Thursday, June 30, 2011

Cabaran Serumah Dengan Mertua

Sejak saya berkahwin, saya memang duduk serumah dengan Mertua saya. Memang pada mulanya ia adalah satu perkara yang sukar kerana semasa saya belum berkahwin pun saya tak serumah dengan ibu bapa saya dan menyewa rumah lain, inikan pula masa dah kahwin kena duduk dengan Mertua. Malah emak saya pun tak yakin dengan saya.

“Bole ker kau duduk dengan mak bapak dia (En Sepol), dengan mak abah pun kau taknak duk serumah, inikan pula duk dengan mertua”

Apa yang saya boleh kata masa tu hanyalah “InsyaAllah mak”. Hohoho, mak sendiri pun tak yakin dengan saya. Emak saya lebih mengenali saya dari orang lain yang ada kat dunia ni.

Ramai juga kawan-kawan yang kata perkara-perkara negative (termasuk saya) bila duduk dengan mertua. Antaranya :

1. TAKDE PRIVACY. Nak mandi bersama tak boleh. Nak manja-manja baring atas riba suami atau isteri susah.

Bagi saya, zaman sekarang memang susah nak privacy. Zaman teknologi canggih ni, even dalam rumah pun orang boleh spy guna hidden camera. Mana korang tau kot-kot dalam rumah ada ke kan? Cer check, cer check. Karang jadi isu macam video seks yang dikatakan menyerupai pemimpin pembangkang pulak. Kesimpulannya, sentiasalah menjaga adab dan tatertib diri sendiri.

Bukan ke dah berkahwin, then kenapa mesti malu nak mandi bersama? Sedangkan orang yang berzina pun tak reti malu, inikan yang dah kahwin. Nak baring-baring depan dengan suami, baring jerla. Tapi janganlah ko pergi main romen dengan suami kau kat tempat terbuka sampai mertua nampak. Kalau kau sudah anggap mertua seperti ibu bapa sendiri, rasanya takde istilah malu, yang ada cuma HORMAT. Kesimpulannya memasing ada kepala otak, gunakan lah secara WARAS.

2. TAK KREATIF. Tak dapat nak menghias rumah.

Ala, kalau rumah mertua ko dah cantik, then watper susah-susah nak menghias. Tak ikut citarasa? Pe kata kau hias je bilik tidur. Walaupun korang kemungkinan besar tak dapat menunjukkan kreativiti korang, tapi sekurang-kurangnya korang boleh menunjukkan kerajinan korang dengan selalu mengemas, mengemop, mengelap dan menjaga harta mertua korang. Sejuk perut mak yang mengandungkan kau bila tahu korang rajin dan pandai bawak diri.

Kesimpulannya, tak semua yang kita nak akan dapat. Tetapi sentiasalah tunjuk kerajinan korang dan betapa korang sangat sukakan kebersihan. Ye la kan, kadang-kadang kita pergi satu rumah tu, rumah punyalah cantik bak istana, tapi lantai melekit-lekit, tingkap berhabuk, dengan bau-bauan kurang enak. Tambah-tambah lagi dalam tu ada menantu perempuan. Perghh, itu menunjukkan menantu itu seorang yang suka dengan lantai yang melekit-lekit, tingkap berhabuk dan suka bau-bauan busuk.

3. NAKED. Tak dapat nak telanjang dalam rumah.

Ni paling tak boleh blah. Kawan saya yang kata camni

“Eh, ko dok ngn mertua? Eee, tak bebaslah camtu. Tak boleh nak jalan-jalan telanjang dalam rumah”

Saya rasa seperti seekor dugong sedang berada didalam rumah. Buruk perangai dan hodoh siot. Sebagai orang Islam, haa..kan dah mula nak start ceramah. Sedangkan bila bersama dengan suami isteri pun tak digalakkan tidak menutup seperti seekor keldai, inikan pulak bertelanjang dalan rumah. Eh, yang ni sendiri boleh pikirlah apa kesan telanjang dalam rumah. Mungkin rumah dia terlampau panas atau dia malas nak cuci baju kotor. Jadi, untuk menjimatkan air dan eletrik, tak payah pakai baju kat rumah.

4. ANAK MAK atau ANAK MANJA

Bagi saya, serumah dengan emak sendiri, bukan bermakna kita adalah seorang anak yang manja atau seorang yang tak pandai berdikari. Apakah tanggungjawab seorang anak lelaki walaupun dia telah berkahwin? Adakah Isteri dan anak-anak dia? Meh sini saya jawabkan.

Tanggungjawab seorang anak lelaki walaupun dia telah berkahwin ialah PERTAMA : IBU dia , KEDUA : IBU dia, KETIGA : IBU dia, KEEMPAT : ABAH dia, dan lain-lain. Perkara ini tak perlu diingatkan lagi sebab sebagai seorang manusia yang berakal dan berilmu, sepatutnya mampu berfikir tanggungjawab seorang ibu adalah dibahu seorang anak lelaki. Jadi, kalau korang tak mahu duduk dengan mertua, jangan kahwin dengan lelaki yang ada mak, atau lelaki yang hanya menyerahkan tanggungjawab kepada adik beradik lain.

Kadang-kadang ada juga mak yang tak bagi anak dia duduk jauh dengan dia. Pernah korang tengok drama yang mana mak bapak dia orang kaya pastu sediakan bilik untuk anak dia. Pastu anak dia berhajat nak duduk luar, konon nak berdikari, pastu mak dia larang dan makan hati lalu jadi gila tiap-tiap hari datang umah anak? So kali ini tukar statement ANAK MAK kepada MAK ANAK.

