Wednesday, October 26, 2011

Kisah Suami Menipu Isteri

Boleh tak nak update blog malam-malam buta camni? Eh, bukan-bukan, sepatutnya "Boleh tak nak update blog pepagi buta camni? Eh eh Eh, suka hati la kan, blog saya.Hahaha...sila ketawa walaupun tak kelakar. Awet muda kan..

Saya bukan nak bergosip, tapi nak bercerita tentang seorang manusia yang berjantina Lelaki telah menipu isteri dia, of course lah berjantina perempuan. Hahaha..ketawa lagi sekali untuk kurangkan wrinkles kat muka.

Tapi cerita ini tiada kena mengena antara saya dan En Sepol. Cerita ini adalah mengenai saya dan seseorang.

Al kisah, seorang manusia telah membeli insurans untuk anak dia. Maka selesai sudah separuh tanggungjawab dia sebagai seorang ayah.

Pada suatu hari anak dia jatuh sakit lalu kena admit dekat satu hospital yang mahal. Consider mahal jugakla dibandingkan dengan hospital gomen kan. Kalau kena caj ribu riban itu dah consider mahal kan? Tetiba pihak hospital mahal itu telah memaklumkan kepada dia yang polisi insuran anak dia ada masalah yang mana masalah bayar tak cukup bulan. Insuran ni kalau ko amik pastu kadang-kadang bayar kadang-kadang tak bayar, memang akan mendatangkan masalah. Seperti biasa, agen yang memperkenalkan polisi akan dipersoalkan. Berikut adalah antara perbualan yang saya ingat;

Ngko :
"Weh Shida, anak aku admit masuk Hospital T****** la, tapi polisi anak aku ada problem. Berapa bulan eh aku tak bayar?"

Saya :
"Eh, ye ker?Aku cuba check kan untuk kau. Aku agak dalam 2 ke 3 bulan kot. Jap lagi aku call kau balik"

Ngko :
" Aku rasa dalam 2bulan je kot aku tak bayar. Last aku bayar hari tu bulan 8. Tapi aku tak ingatla untuk bulan berapa. Weh, kalau kena 3bulan ko tolong bayarkan untuk aku dulu eh"

Saya :
"Erk, kalau sebulan bolehlah aku tolong bayarkan" (OMG, anak aku ke yang admit)

Lalu saya pun terus menalipon Pak Haji yang dihormati. Setelah diperiksa, rupanya 5 bulan tak dibayar dan menyebabkan insuran "lapse". Memandangkan saya ada banyak kerja rumah yang perlu dibuat, maka saya menyerahkan pada Pak Haji untuk menyelesaikan masalah "Ngko" itu.

Hari berikutnya "Ngko" menalipon saya lagi.

Ngko :
"Wey Shida, camne citer insuran anak aku ni. Bini aku dah marah-marah.Kang kalau dia tepon kau lagi dia marah kang, susah kau" (OMG, takutnyaaaa saya, dalam hati "Ada Aku Kisah")

Saya :
"Owh, ye ker? Kau dah tepon Haji. Sebab dia je yang boleh check status ngko"

Ngko :
"Erm..takperla. Aku cek dengan Haji jer"

Teeeettt.....Telefon diputuskan. Tak sampai 5 minit, 'Ngko' telefon saya lagi. Kali ini ayat tatahan bro. Gua rasa nak pecah perut dengar.

Ngko :
"Shida, kalau bini aku call ko, ko cakap aku bagi duit kat kau tiap-tiap bulan tau. Kau jangan pulak kata kadang-kadang bagi, kadang-kadang tak bagi. Kang bising dia (Kali ke-2, Ada Aku Kisah?)

Saya :
"Eh, maksudnya bini ngko memang bagi duit kat kau tiap-tiap bulan untuk pass kat aku?"

Ngko :
"A ah, tapi tu la kadang-kadang aku pakai dulu duit tu"

Saya :
"Ok2, ko jangan risau lah.Nanti aku cakap camtu kat dia"

Sekarang saya telah meletakkan diri konon-konon sebagai seorang yang telah bersalah menyeleweng duit client saya dalam hal ini. Konon-konon 'Ngko' telah memberi duit kepada saya tapi saya tak bayarkan premium anak dia . Ermm..sudah tentulah En Sepol melarang saya berbohong. En Sepol kata, kalau bini dia call pun cerita je yang sebenarnya. Ermm..itu yang terbaik. Tapi malangnya, sehingga hari ini bini dia tak telepon saya. Aduh, malangnya saya..

Tapi Syukur Alhamdulillah, pihak insuran telah meluluskan tuntutan dia kerana menggangap kes dia adalah "Kes Istimewa". Rezeki untuk 'Ngko'.

