Monday, May 30, 2011

Salma Juara Mentor 5

Marvellous
Mantap
!!!

credit to Utusan Malaysia

Hanya itu ungkapan yang boleh diungkapkan untuk Salma. Mengalahkan Dato' Siti Nurhaliza. Walaupun dia takdelah secantik mana. Tapi vocal dia sangat memukau. Kali ni saya nak jadi juri pulak..Ecewahh..

Lagu pertama
- Sangat gemersik dan suara dia ala-ala Mariah Carey. Memang dia boleh pergi International. Tapi, Salma , ko kene blaja cakap omputih ler lepas ni kalu nak pi Antarabangsa yeh..

Lagu Kedua
- Eh, dia nyanyi lagu apa eh? Lupa daaa..Owh, dia nyanyi dengan Jac. Korang pun tahu yang Jac punya suara adalah mantap dan meletup nokk...Tapi salma berjaya mengekalkan suara dia lagi mantap dari Jac.

Lagu Ketiga
- Best dan saya percaya lagu tu akan Top jugak.

Okay, masa markah juri awam dikeluarkan, saya a bit dissapointed dengan juri awam yang hanya memberikan 16 markah je untuk Salma. Really dissappointed.

Tapi, Alhamdulillah, markah juri professional sangat membuatkan saya happy. Kata professional, macam saya la kan..Ahaks!

Tak sangka, Salma tu mak orang...


Suatu pagi bersama Syasya

video


Anak-anak saya memang takut panas. Sejak kejadian Luqman pegang seterika panas, Syasya pun jadi takut dengan barang atau apa-apa yang panas. Walhal, masa kejadian Luqman pegang seterika, Syasya masih dalam perut. Baguslah Syasya dah amik peringatan awal-awal dari dalam perut.

Sunday, May 29, 2011

Spa Time di S Spa, Mont Kiara

Remember on my previous entry, i bought Milkadeal offer RM48 instead of RM150 and i went to S Spa, Mont Kiara.

You can see this signboard at entrance of lift. Jalan untuk ke Mont Kiara adalah senang bagi sesiapa yang dah biasa kat kawasan-kawasan Masjid Wilayah.

Melangkah masuk ke S Spa kamu dikehendaki memakai selipar tidur. Bukan untuk pergi tidur, tetapi anda akan dilayan sebentar lagi untuk Spa.

Inilah kaunter S Spa. Susah nak tengok ada orang kat kaunter. Maklumla sejak tawaran Milkadeal datang ni. Rezeki mereka mencurah dan memang tak cukup kakitangan untuk melayan pelanggan. Sebab itu kalau sesiapa yang telefon mereka, susah sikitlah nak tunggu panggilan anda akan dilayan. Kira nasib saya dapat menghubungi diorang untuk buat temujanji. Kebetulan hari saya pergi, salah seorang staff S Spa mengambil Emergency Leave. Memang kalau tengok mereka ni dah serupa kartun.

Jadi dengan itu, mereka sekarang ini sedang mencari Pembantu Spa yang berpengalaman. Senang je kot keje dia. Tapi yang bab susah tu ialah Mengurut. Naya la kalau salah urut. Elok-elok sihat,jadi sakit pula. Tapi, Alhamdulillah saya dapat Seorang kakak senior kat situ. Bila dia urut, memang sedap sangatlah badan. Rasa ringan.


Biar saya ceritakan apa yangs saya dapat semasa di S Spa.

Inilah bilik di S Spa. Memang lain sikit dari illustrasi di Milkadeal.

Dia yang melayan saya. Thank u!..Lupa nak tanya nama akak ni.

1- Badan disental menggunakan Garam buatan sendiri. Bukan garam masakan tau. Rose Salt Body Scrub, homemade punya. Kemudian cuci.

2- Sauna selama 20minit. Panas ke tak?..Ermm..ofis tempat saya keje lagi panas. Kejap-kejap kuar sebab rasa panas and mata cam kabur. Nasihat saya, bernafas melalui mulut.

3- Disebabkan ada customer lain dan tak cukup kakitangan. Saya dapat Body Mask for Free. Kalau tak harga dia RM35 or RM40. After a few minutes , rinse your body please.

