Monday, January 31, 2011

Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak


Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

So what can you do now?

  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.
*************************************************************************************
COPIED

Tahun Arnab

Siapa yang lahir tahun Arnab?? Owh, adik aku no 3, lahir tahun Arnab. Di bawah ialah antara detail tentang those who was born on tahun Arnab

Kedudukan zodiakke-4
Waktu naungan5 – 7 pagi
Mata anginTimur
Musim dan bulanMusim bunga, Mac
Bulan qamari6 Mac hingga 4 April
Zodiak Barat yang bersamaanPisces
PolaritiYin
Sifat positifPeka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik, berjiwa seni
Sifat negatifTidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, hipokondria, naif, pengecut, mudah terpedaya
Paling serasiKhinzir, Kambing
Sederhana serasiAnjing, Arnab, Ular, Kuda
Tidak serasiNaga, Tikus, Ayam, Lembu, Kera, Harimau
Tahun Arnab adalah tidak serasi dengan Tahun Tikus, saya Tahun Tikus dan bukan Si Tikus.

En Sepol bersama Arnab

Saya bersama Arnab, kami serasi okay

Tu jer gambar kami bersama Arnab kat Rabbit Park, Bukit Tinggi. Coretan ini hanya untuk sesuka hati saya. Jadi, plz dont take it serius sampai mempengaruhi kehidupan anda yer! Apa tahun pun anda lahir, anda tetap manusia, bukan arnab, atau tikus, atau harimau, atau babi atau lain2 binatang yang ada tahun tersendiri.


Kami sudah 3 tahun bersama

Esok, 2 feb 2011 genaplah saya dan En Sepol bersama sebagai Suami dan Isteri selama 3 tahun. Kejap je masa berlalu, dan kami telah mempunyai 2 cahayamata, Boy and Gurl. kami juga masih menetap di rumah Mertua, sebab kami menantu manja. Eh koooo, sedap je kata manja eh?..Kami MENJAGA MERTUA, tu baru betul.


Our first son

Our second Daughter

Mereka lah pelengkap dan kebahagiaan bagi kami. Ini membuktikan kami ibu bapa yang subur...Ekekek.....Alhamdulillah, semua ini rezeki dari Allah s.w.t
***********************************************************************************

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujimu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

*
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Hari Wilayah Persekutuan 2011

Esok, 1 februari 2011, ialah Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Makanya, esok juga adalah hari Cuti Awam untuk semua rakyat yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur walaupun kau seorang yang lahir di Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, you are entitled for Holiday. Sila jerit HOOORAYYY!!! Tapi sesiapa yang bekerja di luar kawasan Kuala Lumpur, sila bekerja dengan penuh dedikasi..ekekekek...Tapi kan, banyak jalan ditutup untuk raptai. ok, apa kene mengena jalan ditutup dengan orang nak pergi kerja, jalan sesak2 datang lambat sampai kene maki dengan bos? Bos pun maki sebab dia pun terlambat...Ok, sabar itu separuh dari Iman. Orang yang suka orang buat orang lain bersabar ialah orang itu takde iman?Ngeh3..

kau tau tak ni bendera apa? Inilah bendera Wilayah Persekutuan. Honestly, saya pun baru tau. tu pun dapat dari SINI.

Wilayah Persekutuan adalah Gabungan 3 (tiga) Wilayah iaitu
1- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2- Wilayah Persekutuan Labuan
3- Wilayah Persekutuan Putrajaya

Korang tau tak apa tema Hari Wilayah Persekutuan tahun ni a.k.a 2011?

1WILAYAH PERSEKUTUAN MENJUARAI TRANSFORMASI

Sempena sambutan tahun ni, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan bandar bersama DBKL, Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya nak bagi Goodies antaranya ialah :

WP KUALA LUMPUR
------------------------
i) Diskaun sebanyak 50% ke atas kadar sewa bagi penggunaan kemudahan‐kemudahan DBKL seperti Gelanggang Sukan, Dewan Serbaguna, Pusat Komuniti sepanjang bulan Februari 2011 sahaja. (Nota: Termasuk kepada pengguna yang telah membuat tempahan dan bayaran bagi penggunaan dalam bulan Februari 2011).

ii) Keahlian percuma Perpustakaan Kuala Lumpur bagi pendaftaran yang dibuat sepanjang bulan Februari 2011.

iii) Diskaun sebanyak 50% untuk bayaran masuk ke KL Bird Park, Taman Tasik Perdana pada 1 Februari 2011 sahaja.

iv) Tambang percuma bagi warganegara Malaysia dan diskaun 50% ke atas warganegara asing/pelancong bagi menaiki bas KL Hop On Hop Off pada 1 Februari 2011 sahaja.

v) Menara Kuala Lumpur pada 1 Februari 2011 sahaja – Bayaran masuk untuk Warganegara Malaysia (kanak‐kanak dan dewasa) ke dek pemerhati sahaja sebanyak RM10.00 seorang. Manakala warganegara asing/pelancong dikenakan RM31.00 seorang untuk dewasa dan kanak‐kanak RM23.00 seorang bagi pakej kombo (auditorium/kampong budaya dan dek pemerhati)

vi) Konsert‐konsert yang akan dianjurkan oleh DBKL di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana bermula 1 Februari dibuka secara percuma kepada orang ramai.

vii) Yayasan Wilayah Persekutuan akan memberi kupon makan secara percuma kepada 2000 pengunjung pertama pada 29 Januari 2011 di Dataran Merdeka sempena Majlis Pelancaran Sambutan HWP 2011

Nota Nurra : Mesti ramai yang serbu tempat-tempat camni, im prefer to be at home.


