Thursday, April 28, 2011

Belt kereta putus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda tahu pasal kereta punya bahagian enjin? Soalan untuk memerli diri sendiri. Honestly saya kurang tahu. Kurang tahu yer, bukan tak tahu langsung. Tahu isi air wiper, check minyak hitam, air radiator dan...ermm..itu sahaja. Semalam saya masuk kerja lewat sebab belt kereta putus. Serius ngko nak pusing stereg ke kiri dan kanan adalah amat susah dan berat. Seolah-olah "Awak yang bawak kereta" dan bukan "Kereta yang bawak Awak". Nak jer saya sound " Kita bako jer..Kita bako jer". Ayat UsopWilcha..Glemer weh sicacat dok wheel chair tu.


Nampak tak tali halus-halus tu? tu lah belt yang putus tu. Siap en Mekanik sound lagi..Kata saya Racing ker pejadah ntah.

En Mekanik dan adik saya menggodek enjin. Saya malas nak layan la kan. Dok melayan telepon je manjang. Janji kereta siap, sudeyy..Saya pergi godek enjin kat Workshop taman Melati sebelah Pasaraya TS Mega.

Sambil menunggu, dok belek-belek kasut CROCS adik saya yg dah tak serupa kasut tapi masih boleh pakai. Mendela kau ni beli kasut ratus-ratus pastu letak kat kaki. Sudahnya jadi macam ni pulak.

Saya lagi suka kasut yg macam selipar. Sempoi dan selesa dan cantik pun. Beli masa pergi Taman Mini Malaysia & Asean, kat Ayer Keroh, Melaka. Harga? RM20 je weyhh...Pergi baca entri Taman Mini Malaysia kalau tak baca lagi.


Kek Lapis Sarawak

Tak habis-habis lagi story pasal Miri eh. Nak bagitau, Kek Lapis kat Miri adalah EXPENSIVE..ko tau? Harga RM18. Tak besar mana pun. Kawan-kawan saya yg bawak kitaorang shopping kat salah satu kedai ni.

Saya pergi kedai ni, Embun Citra Cake House. Memang ada kilang kat tepi tu yang buat. Actually bukan kilang, macam kedai bakery. Bau memang Nyaman deh...Tapi harga memang tak ingatla..Saya dok cari Kek Lapis Cadbury. Memamng sedap siot. Tapi, malang takde jual kat sini. Kat Kuching ada dan Murah.

Ni kalau ko nak rasa la. Tak shedapp...Nak Cadbury jugak!!! tapi korang kene beli jugak tau. tak beli kat sini pun takper. Kat Pasar malam ada jual lagi murah sikit. Sikit jer murah hokay..Tapi ingat, korang kena beli jugak sebab..

Sebab, tgk dalam list kaler mearh tu..Tu model saya..Dia buat part time for free...Welfare. So, ni la click yg saya pergi sama tu.. Wanita dan Married.

Photgrapher tak bertauliah amik pic sendiri. Nasib baik ada cermin. Kalu tak gamaknya pic saya sendiri takde..

Well...Bye bye Miri and i will says NO for 3rd visit...Pleaseee..laaa

Friday, April 22, 2011

My Night at Imperial Hotel, Miri

Saya ke Miri adalah atas tujuan kerja iaitu Audit ISO. Seronok? Honestly saya tak rasa seronok. Sebab saya bukan pergi bercuti untuk relax-relax, tapi pergi bekerja. Kat sana pukul 6.30am hari dah cerah tau. Saya sampai sana dalam pukul 6.50pm. Since it is Sunday, so nobody will pick us up. So, have to be independent. We took taxi to Imperial Hotel dekat Imperial Mall atau lebih dikenali "Imperial Lama". Ambil masa 15minit dari Airport to Imperial Hotel dan kena charge RM22 sahaja. Tapi masa dalam teksi rasa macam lama jek..Pukul 7pm dah gelap macam 8pm.

Well, here's the Lobby and im just wondering kenapa tak ambil pic hotel Imperial tu.Huh! The staff is very friendly and Nice. They also recognize us as "Sidak Citra".