4- Massage. Memandangkan kakak tu Senior, jadi urut dia adalah sangat sedap dan boleh tahan sakit juga lah pada yang jarang mengurut badan. Nasib baik saya setiap bulan mengurut, jadi takda lah terasa sakit sangat.

5- Mandi time. Bersihkan diri dari minyak-minyak urut tadi. Sangat FRESH! dan pakai baju lepas mandi.

6-Facial time. Menggunakan produk homemade. Masa ni saya dapat Gold Mask for Free yer..Gold ni dapat menaikkan seri muka. Rasanya semua yang pergi akan dapat Gold Mask ni.

7- Foot Spa. Rendam kaki dalam air panas dan beberapa titik aromatheraphy dan Nikmati hasilnya!


Hasilnya memang berpuashati. Cuma..ermm..ada cuma. Disebabkan terlalu ramai slot dalam satu hari, pekerja mungkin tak dapat fokus pada seorang pelanggan dalam satu masa. So, memang ada istilah menunggu sambil dilayan di Spa la jawabnya.

Sekali-sekala, kita juga perlu memahami keadaan seseorang. Mungkin esok lusa terkena pada kta. Siapa tahu..

Mungkin ada yang akan kata macam ni...

Tapi saya kata..
2 thumbs UP....Maybe datang lagi, tapi tahun depan sebab nak tunggu semua offer habis dulu..



Tuesday, May 24, 2011

Penyimbah Asid / Acid Splasher

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Eh apasal ada tajuk dan terjemahan. Biasalah kan ragam dunia. Ada lelaki ada perempuan. Ada siang ada malam. Ada Penyimbah asid, ada Pemangsa. Just to remind kepada semua perempuan termasuk saya sendiri. Sentiasa berhati-hati walau apa jua keadaan. Kadang-kadang bukan Penyimbah asid, tapi penculikan ker, Rogol ker kan..Sapa tau?? Tapi harus diingatkan pada lelaki juga, anda juga tidak terlepas dari menjadi mangsa yer..Kalau ada kes diliwat, kemungkinan besar ada kes disimbah asid juga.

Inilah botol asid yang dikatakan digunakan oleh penyimbah asid itu. Dapat botol jer. Jahanam kau penyimbah asid.

Salah seorang mangsa simbahan asid. Kesian saya tengok.

Kronologi kejadian Simbahan asid

1. March 2 - Eight Year 4 and Year 6 pupils and a teacher of SK Bukit Bandaraya in Jalan Bangkung, Bangsar were splashed with a liquid by a motorcyclist clad in black.

2. March 24 - Two marketing executives were splashed with acid as they were walking along Jalan Tun Sambanthan at 5.30pm.

3. March 25 - A 25-year-old history teacher, on the way to school, was attacked near the back gate of a school in Jalan Sultan Abdul Samad at 7am.

4. March 26 - A Frenchman and his female companion became the 13th and 14th victims of a corrosive liquid-splashing attack by a motorcycle duo in Jalan Conlay about 3pm.

5. April 2 - In Jalan Mantin, Negri Sembilan, a 27-year-old woman and her 18-year-old niece were attacked by two men on a motorcycle 9pm.

6. May 6 - Two women were splashed with acid when a motorcyclist attacked them from behind in Jalan Pudu Lama at 9pm.

7. May 6 - Thirty minutes later, a lawyer in her 30s, was attacked near a parking lot in front of The Mall shopping centre in Jalan Putra.

8. May 7 - A woman and her one-year-old baby were standing in her house compound in Persiaran Titiwangsa when the splasher rode by and threw the liquid at them at 3pm.


Dimana-mana sahaja mereka si setan-setan ini berada. Pastikan keselamatan anda.

Aduhh..nak bawa kereta sambil buka tingkap pun dah takut okay..

Ya Allah, Lindungi kami kaum hawa yang lemah ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Melindungi.
Amin ya Rabbal Alamin


Monday, May 23, 2011

Justin Bieber & Selena Gomez


Hari ini nak cerita pasal kisah budak-budak. Konon-konon perasan muda sikit. Sekali sekali, apa salahnya jadi muda yerk??




