Wednesday, September 26, 2012

Bersangka Baik

Tuesday, September 25, 2012

Pelik tengok orang Sombong..

Beli Baju Online

Memang dah jadi trend orang zaman sekarang lebih suka membeli-belah secara online. Juga memang trend zaman sekarang berniaga secara online. Juga dah memang trend orang zaman sekarang mendapatkan dan membuang duit secara online. Wahhh, nampaknya semua boleh duduk depan internet je kalau nak dapat semua tu. Tapi kalau rerasa nak membuang tu, cepat-cepatlah korang berambus dari internet menuju ke toilet okay.


Just would like to introduce another blogshop for online shopping especially for women, girls and perempuan.

Please click 'de Nourra Collections' to blogshop

Untuk discount, please comment below and request for "Discounts Please!!!" , and will think about it then...HeHeHe!

Monday, September 24, 2012

Berblogging & Terapi Minda

Assalamualaikum & Hallu everybody...

Bila dah blogging balik rasa macam satu perasaan apa yang tak terluah dapat dilepaskan di blog. Samada korang nak baca atau tidak, semua terpulang pada selera masing-masing. Tepuk dada, tanyalah selera..Kalau tiada selera, tak payah baca.

Saya bermula blogging pada tahun 2006 tetapi tidak secara serius. Ianya secara serius selepas melahirkan Saiful Luqman, hero pertama yang kini dah berusia 4 tahun. Tambahan lagi dulu saya kerja ditempat yang tiada tekanan dari orang atasan. Honestly, kerja disana sangat-sangat BEST dan sampai sekarang saya tak dapat lupakan pengalaman bekerja disana. Waktu kerja yang flexible, Pakaian yang Casual, Bos yang sporting dan rajin bawa pekerja melancong ke kampung mereka. What a beautiful moment.....Dulu laaaa, diulangi itu ialah waktu DULU...

Kembali pada tajuk utama, salah satu faktor yang membuatkan saya nak blogging ialah mencari sumber pendapatan tambahan. Percaya atau tidak ramai yang hanya berblogging dan boleh dapat pendapatan. 


Ini ialah pendapatan yang saya kumpul sejak letak iklan Nuffnang pada tahun 2008 (agaknya kot..tak ingat)
Terapi minda ni weyhh....$$$$$

Rasanya kalau rajin, mesti lagi masyukk kot. Sejak dah kerja kat tempat baru ni, memang tiada masa nak fikir untuk blogging. Sedangkan kerja kat pejabat pun dah berlambak dan serabut nak fikir sampai kat rumah.

Maka, untuk mengurangkan serabut kepala tu, saya mula blogging balik dengan harapan dapat releasekan kepala yang serabut disamping menambah sikit duit berjoli. Siapa nak bagi RM100 dengan hanya menaip cerita tentang diri sendiri, betul tak? Lainlah kalau diri ini seorang artis atau 'somebody', yer nok?

Kesimpulannya, saya patut mula berblogging semula dan patut berblogging. Patut,Patut, Patut ......

*wahai puan syida, jangan pandai cakap jer, buat tengokkkk......HeHeHe.....

Dimulai dengan lafaz BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM

Sunday, September 23, 2012

Spectra 3 Untuk Dijual

Assalamuailaikum,


Pum ini dibeli pada tahun 2010. Kali terakhir saya hantar servis pada Jun 2012. Masih dalam keadaan yang elok dan masih berfungsi.

Pum ini ialah double pump. Cuma dalam gambar ini ialah gambar lama. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di 014 2222 421 dan berjumpa di sekitar Bandar Tun Razak. Kalau on weekend, boleh jumpa di skeitar Wangsa Maju atau Gombak.

Harga ialah RM100 dan tidak boleh negotiate dan jaminan selama 2hari sahaja dari saya.

Selamat Menbeli dan Mengepam!


Saturday, September 22, 2012

Kerana MALAS

Assalamuailaikum kawan-kawan,

Saya tahu saya dah lama tak update blog dan macam biasa ayat nak tulis 

"Lamanya tak hapdet blog dan blog dah bersawang
Miss u!
Miss u!
Miss u!"

Lebih kurang macam tu la saya nak tulis. Perangai Malas nak menghadap laptop dah sebati dalam diri okay. Sekarang ni tengah sikit-sikit nak cuba buang dalam diri.

