Monday, February 28, 2011

Dapur Sarawak

Saya mengidam sangat nak makan Mee Kolok sejak mengandungkan Luqman lagi. Kedai yang dulu saya pernah makan ialah Mejaaku di Maju Junction. Tapi kedai tu dah tak wujud daaa...Survey punya survey, saya jumpa dekat Diamond Square, Setapak. Kedai ni sebaris dengan Kedai Perodua, kat belah hujung, dekat dengan Pondok penjaga Parking kat situ. Nama kedai tu Dapur Sarawak.

Kebetulan hari ini saya perlu ke sana untuk menghatar dokumen utk di audit. So, kamek cadang nak makan Mee Kolok sigek kat sinun lepas hantar dokumen.

My prenz


Antara yang special or Signature Foods ialah Laksa Sarawak, Mee Kolok dan Nasi Aruk Dabai.

Laksa Sarawak saya dah pernah makan banyak kali kat Mejaaku Restaurant dulu. Mee Kolok baru makan hari ini. Nasi Aruk Dabai pula lebih kurang cam Nasi Goreng.

Harga sangat berpatutan sekiranya anda belum masuk gaji dan sengkek dan kering sebab ditipu kawan yang pinjam janji nak bayar, tapi angkat tepon pun tak daya.

Mee Kolok

Memula cam tak reti makan, pastu tengok org sebelah makan,baru tau. Campurkan cili padi tu dengan sup sekali...Sama cam makan sup kot.

Ok, dah puas hati dapat makan Mee Kolok pojaan hati. Ermm...sedap lagi Laksa Sarawak kot.

Kat kedai tu pun ada jual Kek Lapis RM2o, quite tebal dan berbaloi kot beli.

Sesapa yang teringin nak makan Makanan Sarawak, sila lah ke Dapur Sarawak, Diamond Square, Setapak.

Sedap ke Tak? Cuba lah dulu, then baru komen..Tepuk dada tanya Selera!

*apa kehe saya promot ni?




Saturday, February 26, 2011

Kalau Pinjam Buat Cara Pinjam

Dalam satu riwayat, dikisahkan Rasullulah saw meminjam seekor unta dalam keadaan tubuhnya sangat kurus umpama tak cukop makan. Ketika beliau mengembalikan, beliau menyerahkan seekor unta yang tubuhnya gemuk dan sehat. Nampak sekali bagaimana terpujinya akhlak Rasullulah saw.

Nampak tak casing camera atas tu koyak rabak cam kene gigit dengan tikus? Sebenarnya saya telah meminjamkan camera ni berserta beg camera, kabel, dan charger bateri kepada seseorang yang saya sangat percaya dunia akhirat. Tapi alangkah sedihnya saya yang teramat sangat bila barang yang saya pinjamkan dalam keadaan baik telah dipulangkan dalam keadaan sarung camera nya seperti ini.


Serius saya rasa nak termuntah tengok sarung camera ni macam ni. Aiyak, memang tak tau jaga barang la orang camni. Seingat saya, kalau saya pinjam barang dia, belum pernah saya pulangkan dalam keadaan macam &%^&$%^R&*.


Jadi, En Sepol telah mencadangkan supaya saya menggantikan dengan beg yang lain dan janji muat masuk. Memang bengang la kan, kalau orang pinjam buat cam harta sendiri. Bila pulangkan koyak rabak tak henggat dunia punya.Ko rasa kalau jadi kat ko, ko ada hati nak ke hulu ke hilir bawak sarung casing tu camtu?

Dah pinjam tu buatla cara pinjam beb! dia kata nak ganti. Huh, tak payahla, baik pergi ganti spender ko yg koyak rabak tuh!

Paling kelakar, dahla takde rasa bersalah dan takde rasa nak minta maaf bila pulangkan balik dengan gaya camtu, siap SMS saya "Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan kamu dan memberi hidayah..Amin.."