Alahai, cantiknya body dia. Slim and sexy. Patutlah Justin Bieber dok terhegeh-hegeh..

Tapi saya tak minat lah dengan Justin Bieber ni. Mungkin tak sesuai zaman kot. Zaman-zaman saya ialah Backstreet Boys, Spice Girls, 911, Moffat, ermm...what else...tapi lagu dulu-dulu memang best and rasanya memang evergreen. Tapi lagu Justin Bieber yang "Babe, Babe, Babe..Ohhhh...Tu pun catchy jugak. Boleh layan la juga walau dah tua. Opss..Ada tua ker?

awak yang baca ni, suka ker? Cer citer..Cer citer..

Tuesday, May 17, 2011

Si Cilik Luqman & Syasya

Setelah dah lama tidak mengemaskini blog ini, dalam diam saya menjadi 'Silent Reader' untuk blog sendiri. Selalunya post yang saya baca ialah tentang anak-anak saya dan sekarang saya sedari terlalu sedikit entri pasal Si Cilik Luqman dan Syasya.


Luqman sekarang dah 2 tahun 5 bulan. Makanan paling dia tak suka ialah Nasi kecuali coklat dan jajan lain. Tapi saya tak pernah berputus asa untuk suruh dia makan. Fed up? Belum lagi, sebab saya memang suka makan. So, selalu kongsi dengan dia walaupun dia tak suka. Tapi kalau buat kek, apa-apa yang manis, suka jer ko eh.

Syasya sekarang dah 1 tahun 3 bulan. Bab makan, tak payah tulislah kat sini. Asal kau cakap makan jer, konfirm dia datang. So, saya rasa hobi dan kegemaran dia ialah Makan, selain dari tu dia suka kacau abang dia, dan dapat jugaklah penendang dari abang dia. Tu la ko dik, suka nau kacau abang ko tu.

Ala, syasya dah bangun. Tak sempat nak upload video mereka berdua. Nantikan lah...


Saturday, May 14, 2011

Projek Pistol present you........Syurga


Di pentas ini, Kisah Bermula, Dua remaja Jujur temui Cinta
Dia yang muda, Mengharap Cinta, Padamu kekasih hatinya

Tiba masanya kini dewasa, Si pria kini harus ke kota
Hanyalah doa dan airmata, Si gadis berjanji setia


Di matanya ada cinta, Mengharap kau setia dalam hatinya
Dibibirnya ada doa, Mengharap kau kembali nanti bersama
Dihatinya...Syurga

Tahun berlalu musim berganti
Redup matanya menghitung hari
Mengharap pasti kau kembali

Kini di kota kau yang berjaya, Gadis kau puja dulu kini kau lupa
Tiada beza resam dunia, Yang tinggal hanyalah kecewa

Di matanya ada cinta, Mengharap kau setia dalam hatinya
Dibibirnya ada doa, Mengharap kau kembali nanti bersama

Ada Syurga (6x)
Dihatinya..Syurga



Credited to : Lirik Lagu


Sebenarnya lagu ni En Sepol yang suka. Katanya suara vocalist tu sedap sebab "Rock Giler Beb!". Katanya lagi, liriknya adalah tergantung sebab tetiba "Resam dunia.....". Ater, takkan nak buat sambungan sampai beranak pinak bercucu cicit cik abang oit...Saya melayan saje. Kalau korang rasa minat dengan Projek Pistol ni, silalah Like FB depa --> Projek Pistol

Enjoy u all!

Wednesday, May 11, 2011

Reebonz , Best Shopping Ever..

Wanita dan Membeli-belah adalah satu gabungan yang cukup sinonim. Tipulah kalau kata orang perempuan tak suka membeli belah. Wanita harus membeli barang-barang rumah seperti barang-barang dapur, keperluan memasak, membeli keperluan pakaian untuk seisi rumah, barangan untuk menghias diri dan rumah dan seisi rumah, supaya tak nampak seperti seorang lelaki. Eh, lelaki pun suka membeli belah. Cuba tengok kalau ada sales, mesti ada orang lelaki juga yang shopping melebih-lebih. Tapi saya kalau Sales, jangan harapla nak nampak batang hidung kat mana-mana yang tulis "Sale". Tak larat nak meredah orang yang ramai. Saya suka shopping online. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, 90% shopping adalah online. Termasuk juga makanan seperti Pizza Hut, McDonalds, Domino, Kenny Rogers , kebanyakan adalah online menggunakan telefon. Online juga la tu..