WP PUTRAJAYA
--------------------
i) Festival jualan (jualan murah) di Putrajaya bermula pada 29 Januari sehingga 28 Februari 2011 di Alamanda dan Mydin Putrajaya;

ii) Bayaran masuk secara percuma bagi pelawat‐pelawat ke Taman‐ taman Awam Putrajaya pada 29 Januari 2011 sehingga 1 Februari 2011. Walau bagaimanapun, pengecualian/kelonggaran ini tidak termasuk bayaran sewaan untuk kemudahan lain seperti penggunaan trem, sewaan ruang, gelanggang permainan/sukan, kayak, basikal, wall climbing dan sebagainya;

iii) Diskaun sebanyak 30% kepada pemegang MyKad Warga Wilayah Persekutuan yang bermula dari 29 Januari 2011 sehingga 1 Februari 2011 untuk perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya (Untuk maklumat lanjut hubungi 03‐88885539);

iv) Lawatan berpandu ke tempat‐tempat menarik di sekitar Putrajaya dengan menaiki bas Nadi Putra secara percuma bermula dari I‐Center Dataran Putra pada 29 Januari 2011 sehingga 1 Februari 2011 (Untuk maklumat lanjut hubungi I‐Center Putrajaya 03‐88877584)


WP LABUAN
-----------------
i) Pendaftaran Keahlian Percuma di Perpustakaan Awam Labuan bermula 1 Februari sehingga 28 Februari 2011

ii) Bayaran secara percuma kepada beberapa kemudahan di WP Labuan seperti di bawah bermula dari 20 Februari 2011 hingga 28 Februari 2011:
-> Kemudahan gelanggang Futsal dan Lawn‐Ball (boling padang)
-> Kemudahan penggunaan Dewan Serbaguna Perbadanan
-> Labuan (kebiasaannya digunakan untuk permainan Badminton dan Majlis‐majlis Keraian)
-> Mini Auditorium Anjung Budaya
-> Peralatan Aktiviti Berkayak

Okeh, banyak sungguh tawaran-tawaran best dioffer pada 1 Februari 2011. Tapi kan best kalau semua offer tu dilanjutkan sampai hujung bulan Februari, barulah Syiokk!!!

Selamat Hari Wilayah Persekutuan...

Sejuk Tahap Gaban

Sejuknyer pagi ni, saya di opis sedangkan ramai yang sudah bercuti kerana esok ialah Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina akan menyusul dalam 3 hari lagi. Just imagine, this big big company, pagi tadi cuma ada 3 orang pekerja yang dtg bekerja. Saya sampai lambat hari ni sebab pagi tadi air sangat sejuk rasa cam nak balik rumah mak saya mandi kat sana, tapi saya kene bersabar untuk 2minggu sampai Water Heater dipasang. Bila mandi rasa macam tuang air batu atas badan je ok..Sejuk mak aiii!!!

Tolonglah seseorang tutup air cond kat opis ni bole??

Sekarang ni musim hujan, semalam satu hari hujan turun tak berenti dan takde pun kain baju yang bersidai di ampaian, so, saya letak depan kipas jer, janji kering.
Semalam kat Labis, Johor kan ada pilihanraya kecik, hujan-hujan pun dorang redah untuk mengundi. Dah jadi kewajipan kan...Sudahnya BN menang, xbole cakap apa la kan..rezeki masing-masing.

Marilah Mari, Pergi Mengundi, Tunaikanlah Kewajipan Pada Negara <--sila nyanyi
Korang yang dah 21 ke atas, dah mendaftar sebagai Pengundi belum? Sudah <--Tahniah..

eiii...tolongla sejuk teramat sangat skrg ni..jari-jemari pun keras nak menaip...

Rasa macam ada snow turun daaa..abis basikal saya kene snow..Cewah, berangan konon2 Europe la sebab ada salji kot kat sana kan?..

Padahal hujan je ko nih..tunggu mulut kuar asap dulu, baru bole dikatakan sejuk tahap gaban

Friday, January 28, 2011

Lembing Awang Pulang ke Dayang

Hari ini kita berbicara sedikit tentang Sejarah Lembing Awang Pulang ke Dayang. Actually, it was requested by En Sepol. Setiap hari kami sekeluarga menonton filem Magika, sebab budak berdua tu mmg suka cerita tu sebab ada lagu, so, kami as mak bapak pun layan and enjoy dengan movie tu.

Salah satu adegan tu ada watak Awang (lakonan Norman Hakim) tersalah baling lembing tercucuk kat badan Mahsuri (lakonan Vanida Imran). So, En Sepol pun ada perasaan curious tentang sejarah Awang Lembing, sebab dia kata memang tak tahu langsung sejarah Awang Lembing. Saya pernah dengar tapi tak tahu pun jalan cerita.

Berdasarkan pencarian di Google, saya terjumpa kisah Awang Lembing pulang ke Dayang untuk tatapan dan bacaan En Sepol...Nah, amik kau!

************************************************************************************
Tragedi Lembing Awang pulang ke Dayang membabitkan cinta tiga segi berlaku sekitar 1776 di Muar, apabila tunangan Awang dirampas anak penghulu, Bachuk

CINTA sejati membawa ke mati..demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati.

Begitulah kisah benar 'Lembing Awang Pulang ke Dayang', yang berlaku kira-kira 232 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagi penduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunya peristiwa yang meragut 99 nyawa.

