Friday, June 24, 2011

Tentang Macaron lagi

Jangan bosan yer asyik baca pasal Macaron jer. Maklumla jiwa tengah membara nak buat macaron terbaekk. Walaupun penat balik kerja, tetap nak buat juga.

Semalam saya cuba sekali lagi membuat Macaron dan syukur Alhamdulillah, bancuhan kali ini menjadi. Tak terlalu pekat macam yang sebelum ini. Saya mengalami beberapa masalah semasa membuat macaron kali pertama.

1. Saya mengambil masa hampir 1 jam untuk menjadikan putih telur dalam bentuk "stiff". Lama weh saya putarkan telur, walaupun guna mesin tapi lenguh juga tangan memegang mesin tu. Holder takde. Kali ke-2 saya buat, tak sampai 10minit, stiff telur dah naik. Woha!

Kesilapan : Memasukkan gula dan esen vanila terlalu awal.

Penyelesaian : Pukul telur putih sehingga berbuih-buih, kemudian baru masukkan esen vanila dan gula sedikit-sedikit. Pastu, kita putar Halim! Confirm tak sampai 10minit okay..

2. Sukatan untuk serbuk badam 80gram dan Gula Icing 120gram. Kemudian ayak. Selepas proses ayak, saya ayak lagi serbuk badan dan gula icing supaya sukatan seperti yang dinyatakan.

Kesilapan : Sukatan yang telah diayak sama seperti sukatan yang belum diayak.

Penyelesaian : Kalau dah kata Serbuk badam 80gram dan gula Icing 120gram, kemudian ayak. Jangan pula nak memandai tambah bagi sukatan sama seperti sebelum diayak. Sememangnya sukatan yang diayak sudah tentu akan berkurangan. Jadi, tak payah nak tambah-tambah. korang paham tak ni?

Erm..buat masa ini itu sahaja kesalahan yang saya buat. Harap ianya tak akan berulang lagi. Sekiranya anda sudah faham tentang perkara yang perlu dielakkan, silalah buat macaron dan jangan lupa kongsi kesedapan dengan saya. Hehe..Resepi?

Jap eh, Jap eh...Layan gambar Macaron yang menjadi ini.

Pekerja macaron saya yang terbaekkk...!

Macaron yang belom dimasak..No colour pun.

Juga belum dibakar..Eh, mana yang dah masak?

Next time la.





6 comments:

dilakochan said...

cam besttt je..

Kita ni sukaa makan je macaron. Buat?
Mcm bakal hancusss aje! -.-'

belogkiter said...

lama ke nak masak.. sampai kena tunggu next time

smileyeisha said...

i love macarons jugak..naknya bila tgk kawan kawan post gambar yang cute cute n yummy dlm twitter mereka..hiks! anyway..good try..saya pon x reti buat macarons..(^_^) will learn on my one fine day..

SaiSyi said...

Dilakochan : Mmg best o0o0o..Mesti kena cuba. Memula saya buat pun mmg hancus jugakla. Even smpai sekarang pun kengkadang ada yang hancus. Never Give up!

SaiSyi said...

belogkiter : Hahaha..Kebetulan masa nak update blog, macaron dah abis makan. So kena masak sekali lagi untuk snap pic pulak. Keh3..

SaiSyi said...

nor shahidah : Mesti cuba satu hari nanti tau..:D..Good Luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...