Salah satu Restoran yang sebelah Lobi. Macam pic babi je ko..Takdela saya dok menyinggah or menyantap dalam Retoran tu. Ada lagi satu Cafe, Palm Terrace Cafe, tapi Ahad they closed. I think that one is HALAL.

We stay Apartment 2 rooms. Dahla besar,pastu stay 2 orang je. So, kau bole bayangkan aku yang pengecut ni nak tidur sorang-sorang? Apa ingat aku bole nyenyak?

Living Room. Sepanjang kami berada dalam rumah tu, jangan harap walau sesaat TV ini dapat berehat. Memang sentiasa ON la. Kalau tak ON, memang sunyi sepi la. Nak harap kami yang hor har hor har, jangan harapla kalau dah penat.

Our Kitchen. Kami cuma ada masa untuk menggunakan Microwave dan Kettle jer eh..

Our Dining room. Time dalam gambar ni memang nampak bersih dan kemas. Ahaks!

It's my room!

Katil besar gebang camni tido sorang-sorang? Memang takla.. Saya tidur tak nyenyak, sudahnya saya tertidur kat opis masa tgh buat kerja.


Pemandangan dari tingkap bilik

Can you see the rainbow?
Time ni baru pukul 7.15am. Cerah mak aiihh..

Pemandangan Waktu Petang

Saya kat Lobby. Nampak pintu belakang tu? Ianya menghubungkan dengan Imperial Mall. So, kalau rasa nak shopping barang-barang dapur bole singgah store dorang. Nak beli macam-macam pun bole. Saya terlupa bawak charger handphone, so saya beli kat Mall jer. Dah kata sebelah-menyebelah weiii..

Shopping!..Shopping!..Shopping!!

Banyak lagi service yang ada kat Hotel tu. Macam Sauna, Gym dan lain. Memang ingat kalau ada masa nak singgah la kat situ. Tapi seriusly memang masa sangat tidak mengizinkan tambah-tambah lagi saya demam plak masa malam terakhir kat situ. Dahla demam, gastrik dan cirit-birit lg. Pakej la tu.

Bab makan-makan, ko toksah risau.Banyak kedai HALAL kat luar tu. Antara rajin nak berjalan kaki atau tak je kan..Dan pepandaila cari yang HALAL. Antaranya Restoran Muara. Ada Nasi Lelapan. Tapi mana-mana kedai ko pergi, memang ada Nasi Lelapan.

Set for 2. Lalapan Bawal dan Lalapan Tenggiri dan Butter Prawn.Sambal belacan dia mantap.

Kami makan berdua di Lesehan Dua

Walaupun saya rasa tak seronok sebab pergi sebab kerja, Alhamdulillah penginapan di Imperial Hotel, Miri adalah satu pengalaman yang membuatkan saya terlupa yang saya datang ke sana adalah kerana kerja.

Apa yang penting, Wireless adalah FREE beb! Kalau korang datang Miri, saya sangat-sangat reccomend hotel ini. 5 thumbs uP!


Sunday, April 17, 2011

Where am i?

Remember last post, i did mentioned when i will be in Sarawak again? Now u know wat? I am here at a part of Sarawak which is Miri. It was last minute decision ordered by my bos, Mr Kem.. Not need to mention his name. But i do tell you his gender, HIS. Together with my click, married woman. Eh,perlu mention ke dia "Married woman"? Hahaha.. At least everybody know, im not go alone. Wherever you go, must be accompany muhrim. Even you go for Ibadah Haji pun kene bawak muhrim kan? Lagi kan Mekah ialah tempat yang SAFE, inikan pula Sarawak. I didnt means Sarawak is a dangerous place, but as a Women, we have to concern where we are going.

