Friday, March 25, 2011

Siapa kata Perempuan Melayu tak menawan?

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena


Jangan kata korang yang tanya, even Mak Mertua saya pun tanya "Ada orang kahwin?". Hehehe, siut jer soklan camtu. Perli yang terlampau menyerlah. Ok takper..tekadkan hati pakai baju kurung setiap hari Jumaat.

dah 2 kali Jumaat saya pakai baju kurung, sebenarnya bukan apa. Last 2weeks kemas-kemas almari baju, En Sepol suruh saya buang semua baju-baju kurung. Bukannya pakai pun. a ahla , mengaku memang pakai baju kurung bila ada kenduri kahwin jer. Kalau takde kenduri, jangan harapla nak sarungkan baju terkurung ni eh..Lagipun dah tak berapa minat pakai baju kurung. Tetapi saya tetap melayu. Disebabkan tak mahu semua baju kurung dibuang, En Sepol meletakkan syarat supaya setiap Jumaat saya pakai baju kurung. Kalau setiap hari lagi bagus. Jadi, saya menyahut cabaran dia dengan memakai baju kurung setiap Jumaat.

Dulu kerap pakai Baju Kurung adalah kerana saya belajar di International Islamic College. Jadi wajiblah pakai baju kurung. So, sampai zaman bekerja pun rajinlah pakai baju kurung. Sampai satu tempat kerja yg last saya kerja, "u r not allowed to wear baju yang crowded, tak professional la" katanya. So, i jux keep all Baju Kurung in the box and wear during the Kenduri kahwin jer.

Dah datang kerja tempat sekarang ni, lagi la jangan nak mimpi pakai baju kurung. Kadang2 seminggu tu saya belasah seluar jeans dari isnin ke jumaat. Casual katanya...

Minggu Pertama


Minggu Kedua

Tunggu Minggu ketiga pulak..Perempuan Melayu kan memang sesuai Berbaju Kurung

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...