Tuesday, March 15, 2011

Botol BPA Diharamkan


Ni bukan nak promot yer.. Saya menggunakan botol diatas iaitu Avent BPA Free. Harga untuk kotak diatas, 4botol x 9oz, harga saya jual ialah RM120.

Mungkin ramai ibu bapa yang sedari awal memang dah tahu bahaya BPA atau Bisphenol A. Saya pun memang dah lama since anak 1st menggunakan BPA Free Botol. Malah saya juga menjual botol BPA Free, sebab saya sangat-sangat ambil berat dan sedih kalau kanak-kanak atau bayi menggunakan botol yang ada BPA nih.

BPA ni ialah sejenis kimia yang akan bercampur dengan susu badan atau susu Formula bila kene panas. Got it?..Camni, Even masa tengah panaskan botol atau bancuh susu kan ke guna air panas, so secara tak langsung, BPA akan bercampur dengan susu. Salah satu kesan yang saya ingat dan tak mahu terjadi ialah mampu effect hormon kanak-kanak tu. Hormon apa? Hormon yang menyebabkan banyak gejala Pondan dan Tomboy. Lelaki jadi Lembut dan Perempuan jadi Kasar...Auww...Tak kuasa nyah.

************************************************************************************

PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.

“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.

“Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.

“Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.

Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.

Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

************************************************************************************

Sekarang korang semua dah tahu? Mencegah lebih baik dari merawat.


1 comment:

Cherrie Pie Sweety said...

yangg semalam pergi event lancome tu eh.. sori tak perasan.. awak cam kita ker

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...