My flite is about 4.30pm and took 2hours to arrived Miri. On the plane, i just hope there was flite thru for McDonalds or KFC or any other fast food. Lapar sangat-sangat masa kat atas plane. Air Asia tak provide food unless you pay first then you eat. Actually we already planned to book MAS but the timing are not good for us as a mother. I really need to spent my weekend with Luqman & Syasya. Ermm, gonna miss them so much. Dont be naughty baby. So, at last we decided to take Air Asia pukul 4.30pm. Gila ko pergi awal-awal kan..Nak buat apa. Kalau takde anak, hari Sabtu saya dah tercongok kat sini.


On the way with Handsome, Luqman

My beauty princess, Syasya having her bfast

InsyaAllah , i will be back on Wednesday or Thursday. Apa??!!! nak order Kek Lapis? InsyaAllah,kalau ada masa, saya belikan eh..InsyaAllah....



Thursday, April 14, 2011

Sarawak, Mari Mengundi!


Walaupun saya orang Kuala Lumpur dan hanya sekali sahaja menjejakkan kaki ke Sarawak, tapi saya tahu Sarawak sebuah negeri yang unik dengan budaya dan cara hidup mereka. Just imagine Rumah Panjang, camne mereka bole tinggal dengan reramai camtu? Kalau saya, meemang serius akan lari dari Rumah Panjang untuk duduk dengan lebih selesa. Lagi satu, boleh dikatakan majoriti rakyat Sarawak berkulit cerah walaupun cuaca kat sana adalah panas terik sangat-sangat. Teringat masa dulu saya ke Miri, baru 2hari duduk sana, kulit dah kena sunburn. Tapi, cer korang bayangkan orang Sarawak tu yg duduk berhari-hari, berbulan-bulan, takdela pulak kena sunburn. Kami orang KL kulit sensitif kot. Hehehe..So, next time if u plan to go to Sarawak, please do apply ur Sun Protection Lotion..with SPF40++..

Masa belajar dulu, saya pernah bekerja separuh masa sebagai Waitress kat restoran yang menjual makanan Sarawak. Pernah dengar Mejaaku Restaurant, Maju Junction? Tapi sekarang dah tutup. Favourite saya Laksa Sarawak. Memang menjilat bibir la kan. Antara lain Mee Kolok, Umai, Kek Lapis, Ulat Mulong, opsss....he3..dan lain-lain. Kat KL pun ada Restoran yang menjual makanan Sarawak iaitu Dapur Sarawak. Enjoy la yer!

Sedap kalau kawan saya nama Shasha yg buat. Bila lah budak ni nak buat lagi Kek Lapis Nenas + Cadbury

Bila agaknya lagi saya akan menjejakkan kaki ke sana yer. Kebetulan kakak ipar saya duduk kat sana dan bertugas sebagai guru. Memang dah lama duduk situ dan rasanya dia akan bermaustatin terus kot sebab dah beli rumah dan tanah kat sana. Even anak-anak dia pun membesar kat sana dari kecil. Bila balik KL akan keluar la perkataan "Yerdeh!". Memang dah jadi warganegara Sarawak. Tapi En Sepol kata bosan pergi Sarawak. Memangla dia kata camtu, sebab dia kerap pergi sana. So, dia nak pergi Sabah bah. Saya ikut jek.

Sekarang ni Sarawak tengah sibuk berkempen untuk pilihanraya dan pengundian yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 16 April 2011. Mesti banyak bendera-bendara yang tergantung dan melekat-lekat kat tepi jalan raya dan segenap pelusuk Sarawak. As we know, Sarawak dikuasai oleh Parti Barisan Nasional. Lepas ni tak tahu samada BN mampu mengekalkan majoriti BN atau parti lain, kan? Hanya mereka yang mendaftar di Sarawak sahaja yang boleh mengundi. Sila buat pilihan yang tepat dan bijaksana supaya segala aduan anda akan dilayan dengan sebaiknya. HeHeHe..promot nampak.

Eh, korang dah mendaftar sebagai pengundi belum? Sia-sia jer kalau cukup umur tapi tak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Tak kisahla duduk Sarawak ker, KL ker, as long u are Malaysian, please register yourself so that u wont miss to vote ur feveret party..

