Thursday, March 31, 2011
Bukan April Fool
Apa Sayang-Sayang?!!!
Wednesday, March 30, 2011
Taman Mini Malaysia & Asean, Melaka
Saturday, March 26, 2011
My Saturday
Friday, March 25, 2011
Spa..Spa..Spa
---------------------------------------------------------------------------------------------
nak pergi on April 2010
RM48 instead of RM290 for Signature Purifying Facial + Aromatherapy Body Massage + Rose Salt Body Scrub + Steam Bath + Foot Spa for 2.5 Hours at S Spa, Mont Kiara [83% OFF]
Ni bole dikatakan for the whole body pakej, cuma rambut takde. Best ar kan?
---------------------------------------------------------------------------------------------
nak pergi on Jun 2010
RM36 instead of RM168 for a Jacuzzi Spa + Full Body Scrub + Hot Stone Back Massage + Aromatherapy Full Body Massage for 90 MINUTES at Eve de Beaute, The Strand [78% OFF]
Siapa kata Perempuan Melayu tak menawan?
Sunday, March 20, 2011
Goodies from Lancome
Program Jom Datang Sekolah
Thursday, March 17, 2011
BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL
- Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?Pernah. Sebab dia Tegas dan Baik Hati. Kerana Keperibadian dia yang berlawanan dengan saya. Seperti melengkapkan kami antara satu sama lain.
- Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?Tidak sangat, tapi adalah sikit. Saya suka yang tinggi. Kerana saya perlukan pertolongan seseorang untuk mengambil barang kat tempat yang tinggi. Sebab saya dah banyak kali jatuh kerusi sampai sekarang tulang punggung terasa sakit kalau duduk dalam sejuk lama-lama, gara-gara nak amik barang yg tinggi. Baru sedar, betapa rendahnya aku...
- Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?Tangan dan Kaki. Sebab orang yang tinggi selalunya tangan dia Panjang. So, bole saya dok mengarah "ambik tu" atau "ambik ni".Maklumla, dah la pendek, tangan pun pendek.
- Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?Tak setuju. Adakah sebelum kahwin, anda tak Bahagia??Kesiannya, hidup sengsara...
- Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..Absolutely, sangat-sangat tak setuju. Ada jugak wanita bermuka hodoh macam Pamela Anderson materialistik. Harapkan bdoy je mantap, tapi plastik. Begitu juga lelaki, dahla muka tak hensem, tapi awek keliling pinggang, mungkin sebab banyak duit. Janji Masyukkkk..
- Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..Tinggi, Putih, Bertanggungjawab, Tegas, Singgah Masjid utk Solat even tgh dating, Suka Makan, Suka Travel.
- Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?Alhamdulillah...berpuashati.
- Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?Puashati, even ketot, tapi dah kahwin.Maksudnya cun la tuh..
- Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?Of course. hendaklah sentiasa menjaga penampilan dan sentiasa nampak cantik di mata orang yg kita sayangi terutama suami. Dalam Al-Quran pun ada sebut begitu. Cth : Makan bila Lapar, Berenti sebelum Kenyang. Makan makanan yang Halal. Daging yang disembelih dengan cara yg betul. Semua tu mempengaruhi bentuk tubuh badan. Kita adalah apa yg kita makan.
- Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..Saya tak pasti sebab saya tak pernah cuba benda-benda camtu. Lain orang lain efek nya. tapi terpulanglah sapa yg terdesak untuk menguruskan badan. Rasanya tak payahla pakai benda camtu, sebab org dulu-dulu takde pakai benda macam tu. Yang penting jaga pemakanan. Atau jadi seorang Vegetarian. Cuma makan sayur-sayuran dan Ikan dan Kekacang. Percaya atau tak, orang sekarang banyak tidur. Tidur tu lah punca penyakit sebenarnya...
Wednesday, March 16, 2011
Apa punya hari daa..demi Lancome
Tuesday, March 15, 2011
Kenapa BPA diharamkan?
Botol BPA Diharamkan
PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.
Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.
“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.
“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.
Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.
Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.
“Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.
“Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).
“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.
Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.
Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.
Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.
Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.