Friday, November 16, 2012

Saya Sedang Cuti Selsema

Selamat Hari Jumaat!

Amboi, ceria nampak. Of course ler, takkan kalau sakit kena tunjuk sakit jugak. Lagipun selsema and demam dan sakit tekak je kot. Belum nazak lagi yob. Hari ini saya cuti sebab belum sembuh sepenuhnya. Penat malam tadi memikirkan nak datang kerja ke tak sebab rasa macam mendera diri jer saya ni. Sakit-sakit pun nak pergi keje. Cubalah bawak-bawak berehat sikit. 

Kejar sangat harta dunia. Tidaklah kaya mana. Walhal harta yang paling berharga ialah KESIHATAN. Oleh itu, berilah diri anda sedikit waktu untuk pulih sepenuhnya. 

Pagi-pagi saya dah Whatsapp bos kata tak sihat. Kalau bos saya marah pun tidak mengapalah. Sebab saya dah biasa kena marah. Masuk telinga kanan kuar telinga kiri sahaja. 

Tetapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Lepas subuh, saya terus mandikan Luqman dan siap-siapkan dia untuk ke sekolah. Ha ah, Luqman masih bersekolah sampai hujung November. Saya dah bayar yuran bulan November kot. Takkan tak nak hantar pulak. Rugi wooo...Tapi masa saya hantar dia ke sekolah tadi, bukan main melalak dia "Tolonglah ibu, man taknak sekolah". Ala, kesiannya. Tapi saya kuatkan hati sebab ini demi masa depan dia juga. Terus Teacher Wani dukung dia dan bawa masuk dalam. Tengkiu Wani! 

Terus balik rumah dan makan ubat. Sementara nak menunggu kesan lalok akibat makan ubat, saya cuba pujuk hati untuk update blog.

Okay, sekarang kepala sudah lalok. Mari sambung tidur pada pukul 10.15pagi.

Selamat Bekerja dan Banyakkan Berselawat Keatas Nabi Muhammad saw



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...