Monday, October 3, 2011

Puding Karamel

Ianya sedap dan manis dan memasaknya juga adalah senang macam makan nasi. Sesiapa yang kata makan nasi adalah susah, memang ko ada masalah lah tu.

Baiklah Puan-puan, bertemu lagi kita hari ini dalam rancangan masak Style Shida..UuUuUu...Class gitu. Kali ini saya nak bercerita tentang Karamel. Haaa...puan-puan, cik adik manis, pernah makan tak? Honestly, saya takdelah suka sangat Karamel ni. Tapi oleh kerana, memasaknya adalah senang dan kebetulan Bonda tersayang tempah sebiji Karamel, jadi saya pun buatkan lah. 2 biji sekali saya buat ok.


Bahan-bahan :
6biji telur ayam
1 Tin susu cair yang kecil
1 Tin air - guna tin susu tadi
1 sudu kecil esen vanila
2 Sudu Gula

Cara-cara :

Untuk Gula Hangus - Masuk 2 sudu gula dalam loyang dan masak sampai bertukar warna kuning, tapi jangan sampai hangus. Kemudian ketepikan.


1. Masukkan semua bahan-bahan yang lain dalam bekas mixture dan kacau guna garfu atau sudu sampai sebati. Tak payah sampai berbuih-biuh yer, janji sebati sudah.
2. Masukkan dalam loyang yang ada Gula Hangus tadi.
3. Kukus selama 20-30minit.
4. Apabila dah masak, telangkupkan loyang ke atas pinggan rata yang cantik.
5. Sejukkan dalam peti ais
6. Bila sudah sejuk, amik sudu...Ngapp masuk mulut..

OK, Selamat Mencuba..!

(tak tahulah saya apasal pic tu senget, pepandailah korang pusing tengkuk tu sekejap yer..)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...