Anda boleh mendaftar di Suruhanjanya Pilihanraya Malaysia atau di Kiosk-kiosk yang dibuka di tempat-tempat tertentu. Saya sendiri mendaftar di Jaya Jusco Taman Maluri. Untuk semakan, bole semak di SPR punya website atau klik SINI. Jangan dah last minit baru nak register. Memang lembap la aku kata ko.

Dah nak dekat pilihanraya ni macam-macam isu yang timbul terutama yang menjatuhkan maruah seseorang supaya orang lain boleh menilai sejauh mana baiknya sesebuah parti yang akan memimpin dan menjadi tonggak pemacu sesebuah negeri itu.

So, kepada rakyat Sarawak, sila tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang rakyat Sarawak. Selamat Mengundi dan to all party yang bertanding..All the Best!

Hopefully, once election DONE, there was a GOOD news for you and for us..what? Salary Increment la bos. Pleaseee! Ngeh Ngeh Ngeh!

Wednesday, April 13, 2011

Saya tak suka Siti NurHaliza


Beliau seorang Diva. Siapa yang tak kenal beliau? Hampir seantero dunia sangat kenal dan meminati dan mengagumi beliau. Bakat, Kecantikan, Kelembutan, Kesopanan, Kemelayuan beliau sentiasa menjadi pojaan hati peminat-peminat Siti NurHaliza.

Siti Nurhaliza Binti Tarudin. Dilahirkan pada 11 January 1979. Anak jati Kuala Lipis, Pahang. Mula terlibat dalam bidang seni pada tahun 1995. Masa tu saya darjah 5, lagu top-top meletop masa tu lagu duet dia dengan 2 by 2 , Mawarku.

Pastu sampai hari ni, tetiba saya jadi tak suka kat dia sebab tu i blog about her kenapa saya tak suka Dato Hajjah Siti Nurhaliza.

Ok, apasal ko emosi pulak tak suka Siti NurHaliza? ive been directed by someone to blog about "Saya tak suka Siti Nurhaliza..".


1- Tiada Tandingan
Eh, apasal sampai sekarang Siti Nurhaliza tidak boleh ditandingi sesiapa? ABP 2010 tu pun harapkan Siti berambus jer baru orang lain boleh menang. Memang ada yang kata, kebarangkalian Siti untuk tidak menang adalah besar kerana saingan sengit seperti Shaheizy Sam, Zizan dan Lisa Surihani. Tapi, Shaheizy Sam sendiri mengatakan "Thank you Dato Siti sebab tak join ABP". Kalau dia confident untuk menang, he wont say anything. Saya tetap nak tulis, kalau Dato Siti Nurhaliza tak berunder dari ABP pun dia tetap akan menang. Arghh, mencik u!

2-Tak nak berlakon konon!
Ceh Ceh Ceh, poyo la tak nak berlakon kan. Padahal ada je bakat. Memangla akan agak nampak kaku, lama-lama akan jadi Superb jugak. Sebab saya rasa dia seorang yang TALENTED! Believe me, sekiranya Dato Siti berlakon, dia musti akan dapat Anugerah Pelakon Terbaik. Arghh, mencik u!

3-Cantik
Rabun ker apa anda sekiranya tak nampak Dato Siti tu seorang yang cantik even tak put on make up. Ala, confirm korang kata, mekap tebal. Mungkin dia ada Aura dia tersendiri. Huh, takmau share ngn kitaorg la tu. Mencik u!

4-Berjaya
Yang ni paling saya tak suka, benci dan dengki. Hehehe, biasala manusia tak sempurna kan. Tapi bila dengar Siti cakap dalam radio HotFM pasal kejayaan dia

"Dulu ramai orang kata menyanyi ni takde masa depan....biarkan apa orang nak kata....bla bla bla"

Ala-ala cenggitu la ayat dia dalam iklan radio tu. Ala, mencik-mencik pun bole pakai per ayat dia. Kalu korang tengok anugerah dia, mak aii..kemain lagi ko.Sekarang ni siap ada Simpli3ity lagi kan? Perghh..kau tu dahla kaya Dato Siti. Apasal ko jual jugak barang kau mahal-mahal? Bagi murah sudah la...Mencik la!