Peristiwa berdarah membabitkan cinta tiga segi itu berlaku sekitar 1776. Ia membabitkan seorang pemuda dikenali sebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yang cuba merebut cinta seorang wanita, Dayang.

Kisah sedih itu bermula apabila dua keluarga bersaudara yang tinggal di Parit Raja dan Parit Besar masing-masing bersetuju menjodohkan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang. Pasangan itu ditunangkan dalam satu majlis disaksikan penghulu dan pembesar kampung.

Adat resam kampung itu menetapkan, pemuda yang ingin berkahwin perlu merantau mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awang juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang, Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburu termasuk Bachuk.

Persengketaan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancang membalas dendam, apatah lagi bunga pujaannya, Dayang juga sudah menjadi tunangan musuh sekampungnya itu.

Anak penghulu itu berpakat dengan nakhoda kapal yang membawa Awang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang mengatakan pemuda itu mati dalam pertarungan di lautan negeri Bugis.

Sebaik saja berita itu diterima keluarga Dayang, penghulu mendesak supaya pertunangan mereka dibatalkan segera. Sudah adat kampung, anak dara berusia lebih 15 tahun dianggap anak dara tua.

Desakan dan ugutan membuatkan keluarga Dayang bersetuju menerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan hari persandingan. Sedangkan ketika itu, Awang di perantauan bertungkus lumus mencari rezeki dan ilmu sebagai bekalan berumah tangga.

Sepanjang tempoh merantau, Awang juga menuntut ilmu persilatan sehingga menang dalam beberapa pertandingan. Awang juga dianugerahkan dua bilah lembing iaitu panjang dan pendek yang menjadi pusaka kerajaan Bugis serta bungkusan wang. Mengikut sumber lain, kedua-dua Lembing itu mempunyai nama iaitu Lembing Laki dan Lembing Bini.He3, ketawa sekejap...

Tiba masanya, Awang kembali ke tanah air dan sepanjang perjalanan Awang banyak membantu nakhoda kapal yang dinaikinya menewaskan lanun dan dianugerahkan sebuah perahu untuk ke darat.

Sudah tentu kepulangannya menimbulkan tanda tanya kerana rakan dan keluarga dimaklumkan Awang mati di perantauan tetapi tiba-tiba muncul semula. Menariknya hari kepulangan Awang itu juga adalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang.

Sesetengah sejarah berpendapat Awang pulang beberapa hari sebelum persandingan dan menunggu masa menyerang Bachuk. Ada pula yang mengatakan Awang pula tepat pada hari persandingan dan terus menuju ke majlis itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, Johor, Khamis Juned, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi generasi terdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan mengahwinkan anak gadis mereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh dijanjikan.

“Sebenarnya tempoh pertunangan itu masih kurang sehari daripada tempoh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itu Awang belum pulang dan memang dia merancang mengotakan janjikan untuk pulang tepat pada masanya,” katanya.

Sebaik saja Awang mengetahui tunangannya dirampas Bachuk, beliau terus ke rumah pengantin dan melihat orang ramai memenuhi segenap ruang menyaksikan persandingan dua mempelai itu.

Ketibaan Awang mengejutkan banyak pihak terutama keluarga pengantin. Awang mencabar Bachuk bertarung di gelanggang dan belum sempat pengantin baru menyahut cabaran, lembing Awang terus menikam dadanya.

Bachuk sempat mencabut keris di dadanya dan membaling semula ke arah Awang tetapi terkena tetamu lain. Lembing itu dicabut mangsa kedua dan dibaling semula ke arah orang lain, seolah-olah lembing terbang untuk meragut nyawa sebahagian besar tetamu dan yang terakhir ialah bapa Dayang.

Bapa Dayang menyerahkannya kepada Dayang yang sedang menangis melihat tragedi berdarah tidak disangka berlaku di depan matanya. Anehnya, lembing itu seolah-olah mati sebaik saja berada di tangan Dayang. Antara yang terkorban ialah bapa Dayang, ibunya, ibu bapa Awang dan ibu bapa Bachuk.

Disebabkan lembing meragut 99 nyawa itu diserahkan kepada Dayang, pengkaji sejarah menamakan tragedi itu sebagai Lembing Awang Pulang ke Dayang.

“Semua mangsa dikebumikan dalam kubur besar di sebuah kebun di Parit Raja dan digelar Makam 99. Kubur itu tidak bertanda tetapi penduduk di situ percaya ia memang terletak di situ,” katanya.

Akhirnya, Awang lari membawa diri dan bertempur dengan pengikut Bachuk di pangkalan manakala Dayang tidak berkahwin hingga ke akhir hayat. Lembing itu disimpan Dayang dan diwarisi keluarganya.

INFO:
Kejadian berlaku di Padang Terbakar, Muar

Semua mangsa korban dikebumikan di sebuah kebun di Parit Raja dan dikenali sebagai Makam 99.
************************************************************************************

Kesimpulannya, Janganlah menganggu tunang orang atau bertunang dengan tunang orang selagi dia belum putus tunang dan begitu juga yang sudah bertunang menggatal carik orang lain untuk dikahwini selagimana belum putus tunang kerana hukumnya adalah HARAM

Okey, kampung ayah saya ialah di sekitar kawasan Parit Raja, Muar. Tapi serius memang tak tahu pun kawasan itu ada sejarah dan sejarah itu datang dari kawasan itu.

