Ihtifal atau lebih diketahui sebagai Hari Penyampaian Hadiah Akhir Tahun (walaupun tiada hadiah untuk Luqman). Cuma penggunaan perkataan itu diambil dari Bahasa Arab yang lebih kurang bermaksud Upacara Gilang Gemilang untuk meraikan sesuatu. Haa...lebih kurangla tuh. Nak lebih detail, boleh buka kamus atau Google saja.
Welcome to Ihtifal Year End Perfomance di Institut Pertanian Serdang pada 3 November 2012, Ahad pada pukul 2ptg. Sepatutnya pelajar harus berada disitu paling lewat 1.30ptg, tapi pukul 1.30ptg tu la kami sekeluarga baru nak berangkat dari rumah dengan hujan lebat dan kelam-kabut.
Masuk dewan je memang dah ramai parents yang dah duduk seat depan. Saya dengan terkial-kial kat mana nak hantar Luqman.
Masa ni Luqman beratur bersama budak-budak sebaya dia 4years old untuk tunggu turn nak buat persembahan. Tetiba saya rasa menyesal sebab terlupa nak bagi Luqman makan gara-gara melayan Aisya sahaja. Susu pun terlupa nak bagi. Kesian anak ibu..Harapnya dia larat dan tak blur la kan..
While waiting their turn, saya nampak mereka sedang buat colouring. Good initiative! Masa ni jugalah saya datang bawak keropok nak bagi dia makan. Tapi seciput je Luqman makan. Sabar jer la ko...
"Ala Ibu, bosanlah. Luqman ni lambat sangat". While watching perfomance from other group.
Sabar yer dik...
Sementara menunggu tu, saya ajar Aisya guna kamera. Salah satu shot yang menarik. Alhamdulillah anak dah pandai tangkap gambar. Lepas ni boleh lah ayah ibu posing je sokmo. Korang berdua jadi photographer yer.
At the stage nak buat perfomance. Sedihnya muka Luqman..Nyanyi sedap-sedap yer sayang...HiHiHi.. Giler excited saya time ni tengok anak atas pentas. Agaknya cenggini la kot perasaan mak abah masa saya kecil-kecil dulu kot. Hurmmm...best100x..
Opsss, tempurung lutut Luqman gatal la...
Ultramannnn...patutla kat rumah dia selalu dok buzz orang. Rupa-rupanya kawan-kawan dia pun melayan Ultraman...Fireeee...Ching Ching Ching!
Alamak, tangan Luqman pulak gatal..Krok Krok Krok...
Luqman with ayah. His sister bought him a balloon yang akhirnya mengakibatkan perebutan hakmilik balloon yang merimaskan kerana aisya menuntut semula belon dia. Adohaii....tiada siapa yang mengalah.
With his teacher yang baik , Teacher Wani yang namanya sering menjadi sebutan Luqman dirumah dan semangat untuk dia bangun pagi pergi sekolah. Bukan senang nak kejutkan Luqman bangun pagi pergi sekolah yer. Cabaran sebagai Ibu.
"Ibu cantek sangat, takmo amik gambar dengan Ibu" kata Luqman dengan ikhlas
Akhirnya dapat tangkap gambar dengan Luqman. My Hero, My Soul, My Life, Saiful Luqman. Semoga berjaya dan terus berjaya dalam hidup Luqman dan menjadi anak yang baik juga Khalifah yang memimpin umat manusia kejalan Allah. aaminnn....
Alhamdulillah, dapat tengok perkembangan Luqman yang positif. Very positive and impressive.
No comments:
Post a Comment