5- Suara Bak Buluh Perindu
Weh, apa ko merepek ni Buluh Perindu? Maksud saya suara dia sedap di dengar sebagao halwa telinga dan bukan santapan perut. Confirm korang, korang, korang yang tak suka, time cuci pinggan kat dapur, time mandi time cuci keta mesti korang dok laung-laung lagu Siti, yer dok? Itu la yang saya tak suka tu. Sikit-sikit Siti, sikit-sikit Siti. Apa dah takde lagu lain ker ko nak nyanyi. Nyanyi la "Kuda Kepang", "Kudaku Lari Macam Pengecut"..hehehe..Anugerah Allah swt kan.

6-Isteri Dato K
Jelous? Auww..tak kuasa nyah. Dah jodoh dia kan. Nak sangat amikkk..Laki orang tu. Ala, watper nak kata rampas laki orang. Dah nama lelaki bole kahwin 4. Pastu Dato K tu bukannya tak kaya, kaya wa cakap lu. Kalau ko kahwin ngan dia tak keje dok ternak lemak pun bole apa. Tapi nasib Siti la dah kahwin ngan Dato K tu kena kerja. Orang dah biasa kerja, mana bisa duduk jer kat rumah. Walaupun rumah tu macam sorga donia. Tapi dok terpikir la, awatla Siti tu dok gatal dengan laki orang. Itulah yang dinamakan (berapa kali saya nak ulang eh?) J.O.D.O.H - Jodoh. Makanya, disebabkan perkataan Jodoh itulah, Siti bergelar isteri Dato K. Mencik la! (bukan jeles...kwang..kwang..kwang..)


Kalau anda anda anda berminat nak tau pasal Siti NurHaliza sila jemput ke Fanpage dia kat SITIZONE.com untuk cerita-cerita beliau yang terbaru. Kemudian bolehla anda decide sama ada untuk suka dia atau tidak.

kenapa dia pakai tudung camtu eh?

OMG, Dato Siti..Pleaselaaaaa
.
.
.
.
.
.

Sebenarnya saya amat suka banget sama Dato Siti. Masa saya sekolah, saya bungkus buku dengan gambar-gambar Siti dan tak lupa petua untuk melebatkan bulu kening cara Dato Siti ialah dengan meletakkan lemak ayam pada kening. Aduh..hanyir siut.

Monday, April 11, 2011

Saya rasa kesian dengan dia..


Dia ni kan tak habis-habis dengan isu Video seks dia kan. Dari dulu la, dari zaman saya sekolah, pastu sambung belajar kolej, pastu sambung kerja, pastu kahwin, tak habis-habis cerita pasal dia ni. Semua orang kenal. Seluruh Malaysia. Ada yang percaya dan ada yang tidak percaya.

Semalam saya tengok berita, tajuk berita tu " ..... melenting bila ditanya soalan tentang video dia ". Cuba kalau engkau letakkan diri kau kat tempat dia. Of cosla melentingkan. Di tanya soalan-soalan camtu. Eeee..kalau saya jangan kata melenting..memang sah-sah kene air liur kahak kuning hijau saya melekat kat batang hidung orang yang bertanya. Tapi itula, tak semua orang memiliki kesabaran sebegitu rupa.

Kadang-kadang saya terpikir kenapa orang lain takde kerja sibuk nak produce video lucah yang baek punyaa..adeh..Bukankah menutup keaiban orang lain, bila di padang Mahsyar nanti Allah swt akan menutup keaiban seseorang itu?

Saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik buat masa ini. Serius saya memang tak minat sangat politik. Tapi saya ada pilihan hati saya sendiri. Undi anda adalah rahsia dan yang pasti saya akan melaksanakan tanggungjawab bila sampai waktunya.

Semoga Datin Seri Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim bersabar dengan dugaan di dunia yang sementara ini.

*ala..kalau betul pun, ada ko kisah? berapa banyak lagi lambakan video-video anak melayu yang tersebar. Tapi sapa peduli? Orang tua tu jugak yang ko kesahkan..


