Monday, June 17, 2013

Delivery by Tesco

Hooo Yeah...

Akhirnya sampai juga barang yang diorder oleh saya di depan pintu rumah. Berpakaian kemas dan disapa mesra dengan senyuman oleh pekerja Tesco, dan disambut oleh saya yang masih tak mandi walaupun sudah pukul 12.25 tengahari. 


Exactly right in front of my house. Erk..not my house. My in-law house.

Untuk pengetahuan, slot penghantaran saya ialah antara 12.00 ke 2.00 petang. Alhamdulillah, barang sampai pukul 12.25tengahari. Salah satu barang yang saya order iaitu Libresse Slim Non-wing tiada. Maka mereka gantikan dengan Libresse Slim Wing. Oklah, sekurang-kurang mereka datang dengan penyelesaian. Pisang Javendish yang dibeli juga segar tanpa rosak dan cacat cela yer.

Untuk pembayaran, mestilah menggunakan kad debit atau kredit. Mereka akan leretkan depan pelanggan dan tandatangan seperti biasa.

Semudah 1,2 dan 3..

Okay, bagi yang tanya tentang diskaun. Memang kita semua sedia maklum yang Tesco selalu akan bagi diskaun untuk sesetengah barangan jualan. Jangan risau membeli secara online kerana kita tetap akan dapat diskaun juga seperti gambar kat bawah ni.

Exactly same price at the store.

Jadi selepas ini bolehlah membeli-belah secara online di Tesco. Duduk rumah goyang kaki yoo..



Friday, June 14, 2013

Shopping di Tesco secara Online

Assalamuailaikum dan Salam hari jumaat,

Saya memang selalu beli barang keperluan rumah kat Tesco sahaja. Sebab dekat dengan rumah. Kecuali ayam, daging atau barangan mentah basah, yang tu memang beli kat pasar pagi Bandar Tun Razak. Dijamin halal.

Teringat masa pergi Tesco hari tu ada iklan yang mana sekarang kita boleh membeli barang-barang keperluan rumah secara online. Memula memang tak tertarik dengan iklan tu, sebab terasa adalah lebih baik pergi sendiri untuk tengok dan shopping barang-barang dan rasa puas hati. Sambil-sambil tu boleh jalan-jalan cuci mata. Tapi kadang-kadang masa yang ada memang mencemburui orang-orang yang sentiasa sibuk dan penat lagi-lagi bila dah balik kerja. Lagi-lagi pula kalau ada anak-anak kecil yang pantang nampak mainan dan kaunter mainan seperti remote kereta bagai semua tu. Botak makk..

You need to klik this image at Tesco website to register or sign-in

Memandangkan saya rasa macam excited nak guna sistem online Tesco ni, terus saya register. Cuma pergi ke website Tesco dan klik gambar yang macam kat atas ni. 


Sign-in OR Register

Memang mudah sangat nak register. Hampir kesemua kawasan di Kuala Lumpur ada penghantaran terus ke rumah. Jadi sekali-sekala tak perlu buang masa nak cari parking dan susah-susah nak cari barang dari rak ke rak. Jangan lupa masukkan kad Bonuslink untuk dapatkan point juga.




Kesemua barang-barang yang ada kat Tesco memang jual kat sini juga. Contoh seperti fresh food, Grocery dan macam-macam lah. Tapi saya nak beli Cleanser dan Krim muka Safi takdela pulak. Tapi selalu kalau pergi Tesco memang susah mak nenek nak cari Krim Safi tu. Kena lari pergi Watson cari Safi tu.

Fresh food macam ini pun ada yer

Lepas dah pilih barang-barang yang nak dibeli, kita boleh pilih waktu untuk dihantar barang-barang itu ke rumah yer. Jadi dapatlah kita set timing untuk keluar rumah ker, nak berjogging ker, nak buat mesyuarat tingkap ker. Time management tu penting yer. Caj penghantaran sebanyak RM10 dikenakan untuk setiap penghantaran.



Susah-susah sangat tengok saja guideline yang ada kat website tu. Antara guideline yang memudahkan pengguna baru tesco online untuk shopping kat website ini. Lepas pilih-pilih barang, kita kena pilih time slots untuk memastikan kita ada dekat rumah semasa barangan dihantar. Ini mungkin untuk pastikan supaya pelanggan berpuashati dengan kualiti barangan yang kita dapat. Kalau tak suka atau tidak setuju dengan kualiti barangan tersebut, kita boleh reject barangan tersebut tanpa perlu membayar barangan yang telah direject. Sebab itu lah kita perlu berada di rumah untuk tengok dengan mata kepala sendiri. Puas hati ko? 

Lagi satu sebab kenapa pembeli perlu berada di rumah kerana kita perlu buat pembayaran selepas barang diterima. Maksudnya selepas barang-barang yang korang dah reject, so dapat harga baru. Jadi cuma perlu bayar harga baru itu sahaja. 


