
Birthday Sheryn yang pakai green skarf kat baju. Umur dia, i also dont know. We are celebrated this during boss went to oversea.

Sejak saya berkahwin, saya memang duduk serumah dengan Mertua saya. Memang pada mulanya ia adalah satu perkara yang sukar kerana semasa saya belum berkahwin pun saya tak serumah dengan ibu bapa saya dan menyewa rumah lain, inikan pula masa dah kahwin kena duduk dengan Mertua. Malah emak saya pun tak yakin dengan saya.
“Bole ker kau duduk dengan mak bapak dia (En Sepol), dengan mak abah pun kau taknak duk serumah, inikan pula duk dengan mertua”
Apa yang saya boleh kata masa tu hanyalah “InsyaAllah mak”. Hohoho, mak sendiri pun tak yakin dengan saya. Emak saya lebih mengenali saya dari orang lain yang ada kat dunia ni.
Ramai juga kawan-kawan yang kata perkara-perkara negative (termasuk saya) bila duduk dengan mertua. Antaranya :
1. TAKDE PRIVACY. Nak mandi bersama tak boleh. Nak manja-manja baring atas riba suami atau isteri susah.
Bagi saya, zaman sekarang memang susah nak privacy. Zaman teknologi canggih ni, even dalam rumah pun orang boleh spy guna hidden camera. Mana korang tau kot-kot dalam rumah ada ke kan? Cer check, cer check. Karang jadi isu macam video seks yang dikatakan menyerupai pemimpin pembangkang pulak. Kesimpulannya, sentiasalah menjaga adab dan tatertib diri sendiri.
Bukan ke dah berkahwin, then kenapa mesti malu nak mandi bersama? Sedangkan orang yang berzina pun tak reti malu, inikan yang dah kahwin. Nak baring-baring depan dengan suami, baring jerla. Tapi janganlah ko pergi main romen dengan suami kau kat tempat terbuka sampai mertua nampak. Kalau kau sudah anggap mertua seperti ibu bapa sendiri, rasanya takde istilah malu, yang ada cuma HORMAT. Kesimpulannya memasing ada kepala otak, gunakan lah secara WARAS.
2. TAK KREATIF. Tak dapat nak menghias rumah.
Ala, kalau rumah mertua ko dah cantik, then watper susah-susah nak menghias. Tak ikut citarasa? Pe kata kau hias je bilik tidur. Walaupun korang kemungkinan besar tak dapat menunjukkan kreativiti korang, tapi sekurang-kurangnya korang boleh menunjukkan kerajinan korang dengan selalu mengemas, mengemop, mengelap dan menjaga harta mertua korang. Sejuk perut mak yang mengandungkan kau bila tahu korang rajin dan pandai bawak diri.
Kesimpulannya, tak semua yang kita nak akan dapat. Tetapi sentiasalah tunjuk kerajinan korang dan betapa korang sangat sukakan kebersihan. Ye la kan, kadang-kadang kita pergi satu rumah tu, rumah punyalah cantik bak istana, tapi lantai melekit-lekit, tingkap berhabuk, dengan bau-bauan kurang enak. Tambah-tambah lagi dalam tu ada menantu perempuan. Perghh, itu menunjukkan menantu itu seorang yang suka dengan lantai yang melekit-lekit, tingkap berhabuk dan suka bau-bauan busuk.
3. NAKED. Tak dapat nak telanjang dalam rumah.
Ni paling tak boleh blah. Kawan saya yang kata camni
“Eh, ko dok ngn mertua? Eee, tak bebaslah camtu. Tak boleh nak jalan-jalan telanjang dalam rumah”
Saya rasa seperti seekor dugong sedang berada didalam rumah. Buruk perangai dan hodoh siot. Sebagai orang Islam, haa..kan dah mula nak start ceramah. Sedangkan bila bersama dengan suami isteri pun tak digalakkan tidak menutup seperti seekor keldai, inikan pulak bertelanjang dalan rumah. Eh, yang ni sendiri boleh pikirlah apa kesan telanjang dalam rumah. Mungkin rumah dia terlampau panas atau dia malas nak cuci baju kotor. Jadi, untuk menjimatkan air dan eletrik, tak payah pakai baju kat rumah.
4. ANAK MAK atau ANAK MANJA
Bagi saya, serumah dengan emak sendiri, bukan bermakna kita adalah seorang anak yang manja atau seorang yang tak pandai berdikari. Apakah tanggungjawab seorang anak lelaki walaupun dia telah berkahwin? Adakah Isteri dan anak-anak dia? Meh sini saya jawabkan.