To En Sepol, Boleh la kita balik Kampung kat Johor dan melawat Makam 99...ekekekek...


Wednesday, January 26, 2011

Hamster Kangaroo

Hari ni saya singgah lagi ke rumah bos saya di kampung Warisan dan sempat merakamkan aksi salah seorang penghuni rumah kat sini. Sebenarnya dari memula datang tengok macam kelakar la. Tapi sayang tak tau apa nak panggil.


Hamster tapi lompat-lompat cam Kangaroo..so, saya gelarkan Hamster Kangaroo...Comel dan kelakar sebab tengok dia tak penat berlari ke kiri dan ke kanan non stop.

Just around the corner

Bukan maksud "Hanya Di sekeliling Sudut" yer...ekekek, macam la kami tak reti Pn Syida oit..
Sebenarnya, our Wedding Anniversary dah nak dekat, tapinya saya takde apa2 preparation or agenda nak celebrate macam mana. Sebab kitaorang dah planning untuk bercuti to somewhere in Malaysia and around February. Bila dan dimana? Tunggu...

Agak2 kau yang membaca blog ini, ini tahun yang keberapa kami sambut Ulangtahun Perkahwinan? Kalau dapa teka, nanti saya bagi hadiah...PROMISE!!

Untuk rujukan, jemput ke blog lama saya di SINI. Jadi dah bole teka?

Terbuka untuk pembaca blog saya. Cess, macam pertandingan sudah..

Ni pic masa 2nd time jumpa terus tgk Midnite Show cerita Cicakman
sooo sweeeeeettt....

Jadi Penyibuk

Semalam dalam pukul 5.20pm, saya dah bersiap-siap kemas meja opis nak balik rumah. Tetiba dapat call dr kawan, katanya ada keje last minit. Ish, pantang tol kalau ada pasar malam kat umah, pastu kene stayback even 30minit. Demi kerja yang kucintai, aku pun buat jugak walaupun kejap-kejap kawan aku tu call membebel suruh buat camtu la camni la. Buat kerja smpai kat umah bos di Kampung Warisan. Tau dok kat mane Kg Warisan? Kat Setiawangsa. Walaupun dulu bole dikatakan tiap2 hari lalu situ, tapi saya tak pernahla masuk dalam situ. Kalu kau masuk dalam tu, mesti akan terpikir "Ada jugak tempat macam ni dalam KL ni eh?". A ah ler, tapi orang yg poket ratus riban jutas jer kot bole beli umah kat situ. Kalau setakat Pembantu macam saya ni, sila berangan dan susun strategi dulu yer. Semua orang adalah mampu, tapi mampu kah kita melakukan pengorbanan untuk semua itu. Fikir-fikirkan lah kalau nak hidup senang dan merasa syurga dunia yang sementara.

The weird thing i saw, banyak kereta-kereta yang mahal2 tersadai kat bawah pokok2. Ermmm, taknak pakai, bagi la somebody yang ada lesen tapi xmampu beli keta. Saya? ngak mau la..sebab tak minat kereta orang...Ngeh3...ntah pa pe je saya nih.

Semua yang datang sini, mesti akan kencing kat umah ni. Means semua akan masuk dalam toilet melepaskan hajat. Tak tau la kenapa. mungkin tetiba rasa sihat sebab dapat sedut banyak oksigen.

Inilah bilik kawan saya..si Ijat tuh
Jangan salah sangka, kami dtg beramai-ramai atas urusan kerja

Sudahnya balik rumah kol 7pm dan sampai umah kol 8.10pm. Apa kene-mengena ngn tajuk entri ni? Okeh, si Penyibuk. Camne nak tau ciri-ciri Penyibuk? (refer pada diri sendiri)

1-Masuk umah jer, mata dah melilau tgk keadaan sekeliling
2-Sibuk-sibuk nak masuk bilik
3-"eee...cantiknyer" , "eh, beli kat mana nih?", "eh, bole letak camni eh?", "laa, kecik je eh" dan banyak lg la komen-komen ala-pengadil tak setanding eric.
4-Sibuk nak masuk toilet, kencingla, berakla...he3..terkena pada diri sendiri..

Ala-ala begitulah perangai si Penyibuk...Owh, penyibuk nyer la aku nih.

SUKA HATI AKU LAAAA....KO DULIK APAAA!!!

Monday, January 24, 2011

Water Heater

Sekarang ni musim sejuk dah semakin berlalu, maksud saya musim hujan-hujan yang mebuatkan cuaca dingin sentap sampai ke tulang-belulang. Bukan sejuk sampai turun salji yer.

Sekarang ni sudah masuk musim panas, maksud saya musim yang kurang hujan yang membuatkan kalau ko jalan2 ke taman akan kuar peluh sambil kibas baju konon boleh sejuk ala2 musim sejuk.OK, mengarut sudah.

Time ni jugak saya sibuk nak pasang Water Heater kat bilik air, sebab dah tak tahan sangat nak mandi air yg sejuk tiap2 pagi. Timing utk pasang pun memang dah set, 17 Feb ni, Bapa Mertua saya akan flite ke Sarawak for few days. Alhamdulillah, ni la masanya utk memasang ayaq panas nih. Teringat kata-kata dia dulu :

" Selagi abah belom mati, mak tak mati, ko toksahla nak renovate2 rumah, pasang apa2 kat rumah. Kalau nak buat, tunggu mak abah mati dulu, tau?"

ok, ni pun ayat sentap jugak bg saya. Jadinya, saya sama En Sepol nggak bisa berbuat apa2 sama rumah yg saya duduk sekarang ini. Apalagi hendak membeli perabot-perabot, bisa dileterin sepuluh hari sepuluh malam dong! Jadi, sementara dia pergi ke Sarawak, kami akan pasang jugak Water Heater walaupun bisa dimarahin olen dia kapan pulang nanti.OK, speaking Indon sekejap.