Salah satu website yang juga menjual barangan branded-branded --> Syida, sila berangan dulu..
Miu Miu Matelasse
MYR 1,907
MYR 1,491
Fendi Zucca Chain Handle Tote Purse
MYR 4,342
MYR 3,327
Prada Nappa Gaufre Shopping Bag
MYR 11,815
MYR 9,288



So, for those who interested, to buy online, what u need is REGISTER with REEBONz.com . Enjoy your shopping dihujung jari dan sambil duduk merehatkan kaki.

The BEST deal ever, once your friend register, you will get bonus!! So, korang semua wajiblah register kat REEBONz.com yer!


Tuesday, May 10, 2011

Menghadapi Musim Panas

If you noticed, for the last few days until today, the weather is very Hot and Dry and Heat and make you sweat most of the time, right? I am just wishing there was a rain fall down, even a bit pun jadilah.

And, if you noticed, supermarket is full with people which tumpang sekaki to feel the aircond. Then you will say " OMG, its like in heaven now or i am really in heaven now?" (kehkehkehkeh). Coincidence, my in laws go to melaka on last weekends. So, that the reason why i am still stay at in laws punya rumah. Kalau diorang ada kat rumah, mesti saya dah lepak-lepak kat rumah mak saya. Not because i dont like them. It because i want to give time and space to them to beristirehat instead of treat both of my child yang very active. Kesian kan, 5 hari melayan anak saya dan saya sangat memahami yang mereka amat memerlukan masa untuk diri sendiri. Some more, mereka dah tua. Just put yourself in their shoes...eh, betul ker ayat saya ni.

Selain dari kau orang boleh tengok orang ramai berpusu-pusu ke Supermarket, Kolam renang, dan Taman Tema juga penuh sesak dengan orang merendamkan diri. Now, i know how Kerbau feel..Hahaha...Actually, kalau mandi tengah panas ni pun akan buat kulit sedikit gelap ala-ala Tanned. Tapi kalau kau dah memang gelap, memang tak dikira sebagai Tanned lagi dah. Ianya dipanggil "SunBurn" atau "Matahari Bakar", sebab tu kau akan nampak gelap, dan sekali lagi bukan Tanned. Penyelesaian, pakailah Lotion yang ada UV Protection.

Dulu orang kata "Wei, jangan nyanyi la, kang hujan turun lebat". Mungkin ramai yang dah pergi kelas vocal, so suara dah mantap, maka hujan pun susah nak turun. Saya nyanyi pun hujan takde turun.Haha..pekata kau je yang nyanyi.

Cara-cara nak menyejukkan badan pulak seperti dibawah :

1-

Sila pastikan anda minum air suam secukupnya. Bila panas ni badan kita akan hidrat maksudnya air dalam badan akan banyak digunakan sebagai penyejuk badan dan keluar sebagai peluh. Jadi, minum air suam untuk menggantikan air yang hilang selain dari menyejukkan badan.

2- Oh, kalau nak ambil air Cap Badak pun boleh.

Kalau orang dewasa, boleh minum satu botol terus. Tapi untuk kanak-kanak, minum sikit-sikit yer.

3-


Atau boleh makan buah-buahan yang banyak air, contoh macam Tembikai. Selain menghilangkan dahaga, tembikai juga boleh mencuci mulut dan gigi. Tapi jangan la pulak ko tonyohkan tembikai tu buat cam ubat gigi pulak. Makan-makan sambil kunyah-kunyah secara berhemah yer. Makan tembikai dapat mengelakkan kerosakan gigi dan bau mulut macam tungkik, melawaskan sistem penghadaman dan banyak lagi lah khasiat buah tembikai ni. Orang kata buah ni sejuk. Jadi, jangan makan buah ni time hujan atau musim sejuk. Makan juga hendaklah agak-agak eh. Elok-elok jadi ubat terus jadi penyakit.

