Monday, February 28, 2011

Dapur Sarawak

Saya mengidam sangat nak makan Mee Kolok sejak mengandungkan Luqman lagi. Kedai yang dulu saya pernah makan ialah Mejaaku di Maju Junction. Tapi kedai tu dah tak wujud daaa...Survey punya survey, saya jumpa dekat Diamond Square, Setapak. Kedai ni sebaris dengan Kedai Perodua, kat belah hujung, dekat dengan Pondok penjaga Parking kat situ. Nama kedai tu Dapur Sarawak.

Kebetulan hari ini saya perlu ke sana untuk menghatar dokumen utk di audit. So, kamek cadang nak makan Mee Kolok sigek kat sinun lepas hantar dokumen.

My prenz


Antara yang special or Signature Foods ialah Laksa Sarawak, Mee Kolok dan Nasi Aruk Dabai.

Laksa Sarawak saya dah pernah makan banyak kali kat Mejaaku Restaurant dulu. Mee Kolok baru makan hari ini. Nasi Aruk Dabai pula lebih kurang cam Nasi Goreng.

Harga sangat berpatutan sekiranya anda belum masuk gaji dan sengkek dan kering sebab ditipu kawan yang pinjam janji nak bayar, tapi angkat tepon pun tak daya.

Mee Kolok

Memula cam tak reti makan, pastu tengok org sebelah makan,baru tau. Campurkan cili padi tu dengan sup sekali...Sama cam makan sup kot.

Ok, dah puas hati dapat makan Mee Kolok pojaan hati. Ermm...sedap lagi Laksa Sarawak kot.

Kat kedai tu pun ada jual Kek Lapis RM2o, quite tebal dan berbaloi kot beli.

Sesapa yang teringin nak makan Makanan Sarawak, sila lah ke Dapur Sarawak, Diamond Square, Setapak.

Sedap ke Tak? Cuba lah dulu, then baru komen..Tepuk dada tanya Selera!

*apa kehe saya promot ni?




2 comments:

Nava K said...

Mee Kolok - the popular one for sure in Sarawak.

Desk Of Carlo Santeekee said...

Ape salahnye promot.. ade no restoran ni x? share2 ler.. TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...