Saturday, November 22, 2014

Apa nak buat Cuti Sekolah ni?

Assalamualaikum semua, :D:D:D

Tak tau lagi samada tangan ini masih kreatif untuk mengarang semula cerita-cerita yang best untuk dikongsi bersama-sama. Take, slow-slow balik macam dulu, insyaAllah lama banyaklah idea yang nak dicurahkan tu. Sedangkan parang kalau sering diasah boleh tajam, inikan pula otak manusia. Eh, betul ke ayat saya tu? 

Ermm..lama tak menaip. Macam seronok je tekan papan kekunci ni. Tap..tap...tap. Oh idea, mengalirlah dikau didalam kepala otak ku ini. oh idea..Oh idea...come to mama please.

Cuti sekolah dah bermula korang. Mereka yang dah ada anak tu mesti terfikir-fikir nak bawak anak pi jalan-jalan celah mana kan? Ermm...sama la macam aku ni. Yang takde anak lagi tu, mesti korang terasa macam "Huk aloh, pehal ramai budak-budak merayau/melepak/menyemak dan seantero dengannya ada kat sini?". Kan..kan..kan? 

Sebenarnya saya tak suka nak pergi bercuti kemana-mana waktu cuti persekolahan. Sesak, padat dan mampat kalau pi mana-mana. Buat masa ni, kita duduk rumah dulu la yer anak-anak. Planning activity for my kids at this moment :

1) Tengok TV puas-puas. Ingat nak beli channel Astro yang untuk Kids tu. Tengah memikirkan ni. Berbaloi ke tidak dok menghadap TV dopolopat jam.

2) Main tablet puas-puas.

3) Belajar membaca time ibu ada mood nak mengajar. Huhuhu...nasib ko la anak.

4) Tengah berpikir lagi........

Owh ye, sekarang ni ada Karnival Upin&Ipin sedang berlangsung kat PICC Putrajaya. Bawala anak-anak korang kesana. 


Banyak aktiviti-aktiviti best kat sana dengonyer. Ada perarakan maskot Upin Ipin dan Ultraman. Saya?, memang tak dapatlah nak pergi sebab ada baby 6 bulan ni ha. Opss...dah ada baby uuu...Ok, itu cerita lain. Tapi pasal Karnival ni, kawan saya kata memang sesak padat dan mampat la. Berlaga-laga bahu kau. Nak tengok show pun susah sebab ramai sangat. Pastu banyak budak hilang la. Erm...biasala tu bila bawak anak kat tempat ramai-ramai ni kan?

Betul betul betul


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...