Selepas survey beberapa brand, i'm decided nak pasang yg sebijik cam kat umah saya di Taman Melati, tapi lepas dah contact supplier, dia rekmen brand lain. Brand kat atas, BEEBEST, Nano Platinum, Anti bacterial Protection OK!, RM399 with pump skali ngn Installation RM150 (sebab takde powerpoint), awal-awal dah ketepikan duit sebanyak RM550 untuk Water Heater. Bole saya mandi dengan tenang dan ENJOY! OK, saya mengaku, kalau sejuk, saya mandi cam xmandi jek. Pastu banyak kali, saya pergi keje lambat sebab saya tak sanggup mandi kat rumah Cheras, pepagi saya pergi rumah mak saya semata-mata nak mandi air panas, sebab umah mak saya ada air panas..Jeles OKAY! Lagi satu, kalau balik umah mak saya, saya akan mandi almost 1 Jam untuk mandi sebersih-bersihnyer...No wonder bil air mahal...Keh3

Korang tau apa kebaikan Mandi Air Panas??Meh saya elaborate satu persatu

  1. Dapat membersihkan badan ~ of cos la kan
  2. Memberi ketenangan semasa mandi
  3. Mengeluarkan racun ~ Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
  4. Selesema dan Sakit Kepala ~ Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit
  5. Mencantikkan kulit dan rambut ~ Most saloon or spa pakai air panas kan??
so, mmg bestla kalau dah pasang air panas nanti.EeEeEe...tak sabar siut. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah swt atas segala urusan. Amin

*Nak pasang aircond xdapat, so pasang Water Heater laa...

Musim Demam

Sabtu lepas, Luqman tetiba asyik menguap masa kitaorg tgh shopink barang-barang rumah kat Tesco. Satu perkara yang sentiasa menjadi pelik ialah tiap kali shopink even kat TESCO, even amik sikit barang, even dah budget giler2 dan kaww punya, expenditure tetap melebihi RM100 dan keatas. Nampak sangat barang-barang takde yg turun harga semua tetap naik dan akan naik akan naik dan akan naik. Brape kali mau ulang daa..

okeh, back to Luqman. Dia demam on Saturday. Malam minggu kitaorg tidur kat Umah nenek di Taman Melati, dan dia buat hal, merengek-rengek tak tentu pasal. Naik mengong sekejap melayan budak demam kan. So, saya amik keputusan utk bawak ke Klinik Idzham kat Ong Tai Kim. Sekali masuk kereta atuk dia, terus sihat daaa...Pastu smpai Klinik tu, mak aihh, ramai sgt orang, then saya decide untuk beli ubat jer. Sebab malas nk menunggu lama. Zaman sekarang adalah zaman penyakit, cuba tgk mana2 klinik atau Hospital, ada ker yg kosong??? Kalau ada, tolong bgtau saya, bole saya gi Klinik tu, best la sbb takpayah amik turn.

Ahad pun demam sikit, minum susu ngak mau, makan ngak mau, layan kan ajer...Ahad malam, En Sepol menjemput kitaorg balik ke rumah, lepas tu layan Magika, tetiba En Sepol berkata

"Ibu ni kalau adik demam, amik Leave, Kalau Abang Luqman demam tak cuti pun"

okeh, this statement make me SENTAP sekejap!betul gak kan cakap bapak dia tuh..Why eh?
ada sebab kenapa saya tak cuti bila Luqman demam kecuali demam teruk jer.

  • SATU ~ Luqman ialah budak Lelaki, sulung pulak tuh, He has to be INDEPENDENTt and STRONG.
  • DUA ~ Dia dijaga dan ditatang bagai minyak yg penuh oleh Tok & Tok Wan dia. So, no worry kalau orang yg menjaga ada pertalian darah dengan dia.
  • Dia boleh melawan penyakit dia dengan sendiri xmacam adik dia yg nak berkepit 24jam.
Itulah antara sebab saya tak bercuti menjaga Luqman yang sedang tidak berapa sihat. Musim kan sekarang nih..

Luqman yang suka mengigit puting botol smpai bocor.
1 hari, 1 teat, botak kepala ibu ko nih sayang!


Jaga Kesihatan Anda!


Sunday, January 23, 2011

Sayur Meranti

Saya baru jer lepas siang sayur Meranti untuk dibuat lauk tengahari ni. Sayur Meranti? Wat is dat, huh??

Inilah rupa sayur meranti, tapi dah layu

Ciri-ciri Sayur Meranti ini ialah ada biji-biji hijau dan bunga-bunga putih tu

Sayur ni memang sedap kalau digoreng bersama Cili Padi..meletup nokss! Since sayur pun dah layu, so banyakla daun dah kuning kan, sebab beli semalam, then xsempat nak menyiang sayur ni sebab semlm banyak nau rezeki masuk.So, saya pun dok bebel la sket, sbb daun kuning2 ni kan, tetiba abah saya memluahkan ketidakpuasan terhadap beberapa gerai yang menjual lauk, kalau diorang siang sayur, yg layu-layu pun masuk skali dalam masakan. Ermm, sebab tu saya memang jarang sgt2 makan nasi campur. ker korang tak perasan or tak ambil tahu??main belasah jer makan eh??