I WANT TO START BLOGGING BACK!

AND

I'M BACK

Jadi banyak perkara-perkara yang tak dapat dicatat. tak catat pun tak mengapa kerana tak banyak perkara indah yang berlaku for this year. Contoh perkara itu ialah:

1. Kena maki gara-gara sijil "PAKAK" terbatal kerana bajet nak kemaskini maklumat. Saya hanya mengikut arahan. Sudahnya hati saya sudah tertutup separuh.

2. Jualan masa bulan puasa tidak memuaskan hati dan nafsu saya yang materialistik. Sudahnya saya jadi insaf dengan rezeki yang Allah swt nak bagi. Alhamdulillah, dan sekarang saya sedang fobia nak join mana-mana booth kecuali FREE!

Mari jemput ke Butik saya yer -----------> De Nourra Collections

Okay, nanti saya tulis perkara yang indah pulak. Bukan tiada perkara indah berlaku, tapi tak seindah tahun lepas dan saya tetap bersyukur kerana masih bernafas dan dapat makan kambing golek. Alhamdulillah....

Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Jadi Puan @Bariah Khasim


She is my mother.
Born on 24th August and Happy Birthday Mak.

*Cuba teka berapa umur mak kiter, kawan-kawan?

Tuesday, August 28, 2012

Raya 2012

Assalamuailaikum,

ayat biasa "Huhu, lama sudah tak update blog". Sila abaikan.

Alhamdulillah syukur kerana masih boleh menikmati Hari Raya kali bersama keluarga tercinta bersama-sama. Walaupun penat, tapi puas hati sebab dah lama sangat tak bercuti kot. So, sekali dah beraya haruslah jalan-jalan jauh-jauh.

KL -> Melaka  -> Johor -> KL -> Selangor -> Melaka -> KL

Sejujurnya Aidilfitri kali ini, saya memang tiada baju raya. Cuma beli untuk Abang Luqman dan Adik Syasya saja. Ermm, cukupla tahun ini beli untuk anak-anak sahaja. Untuk En Sepol pula, dia beli sendiri. Okayla tu kan, saya sibuk dengan berniaga Baju Raya so memang dah terlepas pandang keperluan sendiri. Tapi yang penting maintain youuu.....


Syasya dengan baju Raya di Raya pertama...Polkadot

Ini gambar masa raya ke3 kat rumah kawan opis. Bole pulak kampung kita sebelah menyebelah okay..Sabar jer la.

Gambar lain memang takdo la dalam henpon saya ni. Memang tak dan nak pegang henpon. yang tau nak pegang kuih raya manjang jer.


Burpp...Alhamdulillah..

Thursday, June 21, 2012

Ikan Siakap 3 Rasa Mengiurkan

Assalamualaikum w.b.t

Ting Tang Ting Tang Ting Tang (ala-ala bunyi ketuk kuali). Hari ini saya nak berkongsi resepi Ikan Siakap 3 Rasa yang sememangnya mudah dan cepat.



Bahan-bahan :
Seekor Ikan Siakap
Kunyit
Garam
Gula
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia 2cm
Tomato 2 biji-Dipotong dadu
Cili Kisar
Asparagus
Air
Daun Ketumbar

Cara-cara :
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng sehingga masak dan ketepikan.
3. Gunakan sedikit dari minyak menggoreng ikan tadi. Tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia sehingga naik bau yang boleh membuat perut berkeroncong.
4. Masukkan sesudu atau 2sudu cili kisar dan tumis lagi.
5. Masukkan air secukupnya. Mungkin dalam 300ml. Main bajet je awak.
6. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu dan masak sehingga kuah pekat.
7. Bila agak-agak dah pekat, masukkan sayur-sayur kegemaran korang seperti asparagus.
8. Jangan lupa letakkan garam dan gula.
9. Agak-agak dah masak, tutup api.
10. Taburkan daun ketumbar dan tutupkan dengan periuk selama beberapa minit supaya bau wangi ketumbar menyerap masuk kedalam kuah tadi.

Cara menghidang :
1. Susun daun salad diatas pinggan yang melengkung.
2. Letakkan ikan diatas daun salad.
3. Tuangkan kuah 3rasa.
4. Hiaskan dengan kreatif mengikut suka hati engkaula lebai...

Jangan malas untuk mencuba yer puan-puan.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...