4-
Pasang Kipas yang paling laju punya. Kalau kipas kau ada no 10, ko tekan je no 10. Tapi percayalah bukan sejuk yang kau akan rasa, tapi bahang. Weyh..bahang!!

5-
Yang ni, saya pasang pun tak rasa kesan sebab aircond dibilik belakang. Jadi bila kau duduk kat depan, jangan harapla, siap dapat haba yang dikeluarkan exhaust fan yang kat luar rumah. Rumah mertua saya pulak, tak boleh pasang banyak-banyak barangan eletrik. Kalau kau pasang Heater, kau tak boleh pasang eletrik lain, atau rambut akan tegak dan muka hitam kena asap. Senang cerita, ianya tak boleh dipasang. Sila berangan..

6-
Hanya ini yang mampu saya buat. Angkat budak berdua, Luqman dan Syasya masuk dalam kereta. Angkat botol susu, pampers, bantal dan CD Barney atau Bob The Builder dan drive to Taman Tasik Permaisuri. Sambil lepak, tengok TV dalam kereta. Pun boleh layan jugak, sebab mereka akan tertidur dalam kereta dek kesejukan penghawa dingin kereta. Nasib baik dalam kereta saya ada TV. TV ni dipasang sebelum saya kahwin lagi. Asalnya kereta ni adalah milik En Sepol. Jangan kata TV, saya rasa mangkuk Astro pun dia nak pasang kot. Sekarang dah jadi milik saya. Sapa suh hang juai keta cheq?


Paling last, saya akan balik rumah mak saya kat Taman Melati. Pelik sebab sana takdela sepanas Bandar Tun Razak...Mungkin berdekatan dengan Genting highlands. Heh, tak logik kan..

Semalam saya tanya En Sepol. "Abang, apa kata kita beli rumah kat Genting Highlands?". Korang pun boleh budget apa reaksi En Sepol kan?..

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu

Setiap tahun, Ahad , Minggu ke 2 dalam bulan May, seluruh dunia akan menyambut hari Ibu. Hari Ibu adalah hari untuk Ibu berehat sepenuh-penuhnya dan anak-anak termasuk bapak-bapak kena menghargai ibu mereka dengan memberi mereka rehat sambil goyang kaki dan dilayan bak Permaisuri. Cewahh, pepandai jer ngko buat terjemahan camtu. Biasala tu bila dah jadi ibu, mesti pikir sekali-sekala nak berehat. Tapi kalau anak masih kecil, sila abaikan hari itu adalah hari anda sekiranya anda seorang Ibu. Maka sila sambut Hari Ibu untuk ibu tercinta anda. Tunggu anak besar...

Ibu, Mak, Mama, Ma, Bonda, Umi. Semuanya entittled untuk menyambut Hari Ibu. Saya panggil, Mak atau kadang-kadang, Emak. Nama emak saya ialah Bariah Binti Khasim. Kadang-kadang orang panggil mak saya "Yah" atau "Mariah" atau "Kak B". Tapi saya tetap panggil "Emak".

Dari saya lahir, sampai saya dah kahwin, emak saya seorang yang berkerjaya. Rasanya masa saya kecil-kecil, saya selalu suruh mak saya berenti kerja dan jaga kami adik beradik. Tapi apakan daya, emak saya seorang yang suka berkerja. Kalau mak saya cuti satu hari, perghh...rasa macam dok dalam Sorgaa...Ko bayangkan, balik sekolah, umah bau wangi jer. Padahal mak takde lak cuci umah ke tabur minyak wangi ker kan..Pastu bila balik sekolah jer, terhidang sudah lauk pauk untuk melantak sebab ...ermm..ntahla, sebab bila balik sekolah kan ke perut terasa macam lapar. Sampai sekarang pun saya dah propose suruh mak resign, mak saya tetap nak kerja juga. Dia kata nak kerja smapai dah tak larat..Alaaaaa..mak ni. Copek ahh resign. Teringin nak balik umah penat-penat tengok muka mak. Hilang penat..He3....