Friday, January 21, 2011

Manusia Perlukan Tidur 8jam?

Kebanyakan kajian yang dilakukan mendapati kalau kita memperolehi tidur yang mencukupi 8jam, kita akan memperolehi :

1-Badan yang langsing ~ auww...
2-Kesihatan yang Optima ~ auww...
3-Kulit dan rambut yang cantik ~ auww...
4-Memperbaiki otot-otot dan saraf-saraf yang letih ~ auww...
5-Lebih cergas apabila bangun dari tidur ~ auww...

tu jer yang ingat antara khsiat-khasiat tidur cukup 8 jam sehari. Honestly, saya pun percaya dengan tidur 8 jam sehari adalah sihat untuk kita sebagai manusia ini. Tapi baru-baru ini, saya mendapati, tidur 8 jam adalah sudah tidak rasional atau tidak boleh diguna pakai. Sebab apa?

1-Hari Selasa pagi, saya terdengar satu ceramah agama di TV9, tidur melebihi 4 jam, akan meningkatkan risiko penyakit Stroke. Sel aktif kanser akan mulai aktif selepas 4 jam tidur. Sebab itu, kita digalakkan bangun pagi-pagi untuk melakukan qiammulail di awal-awal pagi sebelum Subuh. Ada hikmah bangun awal-awal pagi sebelum subuh.

2-Kebanyakan student-student Universiti, agak2 kau ada ker yang tidur cukop 8 jam? Kebanyakan mereka tidur dah la lewat, bangun awal pulak tuh. Tapi disebabkan masa saya belajar dulu, saya percayakan tidur 8 jam adalah penting untuk student cam saya nih, so xde maknala time tu saya nak tidur lewat, siap maki member yang memekak main "Jambatan sudah roboh, sudah roboh, sudah roboh". Siut okay, memekak time saya nk tidur.Lalu saya menutup pintu bilik dengan kuat..GEDEGANG!!!!...Ermmm..tapi rindu time2 saya memaki diorang dulu. Rindu banget sama kamu semua ex-IIC.

3-Zaman sekarang ni dah banyak produk kecantikan yang boleh mencantikkan muka walaupun anda tidak tidur 8 jam, so dun wori beb! ..Lagi satu, ramai jek budak2 Clubbing smpai pepagi buta, siap menggogok air kencing setan, bole je kulit still bak telur dikupas. Inject Botox kot!
Ada satu produk yang macam bebola, gelek bawah mata kalau xnak mata macam panda.Beli lah..OK kot..

4-Cerita best2 skrg ni habis pukul 12am or midnite. camne nak tido awal?

5-main facebook, addict kan?

6-Sila fikir sendiri, ada otak kan? ker otak lembab sebab tido berlebihan...:D ~ saya smile

Saya selalu cuba set mind untuk tido awal dan bangun awal. Tapi xbole..so, saya tidur lewat, on weekend bangun pun lambat giler babas. tapi hari keje, nak xnak mmg kene bangun awal.

Mereka yang comel dan kecil seperti didalam pic ini, amatlah sesuai tido 8jam atau lebih.

Secara rumusnya, tak best la tidur lelama sgt. apa tak pening ke kepala otak kalau tidur lama sangat?Adeh...bangunlah wahai anak bangsa ku..Cewahh, ayat cam nak jadi Menteri lak



Wednesday, January 19, 2011

HENTIKAN MENGUMPAT

SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.
Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.
Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud:

Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.

Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.
(riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:

"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

rugi jer okay kalau ko dok semayang penuh 5waktu sehari semlm, tapi masih mengumpat...uishh..berhentilah mengumpat sayang oitt..termasuk diri aku sendiri

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah:

"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.

astaghfirullahalazim...

Hadiah untuk Diri Sendiri


Sila tatap gambar di atas dengan sepuas hati kau. Tapi sayang ianya hanyalah mimpi pun kalau kau tatap puas2. Aku jer yg dapat pegang ini Nokia X6. Huhu..Kan henpon saya hilang dek kerana kecuaian yg saya rasa "eh, bila masa lak aku jadi cuai tetiba nih". Cara kehilangan hanpon tu rasa cam xlogik and tak tercapai akal nak memikirkan. Sila baca entri kehilangan E71 saya di sini yer. Dan N85 pun sudah terjual dengan harga yg murah.

Apa keistimewaan Nokia X6?
1- Ada Secondary Camera, itu penting!
2- Kalau berangan nak pakai Iphone tp xmampu, pun bole pakai X6 ni
3- Touchscreen ala2 Iphone
4- 32GB internal memory, xpayah nak beli separate memory bagai
5- Music edition
6- 5 megapixel
7- 122g

yang lain-semua lebih kurang sama cam phone zaman ini..

Selepas semalam bergelumang dgn perasaan benci-membenci..ok, straight to the point, pasal kerja dan pekerja-pekerja yang membuatkan saya jadi HULK kaler pink yang ayu, balik saya terus meluahkan pada seseorang kawan opis jugak.Sebab apa saya luahkan kat dia, sebab ramai tak suka dia, so adalah lebih baik, cerita kat dia. Perghhh...lega SIKIT siut..dapat tahu rahsia dia..He3..kantoi beb!

Pastu suami saya balik dengan membawa Soto kegemaran dan Hanphone baru...Okay, sekarang dah senyum smpai telinga..Alhamdulillah, disebalik kekacauan yg berlaku ada juga ketenangan dalam hidup ni...

