Wednesday, October 26, 2011

Kisah Suami Menipu Isteri

Boleh tak nak update blog malam-malam buta camni? Eh, bukan-bukan, sepatutnya "Boleh tak nak update blog pepagi buta camni? Eh eh Eh, suka hati la kan, blog saya.Hahaha...sila ketawa walaupun tak kelakar. Awet muda kan..

Saya bukan nak bergosip, tapi nak bercerita tentang seorang manusia yang berjantina Lelaki telah menipu isteri dia, of course lah berjantina perempuan. Hahaha..ketawa lagi sekali untuk kurangkan wrinkles kat muka.

Tapi cerita ini tiada kena mengena antara saya dan En Sepol. Cerita ini adalah mengenai saya dan seseorang.

Al kisah, seorang manusia telah membeli insurans untuk anak dia. Maka selesai sudah separuh tanggungjawab dia sebagai seorang ayah.

Pada suatu hari anak dia jatuh sakit lalu kena admit dekat satu hospital yang mahal. Consider mahal jugakla dibandingkan dengan hospital gomen kan. Kalau kena caj ribu riban itu dah consider mahal kan? Tetiba pihak hospital mahal itu telah memaklumkan kepada dia yang polisi insuran anak dia ada masalah yang mana masalah bayar tak cukup bulan. Insuran ni kalau ko amik pastu kadang-kadang bayar kadang-kadang tak bayar, memang akan mendatangkan masalah. Seperti biasa, agen yang memperkenalkan polisi akan dipersoalkan. Berikut adalah antara perbualan yang saya ingat;

Ngko :
"Weh Shida, anak aku admit masuk Hospital T****** la, tapi polisi anak aku ada problem. Berapa bulan eh aku tak bayar?"

Saya :
"Eh, ye ker?Aku cuba check kan untuk kau. Aku agak dalam 2 ke 3 bulan kot. Jap lagi aku call kau balik"

Ngko :
" Aku rasa dalam 2bulan je kot aku tak bayar. Last aku bayar hari tu bulan 8. Tapi aku tak ingatla untuk bulan berapa. Weh, kalau kena 3bulan ko tolong bayarkan untuk aku dulu eh"

Saya :
"Erk, kalau sebulan bolehlah aku tolong bayarkan" (OMG, anak aku ke yang admit)

Lalu saya pun terus menalipon Pak Haji yang dihormati. Setelah diperiksa, rupanya 5 bulan tak dibayar dan menyebabkan insuran "lapse". Memandangkan saya ada banyak kerja rumah yang perlu dibuat, maka saya menyerahkan pada Pak Haji untuk menyelesaikan masalah "Ngko" itu.

Hari berikutnya "Ngko" menalipon saya lagi.

Ngko :
"Wey Shida, camne citer insuran anak aku ni. Bini aku dah marah-marah.Kang kalau dia tepon kau lagi dia marah kang, susah kau" (OMG, takutnyaaaa saya, dalam hati "Ada Aku Kisah")

Saya :
"Owh, ye ker? Kau dah tepon Haji. Sebab dia je yang boleh check status ngko"

Ngko :
"Erm..takperla. Aku cek dengan Haji jer"

Teeeettt.....Telefon diputuskan. Tak sampai 5 minit, 'Ngko' telefon saya lagi. Kali ini ayat tatahan bro. Gua rasa nak pecah perut dengar.

Ngko :
"Shida, kalau bini aku call ko, ko cakap aku bagi duit kat kau tiap-tiap bulan tau. Kau jangan pulak kata kadang-kadang bagi, kadang-kadang tak bagi. Kang bising dia (Kali ke-2, Ada Aku Kisah?)

Saya :
"Eh, maksudnya bini ngko memang bagi duit kat kau tiap-tiap bulan untuk pass kat aku?"

