Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu

Setiap tahun, Ahad , Minggu ke 2 dalam bulan May, seluruh dunia akan menyambut hari Ibu. Hari Ibu adalah hari untuk Ibu berehat sepenuh-penuhnya dan anak-anak termasuk bapak-bapak kena menghargai ibu mereka dengan memberi mereka rehat sambil goyang kaki dan dilayan bak Permaisuri. Cewahh, pepandai jer ngko buat terjemahan camtu. Biasala tu bila dah jadi ibu, mesti pikir sekali-sekala nak berehat. Tapi kalau anak masih kecil, sila abaikan hari itu adalah hari anda sekiranya anda seorang Ibu. Maka sila sambut Hari Ibu untuk ibu tercinta anda. Tunggu anak besar...

Ibu, Mak, Mama, Ma, Bonda, Umi. Semuanya entittled untuk menyambut Hari Ibu. Saya panggil, Mak atau kadang-kadang, Emak. Nama emak saya ialah Bariah Binti Khasim. Kadang-kadang orang panggil mak saya "Yah" atau "Mariah" atau "Kak B". Tapi saya tetap panggil "Emak".

Dari saya lahir, sampai saya dah kahwin, emak saya seorang yang berkerjaya. Rasanya masa saya kecil-kecil, saya selalu suruh mak saya berenti kerja dan jaga kami adik beradik. Tapi apakan daya, emak saya seorang yang suka berkerja. Kalau mak saya cuti satu hari, perghh...rasa macam dok dalam Sorgaa...Ko bayangkan, balik sekolah, umah bau wangi jer. Padahal mak takde lak cuci umah ke tabur minyak wangi ker kan..Pastu bila balik sekolah jer, terhidang sudah lauk pauk untuk melantak sebab ...ermm..ntahla, sebab bila balik sekolah kan ke perut terasa macam lapar. Sampai sekarang pun saya dah propose suruh mak resign, mak saya tetap nak kerja juga. Dia kata nak kerja smapai dah tak larat..Alaaaaa..mak ni. Copek ahh resign. Teringin nak balik umah penat-penat tengok muka mak. Hilang penat..He3....

Sesungguhnya saya amat cemburu dengan kawan-kawan yang mak dia tak bekerja. Tapi kebanyakkan yang saya jumpa, mesti mereka akan berkata "Bosanlah mak aku tak kerja, tak bebas" dan "Perempuan yang tak berkerja ni berfikiran sempit". Woiii, coi tul la ko ni. Mak kau yang tak bekerja ko kata camtu. Kasi penyepak sikit. Bersyukurla weh..Jangan nak berlagak, mentang-mentang ko bekerjaya, sesedap mulut nak melabel mak sendiri macam tu. Jangan tak tahu,orang macam ni pun hado tau.

Ni Emak saya yang menglahirkan saya dan menjaga dari kecik sampai besar sampai dah kahwin. Emak saya yang sangat rajin dan kreatif menyediakan makanan yang sedap marbeles untuk kami adik beradik. Sanggup amik cuti kalau kami tidak sihat. Emak saya yang cantik dan tembam.

Cewahh..ayat puji bebenar. Ada ke hadiah? Rahsia la kan..HiHiHi

Semoga Allah swt memanjangkan umur dan memberi rezeki dan kesihatan yang baik untuk emak saya. Mak saya dapat offer pergi Haji tahun ni. Tak tau dia dapat pergi atau tak. Semoga Allah memudahkan segala urusan untuk Mak...Amin.

Selamat Hari Emak!!





1 comment:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, nama mak i tahun depan g haji tapi dia tak sabar2 nak g tahun nie...skg tengah tunggu rayuan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...