Esok, 1 februari 2011, ialah Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Makanya, esok juga adalah hari Cuti Awam untuk semua rakyat yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur walaupun kau seorang yang lahir di Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, you are entitled for Holiday. Sila jerit HOOORAYYY!!! Tapi sesiapa yang bekerja di luar kawasan Kuala Lumpur, sila bekerja dengan penuh dedikasi..ekekekek...Tapi kan, banyak jalan ditutup untuk raptai. ok, apa kene mengena jalan ditutup dengan orang nak pergi kerja, jalan sesak2 datang lambat sampai kene maki dengan bos? Bos pun maki sebab dia pun terlambat...Ok, sabar itu separuh dari Iman. Orang yang suka orang buat orang lain bersabar ialah orang itu takde iman?Ngeh3..
kau tau tak ni bendera apa? Inilah bendera Wilayah Persekutuan. Honestly, saya pun baru tau. tu pun dapat dari SINI.
Wilayah Persekutuan adalah Gabungan 3 (tiga) Wilayah iaitu
1- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2- Wilayah Persekutuan Labuan
3- Wilayah Persekutuan Putrajaya
Korang tau tak apa tema Hari Wilayah Persekutuan tahun ni a.k.a 2011?
1WILAYAH PERSEKUTUAN MENJUARAI TRANSFORMASI
Sempena sambutan tahun ni, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan bandar bersama DBKL, Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya nak bagi Goodies antaranya ialah :
WP KUALA LUMPUR
------------------------
i) Diskaun sebanyak 50% ke atas kadar sewa bagi penggunaan kemudahan‐kemudahan DBKL seperti Gelanggang Sukan, Dewan Serbaguna, Pusat Komuniti sepanjang bulan Februari 2011 sahaja. (Nota: Termasuk kepada pengguna yang telah membuat tempahan dan bayaran bagi penggunaan dalam bulan Februari 2011).
ii) Keahlian percuma Perpustakaan Kuala Lumpur bagi pendaftaran yang dibuat sepanjang bulan Februari 2011.
iii) Diskaun sebanyak 50% untuk bayaran masuk ke KL Bird Park, Taman Tasik Perdana pada 1 Februari 2011 sahaja.
iv) Tambang percuma bagi warganegara Malaysia dan diskaun 50% ke atas warganegara asing/pelancong bagi menaiki bas KL Hop On Hop Off pada 1 Februari 2011 sahaja.
v) Menara Kuala Lumpur pada 1 Februari 2011 sahaja – Bayaran masuk untuk Warganegara Malaysia (kanak‐kanak dan dewasa) ke dek pemerhati sahaja sebanyak RM10.00 seorang. Manakala warganegara asing/pelancong dikenakan RM31.00 seorang untuk dewasa dan kanak‐kanak RM23.00 seorang bagi pakej kombo (auditorium/kampong budaya dan dek pemerhati)
vi) Konsert‐konsert yang akan dianjurkan oleh DBKL di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana bermula 1 Februari dibuka secara percuma kepada orang ramai.
vii) Yayasan Wilayah Persekutuan akan memberi kupon makan secara percuma kepada 2000 pengunjung pertama pada 29 Januari 2011 di Dataran Merdeka sempena Majlis Pelancaran Sambutan HWP 2011
Nota Nurra : Mesti ramai yang serbu tempat-tempat camni, im prefer to be at home.
WP PUTRAJAYA
--------------------
i) Festival jualan (jualan murah) di Putrajaya bermula pada 29 Januari sehingga 28 Februari 2011 di Alamanda dan Mydin Putrajaya;
ii) Bayaran masuk secara percuma bagi pelawat‐pelawat ke Taman‐ taman Awam Putrajaya pada 29 Januari 2011 sehingga 1 Februari 2011. Walau bagaimanapun, pengecualian/kelonggaran ini tidak termasuk bayaran sewaan untuk kemudahan lain seperti penggunaan trem, sewaan ruang, gelanggang permainan/sukan, kayak, basikal, wall climbing dan sebagainya;
iii) Diskaun sebanyak 30% kepada pemegang MyKad Warga Wilayah Persekutuan yang bermula dari 29 Januari 2011 sehingga 1 Februari 2011 untuk perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya (Untuk maklumat lanjut hubungi 03‐88885539);
iv) Lawatan berpandu ke tempat‐tempat menarik di sekitar Putrajaya dengan menaiki bas Nadi Putra secara percuma bermula dari I‐Center Dataran Putra pada 29 Januari 2011 sehingga 1 Februari 2011 (Untuk maklumat lanjut hubungi I‐Center Putrajaya 03‐88877584)
WP LABUAN
-----------------
i) Pendaftaran Keahlian Percuma di Perpustakaan Awam Labuan bermula 1 Februari sehingga 28 Februari 2011
ii) Bayaran secara percuma kepada beberapa kemudahan di WP Labuan seperti di bawah bermula dari 20 Februari 2011 hingga 28 Februari 2011:
-> Kemudahan gelanggang Futsal dan Lawn‐Ball (boling padang)
-> Kemudahan penggunaan Dewan Serbaguna Perbadanan
-> Labuan (kebiasaannya digunakan untuk permainan Badminton dan Majlis‐majlis Keraian)
-> Mini Auditorium Anjung Budaya
-> Peralatan Aktiviti Berkayak
Okeh, banyak sungguh tawaran-tawaran best dioffer pada 1 Februari 2011. Tapi kan best kalau semua offer tu dilanjutkan sampai hujung bulan Februari, barulah Syiokk!!!
Selamat Hari Wilayah Persekutuan...
No comments:
Post a Comment