Sunday, September 23, 2012

Spectra 3 Untuk Dijual

Assalamuailaikum,


Pum ini dibeli pada tahun 2010. Kali terakhir saya hantar servis pada Jun 2012. Masih dalam keadaan yang elok dan masih berfungsi.

Pum ini ialah double pump. Cuma dalam gambar ini ialah gambar lama. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di 014 2222 421 dan berjumpa di sekitar Bandar Tun Razak. Kalau on weekend, boleh jumpa di skeitar Wangsa Maju atau Gombak.

Harga ialah RM100 dan tidak boleh negotiate dan jaminan selama 2hari sahaja dari saya.

Selamat Menbeli dan Mengepam!


Saturday, September 22, 2012

Kerana MALAS

Assalamuailaikum kawan-kawan,

Saya tahu saya dah lama tak update blog dan macam biasa ayat nak tulis 

"Lamanya tak hapdet blog dan blog dah bersawang
Miss u!
Miss u!
Miss u!"

Lebih kurang macam tu la saya nak tulis. Perangai Malas nak menghadap laptop dah sebati dalam diri okay. Sekarang ni tengah sikit-sikit nak cuba buang dalam diri.

I WANT TO START BLOGGING BACK!

AND

I'M BACK

Jadi banyak perkara-perkara yang tak dapat dicatat. tak catat pun tak mengapa kerana tak banyak perkara indah yang berlaku for this year. Contoh perkara itu ialah:

1. Kena maki gara-gara sijil "PAKAK" terbatal kerana bajet nak kemaskini maklumat. Saya hanya mengikut arahan. Sudahnya hati saya sudah tertutup separuh.

2. Jualan masa bulan puasa tidak memuaskan hati dan nafsu saya yang materialistik. Sudahnya saya jadi insaf dengan rezeki yang Allah swt nak bagi. Alhamdulillah, dan sekarang saya sedang fobia nak join mana-mana booth kecuali FREE!

Mari jemput ke Butik saya yer -----------> De Nourra Collections

Okay, nanti saya tulis perkara yang indah pulak. Bukan tiada perkara indah berlaku, tapi tak seindah tahun lepas dan saya tetap bersyukur kerana masih bernafas dan dapat makan kambing golek. Alhamdulillah....

Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Jadi Puan @Bariah Khasim


She is my mother.
Born on 24th August and Happy Birthday Mak.

*Cuba teka berapa umur mak kiter, kawan-kawan?

Tuesday, August 28, 2012

Raya 2012

Assalamuailaikum,

ayat biasa "Huhu, lama sudah tak update blog". Sila abaikan.

Alhamdulillah syukur kerana masih boleh menikmati Hari Raya kali bersama keluarga tercinta bersama-sama. Walaupun penat, tapi puas hati sebab dah lama sangat tak bercuti kot. So, sekali dah beraya haruslah jalan-jalan jauh-jauh.

KL -> Melaka  -> Johor -> KL -> Selangor -> Melaka -> KL

Sejujurnya Aidilfitri kali ini, saya memang tiada baju raya. Cuma beli untuk Abang Luqman dan Adik Syasya saja. Ermm, cukupla tahun ini beli untuk anak-anak sahaja. Untuk En Sepol pula, dia beli sendiri. Okayla tu kan, saya sibuk dengan berniaga Baju Raya so memang dah terlepas pandang keperluan sendiri. Tapi yang penting maintain youuu.....


Syasya dengan baju Raya di Raya pertama...Polkadot

Ini gambar masa raya ke3 kat rumah kawan opis. Bole pulak kampung kita sebelah menyebelah okay..Sabar jer la.

Gambar lain memang takdo la dalam henpon saya ni. Memang tak dan nak pegang henpon. yang tau nak pegang kuih raya manjang jer.


Burpp...Alhamdulillah..

Thursday, June 21, 2012

Ikan Siakap 3 Rasa Mengiurkan

Assalamualaikum w.b.t

Ting Tang Ting Tang Ting Tang (ala-ala bunyi ketuk kuali). Hari ini saya nak berkongsi resepi Ikan Siakap 3 Rasa yang sememangnya mudah dan cepat.