Tapi saya sangat terkejut kerana isteri dia memberikan dia duit setiap bulan untuk bayaran premium anak dia. Actually ini bukan kali pertama dia menangguhkan pembayaran premium anak dia. Dulu pun dia pernah menangguhkan bayar duit atas alasan nak pakai duit. Siap dengan pesanan ringkas ala-ala penaja

"Syida, kalau bini aku tanya dah bayar ke belum, ko kata aku dah bayar tau. Jangan kata tak bayar pulak. Aku nak pakai duit dulu"

Cukup bulan bila dah dapat gaji, then dia bayar untuk 2 bulan. Okay, saya masih ingat. Bab duit kan. Lagi2 bila ianya bukan milik kita...

Salah satu SMS dia yang saya ingat, dia kata

"ini la agen melayu, tau nak komisen jer, buat keje main-main"

Aduhai, kesian nya orang tak tahu bangsa. Kami tak hadap pun dengan komisen seciput anda tu. Kalau anda tutup akaun pun, kami tak mati kelaparan laa weh..

Lagi satu kes yang saya ingat, masa tu saya berpantang bersalin anak pertama. Kebetulan saya juga pemegang Petty Cash Syarikat. Pengganti saya kata ada short RM300++. Okay fine, saya dahulukan duit saya. Lepas balik pantang, rupanya 'Ngko' ni jugak yang terlupa pasal RM300++ tu. Nasib baik saya kaya..Haha, statement takbleblah. Pastu dapat balik RM300++ saya.

Duit, Duit,Duit....

Nasihat saya:

1- Jangan menggunakan sesuatu yang bukan hak kita walaupun darah daging sendiri.
2- Jangan menipu
3- Jangan melengah-lengahkan sesuatu perkara lagi2 yang berkaitan dengan duit

Okay, 3 sahaja.

Untuk pengetahuan semua, saya bukan lagi agen syarikat insuran terkenal sejak dari tahun lepas ker tahun ni. Lupa daa..Pihak Insuran juga telah menghantar surat untuk memaklumkan perletakan jawatan saya kepada client-client saya (eceh, budget ramai je client ko Shida..). Saya boleh tolong bayarkan kepada bekas client saya yang malas nak bayar sendiri.

Sila ingat apabila anda tahu mengambil insuran adalah satu tanggngjawab, maka adalah tanggungjawab anda untuk memperuntukkan dan membayar premium bulanan insuran yang telah anda ambil. SILA BERTANGGUNGJAWAB....Kalau anda anggap saya telah menipu duit anda, sila minta duit anda semula dengan saya. Jangan risau, saya boleh bagi On-The-Spot kerana saya kaya.


Tuesday, October 18, 2011

Jawatan Kosong : Interior Designer & Civil Engineer

Assalamuailaikum kawan-kawan.

Siapa yang takde kerja atau mencari kerja atau nak beralih angin atau environment. Mai sini cheq nak share jawatan kosong.

Seperti yang tertulis kat tajuk tu, tempat saya bekerja mencari Interior Designer yang pandai guna Photoshop dan AutoCad atau apa-apa software yang boleh meng edit gambar supaya nampak cantik dan real lagi mantap. Untuk Civil Engineer, macam biasalah ko kena tau pasal project-project.

Lagi detail saya tempekkan iklan jawatan kosong tu untuk tatapan halwa mata anda semua.

Draughtman/ Interior Designer

Responsibilities :

  • Conceptualizations and implementation of design solutions.
  • Will be involved in handling new product development from sketching, 3D,prototype, molding, packaging towards to finished products.
  • Strong in design skills and concepts
  • Must be creative, organized, detailed oriented and able to multi task

Requirement :

  • At least 1 year(s) of working experience in the related field is required for this position.
  • Well versed in AutoCad/Photoshop/3D Max.
  • Independent, enthusiastic, a very fast learner and have initiative.
  • Creative, innovative & resourceful with good interpersonal & communication skills.

CIVIL ENGINEERING

Responsibilities :-

a QA/QC supervision and coordination.

a Assist in resolving all technical and site issues.

a Liaise with consultants and architects on drawing and specifications.

a Planning, implementation and monitoring of the entire construction process.

Requirements :-

a Knowledge on ISO 9001:2000 system.

a Candidate must possess at least a Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor’s Degree, Post Graduate Diploma or Professional Degree in Engineering (Civil) or equivalent.

a At least 2 year(s) of working experience in the related field is required for this position.

a Applicants should be Malaysian citizens.

a Preferably Junior Executives specializing in Engineering – Civil / Construction / Structural or equivalent.


So, sesiapa yang berminat, sila emailkan resume ke n.syida@yahoo.com sebelum 1 November 2011.


Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday : Dia Yang Semakin Hensem

2 Years Old 11 Months

Tuesday, October 4, 2011

Iffah Syahirah


I just bought this product since my cleanser almost finish. Saya ni bukanlah seorang yang setia hanya pada satu produk semata-mata. Tapi suka tukar-tukar dah Alhamdulillah, kulit muka saya boleh terima dengan kebanyakan pencuci muka. Dari mahal ke ratus-ratus (itu yang paling mampu, riban meman tak la kan) hingga ke murah lima posen pun saya pakai.