Kelakarla, sepatutnya saya yang perlu mendoakan dia supaya dipermudahan segala urusan hidup dia supaya tak terkoyak rabak macam segala yg dia ada.

Jadi, nasihat saya, Kalau Pinjam buatlah cara pinjam!!!


Cherating

Bertolak 23 Feb pukul 10am dan sampai dalam kol 2pm terus Check in...Ermm, maksudnya perjalanan dalam 4jam, kalau kau Pro bawak keta dan tau selok belok jalan, mungkin bole sampai sejam awal kot. Mana nak mencari restoran nak makan lagi, survey2 tempat beli souvenir lagi, singgah toilet cebuk syasya or Luqman berak kencing lagi, beli makanan lagi, nak bancuh susu lagi, semuanya 4 JAM..


Pemandangan indah dengan bunyi ombak dan angin yang kuat dari Pantai kepunyaan Holiday Villa Cherating. Tapi takde orang pun mandi, maybe sebab ombak kuat sangat. Hahaha, En Sepol siap bawak google nak mandi laut.Hari ketiga masa nak balik baru nampak orang turun ke laut nak mandi.

Antara ahli rombongan, Mak Mertua. Sekali-sekala bawak dia, nama pun Emak kan..dan sementara dia masih ada dan bernafas di atas bumi ini. I Love Mak Mertua saya sooooo much!

She juz cant wait to swim and swim and swim and laugh and laugh and laugh

Ni la keje Abang dia..Takut mandi so, panjat pokok dan kejar kucing je.

*************************************************************************************
IKAN KACI
--------------

Nak cerita pasal makan-makan kat Cherating.Tak susah pun nak carik makan kat sini sebab banyak sangat restoran. Kat tepi jalan la of cos kan. Paling best sebab murah dan sedap giler. Kalau rasa tak lapar pun bole jadi lapar tetiba. Dua hari juga lah kitaorang melantak makan Ikan Kaci. Opsss..Mesti ada yg tak pernah dengar Ikan Kaci kan? Saya pun tak pernah, tapi pekerja restoran tu yang rekmen. Ikan Kaci ni rasa dia lemak-lemak dan manis. Yang pasti, rasa ikan tu memang mantap dan fresh.Perghh..kecur air liur bila ingat balik. Nanti nak cuba ushar-ushar Ikan Kaci kat KL ni. Pastu bakar or Stim..both are extremely delicious ..Nyam3x!!

Tak sempatla nak snap pic lauk2 tu sebab masa nak snap jer, Syasya jatuh dari babyseat dan terus berdarah bibir dia. So, memang dah spoil mood nak tangkap gambar.

Antara Restoran yang saya pergi, ialah Restoran Awang Seafood dan Restoran Pak Su Seafood. Dua-dua sedap dan Murah.Sedap lagi penting.

************************************************************************************

Singgah ke Kedai Kopok Lekor, ada satu kedai tu sedap la kan. Sampai mak saya beli rm5 nak makan 3orang..Kembung perut dek Kepok Lekor jer. Yang pasti memang dah niat nak tapau utk bbsitter syasya and mak kandung saya jugak.

************************************************************************************

Eh,apa lagi nak taip eh?
Later2 la update lagi






Sunday, February 20, 2011

Rentetan Apa Sahaja

Last entri kan ada lirik Apa Saja by KRU di sini. Actually, it was dedicated to my beloved husband. Last week, on Friday. Cantik time sampai kat rumah lepas balik koje pukul 6.30pm, then En Sepol call suh pick up parent dia and Luqman kat Ampang Puteri. Perghh, awat tak habaq kat cheq awal2 noo? Cheq pi buang ayaq dulu naa..". Terus saya langkah lipas ke rumah bbsitter Syasya utk bgtau yang terpaksa amik Syasya lewat sbb nk amik orang kat Ampang Puteri.

Nasib baik jalan tak jem heading to Ampang Puteri, ye la, time orang balik keje kan. Sampai jer En Sepol kata dorang dah tak sampai umah. Sila ketawa terbahak-bahak macam orang kene Bang Bang Boom!