Bahan-bahan :
Seekor Ikan Siakap
Kunyit
Garam
Gula
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia 2cm
Tomato 2 biji-Dipotong dadu
Cili Kisar
Asparagus
Air
Daun Ketumbar

Cara-cara :
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng sehingga masak dan ketepikan.
3. Gunakan sedikit dari minyak menggoreng ikan tadi. Tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia sehingga naik bau yang boleh membuat perut berkeroncong.
4. Masukkan sesudu atau 2sudu cili kisar dan tumis lagi.
5. Masukkan air secukupnya. Mungkin dalam 300ml. Main bajet je awak.
6. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu dan masak sehingga kuah pekat.
7. Bila agak-agak dah pekat, masukkan sayur-sayur kegemaran korang seperti asparagus.
8. Jangan lupa letakkan garam dan gula.
9. Agak-agak dah masak, tutup api.
10. Taburkan daun ketumbar dan tutupkan dengan periuk selama beberapa minit supaya bau wangi ketumbar menyerap masuk kedalam kuah tadi.

Cara menghidang :
1. Susun daun salad diatas pinggan yang melengkung.
2. Letakkan ikan diatas daun salad.
3. Tuangkan kuah 3rasa.
4. Hiaskan dengan kreatif mengikut suka hati engkaula lebai...

Jangan malas untuk mencuba yer puan-puan.

Selamat mencuba!

Monday, May 14, 2012

Jus Markisa

Baiklah Puan-puan, harini saya ingin berkongsi resepi Jus Markisa. Tak pernah dengar? Kesian ko...

Inilah rupa buah markisa. Saya amik masa balik kampung kat Johor bulan lepas.


Rupa dalam buah markisa yang telah dikeluarkan isi. Ada bulu-bulu putih.


Masukkan isi kedalam blender. Kata nak buat Jus Markisa kan....
(teleng kepala sat)

Kemudian tapiskan setelah semua isi dan biji nya hancur. Kemudian dah boleh minum. Tapi markisa ni masam, so saya letak air gula bagi sedap.

Biji-biji hitam tu bolehlah disimpan untuk dibuat scrub badan.

Atau tangan


Hehehehehehheheheheh...

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Emak

Hari ini kita menyambut Hari Ibu. Betapa besar pengorbanan ibu yang melahirkan, menyusukan atau membuat susu, memberi makan,menjaga dan membesarkan, memberi makan dan banyak lagi pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.

Saya selalu rasa emak saya macam tak sayangkan saya. Pertama, sebab mak saya seorang yang bekerjaya,so dia susah sangat nak cuti dan meluangkan masa bersama kami adik-beradik. So,saya tak rasa emak saya seorang yang rapat dan boleh mendengar kalau saya ada masalah.

Tapi bila saya sudah menjadi seorang ibu yang bekerjaya,saya dapat rasakan apa yang mak saya rasa. Mak saya pun tidak minta untuk bekerja. Mak saya pun tak ingin meninggalkan kami sewaktu bekerja. Tapi tuntutan hidup demi sesuap nasi,memerlukan mak keluar bekerja demi menolong mencari rezeki untuk membesarkan kami adik-beradik. Begitu juga yang saya rasa kini. Saya harap anak-anak saya memahami sebab saya meninggalkan mereka seharian. Waaa...sedih ooo bila ingat susah-payah mak kita jaga kita masa kecik-kecik dulu.

Mak saya bangunkan saya pagi-pagi.Membancuh susu untuk saya sebelum pergi sekolah,mengosok baju saya. Membayar duit pengasuh yang menjaga kami. Oh! Terharu sudah.

Mak,terima kasih kerana menjaga kami dengan baik. Walaupun mak garang dan suka membebel, al-maklumla anak semua perempuan. Cara mak menjaga kami membuatkan kami boleh hidup berdikari dan menjadi manusia yang berguna. InsyaAllah...

Semoga Allah swt memberi kebahagiaan dan memberkati ibu-ibu di dunia ini.

Mak adalah manusia paling saya sayang dalam hidup ini. Sebab itu saya berdoa supaya jodoh saya adalah orang yang dekat-dekat dengan rumah mak saya.

Selamat Hari Ibu kepada mak saya, Pn Bariah Binti Khasim dan Mak mertua saya yang walaupun baru bersama saya selama 5tahun, tapi tak pernah jemu dan mengeluh menjaga saya. Walaupun mereka tak baca blog saya, tapi yang penting saya sentiasa mendoakan mereka. Sesungguhnya hanya Allah swt yang lebih mengetahui betapa saya sayang giler banget dengan mereka.

