Sunday, February 25, 2024

CROWDFUNDING - PROGRAM SIMPULAN KASIH SAYANG RAMADHAN

 
If you want to unsubscribe, click Unsubscribe

Wednesday, November 26, 2014

Akhirnya Nuffnang dah RM0.00

Selepas bertahun-tahun berblogging, kejap meroket kejap sendu pastu meroket balik pastu sendu balik, akhirnya saya cash out kan income dari Nuffnang. Total tadi lupa nak screenshot. Ada juga dalam RM141 camtu. Ok, time-time macam ni sapa nak bagi kan?

Jadi kena mulai baliklah perjalanan mengumpul pendapatan melalui blog. Tapi jiwa dan hati ni tetap masih sendu dan takde semangat nak menaip lagi. Oh, kemarilah semangat ku yang dulu laju menekan papan kekunci ini. Oh idea, kemarilah kau. Hahaha...

Kita tunggu duit masuk je la dulu kan. Nanti kita belanja awak awak awak dan awak..

Grand Ihtifal Litlle Caliph Bandar Seri Permaisuri

Akhirnya dah habis Luqman belajar kat Litlle Caliph. Tetiba teringat masa memula hantar dia kat sana rasa macam comel je, tapi sekarang masih comel dan tambah hensem sikit. Sikit je la kan...

Perasan tak, kalau kita dulu-dulu panggil hari Penyampaian Hadiah Akhir Tahun, Hari Anygerah Cemerlang, tapi zaman sekarang ni kita lebihkan penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan kita semua. Salah satu yang sekolah-sekolah swasta yang islamik biasa gunakan ialah perkataan Ihtifal. Ihtifal tu mengikut kefahaman saya ialah macam upacara keraian atau majlis dan sebagainya yang berkaitan. Baguslah, sekurang-kurangnya kita belajar sikit-sikit Bahasa Arab kann...

Ini kad jemputan untuk ibu bapa. Mereka buat sendiri. Cikgu zaman sekarang kena kreatif. Asyik-asyik bagi sehelai kertas untuk sampaikan maklumat. Cer buat cantik-cantik, sedap mata memandang yer...He3

Disebabkan saya sekarang dah ada baby, so memang tak kuasa sangat nak pegang handphone macam mak-mak lain ambil gambar. Jadi suruh ayah je yang ambil gambar dia, jadinya semua gambar dalam telefon ayahnya la kan...Hahaha..Nanti jer la kita upload pic Luqman kat sini.

Tapi meh kita layan sikit persembahan lagu "Allah Kuasa Makhluk tak Kuasa" dari Luqman dan kawan-kawan 6tahun.



Sabar la yer...

Saturday, November 22, 2014

Apa nak buat Cuti Sekolah ni?

Assalamualaikum semua, :D:D:D

Tak tau lagi samada tangan ini masih kreatif untuk mengarang semula cerita-cerita yang best untuk dikongsi bersama-sama. Take, slow-slow balik macam dulu, insyaAllah lama banyaklah idea yang nak dicurahkan tu. Sedangkan parang kalau sering diasah boleh tajam, inikan pula otak manusia. Eh, betul ke ayat saya tu? 

Ermm..lama tak menaip. Macam seronok je tekan papan kekunci ni. Tap..tap...tap. Oh idea, mengalirlah dikau didalam kepala otak ku ini. oh idea..Oh idea...come to mama please.

Cuti sekolah dah bermula korang. Mereka yang dah ada anak tu mesti terfikir-fikir nak bawak anak pi jalan-jalan celah mana kan? Ermm...sama la macam aku ni. Yang takde anak lagi tu, mesti korang terasa macam "Huk aloh, pehal ramai budak-budak merayau/melepak/menyemak dan seantero dengannya ada kat sini?". Kan..kan..kan? 

Sebenarnya saya tak suka nak pergi bercuti kemana-mana waktu cuti persekolahan. Sesak, padat dan mampat kalau pi mana-mana. Buat masa ni, kita duduk rumah dulu la yer anak-anak. Planning activity for my kids at this moment :

1) Tengok TV puas-puas. Ingat nak beli channel Astro yang untuk Kids tu. Tengah memikirkan ni. Berbaloi ke tidak dok menghadap TV dopolopat jam.

