hari ini saya tidak kemana-mana, duduk rumah melayan budak comel berdua ni dengan sabar. Penat? biasala tu kalau dah menjadi seorang ibu, disamping itu bole kita enjoy cara budak-budak.
Just to know, my friend yang dulu saya ada pergi wedding dia, Zalifah , dia dah beranak on 2nd Feb 2011. Tarikh yang cantik and same date with our 3rd Anniversary. Kalau kau baca ni Epah, Congrate yer...
Hari ni saya sempat masak Rendang Ayam, dan seperti yang dijanjikan, saya share resepi Rendang Daging Style Syida
Bahan-Bahan Kisar
Bawang Merah 10 biji
Bawang Putih 5 biji
Serai 3 batang
Lengkuas sebesar ibu jari
Halia agak-agak
Cili padi 10-15 batang
Cili Merah (xde dlm pic sbb dah siap blend)
Tumiskan bahan yang telah dikisar
kena letak minyak? dah nama pun tumis yer puan-puan
tumis sampai naik bau
Masukkan daging yang telah dipotong dan jugak santan 400gm
beli dalam peket jer, tu pasal tau sukatan dia 400gm..
Masak sampai kering sikit
Kering camni sudah, kita masukkan kerisik
Pastu masukkan plak daun kunyit
Masak lagi sikit dan TARAAA!!!
Sila hidang untuk santapan ..
Ni lah rupa Rendang Daging Style Syida yer puan-puan
Selama ni tolong mak masak jer, kali ni buat sorang-sorang. Tak susah, janji ada usaha nak buat dan buat..Sonang jor buek Rondang ni haa..
Cuba la yer..!
No comments:
Post a Comment