Saturday, April 9, 2011

Fasha Sandha or Nora Danish?

Adakah ini mengisahkan si Comel Nora Danish or si Sensasi Fasha Sandha? A ah pasal diorang sebab saya minat dengan diorang. Paling minat Nora Danish sebab dia comel.

Dulu saya suka tengok cerita Puteri tapi bukan sebab Nora Danish, sebab Kamala. Dia kalau cakap lawak sgt sebab dia akan buat pepatah yang dia sendiri olah. This time, Nora Danish memnag nampak comel. Tapi lepas dia dah beranak si Rayqal tu dah tak berapa comel, tapi tetap cantik la kan. Tapi kira Nora Danish ni beruntung sikitla dari Fasha tu sebab dia dah ada anak dengan Jejai, so tak risau sgt hubungan mereka akan putus terus. Ok, apasal saya cakap pasal Jejai? Jejai, Jejai, Jejai ...(suara sengau skit)


Fasha ni sebaya saya. Memula saya kenal dia masa dia msuk contest Maybelline tu. Masa tu dia sekolah lagi dan rambut dia pendek cam Tomboy. Saya suka lakonan dia. No wonder dia menang masa ABP tu sebab dia memang berbakat and dia berhak untuk menang. Atau mungkin kontroversi panas dia yang menaikkan nama dia? Nobody know or korang tau?

Just imangine, bole ker Fasha Sandha dan Nora Danish berlakon bersama?

Friday, April 8, 2011

Hair Grooming

Mari! Mari ! Mari! Reramai buat grooming rambut. Rambut Panjang, pendek, kerinting, stylo pelik, highlight, rebonding or whatever style yang suitable dengan korang.

Karat macam Pink

Rambut hitam Legam

Potongan BoB macam Keira

Panjang macam model dalam gambar ni



Guna produk diatas

Di bawah ni salon yang ada buat Hair Grooming utk rambut korang.

Hair Groom Jalan PuduHair Groom Tesco AmpangHair Groom Giant Ulu Klang
No 97,
Jalan Changkat Thambi Dollah,
Off Jalan Pudu,
Kuala Lumpur.
Lot 22, Tesco Ampang,
Dataran Pandan Prima,
Kuala Lumpur.
Lot M2.3, 2nd Floor,
Giant Ulu Klang,
Kuala Lumpur.
Tel No:
+603 2143 7919
Tel No:
+603 9282 8929
Tel No:
+603 4105 3762
Opening Hours:
Monday - Saturday
(11am - 8pm)
Sundays closed
Opening Hours:
Monday - Sunday
(9:30am - 10pm)
Opening Hours:
Monday - Sunday
(10am - 10pm)
Harga??!!

RM88 instead of 335 for Rebonding / Perm / Color / Highlights or ANY Chemical Works + Wash + Cut + Blow at Hair Groom, 3 Locations [74% OFF]


Korang pilih samaada Rebonding / Perm / Color / Highlite pastu dapat Wash , Cut and Blow hanya dengan RM88 yer.

Berminat nak beli? Sila la ke Milkadeal untuk melihat lagi macam-macam offer lagi best. Tapi sebelum tu kene Register dulu la kan. Btw, what can i say, MUST GRAB THIS OFFER.

Ketika entri ini ditulis, masih ada 7hari lagi offer ni. So korang apalagi..Cepat2 la beli kupon tu eh. Dah, dah, dah jangan banyak tanya, pergi beli dan jangan lupa baca Term & Condition.

Kalau nak tanya jugak, sila tinggal komen.

Wednesday, April 6, 2011

Nak RM1 tak?


Duit Duit dimana kau duit..Zaman ini zaman duit takda duit ermm...susah sikitla kan...Even RM1 pun takkan nak tolak. Orang belanja minum pun dah senyum sampai telinga yer dok? sama la macam saya tu...Bila hujung bulan harap bos-bos belanja jer. He3..untung sabut timbul unutng batu tengelam, maknanya kau jangan harap sangat la kan..Kalau ada, bersyukur. Kalau takde, baik puasa..Hak hak hak..

