Saturday, November 17, 2012

Luqman is 5 years old

Hurmm..kenapa saya boleh terlupa nak update tentang harijadi Luqman yer..Owh yer baru teringat, Luqman demam, Aisya demam so semuanya jadi serabut. Dengan rasa susah nak cuti lagi. Jiwa pun rasa tak tenteram. Jangan kata nak update blog, nak pergi kerja pun terasa macam ada satu beban yang terpikul sebab tanggungjawab yang sebenar orang lain yang pikul.

By the way, kami sediakan hadiah dalam plastik bag yang comel untuk kawan-kawan Luqman di Little Caliph. Harijadi Luqman jatuh pada hari Rabu, memandangkan dia tak sihat jadi saya tunda jer harijadi dia. Hari terakhir sekolah saya paksa juga Luqman pergi sekolah untuk bagi hadiah-hadiah tersebut pada kawan-kawan dia. So sad, tanpa kek harijadi. Walaupun saya planning baekkk punya nak beli kek semua, tapi takdir sudah terjawab tiada kek disekolah untuk harijadi Luqman. Lama sangat demamnya...

Secara rasmi, kami sambut harijadi dia pada hari Ahad. Tapi kami memang taknak masak dan sebagainya. Jadi saya tempah mihun, pulut kuning dan sambal ikan bilis. Beli sate ayam dan daging. Minumam air Sprite campur dengan Ribena. Yummy!


Hidangan utama, semestinya kek.

Ramai tak?

Taknak letak gambar saya sebab muka punyalah berminyak-minyak sebab sendiri kena hidangkan segala jenis makanan. Alhamdulillah, segalanya selesai dan berjalan lancar. Tiada lebih atau kurang. Deco pula dibuat oleh Tok Wan Luqman. Yang lain-lain saya dan En Saiful yang buat. 

Majlis yang simple....alhamdulillah hari tak hujan.Tapi boleh pulak Luqman dan Aisya masuk bilik buat taik mata lepas makan. Sabar je la korang berdua yer..

Terima kasih kepada yang memberi hadiah dan datang makan.

Friday, November 16, 2012

Saya Sedang Cuti Selsema

Selamat Hari Jumaat!

Amboi, ceria nampak. Of course ler, takkan kalau sakit kena tunjuk sakit jugak. Lagipun selsema and demam dan sakit tekak je kot. Belum nazak lagi yob. Hari ini saya cuti sebab belum sembuh sepenuhnya. Penat malam tadi memikirkan nak datang kerja ke tak sebab rasa macam mendera diri jer saya ni. Sakit-sakit pun nak pergi keje. Cubalah bawak-bawak berehat sikit. 

Kejar sangat harta dunia. Tidaklah kaya mana. Walhal harta yang paling berharga ialah KESIHATAN. Oleh itu, berilah diri anda sedikit waktu untuk pulih sepenuhnya. 

Pagi-pagi saya dah Whatsapp bos kata tak sihat. Kalau bos saya marah pun tidak mengapalah. Sebab saya dah biasa kena marah. Masuk telinga kanan kuar telinga kiri sahaja. 

Tetapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Lepas subuh, saya terus mandikan Luqman dan siap-siapkan dia untuk ke sekolah. Ha ah, Luqman masih bersekolah sampai hujung November. Saya dah bayar yuran bulan November kot. Takkan tak nak hantar pulak. Rugi wooo...Tapi masa saya hantar dia ke sekolah tadi, bukan main melalak dia "Tolonglah ibu, man taknak sekolah". Ala, kesiannya. Tapi saya kuatkan hati sebab ini demi masa depan dia juga. Terus Teacher Wani dukung dia dan bawa masuk dalam. Tengkiu Wani! 

Terus balik rumah dan makan ubat. Sementara nak menunggu kesan lalok akibat makan ubat, saya cuba pujuk hati untuk update blog.

Okay, sekarang kepala sudah lalok. Mari sambung tidur pada pukul 10.15pagi.

Selamat Bekerja dan Banyakkan Berselawat Keatas Nabi Muhammad saw



Wednesday, November 14, 2012

Selsema Lagi


Minggu ni mesti ramai yang bercuti kan? Maklumlah hari Selasa, kaum india sambut Deepavali, hari Khamis, umat Islam menyambut Tahun Baru. Jadi kerja selang-selang memang tak best dan membosankan ditambah lagi ramai kawan yang bercuti. Jadi pejabat rasa macam ada kematian je. Ahaks...



