamkan?

Tindakan pengharaman botol BPA diambil berikutan BPA boleh mengakibatkan gangguan sistem hormon sekaligus menganggu sistem fungsi tubuh badan. Pengharaman ini berkuatkuasa 1 Mac 2012 kerana memberi masa kepada pengeluar-pengeluar botol BPA untuk membuat persedian untuk pertukaran atau pembelian mesin untuk buat botol bebas BPA.

Antara bahaya-bahaya :

1-Menjejaskan fungsi kelenjar yang membentuk rangkaian sistem endokrin. <--tak paham aku
2-Menganggu hormon yang boleh menjejaskan organ pembiakan serta bg kesan buruk pada tumor.
3-Punca Kanser payudara, juga perkembangan prostat dan mengurangkan bilangan sperma.
4- Boleh meniru hormon semulajadi dalam badan yg akan menganggu sistem biologi seseorang <--ni yg saya kata jadi "awww.."" atau "arggghh.."
5-Sel-sel tidak ada pertahanan antiibodi yang kuat dan akan mudah terkenan serangan Diabetes.

Bahaya2 tu memang sekarang tak nampak lagi, ianya akan berlaku bila anak-anak dah besar panjang. Time tu la korang baru perasan ada yg tak kene la, itu la, ini la. Perkembangan sihat anak-anak hendaklah dipantau sejak mereka kecil lagi. Biasa botol yg ada BPA ni boleh dikatakan murah. Tak semestinya murah adalah bagus dan sebaliknya.

Mak saya kata, kakak ipar saya punya anak, deyy, tu pun susah ke nak explain..

Mak saya kata, anak buah saya, dari kecik sampai la ni umur dah 6 tahun, masih pakai botol yang sama. Tak pernah tukar kecuali puting. Fuiyoo, bangga tol mak saya cerita sebab saya sibuk nak tukar botol anak saya masa tu. Bagi saya, suka hati dia la nak pakai botol tu sampai ke cucu cicit ke kan..Yang pasti saya nak tukar botol, itu saya punya suka.

Masa yang diberikan 1 Mac 2012 ialah untuk pengeluar botol BPA, so kita yang dah ada kesedaran tentang BPA botol ni, segera lah tukar. Tak payah tunggu tahun depan. deyyy, apa daaa..

Segera bertukar ke BOTOL BEBAS BPA....BERTUKARRRR.....!!!!




1 comment:

Dda Ly said...

semalam akak bli botol susu basilic..orang kedai tu kate bpa free..tp bile balek belek2 kat kotak takde tulis pon..pastu google pont ak jumpe botol basilic design camtu...tertipu kah tipah? huhuhu
:(

meh ke rumah..
~a week already~
keep in touch ye..♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...