Those who have Nuffnang or Churp Churp account, can do the survey by click the image. Untung-untung dapat RM1...Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. But for info, im blogging not because of money ok. Just a place where all the "isi hati" or "idea" bersembur kat sini.

Saya perasan sekarang ni kulit saya makin gelap tau. Haritu saya ada beli sabun pemutih budget nak putihkan muka and badan la kat spa tempat saya kerja ni. Lepas pakai 2hari, mak aiihhh, pedih nau badan saya ni rasa maca pedih kulit nak terbakar jer. Memang merahla bahagian tengkuk and leher. Terus stop tak pakai. Ni mesti ada chemical yg kuat dalam sabun tu.

Sekarang saya tengah aim for Clarins UV Plus atas tu. SPF 40 tu..Sapa lah yang bermurah hati nak bagi eh...Pleaseee...Pleasee dong!

Malam nak tidur bagi mimpi Clarins dulu...zzzzzzz

More info, go to Clarins Malaysia

Saturday, April 2, 2011

Lancome Maqui Blanc Miracle

Sticky post, new entry please scroll down...

Last 2 weeks, i received an invitation to experience the new Lancome product which is Lancome Maqui Blanc Miracle Compact. Seronok sangat ok..


Introduction , pada 2010 Lancome telah mencipta satu foundation yang mampu mencipta aura supaya kulit lebih nampak jelita dan ramai wanita yang jatuh cinta dan sekaligus menjadikan Lancome sebagai pengeluar foundation terbaik seluruh dunia. Pada 2011, keajaiban Lancome sekali lagi mengegarkan dunia dengan produk baru iaitu Maqui Blanc Miracle yang menyerlahkan aura secara semulajadi dan mampu bertahan sepanjang hari.



MIRACLE Aura
------------------
1- Recreate your inner light radiance
2- Natural, Shine-free and brightening translucent finish

MIRACLE Touch
------------------
1- Ultra-fine powders adhere to skin for a poreless-smooth finish
2- Light, airy sensation all day long
3- Exclusive luxoriuos duo sponge helps to create the ideal coverage

MIRACLE Protection
----------------------
1- Highest UV protection with SPF 35/PA+++
2- Mineral rich formula suitable for sensitive skin
3- 12 hours long wearing

As stated in MIRACLE Touch, sponge has 2 sided which is soft and rough.

First, use the rough side to put the bedak on face. Second, use the soft side to blend the powder and your face will look brighter and radiant..So, there your Aura!


Bedak ni memang sangat-sangat ringan dan tak terasa macam pakai bedak kat muka pun. Kadang-kadang kalau korang berpeluh pastu lap guna tisu kan, then tisu yang lap kat muka akan bertukar warna kepada warna powder yg kita pakai. Atau sesiapa yg pakai tudung, sometimes warna powder akan melekat kat tepi tudung kan? Lagi-lagi kalau warna hitam atau putih, konfirm melekat warna powder. Tapi, dengan Maqui Blanc Miracle Powder ini, memang tak akan berlaku semua itu. Kerana the powder is really really blend with the skin and sangat-sangat rasa ringan macam tak pakai apa-apa powder kat muka.

After using it, ingat saya berkulit cerah ker?

Powder itu akan membuatkan kulit lebih cerah, mengecilkan pores, lebih halus dan sudah tentu natural. Yang penting kandungan SPF yer yang tinggi memang sangat sesuai dengan cuaca kat Malaysia yang tak menentu dan panas tak semena-mena. SPF 35/PA+++ tau. Mampu bertahan selama 12 jam, tapi untuk lebih berseri, touch up la balik kalau dah berpeluh-peluh kan. Terdapat 8 jenis shades dan beli ler ikut kesesuaian warna kulit.


So, marilah terjah kaunter Lancome yang berhampiran dengan korang. Untuk detail sila ke Lancome website atau Facebook diorang then LIKE. Harga untuk Maqui Blanc Miracle Compact Powder ialah RM130 dan casing ialah RM55.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...