Tak lupa juga kepada ibu-ibu diseluruh dunia. Walaupun apapun panggilan korang, jadilah ibu yang terbaik untuk anak-anak kita. Tingkatkan Prestasi!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 12, 2012

Strawberry

Strawberry dan Cameron Highlands memang tak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu. Sila angguk kalau anda bersetuju.





Saya yang excited

Syasya yang excited jugak

Hanya manusia ini sahaja yang tak excited nak makan strawberry fresh.

Cameron Highlands

Three of Us and Peace!

Walaupun dah seminggu berlalu selepas pulang dari Cameron Highlands, tetap juga saya nak update. Cuaca kat Cameron takdelah sesejuk masa tahun 90an dulu, yang mana bila ko pergi pasar pagi tu mulut ko akan jadi macam serobong asap dok keluar asap (kunun badget kat oversea la katakan). Itu dulu-dulu la, skrg ni mimpi jer la kalau nak keluar asap camtu sebab sekarang ni banyak tanah kat sana telah ditarah atau diratah.

We stay at Heritage Hotel, Tanah Rata. The room is very nice and quite big for our family. Sana takde wireless okay, so they provide us with cable. So, dapatlah juga surf internet. Penat-penat pun malam tu kitaorang turun ke pasar kat Brinchang. Nak bagitau korang, harga kat pasar tu macam mencekik leher okay. Tahun lepas saya makan raw honey, RM1 sebatang. Sekarang hambik ko, RM2 sebatang. Tapi, layan kat KL mana ada kan? (kalau ada, sila bagitau)

Syasya posing berlatarbelakangkan Awan Nano disaat hujan turun sewaktu kami sampai disana.

Berposing pula diatas katil berlatarbelakangkan Abang Luqman yang culture shock tengok magazine-magazine yang ada atas meja tu.

At the lobby on the way to jalan-jalan cari makan

Menghirup tomyam panas dikala cuaca sejuk sebab hujan. Pergh, meletup okay tomyam. Sedap sebab dari KL kitaorg dok makan benda merapu jer. Malas nak berenti.

Alhamdulillah kami dah kenyang!


Saturday, May 5, 2012

1st Holiday for 2012

Assalamualaikum u ollz semua,

Ayat biasa, lama dah tak update blog.Okay, sekarang lupakan perasaan menyesal itu dan naikkan azam untuk terus berblogging walaupun itu hanya sementara. Saya tak percaya kalau selepas ini akan terus berblogging sebab sekarang saya suka makan chipsmore. Kejap ada, kejap takde.Heeee....

Anyway this is my first time for this year (i mean 2012) went to holiday. So, here we are, Cameron Highlands. Sebenarnya tahun lepas pun dah pergi Cameron Highlands, tapi nak juga datang tahun ini sebab terbayang coklat Strawberry yang baru dipetik kemudan dicelup dalam coklat yang menggiurkan. Ok, sila telan air liur sekarang. Gulp!

So, the story begin on 4th May 2012. I took on leave for that day. Supposely we are going on 18th May, tapi saya takut ter"clash" dengan tarikh launching Suasana Lumayan (before known as Casa Lumayan). So, we made early this vacation. Happy!. Bangun pagi terus pergi Klinik Alam damai menghantar Luqman yang demam dah hampir seminggu. To Luqman, "Ibu tak kejam sebab tak hantar Luqman ke klinik awal-awal, sebab ibu percaya belaian ibu mampu menyembuhkan anak ibu yang tercinta". Tapi, we end up dengan pergi klinik untuk ambil antibiotik. Huh, melayang RM35 okay. Balik rumah terus packing-packing mana yang patut and kami bergerak dalam pukul 12.30pm. All the way to there, saya memang tak tidur sebab melayan Syasya yang memang tak tidur siang.




As u can see, how excited she is...

Please guess what time we arrive here? 4.30pm. Hehehe, lambat giler okay. Rasa macam tahun lepas kami took about 3hours sahaja. But its okay, we are here!

Luqman yang pening lalat kerana ubat batuk..

Masa kami sampai, hujan hampir turun. So lepak-lepak bilik sekejap sebelum cari makan. Lapar nokss, dari KL makan merapu je. Sekali pekena tomyam panas daaa....Meletup okay.

Malamnya kami pergi ke pasar. Beli teh dan kopi perasa Strawberi. Layan. Tak lupa juga membeli souvenir kecil-kecil seperti fridge magnet. Dan 3 biji Jambu Epal.

Ok, sambung kemudian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...