Friday, June 14, 2013

Shopping di Tesco secara Online

Assalamuailaikum dan Salam hari jumaat,

Saya memang selalu beli barang keperluan rumah kat Tesco sahaja. Sebab dekat dengan rumah. Kecuali ayam, daging atau barangan mentah basah, yang tu memang beli kat pasar pagi Bandar Tun Razak. Dijamin halal.

Teringat masa pergi Tesco hari tu ada iklan yang mana sekarang kita boleh membeli barang-barang keperluan rumah secara online. Memula memang tak tertarik dengan iklan tu, sebab terasa adalah lebih baik pergi sendiri untuk tengok dan shopping barang-barang dan rasa puas hati. Sambil-sambil tu boleh jalan-jalan cuci mata. Tapi kadang-kadang masa yang ada memang mencemburui orang-orang yang sentiasa sibuk dan penat lagi-lagi bila dah balik kerja. Lagi-lagi pula kalau ada anak-anak kecil yang pantang nampak mainan dan kaunter mainan seperti remote kereta bagai semua tu. Botak makk..

You need to klik this image at Tesco website to register or sign-in

Memandangkan saya rasa macam excited nak guna sistem online Tesco ni, terus saya register. Cuma pergi ke website Tesco dan klik gambar yang macam kat atas ni. 


Sign-in OR Register

Memang mudah sangat nak register. Hampir kesemua kawasan di Kuala Lumpur ada penghantaran terus ke rumah. Jadi sekali-sekala tak perlu buang masa nak cari parking dan susah-susah nak cari barang dari rak ke rak. Jangan lupa masukkan kad Bonuslink untuk dapatkan point juga.




Kesemua barang-barang yang ada kat Tesco memang jual kat sini juga. Contoh seperti fresh food, Grocery dan macam-macam lah. Tapi saya nak beli Cleanser dan Krim muka Safi takdela pulak. Tapi selalu kalau pergi Tesco memang susah mak nenek nak cari Krim Safi tu. Kena lari pergi Watson cari Safi tu.

Fresh food macam ini pun ada yer

Lepas dah pilih barang-barang yang nak dibeli, kita boleh pilih waktu untuk dihantar barang-barang itu ke rumah yer. Jadi dapatlah kita set timing untuk keluar rumah ker, nak berjogging ker, nak buat mesyuarat tingkap ker. Time management tu penting yer. Caj penghantaran sebanyak RM10 dikenakan untuk setiap penghantaran.



Susah-susah sangat tengok saja guideline yang ada kat website tu. Antara guideline yang memudahkan pengguna baru tesco online untuk shopping kat website ini. Lepas pilih-pilih barang, kita kena pilih time slots untuk memastikan kita ada dekat rumah semasa barangan dihantar. Ini mungkin untuk pastikan supaya pelanggan berpuashati dengan kualiti barangan yang kita dapat. Kalau tak suka atau tidak setuju dengan kualiti barangan tersebut, kita boleh reject barangan tersebut tanpa perlu membayar barangan yang telah direject. Sebab itu lah kita perlu berada di rumah untuk tengok dengan mata kepala sendiri. Puas hati ko? 

Lagi satu sebab kenapa pembeli perlu berada di rumah kerana kita perlu buat pembayaran selepas barang diterima. Maksudnya selepas barang-barang yang korang dah reject, so dapat harga baru. Jadi cuma perlu bayar harga baru itu sahaja. 


You have to pay at the door by card. Sekarang ni masih ada ke orang yang takde ATM kad. Kad debit juga boleh dipakai, asalkan ada logo VISA atau MASTERCARD yer. Tak semestinya kad kredit sahaja yer. Ermm, tengah bayangkan camne diorang leretkan kad tu depan saya. Eceh, macam tak biasa pulak ko.Sebab esok baru barang saya sampai yer.



Slip pembelian yang akan kita dapat melalui email yang telah didaftarkan.

Jadi, esok memang kena ada kat rumah la. Setelkan kain baju yang berlonggok tak basuh. Lepak-lepak, makan-makan sambil tengok TV dan tunggu barangan sampai. Tengoklah macam mana hasilnya nanti.

Mungkin ada yang lebih suka shopping terus. Bagi saya kadang-kadang bolehlah. Kalau ada mood. Erm..apa-apa pun kita tengoklah esok barang sampai. 

Nanti rajin saya cerita. Jeng..Jeng...Jeng..



2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

harga macam ner?

nurra said...

BSB, harga sama macam kat kedai Tesco juga. dah cuba dah ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...