Remember on my previous entry, i bought Milkadeal offer RM48 instead of RM150 and i went to S Spa, Mont Kiara.
You can see this signboard at entrance of lift. Jalan untuk ke Mont Kiara adalah senang bagi sesiapa yang dah biasa kat kawasan-kawasan Masjid Wilayah.
Melangkah masuk ke S Spa kamu dikehendaki memakai selipar tidur. Bukan untuk pergi tidur, tetapi anda akan dilayan sebentar lagi untuk Spa.
Inilah kaunter S Spa. Susah nak tengok ada orang kat kaunter. Maklumla sejak tawaran Milkadeal datang ni. Rezeki mereka mencurah dan memang tak cukup kakitangan untuk melayan pelanggan. Sebab itu kalau sesiapa yang telefon mereka, susah sikitlah nak tunggu panggilan anda akan dilayan. Kira nasib saya dapat menghubungi diorang untuk buat temujanji. Kebetulan hari saya pergi, salah seorang staff S Spa mengambil Emergency Leave. Memang kalau tengok mereka ni dah serupa kartun.
Jadi dengan itu, mereka sekarang ini sedang mencari Pembantu Spa yang berpengalaman. Senang je kot keje dia. Tapi yang bab susah tu ialah Mengurut. Naya la kalau salah urut. Elok-elok sihat,jadi sakit pula. Tapi, Alhamdulillah saya dapat Seorang kakak senior kat situ. Bila dia urut, memang sedap sangatlah badan. Rasa ringan.
Biar saya ceritakan apa yangs saya dapat semasa di S Spa.
Inilah bilik di S Spa. Memang lain sikit dari illustrasi di Milkadeal.
Dia yang melayan saya. Thank u!..Lupa nak tanya nama akak ni.
1- Badan disental menggunakan Garam buatan sendiri. Bukan garam masakan tau. Rose Salt Body Scrub, homemade punya. Kemudian cuci.
2- Sauna selama 20minit. Panas ke tak?..Ermm..ofis tempat saya keje lagi panas. Kejap-kejap kuar sebab rasa panas and mata cam kabur. Nasihat saya, bernafas melalui mulut.
3- Disebabkan ada customer lain dan tak cukup kakitangan. Saya dapat Body Mask for Free. Kalau tak harga dia RM35 or RM40. After a few minutes , rinse your body please.
4- Massage. Memandangkan kakak tu Senior, jadi urut dia adalah sangat sedap dan boleh tahan sakit juga lah pada yang jarang mengurut badan. Nasib baik saya setiap bulan mengurut, jadi takda lah terasa sakit sangat.
5- Mandi time. Bersihkan diri dari minyak-minyak urut tadi. Sangat FRESH! dan pakai baju lepas mandi.
6-Facial time. Menggunakan produk homemade. Masa ni saya dapat Gold Mask for Free yer..Gold ni dapat menaikkan seri muka. Rasanya semua yang pergi akan dapat Gold Mask ni.
7- Foot Spa. Rendam kaki dalam air panas dan beberapa titik aromatheraphy dan Nikmati hasilnya!
Hasilnya memang berpuashati. Cuma..ermm..ada cuma. Disebabkan terlalu ramai slot dalam satu hari, pekerja mungkin tak dapat fokus pada seorang pelanggan dalam satu masa. So, memang ada istilah menunggu sambil dilayan di Spa la jawabnya.
Sekali-sekala, kita juga perlu memahami keadaan seseorang. Mungkin esok lusa terkena pada kta. Siapa tahu..
Mungkin ada yang akan kata macam ni...
Tapi saya kata..
2 thumbs UP....Maybe datang lagi, tapi tahun depan sebab nak tunggu semua offer habis dulu..
1 comment:
yap...s spa memang best....tak rugi kalau gi sana....
Post a Comment