2) Main tablet puas-puas.

3) Belajar membaca time ibu ada mood nak mengajar. Huhuhu...nasib ko la anak.

4) Tengah berpikir lagi........

Owh ye, sekarang ni ada Karnival Upin&Ipin sedang berlangsung kat PICC Putrajaya. Bawala anak-anak korang kesana. 


Banyak aktiviti-aktiviti best kat sana dengonyer. Ada perarakan maskot Upin Ipin dan Ultraman. Saya?, memang tak dapatlah nak pergi sebab ada baby 6 bulan ni ha. Opss...dah ada baby uuu...Ok, itu cerita lain. Tapi pasal Karnival ni, kawan saya kata memang sesak padat dan mampat la. Berlaga-laga bahu kau. Nak tengok show pun susah sebab ramai sangat. Pastu banyak budak hilang la. Erm...biasala tu bila bawak anak kat tempat ramai-ramai ni kan?

Betul betul betul


Monday, June 17, 2013

Delivery by Tesco

Hooo Yeah...

Akhirnya sampai juga barang yang diorder oleh saya di depan pintu rumah. Berpakaian kemas dan disapa mesra dengan senyuman oleh pekerja Tesco, dan disambut oleh saya yang masih tak mandi walaupun sudah pukul 12.25 tengahari. 


Exactly right in front of my house. Erk..not my house. My in-law house.

Untuk pengetahuan, slot penghantaran saya ialah antara 12.00 ke 2.00 petang. Alhamdulillah, barang sampai pukul 12.25tengahari. Salah satu barang yang saya order iaitu Libresse Slim Non-wing tiada. Maka mereka gantikan dengan Libresse Slim Wing. Oklah, sekurang-kurang mereka datang dengan penyelesaian. Pisang Javendish yang dibeli juga segar tanpa rosak dan cacat cela yer.

Untuk pembayaran, mestilah menggunakan kad debit atau kredit. Mereka akan leretkan depan pelanggan dan tandatangan seperti biasa.

Semudah 1,2 dan 3..

Okay, bagi yang tanya tentang diskaun. Memang kita semua sedia maklum yang Tesco selalu akan bagi diskaun untuk sesetengah barangan jualan. Jangan risau membeli secara online kerana kita tetap akan dapat diskaun juga seperti gambar kat bawah ni.

Exactly same price at the store.

Jadi selepas ini bolehlah membeli-belah secara online di Tesco. Duduk rumah goyang kaki yoo..



Friday, June 14, 2013

Shopping di Tesco secara Online

Assalamuailaikum dan Salam hari jumaat,

Saya memang selalu beli barang keperluan rumah kat Tesco sahaja. Sebab dekat dengan rumah. Kecuali ayam, daging atau barangan mentah basah, yang tu memang beli kat pasar pagi Bandar Tun Razak. Dijamin halal.

Teringat masa pergi Tesco hari tu ada iklan yang mana sekarang kita boleh membeli barang-barang keperluan rumah secara online. Memula memang tak tertarik dengan iklan tu, sebab terasa adalah lebih baik pergi sendiri untuk tengok dan shopping barang-barang dan rasa puas hati. Sambil-sambil tu boleh jalan-jalan cuci mata. Tapi kadang-kadang masa yang ada memang mencemburui orang-orang yang sentiasa sibuk dan penat lagi-lagi bila dah balik kerja. Lagi-lagi pula kalau ada anak-anak kecil yang pantang nampak mainan dan kaunter mainan seperti remote kereta bagai semua tu. Botak makk..

You need to klik this image at Tesco website to register or sign-in

Memandangkan saya rasa macam excited nak guna sistem online Tesco ni, terus saya register. Cuma pergi ke website Tesco dan klik gambar yang macam kat atas ni. 


Sign-in OR Register

Memang mudah sangat nak register. Hampir kesemua kawasan di Kuala Lumpur ada penghantaran terus ke rumah. Jadi sekali-sekala tak perlu buang masa nak cari parking dan susah-susah nak cari barang dari rak ke rak. Jangan lupa masukkan kad Bonuslink untuk dapatkan point juga.