Saya sampai umah kol 8.30pm. Semua orang dah adakat rumah. Balik tu kitaorang pergi Tesco. Time tu sibukla En Sepol nak singgah Poh Kong beli gelang la, rantai la. Perghh, tak minat saya semua tuh. Pastu masuk Tesco nak Wall's Gold Selection pulak. Pun saya tak nak. Saya pun tanya la kenapa dia nak beli macam2 lak untuk saya. Rupa-rupanya, dia terharu sebab kejadian petang tadi. Kan dia suruh saya amik parent dia kat Ampang Puteri, then saya tak banyak cakap terus pergi amik..Zasss! So, dia terharu la..Eh ko ni, bukan tak tau ker bini ko ni kaki rewang..Huhuhu..

Alah, small matter jer la En Sepol ni. Tu pasal saya dedicate lagu Apa Saja by KRU utk En Sepol suami kesayangan saya.

Padahal saya dengar lagu tu masa AM Krew kat HotFM, dorang buat sesi Karaoke dengan KRU kat dalam Konti tu..Perghh, syiok giler, rasa macam ada dlm studio AM Krew jugak time tu, sebab saya tergelak terbahak-bahak masa dengar suara FBI cam kambing..Hahahah..



Sila layan video ni. Sure syiok Giler....Thumbs Up! KRU Ganaz and Happy Anniversary ke 15 to KRU.

Friday, February 18, 2011

Apa Saja by KRU

Apa saja untukmu
Tak ku hiraukan waktu
Katakan saja kan ku laksana
Permaisuri kau bertahta di jiwa
Apa saja untuk mu
Ke dasar lautan biru
Bertaruh nyawa andai kau damba
Mutiara...di hari lahirmu
Kita menuju gemilang asmara
Tiada cinta setanding kita
Kurela sehingga ke akhirnya
Tunai segala mimpimu
Uhh...ratuku


*Chorus:
Untukmu kasih
Ku cuba meraih
Bintang di angkasa
Walau tak terdaya, kan ku ikhtiar



Untukmu kasih
Gembira, bersedih
Selagi ku bernyawa
Untukmu kasih, ku korban apa saja
Apa saja untumu
Kan ku ubah caraku
Jikalah itu yang kau mahu
Apa saja demi kebahgiaanmu
Bukan ku pinta yang luar biasa
Cuma secebis janji setia
inilah ... lagu cinta kita
Hanya terbaik untuk mu
Selama - lamanya


Apa motif letak lirik lagu? Masih tak sempat nak berstory blogging kerana sibuk dengan kerja.
Selagi belum tutup mata, KERJA, KERJA, KERJA.....!!!


Tuesday, February 15, 2011

Hayatilah Maulidur Rasul

Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorag pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tambpil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagikubdan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.


WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sumber dari SINI

Monday, February 14, 2011

Jaket Coklat

Ramai yang tegur bila saya pakai jaket coklat kat opis. Dulu memang saya jarang pakai sebab badan asyik rasa panas. Kenapa saya asyik rasa panas? :

1- Pregnant, kan ke tgh banyak lemak
2- Lepas pregnant, lemak masih blom hilang
3- Breastfeeding, time nih pun membekalkan lemak untuk baby..Kene makan banyak. So, badan always heat sebab makan bende panas2. Saya hanya makan yang panas2 sahaja yer demi kecantikan body u..Kalau minum ais tu, bole kira pakai jari je nokkss..

Pernah satu masa, orang lain semua sejuk, tapi saya berpeluh-peluh meleleh gara-gara makan jamu sebab nak banyakkan susu badan.

Ni pic berangan saya sambil pakai JACKET COKLAT
masa ni anak baru satu jer

Tetiba kawan saya ni datang, sibuk nak main salji
Best ooo main salji kat lappy, siap bole tolak2 pakai tgn jer kot


Both of us posing sambil saya pakai JAKET COKLAT
Saya nampak tembam sgtkan time nih...