Tapi saya tetap bekerja dan tak minta cuti pun. Hari Rabu kena selsema pulak, tambah lagi sakit kepala, sakit tekak, bersin-bersin. Saya kalau sakit memang jarang cuti sebab taknak sebarkan virus kat rumah. Seboleh-boleh nak kerja supaya dapat bersin kuat-kuat tanpa tutup mulut kat opis. Baru terasa kepuasan kena selsema. Tapi memang tak tahan lah. Rasanya baru selang 2minggu lepas saya demam selsema juga.

Nasib baik bos bagi balik awal jadi sempatlah saya singgah Klinik nak ambil antibiotik la kononnya. Lepas balik kerja terus saya singgah Klinik Seri Permaisuri, tapi doktor tu taknak bagi saya antibiotik. Dia suruh saya makan ubat dan banyakkan berehat. Alahai, camnelah nak berehat. Siang kerja, balik kerja nak uruskan anak lah. Macam-macam kerja lah nak buat. Tambah-tambah lagi anak-anak saya tengah tak sihat sekarang ni.

Sampai rumah saya terus makan ubat. Lepas beberapa jam rasa sakit perut sangat-sangat. Terlupa yang saya tak makan apa-apa masa tengahari sebab masa lunch saya tidur. Tak larat sangat kan. Sudahnya kena gastrik pulak. Adeh, terus ambil nasi dan lauk sambal ikan goreng makan dengan lahapnya.

Kesimpulannya,  ikut arahan yang tertera pada plastik ubat. Kalau arahan mengatakan makan ubat selepas makan, maka makanlah terlebih dahulu sebelum makan ubat. Otherwise bukan sahaja perut yang sakit, tetapi hati sendiri juga hati orang lain yang sakit kerana melayan karenah kita yang tengah sakit lagi banyak songeh.

Ini ubat banyak bagus untuk saya. Lepas ni kalau kena selsema saya kena amik "Loratadine". Please take note!

Ini ubat tak boleh pakai. Ngantuk je lebih dan kepala naik ting tong. Please ignore!





Perletakan Jawatan

Alhamdulillah....



Syukur tak terkata akhirnya saya dah meletakkan jawatan kat sini. Bukan satu keputusan yang senang dan saya dan berfikir sehabis dalam dan fikir masak-masak hingga agak kehangusan kerana ianya melibatkan masa depan. Iyolah, nak kata kaya, tidaklah kaya, nak kata miskin pun tidaklah miskin. Sederhana sahaja. Lagi-lagi bila dah biasa pegang duit banyak-banyak, tetapi tak banyak duit lagi dah. Tapi syukur ke hadrat illahi kerana niat saya nak berhenti adalah niat yang baik. Saya yakin Allah sentiasa bersama saya apalagi disaat-saat susah. Sememangnya begitu, bukan? Rezeki semua datang dari Allah swt jua. Jadi jangan nak risau sangat. Esok lusa kalau dah selesai masalah, boleh cari kerja lain. Rezeki Allah ada dimana-mana sahaja. Bumi ni luas.

Kenapa saya berhenti? Nanti saya cerita lagi...

Mereka berdua juga adalah satu satu sebab saya meletakkan jawatan


Thursday, November 8, 2012

Andai Ku Tahu Oleh Ungu

Kita memang tak sempurna dan tak selalu baik juga tak selalu jahat. Kerana itu kita mestilah selalu mengingatkan diri sendiri tentang Mati. Jadi marilah kita layan dan menghayati bait-bait "Andai Ku Tahu" dari Ungu.

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


Kredit pada blog INI

Tuesday, November 6, 2012

Ustaz Azhar Idrus - Untuk Para Suami & Isteri



Monday, November 5, 2012

Bila Hati Mula Bicara Tentang Masa Depan

Beberapa perkara berlaku sejak kebelakangan ini membuatkan saya mula terfikir untuk melakukan sesuatu yang sepatutnya saya lakukan sejak dari dulu lagi. Mencari-cari apa yang saya sepatutnya lakukan dan keluar daripada "Zon Selesa". Mungkin sesetengah daripada kita selesa untuk sentiasa berada dalam keadaan sekarang. Tapi tidak saya....