Tanggungjawab seorang anak lelaki walaupun dia telah berkahwin ialah PERTAMA : IBU dia , KEDUA : IBU dia, KETIGA : IBU dia, KEEMPAT : ABAH dia, dan lain-lain. Perkara ini tak perlu diingatkan lagi sebab sebagai seorang manusia yang berakal dan berilmu, sepatutnya mampu berfikir tanggungjawab seorang ibu adalah dibahu seorang anak lelaki. Jadi, kalau korang tak mahu duduk dengan mertua, jangan kahwin dengan lelaki yang ada mak, atau lelaki yang hanya menyerahkan tanggungjawab kepada adik beradik lain.
Kadang-kadang ada juga mak yang tak bagi anak dia duduk jauh dengan dia. Pernah korang tengok drama yang mana mak bapak dia orang kaya pastu sediakan bilik untuk anak dia. Pastu anak dia berhajat nak duduk luar, konon nak berdikari, pastu mak dia larang dan makan hati lalu jadi gila tiap-tiap hari datang umah anak? So kali ini tukar statement ANAK MAK kepada MAK ANAK.
Seperti saya, kakak-kakak ipar sudah berpesan kepada suami saya yang walau apa pun terjadi, suami saya kena duduk situ jaga mak abah sampai mereka passed away. Saya tak kisah…walaupun kadang-kadang saya merungut. Im not Perfect.
5. TAK PANDAI MASAK atau TAK PAYAH MASAK LANGSUNG
Bukan bermakna kalau duduk dengan mertua, maka ko dengan senang lenang goyang kaki tak payah masak. Haa..masa ni lah nak tunjuk kreativiti kau memasak. Cuba masak lauk yang mereka tak pernah makan. Tapi korang kena alert juga tentang apa yang kau masak. Contoh kalau mertua kau dah takde gigi, tak payahlah nak tunjuk bagus masak sup tulang ker, ketam ker, ikan bilis goring ker. Masak sesuatu yang lembut.
Hari ke 2 saya bernikah saya sudah masak Sup Daging kat rumah mertua. Then, ive found out, his family tak makan Sup Daging kecuali Sup Ayam. Tapi En Sepol memang tak makan sup. Jadi kalau korang rasa korang adalah rajin sebab tiap-tiap hari masak sup, maka bagi aku korang bukanlah rajin sangat. Malah En Sepol juga tak makan rebus-rebus atau goreng-goreng kecuali Ayam Goreng. Dia hanyalah makan Gulai Ayam, Gulai Masak Lemak, Ikan Masak 3 Rasa, Tomyam, Ayam Masak Pedas dan yang berkuah kecuali sup termasuk asam pedas. Kalau korang rasa korang rajin sebab goreng ikan atau ayam setiap hari, maka bagi aku korang bukanlah rajin sangat. Haii, dah nasib badan dapat suami taste tinggi. Cewah, budget rajinlah sangat.
Sekurang-kurangnya suami saya tak pernah kata “ Dapur tak berasap lagi tuh”. Malu siot kalau suami kata camtu. Nampak sangat pemalas tahap cipan. Asyik makan kat kedai jer.
Tapi saya selalu kecik hati sebab ibu mertua saya tak bagi masak sebab dia nak masak. Dia suruh saya jaga anak, maka hajat nak makan air tangan sendiri tak kesampaian. Saya kecik hati terus saya balik rumah mak saya. Geram siut sebab tak dapat masak.
Oklah, harapnya entri kali ini tak mengguris hati sesiapa manusia yang bergelar menantu atau bakal bergelar menantu. Bagi yang baru serumah dengan mertua, aggaplah ini satu cabaran dalam hidup. Selain menjaga diri sendiri, menjaga suami, menjaga anak, kita telah diberi kesempatan untuk menjaga orang yang membesarkan suami kita. Tanpa mereka, suami kita tak membesar dengan sihat, baik hati juga hensem hingga mampu membuat hati kita cair untuk terpikat lalu berkahwin dengan dia.
Saya pernah bertanya kepada En Hamka, owner blog keretamayat dan suruh dia buat entri pasal menantu dan mertua. Dan ini jawapan dia,
“Bahagiakan mereka selagi mereka masih hidup. Mereka dah tua pun, hidup tak lama”
Janji saya pada diri saya sendiri, saya akan seboleh-boleh menjaga hati dan perasaan mereka selagi mereka masih hidup. Mereka pun dah tua, dah tiba masa untuk mereka menikmati hidup dengan bahagia dan aman dihujung waktu ini. Saya juga akan layan mereka seperti ibu bapa saya sendiri demi menjaga nama baik ibu bapa saya yang membesarkan saya dan membuktikan ibu bapa saya telah mendidik saya dengan baik dan mampu menjaga bukan saja budak kecik malah orang tua.
Saya harap adik lelaki bongsu saya akan dapat isteri yang mampu menjaga ibu bapa saya apabila mereka sudah tua dan mampu menolong melakukan kerja rumah dan menjaga ibu bapa saya. Saya harap begitu..