Pic ni masa kat Central Plaza Bukit Bintang...best sebab dekat ngn Sg Wang dan Pavilion. Kalau nak mengular, bole pi Pavilion tgk wayang atau karaoke..He3...Jangan yer! Slap you!

Ok, sekarang saya dah tak berisi sgt dengan lemak, dan perangai tak tahan sejuk saya sudah dtg balik macam masa remaja dulu. Pergi keje pakai stokin dan kasut.Bayangkan! Nampak skema..
Tunggu jer la saya pakai kasut pulak..Kasut baru bole kata baru, sebab dulu saiz kaki 5, sekarang dah 6.

Itu jer saya nak cerita pasal Jaket Coklat sebab ramai pulak yang tegur baju baru..
Malu la i noksss..

Atau korang nak tau petua baju sentiasa nampak baru?
Jarang2kan pakai satu-satu baju tertentu tu, pastu bila pakai, mesti Gempak satu kompleks.
Padahal dah pakai 10kali..Ngeh3

What a brilliant Idea seh!


Sunday, February 13, 2011

Buzzzzz on my Neck


Lately, saya asyik sakit tengkuk. While working, driving, reading newspaper, blogging, eating even sleeping pun sakit.dah pusing 369darjah pun masih lenguh2.Pastu, tetiba agent Prudential saya bagi Neck Supporter kat saya untuk menyelesaikan masalah tengkuk yang sakit memanjang nih. Product Ogawa. Benda ni boleh vibrate once kita tekan butang yg kat tepi hujung comforter ni. Tapikan bila saya pakai, saya rasa macam otak bergegar jek..Ha3..terus pakai kat pinggang jer. So, namanya Belt Comforter.

Dah dapat Free, ambil jer la kan..Alhamdulillah

Saturday, February 12, 2011

Angpau Dari McDonalds

Eh, korang! Saya dapat angpau dari McD la..Masa tu saya beli McD breakfast Special Set 1 , Ada daging & Telur. Nyam2...sambil makan sambil dapat Angpau maa..

opss...pic senget. Saja nak suruh korang sengetkan kepala kasi exercise leher dan tengkuk tu. Dapat 2 Angpau ooo..


Masa saya ambil order, saya tanya budak perempuan tu, "Eh, ada duit ke dalam angpau ni?"
Akak tgkla sendiri...Cess...siut jer. Skali tulis, PROSPERITY IS SHARING. Nak angpau free? Sila beli McDonalds. He3..

Saja Gempak...

Mood rasa cam sial dengar orang membebel...Benkek tol laaa!!!!


Friday, February 11, 2011

Tweet Sakan @Imnurra

Tweet..Tweet..Tweet.
Eh, mende la tweet2 nih, twisties ker hapa..he3. Nak bagitau nih, saya sekarang ni cam addict dgn Twitter plak dah. Memula mmg cam blur-blur sikit, lelama lepas dah pandai, mak aihh,,,,giler twitter siut. Facebook?..serius memang tak bukak sudah. Kadang2 seminggu sekali je saya bukak.

Eh, betul ker saya tak bukak FB, sebab nampak je saya online kan? Tu semua kerja En Sepol Lijam yer..Bukan saya, Nurra Syida. Ngeh3...tak minat dahhh...

Sesapa yang sudi nak tweet dgn saya, silalah add saya twitter.com/imnurra

atau

Follow imnurra on Twitter <---Klik sini

Layannnn...

Wednesday, February 9, 2011

Kereta & Kereta of The Week

Alhamdulillah, sudah masuk hari Rabu dan saya sudah tidak update selama 2 hari. Sebenarnya lately saya sakit kepala, dah 2 hari kepala macam ting tong. Bajet nak tahan takmo makan Panadol sbb nak lawan sakit tu sendiri, buat masa ni masih belum makan lagi. Bertahan sampai Lebam.