You have to pay at the door by card. Sekarang ni masih ada ke orang yang takde ATM kad. Kad debit juga boleh dipakai, asalkan ada logo VISA atau MASTERCARD yer. Tak semestinya kad kredit sahaja yer. Ermm, tengah bayangkan camne diorang leretkan kad tu depan saya. Eceh, macam tak biasa pulak ko.Sebab esok baru barang saya sampai yer.



Slip pembelian yang akan kita dapat melalui email yang telah didaftarkan.

Jadi, esok memang kena ada kat rumah la. Setelkan kain baju yang berlonggok tak basuh. Lepak-lepak, makan-makan sambil tengok TV dan tunggu barangan sampai. Tengoklah macam mana hasilnya nanti.

Mungkin ada yang lebih suka shopping terus. Bagi saya kadang-kadang bolehlah. Kalau ada mood. Erm..apa-apa pun kita tengoklah esok barang sampai. 

Nanti rajin saya cerita. Jeng..Jeng...Jeng..



Monday, June 3, 2013

Nuffnang Oh Nuffnang


Saja nak letak current earnings saya bagi tunjuk kat korang semua. Start dari 2008 hingga 2013, saya berjaya kumpul banyak ini. Wahh...sapa nak bagi ratus-ratus dengan hanya membebel kat blog kenn??

Cuma sejak beberapa dekad yang lepas sahaja saya jadi malas menaip konon nak fokus dengan kerjaya. Fokus la katakan. Hakikatnya dengan menulis sahaja apa yang terbuku dalam hati dapat diluahkan. Kalau nak luahkan, sapa lah pulak manusia yang nak mendengar bebelan saya yer dok.

Dulu kata sampai RM100 nak cash-out. Tapi sekarang ni nak tunggu sampai RM150. Yesza...chaiyok! chaiyok Puan Syida hohoii...

Okla..Selamat Hari Isnin dan bekerja dengan seikhlas mungkin. InsyaAllah dan mulakan tugas dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamuailaikum....

Sunday, May 26, 2013

Baju Kurung Moden

Assalamuailaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Cuti-cuti ni tetiba ada semangat pula nak update blog yang sememangnya dah lama bersawang. Kata-kata konon nak jadi Blogger Kental hanya hangat-hangat tahi kucing...Hahaha..ketawa kat diri sendiri. Tapi kali ini saya nak update tentang Baju Kurung Moden. Nak jual kepada anda semua dengan harga murah sahaja.

RM80 termasuk penghantaran

Meh pilih mana satu yang berkenan dihati yer...


De Raffesia Oren
Saiz 38 
Saiz 40

De Raffesia Merah
Saiz 38
Saiz 40

Untuk pembelian, sila isikan butir-butir dibawah 

Nama :
Alamat :
No Telefon :
Item : De Raffesia Oren / De Raffesia Merah
Saiz :
Maklumat Pembayaran : MAYBANK 164409564127 Nur Rasyidah Abd Rahman 
                                      Nyatakan Jumlah Pembayaran, Tarikh dan Masa


Emailkan kepada nurracollections@gmail.com atau SMS 0142222421

Segera Beli yer!

Terima kasih....


Monday, January 14, 2013

Selamat Tahun Baru

Assalamuailaikum semua,

Dah lama kan tak membebel skema kat blog ni. Maklumlah ikut mood, itu maknanya saya bukanlah blogger tegar. Konon-konon dan jadi blogger sangatlah kannn...

Apa-apa pun Selamat Tahun Baru kepada semua manusia di dunia ini. Walaupun dah 2minggu berlalu. Paling best dividen ASB dan keluar. Yahoooo!...Alhamdulillah, consider bonus jugakla tuh. Berkat menyimpan. Nak harap orang lain memang tak dapatlah kan..

Mesti korang ingat saya nak totally resign kan? Sebenarnya saya tak jadi meletakkan jawatan. Sebab...Sebabnya ialah lepas berbincang dari hati ke hati dengan bos...ecewah, face to face. Saya rasa kesian lak kat bos saya sebab...sebab dia punya kerjaya sedang menaik (kalau ikut graph la kan...). So saya withdraw perletakan jawatan. Tapi saya minta cuti sebulan on January 2013. Dan paling best sekarang saya sedang bercuti selama sebulan...Weehuuuu....ko hado?

Sebenarnya saya tengah design logo banner website untuk En Saiful nih. Tapi dah nama pun bercuti, serius takde idea nak mendesign bagai semua ni. Tapi kerahkan juga otak ni.....Kerah...Kerah..Kerah.

Okay, nanti sambung lagi. Mood sekejapan ader, sekejapan takder...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...