Sebelum ni saya guna Safi Rania Gold, so semalam cari-cari pusing satu Tesco tak jumpa pulak dah. Wa punya cleanser dah kering dah, so, saya pun rembatlah Iffaj Syahirah ni. Sebenarnya satu berminat dengan Gel Pengelupasan. Masa tu saya cuba kat Plaza OUG. Macam tertarik plak dengan Gel ni. Tambahan pulak, dalam krim ada manik-manik macam Gold dust. Ok, bab gold dust paling interesting. Dulu saya pergi Spa kat Mont Kiara, dia sapu betul punya gold dust, memang best okay. Memang naik seri muka. Saya rasa setiap yang saya pakai tu menjadi adalah kerana ada keyakinan untuk menggunakan produk itu tanpa was-was.

Jadi, sekarang saya masih dalam tempoh percubaan. Let see the result after 2weeks, walaupun kotak tu ada mentian "7 HARI". Kita tengok camna nanti...




Sila abaikan file-file yang berlonggok yer, sebab sekarang mood nak update blog tgh membara. Tungguuuuuu...

Tunggu apa?!

Eee, sabor jer la..Keputusan lepas pakai Iffah Syahirah laaa..

Monday, October 3, 2011

Puding Karamel

Ianya sedap dan manis dan memasaknya juga adalah senang macam makan nasi. Sesiapa yang kata makan nasi adalah susah, memang ko ada masalah lah tu.

Baiklah Puan-puan, bertemu lagi kita hari ini dalam rancangan masak Style Shida..UuUuUu...Class gitu. Kali ini saya nak bercerita tentang Karamel. Haaa...puan-puan, cik adik manis, pernah makan tak? Honestly, saya takdelah suka sangat Karamel ni. Tapi oleh kerana, memasaknya adalah senang dan kebetulan Bonda tersayang tempah sebiji Karamel, jadi saya pun buatkan lah. 2 biji sekali saya buat ok.


Bahan-bahan :
6biji telur ayam
1 Tin susu cair yang kecil
1 Tin air - guna tin susu tadi
1 sudu kecil esen vanila
2 Sudu Gula

Cara-cara :

Untuk Gula Hangus - Masuk 2 sudu gula dalam loyang dan masak sampai bertukar warna kuning, tapi jangan sampai hangus. Kemudian ketepikan.


1. Masukkan semua bahan-bahan yang lain dalam bekas mixture dan kacau guna garfu atau sudu sampai sebati. Tak payah sampai berbuih-biuh yer, janji sebati sudah.
2. Masukkan dalam loyang yang ada Gula Hangus tadi.
3. Kukus selama 20-30minit.
4. Apabila dah masak, telangkupkan loyang ke atas pinggan rata yang cantik.
5. Sejukkan dalam peti ais
6. Bila sudah sejuk, amik sudu...Ngapp masuk mulut..

OK, Selamat Mencuba..!

(tak tahulah saya apasal pic tu senget, pepandailah korang pusing tengkuk tu sekejap yer..)

Happy Belated Birthday To Me!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera u ollls!

Walaweh, lama bebenor tak update blog. Dengan begitu serius, saya sangat rindu menaip untuk blogging untuk blog saya. Teramat rindu. Sejak kerja baru, masa saya terisi dengan kerja-kerja yang boleh dikatakan mencabar dan membuatkan saya berfikir banyak kali sebelum membuat sesuatu. Kenapa sampai begitu? Kerana saya taknak buat salah dan kemudian bos membebel dan marah-marah dan seterusnya saya juga yang makan dalam. Sebab itu sebelum buat apa-apa saya kena fikir dulu. Maka, masa saya adalah terisi dengan kerja-kerja dan tiada masa untuk mengemaskini blog. OK, dah lari tajuk pulak.

Kesibukan dan Ketekunan saya bekerja, ecewahhh, ayat skema! buat saya terlupa nak menulis tentang harijadi diri sendiri. Ok, lets the story begin.....

pemberian En Sepol tersayang. Terima kasih Darling...!


Together we're having Lunch at Kenny Rogers Roaster.

Kat pejabat pun saya sambut besday you.. Class ngko. Kebetulan harijadi saya sama dengan salah sorang member kat opis ni, so kitaorg pun apalagi, kasik pau bos untuk beli kek la. Hehehe..

Fatihah (same date,tapi dia lagi muda), Mama and Me

Barisan DLSB yang profesional..Ceeeeewah ngko..
(saya tak tahu kenapa bos saya senyum cenggitu, ampunnn bos, contributer terbesar tu weh!)

Btw, hari jadi tahun ini adalah sangat Best dan Terbaekk! dan wall kat FB pun penuh dengan wish. Terima kasih pada semua yang wish dan menjayakan besday saya. Hehehe...Love u all la..

Entri sudah lapuk daa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...