Wednesday, November 26, 2014

Grand Ihtifal Litlle Caliph Bandar Seri Permaisuri

Akhirnya dah habis Luqman belajar kat Litlle Caliph. Tetiba teringat masa memula hantar dia kat sana rasa macam comel je, tapi sekarang masih comel dan tambah hensem sikit. Sikit je la kan...

Perasan tak, kalau kita dulu-dulu panggil hari Penyampaian Hadiah Akhir Tahun, Hari Anygerah Cemerlang, tapi zaman sekarang ni kita lebihkan penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan kita semua. Salah satu yang sekolah-sekolah swasta yang islamik biasa gunakan ialah perkataan Ihtifal. Ihtifal tu mengikut kefahaman saya ialah macam upacara keraian atau majlis dan sebagainya yang berkaitan. Baguslah, sekurang-kurangnya kita belajar sikit-sikit Bahasa Arab kann...

Ini kad jemputan untuk ibu bapa. Mereka buat sendiri. Cikgu zaman sekarang kena kreatif. Asyik-asyik bagi sehelai kertas untuk sampaikan maklumat. Cer buat cantik-cantik, sedap mata memandang yer...He3

Disebabkan saya sekarang dah ada baby, so memang tak kuasa sangat nak pegang handphone macam mak-mak lain ambil gambar. Jadi suruh ayah je yang ambil gambar dia, jadinya semua gambar dalam telefon ayahnya la kan...Hahaha..Nanti jer la kita upload pic Luqman kat sini.

Tapi meh kita layan sikit persembahan lagu "Allah Kuasa Makhluk tak Kuasa" dari Luqman dan kawan-kawan 6tahun.



Sabar la yer...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...