Inilah adalah gambar perebutan kuasa untuk memiliki belon kuning ini. Luqman pukul Aisya guna belon ini sebab Aisya memburukkan siku dia dengan minta balik belon tersebut selepas dia kata dia belikan belon ini untuk Abang Luqman. Alahai adik-beradik, namun air yang dicincang tidak akan putus. Alhamdulillah....
Akhirnya kami mengambil keputusan belikan Luqman basikal baru. Kami terus pergi Sungai Besi lepas makan KFC kat kawasan sana juga. Mencari kedai-kedai lama yang menjual basikal dengan harapan nak beli dengan harga yang murah. Memang murah daa...
Harga basikal tu RM90 kemudian Uncle terus tawar RM85. Saya minta lagi kurang RM80. Dah terikut perangai bos saya yang suka tawar-menawar. Bagus jugak nih. Tambah loceng so jumlah hanya RM84 sahaja.
Luqman dah ready nak bawak Aisya naik bersama-sama. Inilah yang dikatakan semangat adik-beradik.
Semoga Luqman cepat-cepat belajar mengayuh yer.. All the best my dear Luqman...
No comments:
Post a Comment