Ngko :
"A ah, tapi tu la kadang-kadang aku pakai dulu duit tu"

Saya :
"Ok2, ko jangan risau lah.Nanti aku cakap camtu kat dia"

Sekarang saya telah meletakkan diri konon-konon sebagai seorang yang telah bersalah menyeleweng duit client saya dalam hal ini. Konon-konon 'Ngko' telah memberi duit kepada saya tapi saya tak bayarkan premium anak dia . Ermm..sudah tentulah En Sepol melarang saya berbohong. En Sepol kata, kalau bini dia call pun cerita je yang sebenarnya. Ermm..itu yang terbaik. Tapi malangnya, sehingga hari ini bini dia tak telepon saya. Aduh, malangnya saya..

Tapi Syukur Alhamdulillah, pihak insuran telah meluluskan tuntutan dia kerana menggangap kes dia adalah "Kes Istimewa". Rezeki untuk 'Ngko'.

Tapi saya sangat terkejut kerana isteri dia memberikan dia duit setiap bulan untuk bayaran premium anak dia. Actually ini bukan kali pertama dia menangguhkan pembayaran premium anak dia. Dulu pun dia pernah menangguhkan bayar duit atas alasan nak pakai duit. Siap dengan pesanan ringkas ala-ala penaja

"Syida, kalau bini aku tanya dah bayar ke belum, ko kata aku dah bayar tau. Jangan kata tak bayar pulak. Aku nak pakai duit dulu"

Cukup bulan bila dah dapat gaji, then dia bayar untuk 2 bulan. Okay, saya masih ingat. Bab duit kan. Lagi2 bila ianya bukan milik kita...

Salah satu SMS dia yang saya ingat, dia kata

"ini la agen melayu, tau nak komisen jer, buat keje main-main"

Aduhai, kesian nya orang tak tahu bangsa. Kami tak hadap pun dengan komisen seciput anda tu. Kalau anda tutup akaun pun, kami tak mati kelaparan laa weh..

Lagi satu kes yang saya ingat, masa tu saya berpantang bersalin anak pertama. Kebetulan saya juga pemegang Petty Cash Syarikat. Pengganti saya kata ada short RM300++. Okay fine, saya dahulukan duit saya. Lepas balik pantang, rupanya 'Ngko' ni jugak yang terlupa pasal RM300++ tu. Nasib baik saya kaya..Haha, statement takbleblah. Pastu dapat balik RM300++ saya.

Duit, Duit,Duit....

Nasihat saya:

1- Jangan menggunakan sesuatu yang bukan hak kita walaupun darah daging sendiri.
2- Jangan menipu
3- Jangan melengah-lengahkan sesuatu perkara lagi2 yang berkaitan dengan duit

Okay, 3 sahaja.

Untuk pengetahuan semua, saya bukan lagi agen syarikat insuran terkenal sejak dari tahun lepas ker tahun ni. Lupa daa..Pihak Insuran juga telah menghantar surat untuk memaklumkan perletakan jawatan saya kepada client-client saya (eceh, budget ramai je client ko Shida..). Saya boleh tolong bayarkan kepada bekas client saya yang malas nak bayar sendiri.

Sila ingat apabila anda tahu mengambil insuran adalah satu tanggngjawab, maka adalah tanggungjawab anda untuk memperuntukkan dan membayar premium bulanan insuran yang telah anda ambil. SILA BERTANGGUNGJAWAB....Kalau anda anggap saya telah menipu duit anda, sila minta duit anda semula dengan saya. Jangan risau, saya boleh bagi On-The-Spot kerana saya kaya.


3 comments:

cindyrina said...

apa la...tipu duit bini sendiri pas tuh ada hati mintak org cover..kannnn.. apala!!!

Afzainizam said...

EEEEmmmm busuk-busuk pun itu kan suami dia gak.... reda ajerr lerrr

cuma kira tak patut lerr menipu tu kan dan memperlengahkan benda bentuk duit ni...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy polishing chrome part2 motorsikal

SaiSyi said...

Afzainizam : redha jer la..lagpun laki org kan...tp yg tak tatahan tu, org yg nak cover dia menipu tu. Adeh, kusut...

Princess : itu la pasai....hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...