Seperti saya, kakak-kakak ipar sudah berpesan kepada suami saya yang walau apa pun terjadi, suami saya kena duduk situ jaga mak abah sampai mereka passed away. Saya tak kisah…walaupun kadang-kadang saya merungut. Im not Perfect.

5. TAK PANDAI MASAK atau TAK PAYAH MASAK LANGSUNG

Bukan bermakna kalau duduk dengan mertua, maka ko dengan senang lenang goyang kaki tak payah masak. Haa..masa ni lah nak tunjuk kreativiti kau memasak. Cuba masak lauk yang mereka tak pernah makan. Tapi korang kena alert juga tentang apa yang kau masak. Contoh kalau mertua kau dah takde gigi, tak payahlah nak tunjuk bagus masak sup tulang ker, ketam ker, ikan bilis goring ker. Masak sesuatu yang lembut.

Hari ke 2 saya bernikah saya sudah masak Sup Daging kat rumah mertua. Then, ive found out, his family tak makan Sup Daging kecuali Sup Ayam. Tapi En Sepol memang tak makan sup. Jadi kalau korang rasa korang adalah rajin sebab tiap-tiap hari masak sup, maka bagi aku korang bukanlah rajin sangat. Malah En Sepol juga tak makan rebus-rebus atau goreng-goreng kecuali Ayam Goreng. Dia hanyalah makan Gulai Ayam, Gulai Masak Lemak, Ikan Masak 3 Rasa, Tomyam, Ayam Masak Pedas dan yang berkuah kecuali sup termasuk asam pedas. Kalau korang rasa korang rajin sebab goreng ikan atau ayam setiap hari, maka bagi aku korang bukanlah rajin sangat. Haii, dah nasib badan dapat suami taste tinggi. Cewah, budget rajinlah sangat.

Sekurang-kurangnya suami saya tak pernah kata “ Dapur tak berasap lagi tuh”. Malu siot kalau suami kata camtu. Nampak sangat pemalas tahap cipan. Asyik makan kat kedai jer.

Tapi saya selalu kecik hati sebab ibu mertua saya tak bagi masak sebab dia nak masak. Dia suruh saya jaga anak, maka hajat nak makan air tangan sendiri tak kesampaian. Saya kecik hati terus saya balik rumah mak saya. Geram siut sebab tak dapat masak.

Oklah, harapnya entri kali ini tak mengguris hati sesiapa manusia yang bergelar menantu atau bakal bergelar menantu. Bagi yang baru serumah dengan mertua, aggaplah ini satu cabaran dalam hidup. Selain menjaga diri sendiri, menjaga suami, menjaga anak, kita telah diberi kesempatan untuk menjaga orang yang membesarkan suami kita. Tanpa mereka, suami kita tak membesar dengan sihat, baik hati juga hensem hingga mampu membuat hati kita cair untuk terpikat lalu berkahwin dengan dia.

Saya pernah bertanya kepada En Hamka, owner blog keretamayat dan suruh dia buat entri pasal menantu dan mertua. Dan ini jawapan dia,

“Bahagiakan mereka selagi mereka masih hidup. Mereka dah tua pun, hidup tak lama”

Janji saya pada diri saya sendiri, saya akan seboleh-boleh menjaga hati dan perasaan mereka selagi mereka masih hidup. Mereka pun dah tua, dah tiba masa untuk mereka menikmati hidup dengan bahagia dan aman dihujung waktu ini. Saya juga akan layan mereka seperti ibu bapa saya sendiri demi menjaga nama baik ibu bapa saya yang membesarkan saya dan membuktikan ibu bapa saya telah mendidik saya dengan baik dan mampu menjaga bukan saja budak kecik malah orang tua.

Saya harap adik lelaki bongsu saya akan dapat isteri yang mampu menjaga ibu bapa saya apabila mereka sudah tua dan mampu menolong melakukan kerja rumah dan menjaga ibu bapa saya. Saya harap begitu..



6 comments:

Sha-na.Szied said...

salam kak!! terbaik entri kali nihwalaupun saya x bakal kahwin lg.. tp saya suka bace!

kak, sabar kak heheh, boleh cube masak lagi nanti..:) msak macarons la hehuntuk mak mertua..tekejut die nt


erm, tp kan kak... da duk umah mentua jgn lupa kan mak ayah kt kmpung, kadang2 saya geram dngn para suami yg x benarkan isteri2 die balik jenguk mak ayah.. mm gla kene taat ckp suami, tp kalau kita nak balik umah mak ayah, jgn la pula x bagi kan.. hurmm sudahnya jd drama melayu yg mak sakit, anak x jenguk , mak pun meninggal..

minta dielakkan perkara begini..

moga akak bahagia disamping suami akak!! :)


:::: orang arab kat sni, sume x leh duduk ngn mertua, wajib duk umah sendiri pas kawin.


ni entry tuk akak hahaha

waalllaa! said...

saya setuju!! nak romantik2 nak seksi2 pun susah kan kalau ade orang lain dalam rumah..

Such a good day AGAIN!!

belogkiter said...

setuju sangat dan selalu bercita cita nanti kalau dah kawin tak nak duduk dengan mertua..

Anonymous said...

cara yang terbek jgn duk rmh mertua la kak....terseksa jiwa...kalu sabtu n ahad je masa dgn suami tp mak mertua x fham...susah gak kak

SaiSyi said...

Anonymous, betul cakap anda. Sokong 200%. Terseksa jiwa dan batin

Anonymous said...

pnglaman sy dh 2 thun.. mmg sgt tersiksa.. hnya dpt membisu.. bila dia xda kt rumah alhamdulillah tp klau ada ank dia n ank kita dia buat hrte. sy ni jd apa? blik rumah mak bapa sy pun suami x izinkn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...