Kesemua barang-barang yang ada kat Tesco memang jual kat sini juga. Contoh seperti fresh food, Grocery dan macam-macam lah. Tapi saya nak beli Cleanser dan Krim muka Safi takdela pulak. Tapi selalu kalau pergi Tesco memang susah mak nenek nak cari Krim Safi tu. Kena lari pergi Watson cari Safi tu.

Fresh food macam ini pun ada yer

Lepas dah pilih barang-barang yang nak dibeli, kita boleh pilih waktu untuk dihantar barang-barang itu ke rumah yer. Jadi dapatlah kita set timing untuk keluar rumah ker, nak berjogging ker, nak buat mesyuarat tingkap ker. Time management tu penting yer. Caj penghantaran sebanyak RM10 dikenakan untuk setiap penghantaran.



Susah-susah sangat tengok saja guideline yang ada kat website tu. Antara guideline yang memudahkan pengguna baru tesco online untuk shopping kat website ini. Lepas pilih-pilih barang, kita kena pilih time slots untuk memastikan kita ada dekat rumah semasa barangan dihantar. Ini mungkin untuk pastikan supaya pelanggan berpuashati dengan kualiti barangan yang kita dapat. Kalau tak suka atau tidak setuju dengan kualiti barangan tersebut, kita boleh reject barangan tersebut tanpa perlu membayar barangan yang telah direject. Sebab itu lah kita perlu berada di rumah untuk tengok dengan mata kepala sendiri. Puas hati ko? 

Lagi satu sebab kenapa pembeli perlu berada di rumah kerana kita perlu buat pembayaran selepas barang diterima. Maksudnya selepas barang-barang yang korang dah reject, so dapat harga baru. Jadi cuma perlu bayar harga baru itu sahaja. 


You have to pay at the door by card. Sekarang ni masih ada ke orang yang takde ATM kad. Kad debit juga boleh dipakai, asalkan ada logo VISA atau MASTERCARD yer. Tak semestinya kad kredit sahaja yer. Ermm, tengah bayangkan camne diorang leretkan kad tu depan saya. Eceh, macam tak biasa pulak ko.Sebab esok baru barang saya sampai yer.



Slip pembelian yang akan kita dapat melalui email yang telah didaftarkan.

Jadi, esok memang kena ada kat rumah la. Setelkan kain baju yang berlonggok tak basuh. Lepak-lepak, makan-makan sambil tengok TV dan tunggu barangan sampai. Tengoklah macam mana hasilnya nanti.

Mungkin ada yang lebih suka shopping terus. Bagi saya kadang-kadang bolehlah. Kalau ada mood. Erm..apa-apa pun kita tengoklah esok barang sampai. 

Nanti rajin saya cerita. Jeng..Jeng...Jeng..



Monday, June 3, 2013

Nuffnang Oh Nuffnang


Saja nak letak current earnings saya bagi tunjuk kat korang semua. Start dari 2008 hingga 2013, saya berjaya kumpul banyak ini. Wahh...sapa nak bagi ratus-ratus dengan hanya membebel kat blog kenn??

Cuma sejak beberapa dekad yang lepas sahaja saya jadi malas menaip konon nak fokus dengan kerjaya. Fokus la katakan. Hakikatnya dengan menulis sahaja apa yang terbuku dalam hati dapat diluahkan. Kalau nak luahkan, sapa lah pulak manusia yang nak mendengar bebelan saya yer dok.

Dulu kata sampai RM100 nak cash-out. Tapi sekarang ni nak tunggu sampai RM150. Yesza...chaiyok! chaiyok Puan Syida hohoii...

Okla..Selamat Hari Isnin dan bekerja dengan seikhlas mungkin. InsyaAllah dan mulakan tugas dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamuailaikum....

Sunday, May 26, 2013

Baju Kurung Moden

Assalamuailaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Cuti-cuti ni tetiba ada semangat pula nak update blog yang sememangnya dah lama bersawang. Kata-kata konon nak jadi Blogger Kental hanya hangat-hangat tahi kucing...Hahaha..ketawa kat diri sendiri. Tapi kali ini saya nak update tentang Baju Kurung Moden. Nak jual kepada anda semua dengan harga murah sahaja.

RM80 termasuk penghantaran

Meh pilih mana satu yang berkenan dihati yer...


