Wednesday, November 26, 2014

Akhirnya Nuffnang dah RM0.00

Selepas bertahun-tahun berblogging, kejap meroket kejap sendu pastu meroket balik pastu sendu balik, akhirnya saya cash out kan income dari Nuffnang. Total tadi lupa nak screenshot. Ada juga dalam RM141 camtu. Ok, time-time macam ni sapa nak bagi kan?

Jadi kena mulai baliklah perjalanan mengumpul pendapatan melalui blog. Tapi jiwa dan hati ni tetap masih sendu dan takde semangat nak menaip lagi. Oh, kemarilah semangat ku yang dulu laju menekan papan kekunci ini. Oh idea, kemarilah kau. Hahaha...

Kita tunggu duit masuk je la dulu kan. Nanti kita belanja awak awak awak dan awak..

Grand Ihtifal Litlle Caliph Bandar Seri Permaisuri

Akhirnya dah habis Luqman belajar kat Litlle Caliph. Tetiba teringat masa memula hantar dia kat sana rasa macam comel je, tapi sekarang masih comel dan tambah hensem sikit. Sikit je la kan...

Perasan tak, kalau kita dulu-dulu panggil hari Penyampaian Hadiah Akhir Tahun, Hari Anygerah Cemerlang, tapi zaman sekarang ni kita lebihkan penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan kita semua. Salah satu yang sekolah-sekolah swasta yang islamik biasa gunakan ialah perkataan Ihtifal. Ihtifal tu mengikut kefahaman saya ialah macam upacara keraian atau majlis dan sebagainya yang berkaitan. Baguslah, sekurang-kurangnya kita belajar sikit-sikit Bahasa Arab kann...

Ini kad jemputan untuk ibu bapa. Mereka buat sendiri. Cikgu zaman sekarang kena kreatif. Asyik-asyik bagi sehelai kertas untuk sampaikan maklumat. Cer buat cantik-cantik, sedap mata memandang yer...He3

Disebabkan saya sekarang dah ada baby, so memang tak kuasa sangat nak pegang handphone macam mak-mak lain ambil gambar. Jadi suruh ayah je yang ambil gambar dia, jadinya semua gambar dalam telefon ayahnya la kan...Hahaha..Nanti jer la kita upload pic Luqman kat sini.

Tapi meh kita layan sikit persembahan lagu "Allah Kuasa Makhluk tak Kuasa" dari Luqman dan kawan-kawan 6tahun.

video


Sabar la yer...

Saturday, November 22, 2014

Apa nak buat Cuti Sekolah ni?

Assalamualaikum semua, :D:D:D

Tak tau lagi samada tangan ini masih kreatif untuk mengarang semula cerita-cerita yang best untuk dikongsi bersama-sama. Take, slow-slow balik macam dulu, insyaAllah lama banyaklah idea yang nak dicurahkan tu. Sedangkan parang kalau sering diasah boleh tajam, inikan pula otak manusia. Eh, betul ke ayat saya tu? 

Ermm..lama tak menaip. Macam seronok je tekan papan kekunci ni. Tap..tap...tap. Oh idea, mengalirlah dikau didalam kepala otak ku ini. oh idea..Oh idea...come to mama please.

Cuti sekolah dah bermula korang. Mereka yang dah ada anak tu mesti terfikir-fikir nak bawak anak pi jalan-jalan celah mana kan? Ermm...sama la macam aku ni. Yang takde anak lagi tu, mesti korang terasa macam "Huk aloh, pehal ramai budak-budak merayau/melepak/menyemak dan seantero dengannya ada kat sini?". Kan..kan..kan? 

Sebenarnya saya tak suka nak pergi bercuti kemana-mana waktu cuti persekolahan. Sesak, padat dan mampat kalau pi mana-mana. Buat masa ni, kita duduk rumah dulu la yer anak-anak. Planning activity for my kids at this moment :

1) Tengok TV puas-puas. Ingat nak beli channel Astro yang untuk Kids tu. Tengah memikirkan ni. Berbaloi ke tidak dok menghadap TV dopolopat jam.

2) Main tablet puas-puas.

3) Belajar membaca time ibu ada mood nak mengajar. Huhuhu...nasib ko la anak.

4) Tengah berpikir lagi........

Owh ye, sekarang ni ada Karnival Upin&Ipin sedang berlangsung kat PICC Putrajaya. Bawala anak-anak korang kesana. 


Banyak aktiviti-aktiviti best kat sana dengonyer. Ada perarakan maskot Upin Ipin dan Ultraman. Saya?, memang tak dapatlah nak pergi sebab ada baby 6 bulan ni ha. Opss...dah ada baby uuu...Ok, itu cerita lain. Tapi pasal Karnival ni, kawan saya kata memang sesak padat dan mampat la. Berlaga-laga bahu kau. Nak tengok show pun susah sebab ramai sangat. Pastu banyak budak hilang la. Erm...biasala tu bila bawak anak kat tempat ramai-ramai ni kan?

Betul betul betul


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...