Sangat bosan sebab masih tak banyak kerja. Tambah lagi dengan penggunaan Internet yang terbatas. Memanglah bosan, sebab dah terbiasa melayan internet setiap hari. Jadi bila tak dapat melayari internet, ianya jadi suatu perkara yang bosan. Tapi bila saya tanya pada staff lain, bagi mereka ianya adalah perkara biasa dan mereka tidak ketagih pada internet. Malah mereka bergelak ketawa dengan riang ria nya semasa berborak. Jadi, ia membuatkan saya pelik. Malah saya tanya “ Cannot get YM ker?” Then you know what they reply? “What is YM?”. Giler punya buta IT. Okay, mungkin sudah tiba masanya untuk saya melakukan kerja dengan lebih serius dan telus tanpa internet. Jadi, sila lupakan Internet semasa bekerja. Abis tu yang ko blog ni apasal? Hehehe..It start with offline blogging then I will paste during free time. Even sini takde Internet, tapi banyak sangat magazine oversea pasal fesyen. Perlukah?
Paling best waktu nak pergi kerja dan balik kerja. Wake up in the morning as usual as before but reach early at the office without “LATE”. So, there is no discipline or attitude issue mess around. Even when go back also, no need to rush and stuck in traffic. It tooks 10 to 15 minutes to reach home. Jimat minyak dan staff kat sini semua tak keluar lunch. Ko paham kenapa diaorang tak keluar lunch. As I can see, all of them are slim even dah beranak-pinak. Ko tahu kenapa? It is because this is Secretarial department. Means dalam ini department semua ada Secretary dan PA to ONE bos. Dan seorang bos ada 4 Personal Assistant dan 2 Secretary termasuk saya. Perghh..banyak giler assistant bos aku ni. So far, as I know, he got 70 businesses to manage. Ok, nasib baik dia takde 70 PA dan 35 Secretary. Jadi, kalau dah nama Secretary, it is a challenge to maintain your body figure. Tapi saya mana boleh tak makan, bawak bekal la kan. Don’t worry, ada Microwave. Kami juga ada Happy Hour iaitu apabila bos pergi Outstation atau Oversea. All of us want to buy an expensive cake to celebrate it. Oh, jahat siut diorang ni …. Untuk department ini juga, kami dilarang bergaul mesra dengan pekerja-pekerja kat bawah. Budget semua kena secret la konon. Nak borak pun tak boleh apalagi nak makan sama-sama dengan mereka. Kami semua diberi handphone dan computer peribadi yang memang protect kaw-kaw punya. PA siap dapat Blackberry lagi. Tapi siaplah kalau kena on-call. Oh, Nooooo….
The best things, none of them know that I have a blog. So, I can write everything what I am going to express it without hurt anyone feeling.
Tapi diorang ni kalau borak-borak, asyik cakap Cina dan Omputih. Bab omputih tu boleh lagi aku paham. Bab cakap cina ni, sikit-sikit aku paham la..Ik Er San Sek Uk Liuk Ci Park …apa lagi?
Overall, I still get use with the beautiful environment and try to enjoy it!
PS: I dun have YM during working hour, so please leave your message at FB or Twitter, preferably Twitter. Ko takde Twitter? Giler punya Buta IT jugak kalau camtu..Ahaks! Paling mudah SMS atau CALL ME!
Honestly, I can’t promise how long I’ll be here. Everything is secrettttttttttttt je memanjang.
Saya hanya ingin berkongsi mimpi yang saya alami 2 minggu lepas. Sama ada ianya betul atau tidak, Wallah’u’allam.
Dalam mimpi saya ada beberapa ekor burung yang berwarna putih lepas tu ada corak bulat warna hitam dah ditengah warna hitam ada titik hitam kat badan burung putih itu, yang mana mereka bercakap dengan saya, Tak ingat pula apa yang kami bualkan. Selepas itu tetiba muncul seseorang. Semua burung melarikan diri dan naik atas bumbung kerana takutkan kehadirannya. Salah seekor burung-burung itu beritahu saya yang datang itu ialah Malaikat. Lalu saya pun mengigil takut dan terasa hormat yang sangat-sangat lantas terduduk kat tepi dinding sebab takut kerana yang datang itu ialah Malaikat Maut. Tak salah saya la.
Kemudian saya tak ingat…
Semasa saya tidur, saya baru lepas solat Isyak. Maka saya tidur dalam keadaan berwuduk. Esoknya saya cerita kat keluarga saya. Mereka kata mimpi bertemu Malaikat maknanya umur panjang. Amin dan Alhamdulillah sekiranya betul.
Tapi ingat, itu sekadar mimpi. Okay, sebenarnya saya pun tak tahu nak cakap apa pasal mimpi saya. Selalunya bila saya bermimpi, saya akan lupa dalam 2 hari. Tapi mimpi ni, dah 2minggu pun masih teringat.
Apakah maksudnya?


