Wednesday, April 13, 2011

Saya tak suka Siti NurHaliza


Beliau seorang Diva. Siapa yang tak kenal beliau? Hampir seantero dunia sangat kenal dan meminati dan mengagumi beliau. Bakat, Kecantikan, Kelembutan, Kesopanan, Kemelayuan beliau sentiasa menjadi pojaan hati peminat-peminat Siti NurHaliza.

Siti Nurhaliza Binti Tarudin. Dilahirkan pada 11 January 1979. Anak jati Kuala Lipis, Pahang. Mula terlibat dalam bidang seni pada tahun 1995. Masa tu saya darjah 5, lagu top-top meletop masa tu lagu duet dia dengan 2 by 2 , Mawarku.

Pastu sampai hari ni, tetiba saya jadi tak suka kat dia sebab tu i blog about her kenapa saya tak suka Dato Hajjah Siti Nurhaliza.

Ok, apasal ko emosi pulak tak suka Siti NurHaliza? ive been directed by someone to blog about "Saya tak suka Siti Nurhaliza..".


1- Tiada Tandingan
Eh, apasal sampai sekarang Siti Nurhaliza tidak boleh ditandingi sesiapa? ABP 2010 tu pun harapkan Siti berambus jer baru orang lain boleh menang. Memang ada yang kata, kebarangkalian Siti untuk tidak menang adalah besar kerana saingan sengit seperti Shaheizy Sam, Zizan dan Lisa Surihani. Tapi, Shaheizy Sam sendiri mengatakan "Thank you Dato Siti sebab tak join ABP". Kalau dia confident untuk menang, he wont say anything. Saya tetap nak tulis, kalau Dato Siti Nurhaliza tak berunder dari ABP pun dia tetap akan menang. Arghh, mencik u!

2-Tak nak berlakon konon!
Ceh Ceh Ceh, poyo la tak nak berlakon kan. Padahal ada je bakat. Memangla akan agak nampak kaku, lama-lama akan jadi Superb jugak. Sebab saya rasa dia seorang yang TALENTED! Believe me, sekiranya Dato Siti berlakon, dia musti akan dapat Anugerah Pelakon Terbaik. Arghh, mencik u!

3-Cantik
Rabun ker apa anda sekiranya tak nampak Dato Siti tu seorang yang cantik even tak put on make up. Ala, confirm korang kata, mekap tebal. Mungkin dia ada Aura dia tersendiri. Huh, takmau share ngn kitaorg la tu. Mencik u!

4-Berjaya
Yang ni paling saya tak suka, benci dan dengki. Hehehe, biasala manusia tak sempurna kan. Tapi bila dengar Siti cakap dalam radio HotFM pasal kejayaan dia

"Dulu ramai orang kata menyanyi ni takde masa depan....biarkan apa orang nak kata....bla bla bla"

Ala-ala cenggitu la ayat dia dalam iklan radio tu. Ala, mencik-mencik pun bole pakai per ayat dia. Kalu korang tengok anugerah dia, mak aii..kemain lagi ko.Sekarang ni siap ada Simpli3ity lagi kan? Perghh..kau tu dahla kaya Dato Siti. Apasal ko jual jugak barang kau mahal-mahal? Bagi murah sudah la...Mencik la!

5- Suara Bak Buluh Perindu
Weh, apa ko merepek ni Buluh Perindu? Maksud saya suara dia sedap di dengar sebagao halwa telinga dan bukan santapan perut. Confirm korang, korang, korang yang tak suka, time cuci pinggan kat dapur, time mandi time cuci keta mesti korang dok laung-laung lagu Siti, yer dok? Itu la yang saya tak suka tu. Sikit-sikit Siti, sikit-sikit Siti. Apa dah takde lagu lain ker ko nak nyanyi. Nyanyi la "Kuda Kepang", "Kudaku Lari Macam Pengecut"..hehehe..Anugerah Allah swt kan.

6-Isteri Dato K
Jelous? Auww..tak kuasa nyah. Dah jodoh dia kan. Nak sangat amikkk..Laki orang tu. Ala, watper nak kata rampas laki orang. Dah nama lelaki bole kahwin 4. Pastu Dato K tu bukannya tak kaya, kaya wa cakap lu. Kalau ko kahwin ngan dia tak keje dok ternak lemak pun bole apa. Tapi nasib Siti la dah kahwin ngan Dato K tu kena kerja. Orang dah biasa kerja, mana bisa duduk jer kat rumah. Walaupun rumah tu macam sorga donia. Tapi dok terpikir la, awatla Siti tu dok gatal dengan laki orang. Itulah yang dinamakan (berapa kali saya nak ulang eh?) J.O.D.O.H - Jodoh. Makanya, disebabkan perkataan Jodoh itulah, Siti bergelar isteri Dato K. Mencik la! (bukan jeles...kwang..kwang..kwang..)


Kalau anda anda anda berminat nak tau pasal Siti NurHaliza sila jemput ke Fanpage dia kat SITIZONE.com untuk cerita-cerita beliau yang terbaru. Kemudian bolehla anda decide sama ada untuk suka dia atau tidak.

kenapa dia pakai tudung camtu eh?

OMG, Dato Siti..Pleaselaaaaa
.
.
.
.
.
.

Sebenarnya saya amat suka banget sama Dato Siti. Masa saya sekolah, saya bungkus buku dengan gambar-gambar Siti dan tak lupa petua untuk melebatkan bulu kening cara Dato Siti ialah dengan meletakkan lemak ayam pada kening. Aduh..hanyir siut.

3 comments:

Nurmala Mazlan said...

I Loveeee Dato' Siti Nurhaliza veru muchhhh...Since Form 1 (1996) lagi...Skang saya dah kertu pon...Dah 28thn..Hehehehe~

Ibnu K said...

Siti nak jadik Lady Gigi tak pakai tudung gaya gitu.. Hehehehe.. jgn marah ke kepada peminat Siti Nurhaliza sekalian..

Unknown said...

benci gak..kenapa dia sungguh talented kan..eehheh

pd chii,ct tak cantik..tp dia sgt comell..seriusly. muka baby face dia yg membuatkn dia nampk suwet je =)

suara dia..arghh...leh terlena tdo mlm ku :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...