Membuatkan saya terpikir sesuatu,

"Anak-anak yang dilahirkan merupakan amanah dari Allah swt kepada Ibu dan Bapa, BUKAN pada pengasuh, bibik, nenek, tok atau orang lain"

Sebenarnya sudah lama saya fikirkan perkara ini. Saya sentiasa terfikir untuk menggalas amanah itu dengan sempurna dan dengan anugerah gelaran sebagai seorang Ibu. Malangnya saya lebih berbangga dengan gelaran sebagai Pekerja. Sangatlah MALANG

Kerja juga adalah satu ibadat. Tapi tidak wajib pada seorang perempuan. Perempuan mungkin keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Tapi apabila suami sememangnya sudah mampu untuk menyara isteri serta keluarga dan tanggungannya, kenapa isteri harus keluar bekerja untuk meringankan beban?

*Mampu untuk membeli handphone dalam lingkungan RM2K....
*Mampu beli perfume yang berharga ratusan....
*Mampu tidur lebih dari 8jam....
*Mampu beli rokok yang sekarang harganya RM10.20sekotak....

Rasanya kalau suami mampu diatas semua tu, adalah lebih baik isteri duduk rumah jaga anak. Entahlah, mungkin itu yang sedang bermain dibenak fikiran saya kini....

*Saya tidak perlukan rumah besar...Cukup untuk sekadar tempat berteduh..
*Saya tidak perlukan makanan sedap yang mahal, cukup hanya sekadar untuk hidup. Ikan goreng cecah belacan bersama Ulam pun sedap kan..?
*Saya tidak minta emas atau berlian atau hiasan yang mahal-mahal. Cukup dengan celak hitam sebatang..Bukan mahal kot..

Jadi apalagi alasan untuk saya menggalas amanah yang telah diberikan kepada saya untuk menjaga anak-anak yang merupakan tanggungjawab saya.

Saya perlu keluar dari Zon Selesa dan dan segera memikul amanah itu. Hidup secara sederhana dan tidak perlu bermegah-megah dan mengejar duniawi semata-mata. Kesenangan didunia bukan boleh dibawa ke akhirat nanti. 

Kalau kita senang sekejap didunia pun tapi tak pernah nak bersedekah atau beribadat pada Allah pun tiada guna kan....


Hadiah Untuk Hero Luqman

Inilah adalah gambar perebutan kuasa untuk memiliki belon kuning ini. Luqman pukul Aisya guna belon ini sebab Aisya memburukkan siku dia dengan minta balik belon tersebut selepas dia kata dia belikan belon ini untuk Abang Luqman. Alahai adik-beradik, namun air yang dicincang tidak akan putus. Alhamdulillah....

Akhirnya kami mengambil keputusan belikan Luqman basikal baru. Kami terus pergi Sungai Besi lepas makan KFC kat kawasan sana juga. Mencari kedai-kedai lama yang menjual basikal dengan harapan nak beli dengan harga yang murah. Memang murah daa...

Harga basikal tu RM90 kemudian Uncle terus tawar RM85. Saya minta lagi kurang RM80. Dah terikut perangai bos saya yang suka tawar-menawar. Bagus jugak nih. Tambah loceng so jumlah hanya RM84 sahaja.

Luqman dah ready nak bawak Aisya naik bersama-sama. Inilah yang dikatakan semangat adik-beradik.

Semoga Luqman cepat-cepat belajar mengayuh yer.. All the best my dear Luqman...

Sunday, November 4, 2012

Kentang Bakar Melayu Style Syida

Ting Tang Ting Tang.....

Okay, kita masuk kepada Segmen Resepi. Ecewah...ada style ko ni Syida. Wakakakak....

Sebenarnya resepi ni diambil dari blog si cantik dan manis, Hanis Zalikha. Sebabnya rumah saya memang selalu ada kentang untuk dimasak. Saya pula jarang makan kentang tu sebab nak masak kena pakai minyak. Bab nak masak guna minyak ni yang saya kureng sikit. Konon-konon bajet nak jaga kesihatan la okay.



Bahan-bahan :
---------------
Kentang (from any brand)
Olive oil
Oregano

Mozzarella Cheese
Cili (yang telah diblend)

Cara Penyediaan :
-------------------
1. Masak cili seperti masak sambal tumis biasa. Memandangkan minggu lepas saya ada masak Spaghetti Bolognese sikit, so sos Bolognese masih ada baki jadi saya tambahkan dalam cili yang telah ditumis.