Monday - Kereta saya Temperature panas, i tot because of Tangki radiator bocor or apa2 la , something wrong, rupanya repair semalam sebab radiotor mende ntah.Ishhh, aku pun xpaham apa abg pomen tu dok habaq.

Tuesday - My friend accident kat Petaling Jaya. Masa tu saya on da way balik dari ekrja. Dia send SMS very the sad and hiba sound. Some more saya ni mmg cepat kesian kat orang, okies saya tolong dia la dgn cara membank in kan duit kat dia, sebab dia tgh kering at that time. Dia langgar kereta orang nokss. Nasib baik lampu signal jer pecah. Melayang jugak RM150. Dia dah la tgh preggy lak tu.

Wednesday - Hari ini, lepas saya sedap menikmati Roti Telur kat Kolej Telekom Jalan Semarak tu, kawan saya tepon kata kereta dia takle start. Ok, this time potong stem skit. He3..Ek eleh, air bateri dah kering nokss..Nasib baik saya dah brekfes, kalau tak memang saya paw kasik makan Breakfast.

Pengajaran :
1- Pastikan kereta anda dalam keadaan baik. Always check the condition of the car, engine and all dalam kereta. Pe kata seminggu sekali, cek enjin (melampau tak kalau check every week? or every month?). OK, juz do it kalau rajin...he3..kalau rajin.

2- Jgn cakap dgn Handphone semasa memandu. Sila bercakap seorang diri! Kang langgar orang mmg xleh nak kata apa ko...

3- Check tayar pressure and condition, kot2 ada paku melekat ker, kemek ker.

Sebenarnya pengajaran diatas, dituju khas untuk saya yg sedang menaip saat ini.

Nota Syida:
Sedikit sebanyak saya percaya Hukum Karma.

What goes around, comes around.
What goes up, must come down.


Monday, February 7, 2011

Besday Aisya

Hari ini genaplah anak kedua saya berumur 1 tahun. So, arini saya amik cuti untuk hantar dia pergi Klinik untuk check up setahun. Saya pun bercuti sebab tak sihat gara-gara tak dapat makan kek. En Sepol dah offer nak beli kek untuk celebrate besday syasya, tapi saya tak suka BELI...Saya nak buat sendiri. Cuma segala peralatan buat kek, adik saya dah bawak ke Johor tempat dia belajar. Nampaknya saya kene buat kek yang simple, nanti dah siap, saya share resepi yer puan-puan.

Hari ni saya makan meggi cup sebab saya teringin banget nak makan megi. Takperla kan, sekali sekala. Lagipun saya dah tak breastfeeding anak. So, it wont effect anything. Bukan mengidam, teringin jakk..

Apa plan besday aisya? Takde majlis besar-besaran, cuma saya sebagai ibu mendoakan anak saya menjadi anak yang baik, berakhlak mulia, tinggi budi pekerti, beriman, hormat org tua dan berjaya didunia dan akhirat, sihat sentiasa. AMIN

Di Klinik tunggu turn, nasib baik tak ramai orang time ni. Si kecik ni menangis kena cucuk. Dia amik suntikan MMR II. Eh, ye ker? cam nama Highway lak, ker MRM II. Lupa, but the sound, almost similar lar..


Macam saya kata diatas, saya akan buat kek cheese utk syasya sebab both my child suka kek cheese BUATAN IBU mereka.


Friday, February 4, 2011

Broccoli Goreng

Petang ni saya masak Broccoli Goreng. Ni feveret Syasya. Simple je ..

Bahan-bahan

Broccoli

Putih Telur, tapi saya guna semua sekali sebab sayang nk buang kuning telur. Sapa nak makan kuning telur saje kan? Akakkk jugak!!

Tepung Goreng Serbaguna

Cara-cara
1 - Celupkan broccoli yang telah dipotong dan dibersihkan kedalam telur
2 - Salutkan broccoli dengan tepung goreng serbaguna
3 - Goreng sehingga kekuningan

Tadaaa!!! dah siap dan dah boleh makan..sekejap je dah abis

Juga bole masak Cendawan Goreng, Kin Cham Goreng dengan resepi diatas.

