Sila tatap gambar di atas dengan sepuas hati kau. Tapi sayang ianya hanyalah mimpi pun kalau kau tatap puas2. Aku jer yg dapat pegang ini Nokia X6. Huhu..Kan henpon saya hilang dek kerana kecuaian yg saya rasa "eh, bila masa lak aku jadi cuai tetiba nih". Cara kehilangan hanpon tu rasa cam xlogik and tak tercapai akal nak memikirkan. Sila baca entri kehilangan E71 saya di sini yer. Dan N85 pun sudah terjual dengan harga yg murah.
Apa keistimewaan Nokia X6?
1- Ada Secondary Camera, itu penting!
2- Kalau berangan nak pakai Iphone tp xmampu, pun bole pakai X6 ni
3- Touchscreen ala2 Iphone
4- 32GB internal memory, xpayah nak beli separate memory bagai
5- Music edition
6- 5 megapixel
7- 122g
yang lain-semua lebih kurang sama cam phone zaman ini..
Selepas semalam bergelumang dgn perasaan benci-membenci..ok, straight to the point, pasal kerja dan pekerja-pekerja yang membuatkan saya jadi HULK kaler pink yang ayu, balik saya terus meluahkan pada seseorang kawan opis jugak.Sebab apa saya luahkan kat dia, sebab ramai tak suka dia, so adalah lebih baik, cerita kat dia. Perghhh...lega SIKIT siut..dapat tahu rahsia dia..He3..kantoi beb!
Pastu suami saya balik dengan membawa Soto kegemaran dan Hanphone baru...Okay, sekarang dah senyum smpai telinga..Alhamdulillah, disebalik kekacauan yg berlaku ada juga ketenangan dalam hidup ni...
Hidup xselalunya Indah.Ermmm, macam roda..Kadang-kadang kita kat bawah, kadang-kadang kita kat atas.
Bila kita kat atas, janganlah bangga sngat sampai mendabik dada melupakan apa yang pernah kita lalui sebelum ini. Jadilah ianya sebagai peringatan.
Bila kita dibawah, amiklah iktibar dan banyakkanlah bersabar dan bertawakal kepada Allah swt sebab tak selamanya kita berada dibawah.
Bukan ker hidup lebih mencabar kalau kita diduga macam ni. Sebab tu la manusia dianugerahkan PERASAAN untuk kita bermain dengannya supaya hidup ini tidak kosong semata-mata. Bayangkan hidup ko xde perasaan, sunyi Beb!
Kesimpulan
Semalam segala perasaan bermain-main dengan hati saya. cuma saya perlu berhati-hati supaya tak terlayan dengan perasaan smpai membuatkan saya PERASAN!
Gembirakan hati dengan pic dari henpon baru
Sila abaikan saya yg duduk terkangkang dan rumah yang bersepah macam tongkang pecah
dah macam taman permainan rumah saya kalau kau datang umah
No comments:
Post a Comment