Sejuknyer pagi ni, saya di opis sedangkan ramai yang sudah bercuti kerana esok ialah Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina akan menyusul dalam 3 hari lagi. Just imagine, this big big company, pagi tadi cuma ada 3 orang pekerja yang dtg bekerja. Saya sampai lambat hari ni sebab pagi tadi air sangat sejuk rasa cam nak balik rumah mak saya mandi kat sana, tapi saya kene bersabar untuk 2minggu sampai Water Heater dipasang. Bila mandi rasa macam tuang air batu atas badan je ok..Sejuk mak aiii!!!
Tolonglah seseorang tutup air cond kat opis ni bole??
Sekarang ni musim hujan, semalam satu hari hujan turun tak berenti dan takde pun kain baju yang bersidai di ampaian, so, saya letak depan kipas jer, janji kering.
Semalam kat Labis, Johor kan ada pilihanraya kecik, hujan-hujan pun dorang redah untuk mengundi. Dah jadi kewajipan kan...Sudahnya BN menang, xbole cakap apa la kan..rezeki masing-masing.
Marilah Mari, Pergi Mengundi, Tunaikanlah Kewajipan Pada Negara <--sila nyanyi
Korang yang dah 21 ke atas, dah mendaftar sebagai Pengundi belum? Sudah <--Tahniah..
eiii...tolongla sejuk teramat sangat skrg ni..jari-jemari pun keras nak menaip...
Rasa macam ada snow turun daaa..abis basikal saya kene snow..Cewah, berangan konon2 Europe la sebab ada salji kot kat sana kan?..
Padahal hujan je ko nih..tunggu mulut kuar asap dulu, baru bole dikatakan sejuk tahap gaban
No comments:
Post a Comment