Wednesday, November 14, 2012

Selsema Lagi


Minggu ni mesti ramai yang bercuti kan? Maklumlah hari Selasa, kaum india sambut Deepavali, hari Khamis, umat Islam menyambut Tahun Baru. Jadi kerja selang-selang memang tak best dan membosankan ditambah lagi ramai kawan yang bercuti. Jadi pejabat rasa macam ada kematian je. Ahaks...



Tapi saya tetap bekerja dan tak minta cuti pun. Hari Rabu kena selsema pulak, tambah lagi sakit kepala, sakit tekak, bersin-bersin. Saya kalau sakit memang jarang cuti sebab taknak sebarkan virus kat rumah. Seboleh-boleh nak kerja supaya dapat bersin kuat-kuat tanpa tutup mulut kat opis. Baru terasa kepuasan kena selsema. Tapi memang tak tahan lah. Rasanya baru selang 2minggu lepas saya demam selsema juga.

Nasib baik bos bagi balik awal jadi sempatlah saya singgah Klinik nak ambil antibiotik la kononnya. Lepas balik kerja terus saya singgah Klinik Seri Permaisuri, tapi doktor tu taknak bagi saya antibiotik. Dia suruh saya makan ubat dan banyakkan berehat. Alahai, camnelah nak berehat. Siang kerja, balik kerja nak uruskan anak lah. Macam-macam kerja lah nak buat. Tambah-tambah lagi anak-anak saya tengah tak sihat sekarang ni.

Sampai rumah saya terus makan ubat. Lepas beberapa jam rasa sakit perut sangat-sangat. Terlupa yang saya tak makan apa-apa masa tengahari sebab masa lunch saya tidur. Tak larat sangat kan. Sudahnya kena gastrik pulak. Adeh, terus ambil nasi dan lauk sambal ikan goreng makan dengan lahapnya.

Kesimpulannya,  ikut arahan yang tertera pada plastik ubat. Kalau arahan mengatakan makan ubat selepas makan, maka makanlah terlebih dahulu sebelum makan ubat. Otherwise bukan sahaja perut yang sakit, tetapi hati sendiri juga hati orang lain yang sakit kerana melayan karenah kita yang tengah sakit lagi banyak songeh.

Ini ubat banyak bagus untuk saya. Lepas ni kalau kena selsema saya kena amik "Loratadine". Please take note!

Ini ubat tak boleh pakai. Ngantuk je lebih dan kepala naik ting tong. Please ignore!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...