De Raffesia Oren
Saiz 38 
Saiz 40

De Raffesia Merah
Saiz 38
Saiz 40

Untuk pembelian, sila isikan butir-butir dibawah 

Nama :
Alamat :
No Telefon :
Item : De Raffesia Oren / De Raffesia Merah
Saiz :
Maklumat Pembayaran : MAYBANK 164409564127 Nur Rasyidah Abd Rahman 
                                      Nyatakan Jumlah Pembayaran, Tarikh dan Masa


Emailkan kepada nurracollections@gmail.com atau SMS 0142222421

Segera Beli yer!

Terima kasih....


Monday, January 14, 2013

Selamat Tahun Baru

Assalamuailaikum semua,

Dah lama kan tak membebel skema kat blog ni. Maklumlah ikut mood, itu maknanya saya bukanlah blogger tegar. Konon-konon dan jadi blogger sangatlah kannn...

Apa-apa pun Selamat Tahun Baru kepada semua manusia di dunia ini. Walaupun dah 2minggu berlalu. Paling best dividen ASB dan keluar. Yahoooo!...Alhamdulillah, consider bonus jugakla tuh. Berkat menyimpan. Nak harap orang lain memang tak dapatlah kan..

Mesti korang ingat saya nak totally resign kan? Sebenarnya saya tak jadi meletakkan jawatan. Sebab...Sebabnya ialah lepas berbincang dari hati ke hati dengan bos...ecewah, face to face. Saya rasa kesian lak kat bos saya sebab...sebab dia punya kerjaya sedang menaik (kalau ikut graph la kan...). So saya withdraw perletakan jawatan. Tapi saya minta cuti sebulan on January 2013. Dan paling best sekarang saya sedang bercuti selama sebulan...Weehuuuu....ko hado?

Sebenarnya saya tengah design logo banner website untuk En Saiful nih. Tapi dah nama pun bercuti, serius takde idea nak mendesign bagai semua ni. Tapi kerahkan juga otak ni.....Kerah...Kerah..Kerah.

Okay, nanti sambung lagi. Mood sekejapan ader, sekejapan takder...


Saturday, November 17, 2012

Luqman is 5 years old

Hurmm..kenapa saya boleh terlupa nak update tentang harijadi Luqman yer..Owh yer baru teringat, Luqman demam, Aisya demam so semuanya jadi serabut. Dengan rasa susah nak cuti lagi. Jiwa pun rasa tak tenteram. Jangan kata nak update blog, nak pergi kerja pun terasa macam ada satu beban yang terpikul sebab tanggungjawab yang sebenar orang lain yang pikul.

By the way, kami sediakan hadiah dalam plastik bag yang comel untuk kawan-kawan Luqman di Little Caliph. Harijadi Luqman jatuh pada hari Rabu, memandangkan dia tak sihat jadi saya tunda jer harijadi dia. Hari terakhir sekolah saya paksa juga Luqman pergi sekolah untuk bagi hadiah-hadiah tersebut pada kawan-kawan dia. So sad, tanpa kek harijadi. Walaupun saya planning baekkk punya nak beli kek semua, tapi takdir sudah terjawab tiada kek disekolah untuk harijadi Luqman. Lama sangat demamnya...

Secara rasmi, kami sambut harijadi dia pada hari Ahad. Tapi kami memang taknak masak dan sebagainya. Jadi saya tempah mihun, pulut kuning dan sambal ikan bilis. Beli sate ayam dan daging. Minumam air Sprite campur dengan Ribena. Yummy!


Hidangan utama, semestinya kek.

Ramai tak?

Taknak letak gambar saya sebab muka punyalah berminyak-minyak sebab sendiri kena hidangkan segala jenis makanan. Alhamdulillah, segalanya selesai dan berjalan lancar. Tiada lebih atau kurang. Deco pula dibuat oleh Tok Wan Luqman. Yang lain-lain saya dan En Saiful yang buat. 

Majlis yang simple....alhamdulillah hari tak hujan.Tapi boleh pulak Luqman dan Aisya masuk bilik buat taik mata lepas makan. Sabar je la korang berdua yer..

Terima kasih kepada yang memberi hadiah dan datang makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...