Sesungguhnya saya amat cemburu dengan kawan-kawan yang mak dia tak bekerja. Tapi kebanyakkan yang saya jumpa, mesti mereka akan berkata "Bosanlah mak aku tak kerja, tak bebas" dan "Perempuan yang tak berkerja ni berfikiran sempit". Woiii, coi tul la ko ni. Mak kau yang tak bekerja ko kata camtu. Kasi penyepak sikit. Bersyukurla weh..Jangan nak berlagak, mentang-mentang ko bekerjaya, sesedap mulut nak melabel mak sendiri macam tu. Jangan tak tahu,orang macam ni pun hado tau.

Ni Emak saya yang menglahirkan saya dan menjaga dari kecik sampai besar sampai dah kahwin. Emak saya yang sangat rajin dan kreatif menyediakan makanan yang sedap marbeles untuk kami adik beradik. Sanggup amik cuti kalau kami tidak sihat. Emak saya yang cantik dan tembam.

Cewahh..ayat puji bebenar. Ada ke hadiah? Rahsia la kan..HiHiHi

Semoga Allah swt memanjangkan umur dan memberi rezeki dan kesihatan yang baik untuk emak saya. Mak saya dapat offer pergi Haji tahun ni. Tak tau dia dapat pergi atau tak. Semoga Allah memudahkan segala urusan untuk Mak...Amin.

Selamat Hari Emak!!





Thursday, May 5, 2011

Saya Di Lema...

Selepas saya dah ada anak, cita-cita saya ialah untuk menyusukan anak saya selama 2 tahun. Tapi apakan daya, saya bertahan sampai 11 bulan sahaja. Masa saya menyusukan anak, terdetik dalam hati saya untuk berhenti kerja dan menjaga anak saya dan menjadi Suri Rumah sepenuh masa. Tapi En Sepol tak mengizinkan saya berhenti termasuk keluarga saya.

Sekarang, bila Luqman dan Syasya dah besar sikit, tetiba En Sepol suruh saya jadi Surirumah sepenuh masa. Kata dia, dia mampu menyara kami sekeluarga walaupun saya tak kerja. Eh, apasal la kan tetiba ..Buang tebiat ker boyfren i ni? Tapi kau tak tahu dalam hati saya ni, rasa cam nak lompat setinggi KLCC...Best oo..dok umah jaga anak.

Tapi, tapi , tapi...anak saya sudah besar dan tak brestfeed. So, wat da point nak resign kan?...So, saya prefer kerja dari dok umah. Walaupun terpaksa menghadap kesesakan trafik setiap pagi dan petang. Kerja melambak dan kadang-kadang penat.

Tapi, saya juga dalam dilema. Macam terasa ni peluang keemasan nak merasa duduk rumah jadi surirumah. Dapat memasak setiap hari. Buat kerja rumah. Tengok muka anak setiap hari.

Tapi..berapa banyak tapi daaa.....So, biar masa yang tentukan bila ianya akan berlaku.

Apa yang best bila jadi Suri rumah? Cer citer, cer citer..



Tuesday, May 3, 2011

Nur Kasih


Lewat ini ku rasakan , Kasih Kian Ku dambakan , Resah hati yang ku pendam, Pada takdir dan Harapan

Detik Waktu dan Suratan, Siapa Tahu Ketentuan, Ku mencari Cahayanya, Dalam Bayang Kegelapan

Nur Kasih, Nur Kasih

Nasib Hidup dan Pilihan, Lain Hukum Setiap Insan, Mengharapkan Perjalanan, Dalam Maya Kesamaran

Nur Kasih, Nur Kasih

Aku Kembali Kerana Masih, Mencari Yang Hakiki, Sinar Pasti, Janji Suci Yang Abadi

Ooo Kasih, Nur Kasih, Oh Nur Kasih, Nur Kasih

Aku Kembali Kerana Masih, Mencari Yang Hakiki, Sinar Pasti, Janji Suci Yang Abadi

Nur Nur Ya Nur Kasih,
Nur Ya Nur Kasih, Nur Nur Kasih, Nur Kasih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...