Selamat Mencuba!



Rendang Daging

hari ini saya tidak kemana-mana, duduk rumah melayan budak comel berdua ni dengan sabar. Penat? biasala tu kalau dah menjadi seorang ibu, disamping itu bole kita enjoy cara budak-budak.

Just to know, my friend yang dulu saya ada pergi wedding dia, Zalifah , dia dah beranak on 2nd Feb 2011. Tarikh yang cantik and same date with our 3rd Anniversary. Kalau kau baca ni Epah, Congrate yer...

Hari ni saya sempat masak Rendang Ayam, dan seperti yang dijanjikan, saya share resepi Rendang Daging Style Syida


Bahan-Bahan Kisar
Bawang Merah 10 biji
Bawang Putih 5 biji
Serai 3 batang
Lengkuas sebesar ibu jari
Halia agak-agak
Cili padi 10-15 batang
Cili Merah (xde dlm pic sbb dah siap blend)

Tumiskan bahan yang telah dikisar
kena letak minyak? dah nama pun tumis yer puan-puan
tumis sampai naik bau

Masukkan daging yang telah dipotong dan jugak santan 400gm
beli dalam peket jer, tu pasal tau sukatan dia 400gm..
Masak sampai kering sikit

Kering camni sudah, kita masukkan kerisik
Pastu masukkan plak daun kunyit
Masak lagi sikit dan TARAAA!!!
Sila hidang untuk santapan ..

Ni lah rupa Rendang Daging Style Syida yer puan-puan

Selama ni tolong mak masak jer, kali ni buat sorang-sorang. Tak susah, janji ada usaha nak buat dan buat..Sonang jor buek Rondang ni haa..

Cuba la yer..!



Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year


Selamat Tahun Baru Cina kepada orang cina yang menyambut raya hari ini. Tapi rasanya bila tahun baru cina semua orang amik kesempatan makan buah limau yg menjadi simbolik Tahun Baru Cina.

Sekarang saya dah sakit tekak gara-gara makan buah limau, sebab tu makan tu agak-agak. Makan tak ingat maka jadi camni la yer..Teringat masa zaman sekolah, 3 orang adik-adik saya bersekolah cina di SRJK Lee Rubber kat Setapak Indah, so bila nak dekat time raya cina, dorang pun sibuk menghias rumah untuk sambut Gong Xi Fa Cai jugak. Soo, merah la rumah kami. Kalau orang lalu depan rumah,mesti tegur, "Ni rumah orang cina ke orang melayu?"....hahaha...sebenarnya saya tak suka decoration macam nak sambut raya cina dulu-dulu..Sekarang dah okay kot..Layannn jer la kan..

Tapi bila fikir balik, cam teringin nak hantar anak sekolah cina jugak macam makcik-makcik dorang yang bole paham orang cina cakap apa...Jeles skit laa kan..Kenapa saya tak sekolah cina?
Sebab dulu kitaorang baru pindah kawasan tu, so parent saya tak tahu mana sekolah cina berdekatan, sudahnya saya bersekolah di SRK Jalan Termerloh yang berdekatan ngn Titiwangsa, sayang sekolah tu dah tak wujud tinggal bangunan jer. Siap ada Istana Budaya lagi.
Tapi memori kat sana still hidup dalam jiwa saya. Just imagine, duduk at Gombak dan bersekolah di Titiwangsa.ok, sudah salah topik...


GONG XI FA CAI & Angpau lai lai....<---ayat yg selalu kitaorg cakap masa kecik kat bos mak saya...

Wednesday, February 2, 2011

2 Feb 2011

Sila lihat atas sekali, Syida and Saiful have been married for 3 years, it's Today! Congratulation to myself. CLAP!CLAP!CLAP! <--tanda clap dgn kuat. Alhamdulillah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...