Hidup xselalunya Indah.Ermmm, macam roda..Kadang-kadang kita kat bawah, kadang-kadang kita kat atas.
Bila kita kat atas, janganlah bangga sngat sampai mendabik dada melupakan apa yang pernah kita lalui sebelum ini. Jadilah ianya sebagai peringatan.
Bila kita dibawah, amiklah iktibar dan banyakkanlah bersabar dan bertawakal kepada Allah swt sebab tak selamanya kita berada dibawah.
Bukan ker hidup lebih mencabar kalau kita diduga macam ni. Sebab tu la manusia dianugerahkan PERASAAN untuk kita bermain dengannya supaya hidup ini tidak kosong semata-mata. Bayangkan hidup ko xde perasaan, sunyi Beb!

Kesimpulan
Semalam segala perasaan bermain-main dengan hati saya. cuma saya perlu berhati-hati supaya tak terlayan dengan perasaan smpai membuatkan saya PERASAN!



Gembirakan hati dengan pic dari henpon baru
Sila abaikan saya yg duduk terkangkang dan rumah yang bersepah macam tongkang pecah
dah macam taman permainan rumah saya kalau kau datang umah

Tuesday, January 18, 2011

Abd Rahman

Siapa tak kenal Tunku Abd Rahman? Almost satu dunia kenal dia kan..Kat Malaysia ni dia dikenali sebagai Father of Independence. Kalau kau kata tak tau jugak, alahai kesian nyer la...sila lah buka balik buku Sejarah masa sekolah dulu, atau lagi senang google je..Dunia dihujung jari anda. Bukanlah maksudnya ada donia kat hujung jari kau..maksudnya ialah segala maklumat tentang dunia dari zaman batu smpai zaman bakal anak kau, ada dihujung jari dengan menaip di keyboard.

Tunku Abd Rahman tiada kene mengena dgn entri ini
Sekadar berkongsi Sejarah

Minggu lepas, seseorang yg saya sayangi sangat2, telah pergi ke Tangkak untuk Outstation. Hai, smpai ke Tangkak yer dapat customer. Selepas selesai berurusan, dia telah tetiba diserangi sakit dada dan sukar bernafas. Saya sekeluarga di Taman Melati sedang menikmati spageti bolognese made by Syida. Tetiba nafsu rajin datang tapi seriusly saya mmg xbernafsu dengan spagheti punk! Back to the story...Mak dapat call, and dia bgtau dia sedang ditahan for few hour di Hospital Tangkak. Mak saya dah menggelabah ok..terus zasss pakai baju hantar kereta service tayar kereta yg gelong. Hari tu pi Cameroon dgn tayar yg geylong takde apa2 ok..Tp last minit, dia bgtau supaya tak payah sesebuk datang Tangkak, sebab dia dah Okay skit. So, saya sekeluarga pun sambung melantak makan kopok lekor pulak, tapi dalam hati berdoa semoga dia selamat sampai ke KL.

Malam tu dia smpai ke rumah, itupun selepas semua makanan telah habis dilantak oleh kami adik beradik yg kelaparan.Tapi semua lauk tunjuk kat kedai..paham2la kooo

Bermula cerita dari Dia yg tadi kene tahan kat Hospital Tangkak, rupa-rupanya, angin perut dah naik smpai ke dada lalu mengcengkam ulu hati dan membuat dada sesak untuk bernafas. Ayat paling tatahan saya dengar ialah

"Kalau abah suspect jantung tadi, mesti pagi tadi ialah kali terakhir korang tengok abah kat dunia ni"

Gambar ini pic abah saya
Dia ada kene mengena dengan entri ini

Dia itu ialah Abah yang menjaga saya dari kecil smpai besar dan bila smpai waktu saya nak menggatal lalu dia terus kahwinkan saya dgn En Sepul Lijam.

Owh, sadis dan sedih telinga ini mendengar ayat yg keluar dari bibir ayahanda tercinta.
saat ini baru terpikir samada

satu - pernahkah saya menggembirakan hati ibu bapa saya semasa mereka hidup
dua - pernahkah saya membahagiakan mereka selama ini
tiga - pernahkah saya menjaga makan minum mereka selama ini
empat - pernahkah saya mengambil tahu kesihatan mereka selama ini
lima - pernahkah saya menberi apa yg mereka selama ini inginkan
enam - pernahkah ?
tujuh - pernahkah?

Sila angkat jari telunjuk untuk lap air mata. ooo sekarang baru ko nak sedar eh? Bagusla sedar sebelum terlambat.

Kata-kata terakhir untuk entri ini:

Bahagiakanlah Orang Tua kita selagi mereka masih bernafas di dunia ini. Tanpa mereka Siapalah Kau!

Saya Sayang Abah saya!


Monday, January 17, 2011

Im on Medical Leave

Hari ini saya bercuti menjaga si comel yg tidak sihat gara-gara salah minum susu..Owh luper..sebenarnya syasya dah mula minum susu formula since 10 bulan. Kerana saya sudah kekurangan susu badan dan selalu rasa tak sihat. Jadi hari ni terpaksa la amik Medical Leave demi anak tercinta.

