Tuesday, January 18, 2011

Abd Rahman

Siapa tak kenal Tunku Abd Rahman? Almost satu dunia kenal dia kan..Kat Malaysia ni dia dikenali sebagai Father of Independence. Kalau kau kata tak tau jugak, alahai kesian nyer la...sila lah buka balik buku Sejarah masa sekolah dulu, atau lagi senang google je..Dunia dihujung jari anda. Bukanlah maksudnya ada donia kat hujung jari kau..maksudnya ialah segala maklumat tentang dunia dari zaman batu smpai zaman bakal anak kau, ada dihujung jari dengan menaip di keyboard.

Tunku Abd Rahman tiada kene mengena dgn entri ini
Sekadar berkongsi Sejarah

Minggu lepas, seseorang yg saya sayangi sangat2, telah pergi ke Tangkak untuk Outstation. Hai, smpai ke Tangkak yer dapat customer. Selepas selesai berurusan, dia telah tetiba diserangi sakit dada dan sukar bernafas. Saya sekeluarga di Taman Melati sedang menikmati spageti bolognese made by Syida. Tetiba nafsu rajin datang tapi seriusly saya mmg xbernafsu dengan spagheti punk! Back to the story...Mak dapat call, and dia bgtau dia sedang ditahan for few hour di Hospital Tangkak. Mak saya dah menggelabah ok..terus zasss pakai baju hantar kereta service tayar kereta yg gelong. Hari tu pi Cameroon dgn tayar yg geylong takde apa2 ok..Tp last minit, dia bgtau supaya tak payah sesebuk datang Tangkak, sebab dia dah Okay skit. So, saya sekeluarga pun sambung melantak makan kopok lekor pulak, tapi dalam hati berdoa semoga dia selamat sampai ke KL.

Malam tu dia smpai ke rumah, itupun selepas semua makanan telah habis dilantak oleh kami adik beradik yg kelaparan.Tapi semua lauk tunjuk kat kedai..paham2la kooo

Bermula cerita dari Dia yg tadi kene tahan kat Hospital Tangkak, rupa-rupanya, angin perut dah naik smpai ke dada lalu mengcengkam ulu hati dan membuat dada sesak untuk bernafas. Ayat paling tatahan saya dengar ialah

"Kalau abah suspect jantung tadi, mesti pagi tadi ialah kali terakhir korang tengok abah kat dunia ni"

Gambar ini pic abah saya
Dia ada kene mengena dengan entri ini

Dia itu ialah Abah yang menjaga saya dari kecil smpai besar dan bila smpai waktu saya nak menggatal lalu dia terus kahwinkan saya dgn En Sepul Lijam.

Owh, sadis dan sedih telinga ini mendengar ayat yg keluar dari bibir ayahanda tercinta.
saat ini baru terpikir samada

satu - pernahkah saya menggembirakan hati ibu bapa saya semasa mereka hidup
dua - pernahkah saya membahagiakan mereka selama ini
tiga - pernahkah saya menjaga makan minum mereka selama ini
empat - pernahkah saya mengambil tahu kesihatan mereka selama ini
lima - pernahkah saya menberi apa yg mereka selama ini inginkan
enam - pernahkah ?
tujuh - pernahkah?

Sila angkat jari telunjuk untuk lap air mata. ooo sekarang baru ko nak sedar eh? Bagusla sedar sebelum terlambat.

Kata-kata terakhir untuk entri ini:

Bahagiakanlah Orang Tua kita selagi mereka masih bernafas di dunia ini. Tanpa mereka Siapalah Kau!

Saya Sayang Abah saya!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...