2. Taburkan kentang yang belum dimasak diatas dulang pembakar. Tuang sedikit Olive Oil dan sedikit Oregano dan ratakan. As Hanis mentioned, kalau tiada Olive oil or Oregano pun tidak mengapa. Boleh salut dengan butter)
3. Masukkan dalam Oven dengan suhu 200darjah sehingga agak-agak masak. Within the time, keluarkan untuk godek-godek sikit kentang tu kasi masak sama rata.
4. Walla, lepas 20minit dah agak masak kot. Letakkan cili tumis ditengah-tengah atau mengikut kreativiti sendiri. Letak tepi, kanan, kiri atau bersepah-sepah.
5. Taburkan Mozzarella Cheese dengan rata dan masukkan dalam Oven another 5minutes is enough okay.
6. Keluarkan dan sejukkan sikit dan makan. Nyummm, Nyumm, Nyummm......



Kesimpulannya, sememangnya sangat sedap makan dengan sambal tumis daripada sos. Penambah kesedapan lagi ialah Mozzarella Cheese itu.

Cubalah sendiri!


Ihtifal My Hero Luqman

Ihtifal atau lebih diketahui sebagai Hari Penyampaian Hadiah Akhir Tahun (walaupun tiada hadiah untuk Luqman). Cuma penggunaan perkataan itu diambil dari Bahasa Arab yang lebih kurang bermaksud Upacara Gilang Gemilang untuk meraikan sesuatu. Haa...lebih kurangla tuh. Nak lebih detail, boleh buka kamus atau Google saja.


Welcome to Ihtifal Year End Perfomance di Institut Pertanian Serdang pada 3 November 2012, Ahad pada pukul 2ptg. Sepatutnya pelajar harus berada disitu paling lewat 1.30ptg, tapi pukul 1.30ptg tu la kami sekeluarga baru nak berangkat dari rumah dengan hujan lebat dan kelam-kabut.

Masuk dewan je memang dah ramai parents yang dah duduk seat depan. Saya dengan terkial-kial kat mana nak hantar Luqman. 

Masa ni Luqman beratur bersama budak-budak sebaya dia 4years old untuk tunggu turn nak buat persembahan. Tetiba saya rasa menyesal sebab terlupa nak bagi Luqman makan gara-gara melayan Aisya sahaja. Susu pun terlupa nak bagi. Kesian anak ibu..Harapnya dia larat dan tak blur la kan..

While waiting their turn, saya nampak mereka sedang buat colouring. Good initiative! Masa ni jugalah saya datang bawak keropok nak bagi dia makan. Tapi seciput je Luqman makan. Sabar jer la ko...

"Ala Ibu, bosanlah. Luqman ni lambat sangat". While watching perfomance from other group. 
Sabar yer dik...

Sementara menunggu tu, saya ajar Aisya guna kamera. Salah satu shot yang menarik. Alhamdulillah anak dah pandai tangkap gambar. Lepas ni boleh lah ayah ibu posing je sokmo. Korang berdua jadi photographer yer.

At the stage nak buat perfomance. Sedihnya muka Luqman..Nyanyi sedap-sedap yer sayang...HiHiHi.. Giler excited saya time ni tengok anak atas pentas. Agaknya cenggini la kot perasaan mak abah masa saya kecil-kecil dulu kot. Hurmmm...best100x..

 Opsss, tempurung lutut Luqman gatal la...

Ultramannnn...patutla kat rumah dia selalu dok buzz orang. Rupa-rupanya kawan-kawan dia pun melayan Ultraman...Fireeee...Ching Ching Ching!

Alamak, tangan Luqman pulak gatal..Krok Krok Krok...

Lepas habis buat persembahan, saya cepat-cepat keluar dewan nak jemput dia. Ayah dia dah menguap-menguap bosan tengok budak-budak buat persembahan. Hello ayah, ini baru anak pertama. coming soon ada lagi 3 okay...InsyaAllah.

Luqman with ayah. His sister bought him a balloon yang akhirnya mengakibatkan perebutan hakmilik balloon yang merimaskan kerana aisya menuntut semula belon dia. Adohaii....tiada siapa yang mengalah.

With his teacher yang baik , Teacher Wani yang namanya sering menjadi sebutan Luqman dirumah dan semangat untuk dia bangun pagi pergi sekolah. Bukan senang nak kejutkan Luqman bangun pagi pergi sekolah yer. Cabaran sebagai Ibu.

 "Ibu cantek sangat, takmo amik gambar dengan Ibu" kata Luqman dengan ikhlas

Akhirnya dapat tangkap gambar dengan Luqman. My Hero, My Soul, My Life, Saiful Luqman. Semoga berjaya dan terus berjaya dalam hidup Luqman dan menjadi anak yang baik juga Khalifah yang memimpin umat manusia kejalan Allah. aaminnn....

Alhamdulillah, dapat tengok perkembangan Luqman yang positif. Very positive and impressive.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...