mesti semua ingat ni gosip2 pasal orang lepas bersalin, ye la, kan lepas bersalin kene pantang
xbole makan itu, tak bole makan ini, xbole duduk camni, xbole baring camtu, xbole jalan laju2, xbole angkat berat, xbole jogging, xbole joget ala inang muda dan sebagainya
Eh tapi seriusnya, time pantang lepas bersalin baik kau pantang betul2 kalau xnak lepas abis pantang bole jadi macam jaguh angkat berat banyak pack-pack kat perut..eh, bukan pack. Ianya adalah gulungan-gulungan perut yang berlebihan. Memangla akan rimas serimas-rimasnya masa pantang, kan ke xbole pasang kipas, pasang aircond, segala angin la. kalau bole biar badan basah sebab berpeluh. eeee..rimas xtahan ok.
Tapi, stokin saya suka pakai, sebab lepas habis pantang, akan terasa tapak kaki xde kerak-kerak keras kat tumit.
Sebenarnya saya bukan nak isu kan pasal pantang lepas bersalin, cuma pantang orang tua-tua dulu yang kadang-kadang tak masuk dek akal, tak terlihat dek mata. Eh, peribahasa mana daa kau ni..Antara pantang-pantang yg orang tua saya selalu bilang sama saya :
1-Jangan main payung dalam rumah, nanti ular datang
2-kalau lepas abis makan nasi, cepat2 hantar pinggan ke dapur cuci, nanti lambat kahwin
3-Anak dara tak elok duduk depan pintu, nanti bakal tunang tak jadi masuk meminang
4-Jangan menyanyi time basuh pinggan, nanti kawin dgn orang tua
5-Jangan sapu rumah waktu senja nanti rezeki susah nak masuk
6- Pantang duduk atas bantal, nanti bontot naik bisul
7- Jgn menjahit waktu malam, nanti mata rabun atau ko buta terus...haaa...dasat, skrg ko nak ikut pantang haku ke tak mau??!!!
Haku pantang tak menegor nih..
8- Kalau pregnant, jgnla ko sesuka nak lalu bawah ampaian, nanti anak kau gagap..macam Lady Gaga tu...gaga.nganganga..gaga..nganga..uh, rimas i..
owh, banyak lagi la kalau nak senaraikan...ini saje yg saya ingat sebab saya dah lama tak tinggal sebumbung dgn mak sebab dah ada mak mertua. Mak mertua macam tak banyak pantang. Cuma banyak petua, lebih2 lagi petua masakkan.
Kadang-kadang fikir tak logic jugak pantang-pantang orang tua buat nih. Cuma nampak ada kebaikan untuk diri sendiri walau dalam hati mencemuh "Cis, ntah apa2 pantang2 nih".
Aku pun ada pantang jugak..
1-Pantang nampak makanan sedap. Kata je dah kenyang, tapi makan portion besar jugak eh..
2-Pantang nampak SALE, nak beli itu la, ini la...
3-Pantang ada masa lapang, mesti nak tidur
4-Pantang orang pot petpotpet, aku pun nak ikut potpetpotpet jugak
Rajin sudah aku mengsurvey apa itu pantang special utk bakal Pengantin..
1- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
2-Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
3- Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
4- Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
6-Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
7- Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
8- Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.
9- Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
10- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
11- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
12- Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki).
13- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
14- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
15- Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
16- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
17- Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
18- Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
19- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
20- Elakkan minum minuman keras dan merokok.
21- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
22 - Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
23- Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan.
24- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
25- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
26- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
27- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat.
28- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
29- Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama.
30- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
31- Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang.
32- Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
33- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
34- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar.
35- Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
36- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
37- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
38- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
39- Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
40- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
41- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
42- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
43- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
Hoh, banyak kan pantang larat untuk bakal pengantin. Tak semua panatng-pantang tu aku ikut, kalau ikut pun satu dua je kot. Pengantin zaman sekarang kan..
tapi kebanyakan pantang jugak sesuai mengikut ajaran Agama kita.Cuma aku rasa nak tambah lagi satu bole?pantang ni adalah wajib dizaman ini di Malaysia.
44- Pantang xde Sijil Kursus Kahwin, hoh! jangan ingat ko bole nikah....pantang tol Tok Kadi bab2 cenggini.
He3....
2 comments:
wahahaha banyaknye pantang ni =x
memang pun...kebanyakan untuk perempuan...
Post a Comment