Walaupun saya orang Kuala Lumpur dan hanya sekali sahaja menjejakkan kaki ke Sarawak, tapi saya tahu Sarawak sebuah negeri yang unik dengan budaya dan cara hidup mereka. Just imagine Rumah Panjang, camne mereka bole tinggal dengan reramai camtu? Kalau saya, meemang serius akan lari dari Rumah Panjang untuk duduk dengan lebih selesa. Lagi satu, boleh dikatakan majoriti rakyat Sarawak berkulit cerah walaupun cuaca kat sana adalah panas terik sangat-sangat. Teringat masa dulu saya ke Miri, baru 2hari duduk sana, kulit dah kena sunburn. Tapi, cer korang bayangkan orang Sarawak tu yg duduk berhari-hari, berbulan-bulan, takdela pulak kena sunburn. Kami orang KL kulit sensitif kot. Hehehe..So, next time if u plan to go to Sarawak, please do apply ur Sun Protection Lotion..with SPF40++..
Masa belajar dulu, saya pernah bekerja separuh masa sebagai Waitress kat restoran yang menjual makanan Sarawak. Pernah dengar Mejaaku Restaurant, Maju Junction? Tapi sekarang dah tutup. Favourite saya Laksa Sarawak. Memang menjilat bibir la kan. Antara lain Mee Kolok, Umai, Kek Lapis, Ulat Mulong, opsss....he3..dan lain-lain. Kat KL pun ada Restoran yang menjual makanan Sarawak iaitu Dapur Sarawak. Enjoy la yer!
Sedap kalau kawan saya nama Shasha yg buat. Bila lah budak ni nak buat lagi Kek Lapis Nenas + Cadbury
Bila agaknya lagi saya akan menjejakkan kaki ke sana yer. Kebetulan kakak ipar saya duduk kat sana dan bertugas sebagai guru. Memang dah lama duduk situ dan rasanya dia akan bermaustatin terus kot sebab dah beli rumah dan tanah kat sana. Even anak-anak dia pun membesar kat sana dari kecil. Bila balik KL akan keluar la perkataan "Yerdeh!". Memang dah jadi warganegara Sarawak. Tapi En Sepol kata bosan pergi Sarawak. Memangla dia kata camtu, sebab dia kerap pergi sana. So, dia nak pergi Sabah bah. Saya ikut jek.
Sekarang ni Sarawak tengah sibuk berkempen untuk pilihanraya dan pengundian yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 16 April 2011. Mesti banyak bendera-bendara yang tergantung dan melekat-lekat kat tepi jalan raya dan segenap pelusuk Sarawak. As we know, Sarawak dikuasai oleh Parti Barisan Nasional. Lepas ni tak tahu samada BN mampu mengekalkan majoriti BN atau parti lain, kan? Hanya mereka yang mendaftar di Sarawak sahaja yang boleh mengundi. Sila buat pilihan yang tepat dan bijaksana supaya segala aduan anda akan dilayan dengan sebaiknya. HeHeHe..promot nampak.
Eh, korang dah mendaftar sebagai pengundi belum? Sia-sia jer kalau cukup umur tapi tak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Tak kisahla duduk Sarawak ker, KL ker, as long u are Malaysian, please register yourself so that u wont miss to vote ur feveret party..
Anda boleh mendaftar di Suruhanjanya Pilihanraya Malaysia atau di Kiosk-kiosk yang dibuka di tempat-tempat tertentu. Saya sendiri mendaftar di Jaya Jusco Taman Maluri. Untuk semakan, bole semak di SPR punya website atau klik SINI. Jangan dah last minit baru nak register. Memang lembap la aku kata ko.
Dah nak dekat pilihanraya ni macam-macam isu yang timbul terutama yang menjatuhkan maruah seseorang supaya orang lain boleh menilai sejauh mana baiknya sesebuah parti yang akan memimpin dan menjadi tonggak pemacu sesebuah negeri itu.
So, kepada rakyat Sarawak, sila tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang rakyat Sarawak. Selamat Mengundi dan to all party yang bertanding..All the Best!
Hopefully, once election DONE, there was a GOOD news for you and for us..what? Salary Increment la bos. Pleaseee! Ngeh Ngeh Ngeh!
2 comments:
as salam...yang pasti kek sarawak memang feberet saya...i follow.
kak, pastikan test dulu kalau nak beli kek lapis sarawak. X ramai org blh bt sekualiti kek lapis original.
~sarawak kpg Boy~
Post a Comment