Bayangkan seorang ibu sanggup amik cuti untuk menjaga anak yg tidak sihat even ada babysitter, tapi anak 10orang pun belum tentu menjaga seorang ayah atau ibu yg sakit dan berat rasa hati nak bercuti demi menjaga orang tua mereka kan? saya mengaku saya pun kadang2 macam tu. Tapi bila mak kata mak masak Lemak pucuk ubi, tak sempat mak kelip mata saya dah sampai umah..Hehe..itulah penangan masakan seorang ibu. Apa yang aku perasan, bila aku balik umah mak, benda pertama yang dicari ialah MAKANAN...Biasala, bagi orang yg tak dok ngn mak bapak, itu la kot bende pertama yg dicarik..tak pun masuk bilik air yang boleh mengembalikan nostalgia satu masa dulu yg mana bilik air itu menjadi studio jamming (gayung ketuk baldi...ooo dahsyat siut)..Tapi itu semua pada suatu masa dahulu. Nasib baik xde sapa kutuk sepanjang aku nyanyi,cuma mak aku kata "abisla kalah ziana zain camnih"

Muka syasya on da way to Klinik Alam Damai, all the way to clinic dia dok nangis jer ok..dah naik bengong cam orang gila saya bawak kereta sambil nyanyi lagu "Barney is dinasour..lalalalala...."
lagu feberet dia meh..

Walaupun saya cuti, tapi banyak bende yg perlu diselesaikan. Perjuangan saya masih belum selesai....

Thursday, January 13, 2011

Pantang


mesti semua ingat ni gosip2 pasal orang lepas bersalin, ye la, kan lepas bersalin kene pantang
xbole makan itu, tak bole makan ini, xbole duduk camni, xbole baring camtu, xbole jalan laju2, xbole angkat berat, xbole jogging, xbole joget ala inang muda dan sebagainya

Eh tapi seriusnya, time pantang lepas bersalin baik kau pantang betul2 kalau xnak lepas abis pantang bole jadi macam jaguh angkat berat banyak pack-pack kat perut..eh, bukan pack. Ianya adalah gulungan-gulungan perut yang berlebihan. Memangla akan rimas serimas-rimasnya masa pantang, kan ke xbole pasang kipas, pasang aircond, segala angin la. kalau bole biar badan basah sebab berpeluh. eeee..rimas xtahan ok.


Tapi, stokin saya suka pakai, sebab lepas habis pantang, akan terasa tapak kaki xde kerak-kerak keras kat tumit.

Sebenarnya saya bukan nak isu kan pasal pantang lepas bersalin, cuma pantang orang tua-tua dulu yang kadang-kadang tak masuk dek akal, tak terlihat dek mata. Eh, peribahasa mana daa kau ni..Antara pantang-pantang yg orang tua saya selalu bilang sama saya :

1-Jangan main payung dalam rumah, nanti ular datang
2-kalau lepas abis makan nasi, cepat2 hantar pinggan ke dapur cuci, nanti lambat kahwin
3-Anak dara tak elok duduk depan pintu, nanti bakal tunang tak jadi masuk meminang
4-Jangan menyanyi time basuh pinggan, nanti kawin dgn orang tua
5-Jangan sapu rumah waktu senja nanti rezeki susah nak masuk
6- Pantang duduk atas bantal, nanti bontot naik bisul
7- Jgn menjahit waktu malam, nanti mata rabun atau ko buta terus...haaa...dasat, skrg ko nak ikut pantang haku ke tak mau??!!!
Haku pantang tak menegor nih..
8- Kalau pregnant, jgnla ko sesuka nak lalu bawah ampaian, nanti anak kau gagap..macam Lady Gaga tu...gaga.nganganga..gaga..nganga..uh, rimas i..

owh, banyak lagi la kalau nak senaraikan...ini saje yg saya ingat sebab saya dah lama tak tinggal sebumbung dgn mak sebab dah ada mak mertua. Mak mertua macam tak banyak pantang. Cuma banyak petua, lebih2 lagi petua masakkan.

Kadang-kadang fikir tak logic jugak pantang-pantang orang tua buat nih. Cuma nampak ada kebaikan untuk diri sendiri walau dalam hati mencemuh "Cis, ntah apa2 pantang2 nih".

Aku pun ada pantang jugak..
1-Pantang nampak makanan sedap. Kata je dah kenyang, tapi makan portion besar jugak eh..
2-Pantang nampak SALE, nak beli itu la, ini la...
3-Pantang ada masa lapang, mesti nak tidur
4-Pantang orang pot petpotpet, aku pun nak ikut potpetpotpet jugak

Rajin sudah aku mengsurvey apa itu pantang special utk bakal Pengantin..

1- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
2-Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
3- Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
4- Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
6-Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
7- Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
8- Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.
9- Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
10- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
11- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
12- Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki).
13- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
14- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
15- Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
16- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
17- Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
18- Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
19- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
20- Elakkan minum minuman keras dan merokok.
21- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
22 - Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
23- Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan.
24- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
25- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
26- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
27- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat.
28- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
29- Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama.
30- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
31- Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang.
32- Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
33- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
34- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar.
35- Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
36- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
37- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
38- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
39- Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
40- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
41- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
42- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
43- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Hoh, banyak kan pantang larat untuk bakal pengantin. Tak semua panatng-pantang tu aku ikut, kalau ikut pun satu dua je kot. Pengantin zaman sekarang kan..
tapi kebanyakan pantang jugak sesuai mengikut ajaran Agama kita.Cuma aku rasa nak tambah lagi satu bole?pantang ni adalah wajib dizaman ini di Malaysia.

44- Pantang xde Sijil Kursus Kahwin, hoh! jangan ingat ko bole nikah....pantang tol Tok Kadi bab2 cenggini.

He3....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...