Monday, June 17, 2013

Delivery by Tesco

Hooo Yeah...

Akhirnya sampai juga barang yang diorder oleh saya di depan pintu rumah. Berpakaian kemas dan disapa mesra dengan senyuman oleh pekerja Tesco, dan disambut oleh saya yang masih tak mandi walaupun sudah pukul 12.25 tengahari. 


Exactly right in front of my house. Erk..not my house. My in-law house.

Untuk pengetahuan, slot penghantaran saya ialah antara 12.00 ke 2.00 petang. Alhamdulillah, barang sampai pukul 12.25tengahari. Salah satu barang yang saya order iaitu Libresse Slim Non-wing tiada. Maka mereka gantikan dengan Libresse Slim Wing. Oklah, sekurang-kurang mereka datang dengan penyelesaian. Pisang Javendish yang dibeli juga segar tanpa rosak dan cacat cela yer.

Untuk pembayaran, mestilah menggunakan kad debit atau kredit. Mereka akan leretkan depan pelanggan dan tandatangan seperti biasa.

Semudah 1,2 dan 3..

Okay, bagi yang tanya tentang diskaun. Memang kita semua sedia maklum yang Tesco selalu akan bagi diskaun untuk sesetengah barangan jualan. Jangan risau membeli secara online kerana kita tetap akan dapat diskaun juga seperti gambar kat bawah ni.

Exactly same price at the store.

Jadi selepas ini bolehlah membeli-belah secara online di Tesco. Duduk rumah goyang kaki yoo..



1 comment:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

dulu selalu shopping kat tesco but skg suka g mydin pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...